Thursday, December 24, 2009

Nik Amalina masuk politik !

Agenda tersusun Politik Anak Beranak Pakatan Pembangkang !!

Kenapa tiba-tiba Nik Amalina dan Nik Abduh begitu popular di Blog masing-masing. Desakan Nik Aziz untuk memastikan tiada calon dari luar bertanding di Kelantan mengiyakan agenda politik tersusun untuk anak-anak beliau diberi laluan mudah untuk bertanding di PRU yang akan datang.

Seperti Anwar meletakkan anak beliau Nurul Izah sebagai MP, Karpal Singh meletakkan anak beliau Gopal, Lim kit Siang pula meletakkan Lim Guang Eng, sudah tentu Nik Aziz akan meletakkan sama anak beliau untuk menjadi pemimpin di peringkat Parlimen/ADUN.

Lain sikit dengan Nik Aziz yang mana beliau merencanakan dua anak beliau untuk dipersembahkan kepada umum untuk dikenali agar mudah nanti sekiranya dicalonkan untuk bertanding di PRU akan datang.

Rintetan peristiwa Nik Amalina menulis di blog mempertahankan suami dan bapa nya dan juga Nik Abduh yang lantang mengkritik kumpulan yang lagi satu untuk membela bapanya ternyata hanyalah satu sandiwara terancang untuk memastikan anak-anak Nik Aziz mendapat publisiti yang akhirnya akan menjadikan mereka calon di PRU yang akan datang.

Sudah tentu, untuk mendapat publisiti murahan akan ada kambing hitam yang akan dikorabankan. Hasil dari korban ini akan menentukan dua orang yang dipilih oleh Nik Aziz untuk memastikan benih beliau masih wujud didalam PAS. Akhirnya Arifami akan hilang dengan isu PMBKnya dan akan menimbulkan 2 wakil baru di arena politik PAS, dan akan tersingkirlah Husam bersama kumpulannya.

Adakah cerita ini akan menjadi kenyataan ?

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...