Lim Menuduh Kerajaan Penjenayah |
Satu Malaysia bercelaru apabila Ketua Menteri (KM) DAP Pulau Pinang dan Bekas KM DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat tidak memberikan kebenaran vaksin untuk rakyat Pulau Pinang, Kerajaan DAP Pulau Pinang menuduh kerajaan Pusat menolak sumbangan Vaksin dari individu yang sudah mendapat kelulusan dari Sinovac sebanyak 2,000,000 dos.
Sekiranya rakyat dibawah membuat video atau penulisan yang seperti ini, sudah pasti akan di tangkap dan di panggil untuk disoal siasat, namun ianya bukan untuk seorang KM DAP walaupun dari segi impak, semua lebih maklum bahawa ianya lebih besar dan mendapat liputan seluruh negara & juta melibatkan kedaulatan sebuah negara jiran iaitu China yg mempunyai hubungan baik dengan kita selama ini.
Lim Guan Eng memaki Menteri PN dengan ayat "Kepala Otak Dia" dan menuduh Kerajaan PN melakukan Jenayah.
Sebagaj rakyat biasa, saya nak menegaskan agar Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri, silalah bat siasatan, apa niat buruk Ketua Menteri sehingga mahu mewujudkan suasana tidak yakin kepada Kerajaan pusat.
Kepada SPRM pula, ini soal 2,000,000 dos dan dianggarkan melibatkan wang berjumpah RM240,000,000 bersamaan hampir suku billion, siasat kenapa si polan dan si polan mempunyai dana sebesar ini, kemungkinan ada satu lagi projek ghaib seperti Terowong atau Banglo yang akan di berikan sebagai imbuhanbtimbal balas. Pergi siasat la, tak perlu tunggu laporan, kan ini kepentingan Negara.
Kepada Menteri Undang-Undang, kaji apa bidang kuasa & fungsi dalam Darurat yang boleh diambil tindakan terhadap gerakan propaganda Ketua Menteri Pulau Pinang ini.
Kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan seorang Ketua Negeri mewujudkan kacau bilau terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi sekarang waktu yang amat kronik dengan kes mencecah angka 6k, jesteru itu, setiap kementerian buat kerja, bukan sekadar berpeluk tubuh.
Negara bernasib baik kerana ada YB Khairy yang memeriksa dahulu sebelum bertindak mengikut cadangan KM DAP Pulau Pinang. Dijelaskan oleh YB KJ sumbangan yg ditawarkan adalah scam atau bogus yg telah mengwujudkan situasi fitnah, sentimen & imej buruk kepada kerajaan Pusat dimana KM Pulau Pinang bebas melakukan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab dengan niat mewujudkan kecelaruan didalam Negara.
Razlan Rafii
MKT UMNO
20 Mei 2021
No comments:
Post a Comment