Friday, September 21, 2018

PTPTN - Kesilapan besar dasar pendidikan Perdana Menteri.


PTPTN sudah wujud semenjak tahun 1997. Ia adalah kegagalan dasar Dr Mahathir didalam mewujudkan sistem pendidikan yang kopentatif didalam negara.
Sebelum wujud dasar ini, selain dari Ibu Bapa, Kerajaan, GLC dan syarikat swasta sering kali dijadikan tempat untuk mengadu bagi anak-anak melanjutkan pelajaran.
Belajar pandai-pandai nak, nanti boleh apply biasiswa, boleh apply JPA ataupun Petronas, itulah ungkapan sering kali di berikan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka, namun sekarang ianya bukan lagi seperti itu, Bermula saat itu. Kerajaan sudah mula lari dari tanggunjawab Pendidikan serupa juga GLC dan juga syarikat-syarikat besar.
Pada waktu PTPTN ini diwujudkan, lambakan kolej swasta tanpa ada kawalan dibuka macam cendawan, Kroni-kroni Dr Mahathir membuka kolej swasta ini tanpa memikirkan kualiti pembelajaran, apa yang mereka tahu adalah mendapatkan database lepasan SPM dari Kementerian Pelajaran dan mempromosikan Pembelajaran dengan PTPTN.
Dr Mahathir juga adalah pemimpin yang bertanggunjawab bewujudkan masyarakat BERHUTANG, anak-anak seawal berumur 17 tahun sudah di ajar berhutang, anak-anak ini tidak boleh disalahkan kerana mereka belum tahu menguruskan kewangan dalam jangka hayat yang muda, sebab itulah, keluar sahaja duit awalan PTPTN, apa yang mereka buat adalah, Beli Motosikal, Beli Hanphone, dan pelbagai keperluan untuk mereka, bukan untuk perkara asas untuk Belajar!
Selepas sahaja tamat pengajian, mereka sukar mendapat pekerjaan disebabkan mereka tidak ada kualiti, kolej swasta yang hanya mahu mencari untung, bukan mahu melahirkan graduan yang pandai lagi bijaksana, dan ini adalah hakikat sebenar di bawah yang sering kali Pemimpin seperti Dr Mahathir terlepas pandang.
Tidak dapat dinafikan ramai anak muda yang berjaya dengan PTPTN namun jumlah itu tidak jauh beza dengan jumlah sebelum kewujudan PTPTN.
Kegagalan Dr Mahathir adalah apabila memilih jalan Menswastakan Pendidikan Negara !
Masih ingat lagi, pada masa-masa itu, Semua Universiti awam mengalami kenaikan yuran mendadak, peningkatan sehingga 10 - 20 kali ganda semata-mata dengan wujudkan PTPTN.
Kemana kos pendidikan ini pergi kalau bukan ke kantong hutang pelajar ? Sementara Kerajaan menikmati keselesaan budget yang kurang untuk mengurus Universiti, Universiti pula mengambil untung didalam mendidik.
Dan masalah yang Dr Mahathir tinggalkan kepada Kepimpinan selepas itu adalah untuk melayan permintaan rakyat yang kompleks dengan Pembangkang yang sering memanupulasi keadaan sehingga rakyat lupa akan tanggungjawab sebenar Kerajaan.
Dr Mahathir hari ini menjawat Jatawatan Perdana Menteri sekali lagi, beliau malu dengan masyarakat yang beliau sendiri wujudkan, dan ini semua tidak lagi terlewat sekira beliau sedar akan kesilapan beliau apabila menukar dasar Pendidikan Negara pada tahun 1997.
Jangan lagi menyalahkan rakyat, rakyat hanya mengikut dasar apa yang terhidang kepada keadaan yang dicipta oleh Kerajaan.
Ini adalah diantara kegagalan Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Datuk Mohd Razlan Rafii
21 September 2018.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...