31 Mei 2021 : Sebaik sahaja habis bulan Ramadhan, saya mula mengkritik secara terbuka berkenaan pendekatan dan cara Perdana Menteri menguruskan Negara ketika Krisis Covid.
Ini dilakukan tidak ada niat lain selain dari membawa suara ramai netizen yang semakin risau akan peningkatan kes-kes, lebih kronik lagi apabila kita melihat kadar kematian yang semakin meningkat.
Benar, kerajaan telah berusaha untuk mengatasi krisis ini, mana Negara yang mahu melihat rakyatnya menderita, namun kepakaran dan cara metakbir serta kesungguhan Kumpulan untuk berganding bahu membantu bekerja menyelesaikan masalah ini amat penting, lebih-lebih lagi kepada Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab yang besar didalam menjadi ketua kepada Krisis Negara kali ini.
Fakta tidak pernah salah, angka yang semakin meningkat tidak pernah menipu, katil hospital yang semakin tidak mengcukupi saban hari, kepenatan para Jururawat serta Doktor terus menjadi semangat kepada para rakyat untuk mengikuti SOP.
Sekiranya Perdana Menteri boleh keluar di muka televisyen dalam ucapan Hari Pekerja, Perutusan Aidilfitri, Pertusan Khas Isu Palestin, Hari Guru namun kenapa tidak Pengumuman Total LockDown, malah sebelum itu, dalam masa waktu rakyat menunggu keputusan kerajaan pada 12 Mei, Perdana Menteri hanya mengambil langkah untuk menyerahkan perincianya melalui Kenyataan Media.
Sebagai pemimpin kita perlu berani untuk keluar memberi semangat kepada rakyat, berani untuk menerima dan menjawab apa sahaja persoalan, yang penting, rakyat dibawah mendapat semangat dan aspirasi dari Perdana Menteri untuk meneruskan kehidupan mereka dalam
waktu krisis ini.
waktu krisis ini.
Saya berharap, YAB Perdana Menteri dapat mendengar dan terus bersemangat secara positif diatas teguran dan kritikan, jangan merajuk, ini soal Nyawa Rakyat. Bukan boleh main-main.
Wallahhualam
Razlan Rafii
No comments:
Post a Comment