Monday, March 01, 2010

Seputeh Juara Bolasepak Piala Ketua Pemuda WP

Sekalung tahniah kepada semua yang telah menganjurkan kejohanan Bolasepak merebut Piala Ketua Pemuda UMNO WP terutama Biro Sukan Pemuda WP yang diketuai oleh saudara Azmi Badaruddin. Kejohanan ini telah diadakan pada 28 Feb 2010 di padang bolasepak PULAPOL.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato Razali Ibrahim dan telah menyaksikan sebanyak 12 pasukan mewakili Bahagian masing-masing.

Dari pertengahan tahun lepas, perancangan dan persediaan telah dibuat oleh semua bahagian-bahagian untuk mempertahankan maruah masing-masing.

Kali ini bukan nasib yang jadi penentu, tetapi skill dan kemahiran yang tinggi telah menentukan juara yang sebenar.

Dari awal lagi Seputeh telah mendapat tentangan dari segi psikology dari segala sudut untuk menjatuh atau melemahkan semangat mereka. Akan tetapi kata-kata semangat dari Ketua pemuda, naib Ketua Pemuda dan juga Pengerusi Sukan ditambah dengan ketua Penerangan telah membuatkan seluruh pasukan Seputeh bersemangat

Perlawanan akhir yang telah menyaksikan pertandingan oleh bahagian Seputeh dan Batu merupakan perlawanan ulangan. Seputeh telah dikalahkan oleh Batu pada perlawanan Persiapan, dan kali ini, Batu telah dikalahkan oleh Seputeh dan seterusnya telah menjadikan Seputeh Juara pada kali ini.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...