Monday, March 03, 2008
Kekalkan Kepimpinan Bijak
SAYA sering kali ke luar negara dan melihat keadaan politik di negara lain. Malah jika dibandingkan dengan negara-negara yang maju, boleh dikatakan tidak ada sebuah parti politik seperti Barisan Nasional (BN) yang berjaya memerintah dengan laporan prestasi yang begitu baik dan terbukti mampu menunaikan janji-janjinya.
Mungkin ada juga kelemahan dan kekurangan tertentu pada kerajaan kita, tetapi pada saya itu hal biasa.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Britain, Jepun dan Jerman, pentadbiran negara mereka juga ada sedikit sebanyak kekurangan.
Tetapi jika diamati, kerajaan BN merupakan kerajaan yang paling dinamik dalam mengatasi masalah dan cabaran serta mempunyai budaya penambahbaik terbaik.
Maknanya sentiasa ada usaha kuat dan menyeluruh bagi meningkat prestasi terutama mengurangkan kadar kemiskinan, memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperhebatkan sistem penyampaian.
Atas kekuatan dan tradisi itu, BN terus diberi mandat memerintah negara sejak merdeka lagi.
Kita juga harus bersyukur negara ditadbir dengan cekap oleh para pemimpin kita. Mungkin kita mengambil mudah hal ini tetapi jika kita mengkaji keadaan di kebanyakan negara, baru kita sedar betapa kepimpinan yang cemerlang amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara.
Bayangkan jika kita mempunyai para pemimpin yang tidak cekap dan kurang wibawa, Malaysia yang sedang laju di hadapan akan tiba-tiba merudum ketinggalan dalam persaingan global.
Lihatlah keadaan kebanyakan negara Afrika dan sebahagian negara Asia yang masih agak mundur walaupun mereka merdeka lebih awal dan hampir sama usia kemerdekaan dengan Malaysia.
Sejak zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diikuti Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia terus makmur dan aman biarpun berdepan pelbagai ujian dari semasa ke semasa.
Dengan kata lain, Malaysia mempunyai penanda aras kepimpinan yang baik sejak dahulu lagi. Hasilnya kita juga mempunyai banyak polisi yang berkelas pertama yang berorientasikan rakyat dan ia dibuktikan lagi dengan kemampuan pelaksanaan.
Contohnya, Malaysia masih mampu memberi subsidi yang banyak kepada rakyat pada ketika kebanyakan negara lain sudah lama mengurangkan dan menghentikan subsidi.
Di bawah BN, Malaysia sentiasa diterajui kepimpinan yang rasional, sederhana dan mengutamakan keharmonian.
Tiada Perdana Menteri dari kalangan BN yang ‘merompak’ kekayaan kaum lain untuk kepentingan masyarakat majoriti Melayu. Tiada penghapusan etnik dan pelanggaran hak minoriti.
Malah kaum minoriti di Malaysia mempunyai nasib yang jauh lebih baik berbanding minoriti di negara lain termasuk di rantau ini. Rumah ibadat dan kuil cukup banyak, tetapi keadaan itu tiada di AS, Britain, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara lain.
Hasil kepimpinan BN, nilai toleransi bersama kaum-kaum telah dipupuk sejak saya di bangku sekolah lagi.
Keamanan yang kita kecapi ini, bukannya suatu yang datang tanpa
perancangan dan usaha. Kepimpinan yang bijak dalam mengurus tadbir negara selama ini perlu dikekalkan menerusi kerajaan BN.
Saya percaya kemampuan BN memerintah dengan membawa kejayaan secara seimbang, menimbulkan iri hati parti pembangkang.
Sebab itu, parti-parti pembangkang mencari apa sahaja cara untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap BN. Salah satunya menerusi manifesto yang tidak realistik dan tidak praktikal.
Janji-janji parti pembangkang untuk melaksanakan dasar dan manifesto mereka tidak meyakinkan. Malah kerjasama dan pakatan sesama mereka, begitu rapuh.
