150,000 laptop tak sampai, ditambah lagi kegagalan kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja, bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga. Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan
19 Mei 2021 : Disebabkan Parlimen masih tutup, saya sebagai rakyat biasa mahu bertanya kepada Kerajaan berkenaan Pendidikan anak-anak Malaysia yang semakin bercelaru.
Soal Laptop Percuma. Saya difahamkan Dana telah dikutip dari GLC dan badan Koperat kepada Kerajaan untuk menguruskan pemberian Laptop Percuma kepada anak-anak Rakyat Malaysia yang memerlukan.
Kini sudah hampir 6 bulan perkara ini berlalu, namun tiada berita dari Kerajaan, dimana silapnya ?
Mula-mula berjanji akan diedarkan pada bulan February, tunggu punya tunggu, puasa sudah raya pun sudah, duit sudah ada, cuma proses pembelian sahaja dan pengurusan penghantaran tidak kunjung tiba.
Kita pun tak tahu dimana silapnya, susah ke nak beli laptop ? Ada banyak Brand dan banyak kilang, kalau tak boleh beli semua dalam 1 brand, belilah pelbagai brand, perkara sangat mudah, namun gagal dilakukan dengan mudah.
Apabila rakyat membuat #KerajaanGagal sepatutnya Kerajaan melihat perkara ini sebagai Positif dan tingkatkan usaha memperbaiki, namun kegagalan ini amat ketara.
Kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja, bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga.
Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan.
Hentikanlah sementara program beri beras dan program kebajikan wahai Menteri Pendidikan, fokus kepada kerja hakiki anda, turun setiap masa, setiap waktu melihat guru-guru, duduk bersama mereka dan selesaikan masalah pendidikan ini.
Razlan Rafii
MKT UMNO Malaysia
19 Mei 2021
Artikel :
https://www.utusan.com.my/.../di-mana-hilangnya-laptop.../
No comments:
Post a Comment