Tuesday, June 08, 2021

Kami anak Setinggan @StingGarden.


Cerita ini amat dekat dengan kehidupan anak-anak bandar, ramai orang Melayu hijrah ke ibu kota menjalani kehidupan di rumah setinggan. Dulu-dulu arwah abah masih hidup, selalu dia cerita macam mana perjalanan kehidupan kami di rumah setinggan.

Saya dan keluarga rumah di Kampung Mexxwel, abah kerja sebagai Pembantu Hospital, tukang bancuh ubat, selalu ubat batuk, panadol memang banyak kat rumah, saya masih tu kecil sangat, umur 6 tahun sebelum kami dipindahkan dari rumah setinggan Kampung Mexxwell ke Flat Sentul, menunggu rumah kami di Salak South Site and Service disiapkan.
Dulu rumah kami ada sampan, perumahan StingGarden ni selalu banjir, bila banjir je, kami akan naik sampan, sampan tu pula akan digunakan sama-sama orang kampung untuk pemindahan ke tempat lebih tinggi kalau berlaku banjir, saya masih ingat main gam hitam yang selalu digunakan untuk menampal sampan.
Revolusi perumahan setinggan di ibu kota masih berjalan sehingga hari ini. Ramai orang Melayu yang memilih untuk pindai keluar ibu kota kerana kos rumah yang terlalu tinggi. Walaupun kerajaan ada banyak program untuk mengekalkan orang Melayu kekal di bandar, namun cabaran untuk mendapatkan loan dan pendapatan yang tinggi masih sukar.
Tapak PWTC yang tersergam indah itulah sebahagian dari kampung kami.
Semoga kita doakan perjuangan Dato Harun dahulu yang sering kali menggalakkan orang Melayu hidup di bandar akan terus dikenang, malah kita teruskan lah usaha untuk membantu orang Melayu dapat kekal menjalani kehidupan di dalam Bandar.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...