Dasar di antara parti-parti pembangkang pun tidak sama dan bertentangan sesama sendiri. Dengan dasar yang bertentangan ini, saya tidak tahu bagaimana cara mereka hendak memerintah Malaysia.
Pada hari ini, saya sekeluarga sudah boleh menaiki pesawat komersial untuk bercuti. Saya dan keluarga mampu pergi ke banyak destinasi walaupun kami adalah dari kalangan keluarga yang sederhana.
Esok lusa, saya mengidamkan dapat membawa anak-anak menjelajah Asia dengan menaiki kereta api laju pula. Banyak lagi yang saya idamkan untuk keluarga dan anak-anak terutama dalam bidang pendidikan, memiliki rumah dan simpanan untuk hari tua.
Banyak impian untuk anak-anak dapat dicapai menerusi kepimpinan BN. Sudah tentu saya lebih meyakini kerajaan berpengalaman dan cekap seperti kerajaan BN.
Janganlah kita merencatkan momentum kestabilan dan kemajuan yang ada hanya kerana mahu berpolitiking cara lama.
Saya tidak tahu tentang minat dan selera orang lain dalam pilihan raya umum ini. Tetapi pada saya, impian adalah untuk melihat Malaysia berjaya dalam persaingan yang kompleks dan untuk memastikan masa depan lebih baik untuk anak dan cucu.
Maka pilihan raya umum ini amat bermakna kepada saya dan saya sekeluarga tahu, apa yang kami mahukan.
– RAZLAN RAFII,
Salak Selatan,
Kuala Lumpur.
Monday, January 28, 2008
Kepimpinan yang PRO-Melayu
Sering kali ketibaan Pilihanraya Umum (PRU), ramaiah calon-calon yang akan menggunakan segala macam cara untuk mencari populariti dan kaedah bagi nama dicalonkan sebagai YB.
Didalam UMNO, seseorang yang menjadi YB secara tidak lansungnya telah mendapat mandat dari PM bagi meminpin diperingkat atasan Bahagian. Namum didalam UMNO kepimpinan MT dan Perdana Menteri ada kadangkala tidak memenuhi citarasa orang-orang bahagian.
Didalam saya bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat didalam Politik, boleh disingkapkan didalam arena politik ini terdapat ramai yang kuat semangat untuk mempertahankan hak-hak melayu dan ramai juga yang tidak mempunyai agenda untuk mempertahankannya.
Didalam kita mempunyai agenda untuk mengekalkan kuasa orang-orang melayu yang diharap akan kekal selama mungkin, permilihan kepimpinan menjadi ukuran corak kepimpinan akan datang.
Kepimpinan yang Pro Melayu sudah pastinya boleh dilihat dari dugaan-dugaan yang telah dilalui oleh para pemimpin, sebagai contoh Tan Seri Isa, walaupun telah digantung dan dilucutkan jawanta beliau, masih lagi setia dan berkhidmat kepada rakyat. Tidak pun kita mendengar rintihan beliau untuk menolak UMNO dan menyokong pembangkang.
Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Mohamad Taib, adalah seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi, walaupun tidak diberi kerusi pada permilihan yang lepas dan kalah di dalam pertandingan UMNO, tetapi masih menjalankan tugas beliau sebaik mungkin.
Terdapat juga yang melatah dan menggunakan Media untuk melepaskan rasa gusar gulana dan mungkin untuk menyampaikan kepada PM yang beliau mahu sangat dicalonkan. Ini semua adalah retorik politik dan pemerintah seperti ini tidak akan tahu erti prestasi.
Sekiranya report card kita baik dan juga rakyat suka dan orang UMNO suka, sudah tentu mereka akan diberli kerusi dan peluang untuk memerintah kembali.
Jadi, Kepada Pimpinan Tertinggi, UMNO memerlukan kepimpinan yang PRO_MELAYU dan mempunya semangat jati diri yang tinggi, hak dan hati orang melayu sudah masanya untuk dijaga dan dibelai.
