Tuesday, June 08, 2021

Darurat : Niat ikhlas tidak lain tidak bukan hanya kerana Covid 19.


21 Mei 2021 : Teringat ungkapan seperti di tajuk, dilakukan oleh Tan Seri Muhyddin Yassin sebagai membalas tuduhan liar orang politik bahawa beliau mempengaruhi DYMM YDPA untuk melakukan darurat demi kesihatan rakyat Malaysia.
Ianya disambut baik oleh Menteri Undang-undang, YB Takiyuddin dengan pantas menjawab bahawa Darurat ini dilakukan kerana undang-undang sedia ada tidak mampu untuk digunakan untuk pelbagai usaha kerajaan dalam mendepani permasalahan Covid.
Teringat waktu PKP 1.0, askar boleh dilihat di banyak kawasan, semua rakyat di kawal untuk tidak membenarkan mereka keluar dari perumahan mereka dalam radius 10km. Ketakutan dan rakyat redho dengan apa yang diarah oleh kerajaan, kita hampir berjaya untuk melihat angka 0, ini dilakukan tanpa undang-undang darurat, tanpa ordinan penggunakan harta benda swasta dan kerajaan, tidak ada ordinan yang membolehkan penggunaan dana kerajaan atau tabung-tabung yang lain.
Dengan angka 6,806 pesakit positif Covid sehari, apa lagi Kerajaan dibawah Muhyddin Yassin mahu buktikan?
Bukankah Darurat Covid ini telah Gagal di lakukan malah telah memberikan bencana yang lebih teruk kepada Rakyat Malaysia.
Darurat yang diumumkan telah terbukti tidak dapat memberikan Kerajaan Muhyddin Yassin untuk menyelamatkan nyawa rakyat, ianya dilihat lebih teruk setiap kali pendekakatan dilakukan oleh Kerajaan. Apa yang sedang terjadi didalam Kerajaan Muhyddin Yasin sehingga ianya tidak terkawal.
Sebagai rakyat biasa, saya tidak yakin bahawa Darurat ini dilakukan demi menyelamatkan nyawa rakyat, demi untuk kuasa dimiliki untuk digunakan ke arah formula yang lebih baik untuk memelihara Covid.
Ianya tidak lain tidak bukan, hanya untuk menjaga Jawatan Perdana Menteri kepada Tan Seri Muhyddin Yassin berserta kumpulan Menteri PPBM mereka. Mereka ini bukan boleh dikenang sebagai Nasionalis, sekira Menteri-menteri PPBM ini bertindak sebagai Nasionalis, jawatan itu bukan satu kepentingan, malah mereka lebih berani berhadapan dengan keputusan yang akan dibawa ke Parlimen, bukan berselindung dengan Darurat demi Gilakan Kuasa.
Negara masih punyai sistem pentakbiran yang baik dibawah Ketua Setiausaha Negara, bertukarlah yang di atas, pentadbiran Negara akan berjalan seperti biasa.
Kegagalan ini telah membawa kepada bencana kepada seluruh rakyat, kita berdoa bersama-sama agar dibukakan hati Perdana Menteri untuk memberikan kepetingan kepada Rakyat dan bertindak sebagai Nasionalis yang meletakan kepentingan Negara sebagai keutamaan dari Jawatan Beliau dan Menteri-menteri PPBM yang lain, dengar denyut nadi rakyat bahawa anda sudah gagal dan serahkan kepada DYMM SDPA untuk memilih penganti yang lebih layak untuk mendepani waktu-waktu krisis ini.
Semoga Allah swt senantiasa memberikan perlindungan kepada Negara Malaysia tercinta.
Razlan Rafii
MKT UMNO
21 Mei 2021.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...