Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru Yang Penuh Mencabar.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Tahun 2010 yang bakal menjelma merupakan tahun yang penuh ranjau dan cabaran bagi semua parti di Malaysia. Dijangkakan ini lah tahun yang akan menentukan siapakah yang akan dapat memikat hati rakyat.

Sebagai orang UMNO, sudah tentu cabaran ini akan kami hadapi dengan penuh rasa rendah diri agar kami semua tidak ALPA dengan kestabilan Negara yang kita sendiri tidak tahu apakah sebenarnya yang bakal akan terjadi.

Tahun 2010 merupakan Tahun UMNO Juara Rakyat, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Dengan slogan ini, marilah kita menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT agar perancangan program yang bakal dilakukan sepanjang tahun depan berjalan dengan baik dan sempurna.

Mendaftar Generasi Muda sebagai Pengundi merupakan gerak utama Pemuda Seputeh Tahun Ini. Segala program yang akan dijalankan MESTI melibatkan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih agar kita dapat kembali kepada REALITI Politik - Untuk Memenangi Pilihanraya dan seterusnya dapat kita Membela rakyat.

Sekreariat Data Pemuda yang diketuai oleh Naib Ketua akan digerakkan di setiap pelusuk Seputeh dan setiap Program, agar dapat kita mendekati Generasi Pemuda untuk Bertanggunjawab kepada Negara.

Saya juga mendoakan agar IBU BAPA tergerak hati mereka untuk mengingatkan ANAK-ANAK kita yang telah menjangkau umurnya 21 tahun untuk terus ke kaunter-kaunter pendaftaran Pengundi. Ini merupakan sekecil-kecil tanggunjawab kita sebagai seorang Rakyat Malaysia.

Dengan harapan yang tinggi, saya berharap kita di Seputeh dapat mengerakkan seluruh jentera kita untuk mencari Pemuda-Pemuda yang belum mendaftar untuk mendaftar sebagai Pengundi.

Selamat Tahun Baru.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...