Sekian
Friday, December 28, 2007
Paranjothy yang kurang ajar!
Pujian kepada Dato Ketua Pemuda kita kerana berani mencabar Parti Gerakan. Inilah yang kita mahu, menyatakan pendirian kita tanpa perlu memikirkan perasaan dan hati mereka, kerana mereka sengaja tidak memikirkan perasaan orang Melayu!
Paranjothy menyatakan pendirian beliau yang menyalahkan UMNO kerana memingirkan bangsa India. Orang-orang india menjadi Genster kerana kesempitan hidup.
Jika beliau berpikiran begitu dan beliau malu kerana bangsa beliau menjadi genster. Melayu juga malu untuk memaklumkan berapakah jumlah orang-orang melayu yang menjadi genster dan juga berapa banyak jenayah dilakukan oleh orang-orang melayu.
Perkara ini tidak perlu timbul kerana kita memberi peluang kepada semua kaum untuk meningkatkan gaya hidup mereka, jika mereka memilih kearah membuat jenayah, mereka yang salah, ini adalah kerana salah didikkan dan juga mereka-mereka ini suka mengambil jalan mudah.
Naib ketua Pemuda Gerakkan ini amat bahaya jika disimpan didalam BN, beliau sudah ternyata tidak mahu paham erti Semangat BN. Ini terbukti apabila didalam sidang media menyatakan tidak menyesal dengan kenyataan itu.
Orang seperti ini sepatutnya dibuang dari BN, Parti Gerakan mesti melucutkan jawatan beliau sekiranya ingin menjadi komponon BN. Jika tidak dibuang, boleh ditafsirkan Parti Gerakan mempunyai pendapat yang sama dengan beliau.
UMNO sebagai pengerusi BN mesti memainkan peranan yang penting didalam isu ini. UMNO perlu ada kata sepakat untuk mengambil dan mendesak parti Gerakan untuk membuat keputusan. Jika kita tidak mempunyai kekuatan, ternyata kita telah hilang kekuatan dan ini akan mengecilkan hati-hati orang-orang Melayu.
UMNO mesti melihat perkara ini sebagai perkara yang serius, mereka umpama menolak kepala kita dan kemudian meminta maaf, apabila telah dimaafkan, mereka tolak kepala kita lagi. Telah beberapa kali mereka tolak kepala orang-orang Melayu dan kita masih berdiam diri.
Pendirian UMNO sepatutnya sungguh mudah, sesiapa yang berani memainkan isu perkauman ataupun jika didalam kalangan parti komponen tidak mahu menjaga hati orant-orang Melayu, lucut dan keluarkan sahaja dari BN, kekuatan ini mesti ditunjukkan dengan tindakkan. Sekiranya tidak ada tindakkan, tidak bermakna kekuatan yang kita ada.
Orang-orang Melayulah yang diharapkan untuk memmberi kemenangan kepada parti-parti komponen, dan sudah ternyata mereka bergantung dengan kita, kenapa perlu kita menjaga hati mereka sedangkan hati orang-orang Melayu yang sepatutnya kita jaga tidak diambil peduli.
UMNO berjuang untuk orang Melayu, dan orang Melayu akan bernaung didalam payung UMNO selagi hak ini dipertahankan. Sekiranya UMNO sudah tidak lagi memikirkan hak ini, tidak mustahil pembangkang akan mengambil hati mereka. Amat susah untuk menyatukan orang-orang Melayu pada masa itu kelak.
Tuesday, December 18, 2007
Selamat Hari Raya Korban.
Kepada semua muslimin dan muslimat, saya mengucapkan selam menyambut Hari Raya AidilAdha. Semangat gotong royong melapah binatang ternakan bagi tujuan korban diharapkan dapat disemai didalam masyarakat kita.
