Wednesday, December 16, 2009

Hukum Hudud PAS.

Tidak siapa yang menghalang PAS untuk menjalankan hukum Hudud di Kelantan dan Kedah. Dua Negeri ini telah diperintah oleh PAS, dan kita sebagai orang Islam seharusnya menyokong tindakan yang positif untuk menjalankan undang-undang Allah.

Sudah masanya PAS menunjukkan contoh menjalankan hukum Hudud di 2 Negeri yang diperintah oleh mereka.

Pertama sekali, PAS boleh mencadangkan ditulis didalam undang-undang Negeri "Negeri Kelantan dan Kedah sebagai Negeri Islam".

Ini merupakan perkara yang amat mudah dan seharusnya dibuat dahulu sekiranya betul tindakan mereka untuk memperjuangkan Agama.

Selepas itu, barulah kita boleh menceritakan untuk mengubah undang-undang Syariah Negeri untuk menjalankan Hudud di Negeri Kelantan dan Kedah.

Untuk tidak mengelirukan dan menyalahkan Kerajaan Pusat, saya mencadangkan Kerajaan Pusat memberi surat TIADA Halangan untuk kerajaan negeri Mengubal Undang-undang Islam walaupun ianya sebenarnya kuasa Kerajaan Negeri.

Rakyat perlu dimaklumkan dan diberitahu tentang perkara ini agar Kerajaan Persekutuan tidak disalahkan dan ianya akan mejernihkan anggapan Rakyat kepada Kerajaan Pusat berkenaan dengan hukum Hudud.



Kenyataan Nik Aziz baru-baru ini .....

"Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.

"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga mursyidul am PAS, ketika diwawancara Malaysiakini Khamis lalu.

Beliau diminta mengulas pendirian PAS berhubung cita-cita besar parti itu apabila ia secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apabila gabungan didaftarkan.

PAS dan DAP sering bergeser berhubung isu negara Islam dan hudud sehingga memaksa DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001.

Bagaimanapun kedua-dua parti itu berpayung bawah Pakatan Rakyat bersama PKR selepas kemenangan besar mereka pada pilihan raya umum 2008.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz bagaimanapun positif bahawa perbincangan berterusan berhubung perkara itu antara tiga parti utama tersebut boleh menjernihkan keadaan.

"Islam sebut, bawa mari hujah (kamu). Awak tidak faham, (awak) boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab (dengan) hujah.

"Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

dulu terengganu nak buat pusat halang ... aper cer bro!

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...