Tuesday, October 13, 2009

Selamat Bersidang Kepada Pejuang Pemuda UMNO.

Selamat berjuangan dan bersidang wahai pahlawan Melayu Muda UMNO.

Pada mesyuarat yang lepas, ketika permilihan diadakan, Kota Metrapolitan ini telah dibanjiri oleh semua lapisan golongan yang minat kepada permilihan pucuk pimpinan UMNO.

Masih segar diingatan, masing-masing dengan slogan calon-calon dan masing-masing dengan stretergik dan gerak saraf untuk memenangkan calon masing-masing.

Setelah hampir 6 bulan berlalu, kita bertemu kembali, tetapi kali ini dengan penuh sunyi dan tenang kerana permilihan telah dibuat dan juga seharusnya kita positif kearah memikirkan bagaimana untuk kita memutihkan kembali institusi Pemuda UMNO.

Adakah penerimaan Pucuk Pimpinan yang dipilih sekarang ini telah di terima oleh perwakilan? Adakah permilihan pucuk pimpinan telah mengembalikan penyatuan diantara penyokong ataupun bukan?

Ini semua perlu diusahakan oleh kedua-dua pihak, yang menyokong ataupun tidak. Yang menyokong tidak boleh mengambil tindakan EGO dan yang tidak menyokong jangan ambil tindakan SOMBONG.

Untuk merelisasikan Wadah perjuangan Parti lebih penting dari perjuangan individu, setiap pemimpin Pemuda Bahagian seharusnya memikirkan agenda yang lebih besar. Sudah masanya kita mendiamkan diri sekirang tidak menyokong dan bekerja sebaik mungkin di dalam Bahagian Masing-masing.

Dan kepada yang sudah boleh menerima kepimpinan yang baru, eloklah memberikan komitment yang sebaik mungkin dan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Perwatakkan kita akan diperhatikan dan akan dinilai oleh wartawan dan juga kaki BLOG. Mereka akan mencari berita-berita yang sensasi untuk dijadikan bahan cerita, jadi eloklah kita menerima SLOGAN 1 Malaysia dengan penuh kepahaman dan keyakinan agar kita dapat bergerak dengan 1 nada, 1 kepimpinan dan 1 matlamat.

Selamat bersidang Pada Sahabat ........

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...