Kami di Bandar selalu merasakan kemeriahan ini kerana jarang sekali kita dapat berkumpul tanpa mengira pegangan politik dan juga berlainan pendapat.
Dengan Harapan budaya bermasyarakat ini masih dapat dikekalkan di bandar-bandar walaupun dengan kemajuan yang mungkin akan melupakan kita...
sekian...
Wednesday, December 12, 2007
Keluar sahaja Dari MALAYSIA!
Pendapat yang bernas dan sudah pasti orang-orang Melayu menyokong, Telah di beri betis nakan peha pulak.
Apakah yang mereka mahukan sebenarnya? Negara Malaysia telah diwujudkan dengan perjanjian bersama tiga kaum.Semua ahli HINDRAF tidak mengakui Perlembagaan yang telah dipersetujui.Mereka menyatakan tidak bermusuh dengan Melayu, tetapi dalam masa yang sama mereka memusuhi orang UMNO.
Orang UMNO adalah orang Melayu, kenapa mereka tidak menyatakan mereka memusuhi BN?Kumpulan ini tidak akan mengakui Keistimewaan orang-orang Melayu. Saya ingin menyatakan, sebelum kerajaan British dan kerajaan lain datang ke Tanah MELAYU, Tanah Melayu sudah Bertuan.Dan mereka kene sedar, mereka diangkat martabat mereka di Tanah Melayu sebagai Warganegara adalah satu pengorbanan orang-orang Melayu.Sekarang mereka mahukan lebih, mahukan keadilan, mahukan kesama rataan.
Bagaimana ini boleh berlaku, AGAMA ISLAM adalah agama RASMI, tetapi pada masa yang sama kita tidak akan menghalang agama mereka di amalkan. Adakah mereka mahukan hak yang sama? Seperti mengakui agama lain adalah agama rasmi?Mereka mahukan keistimewaan orang Melayu diberikan sama untuk orang-orang lain.
Bagaimana ini untuk dihuraikan, tidak ada Hak Bumiputera, tidak ada Majlis Raja-Raja, tidak ada Geran Merah, tidak ada MARA dan lain-lain hak untuk orang Melayu.
Jika ini yang diperjuangkan oleh kumpulan ini atau kumpulan-kumpulan lain, saya syorkan mereka baliklah kenegara nenek moyang mereka, Usah mengaku Negara Malaysia adalah negara kamu kerana Malaysia Merdeka kerana persetujuan ini.
Merdekanya MALAYSIA diatas perjanjian kamu diberikan warganegara dan Orang Melayu adalah Orang BUMIPUTERA(PERIBUMI).Golongan ini tidak akan puas tentang apa yang diberi dan tidak akan bershukur tentang apa yang perolehi, dan kumpulan inilah yang akan merosakan visi dan misi negara untuk memupuk semangat cintakan Negara.
Wednesday, October 31, 2007
Kemana hilang kredibiliti Para Pemimpin UMNO
Selamat Hari Raya dan Maaf sekiranya ada arkikel didalam blog ini menyingung perasaan sesiapa sahaja, saya sebagai umat biasa yang tidak lari dari kesilapan dan percayalah semua yang tertulis di dalam ini tidak mempunyai maksud tertentu selain ingin melihat Melayu masih tidak lari dari landasan perjuangan bangsa.
Semasa saya menulis artikel ini, saya baru kembali dari Jamuan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bandar Tun Razak(BTR), suasana disana meriah, lengkap dengan pancaragam dan karaoke.
Setiba dipintu Pintu Pagar Pusat Belia Cheras, dilihat Ketua Pemuda Bahagian BTR bersama-sama dengan Ketua Pemuda Bahagian Segambut sedang duduk rancak bercerita, mungkin keletihan menyambut tetamu dari petang, saya pun terus pergi mengenalkan diri dan bersalaman dengan mereka, "Terima kasih kerana datang" ucap Rizalman(Ketua Pemuda BTR).
Disudut diri tepi pintu masuk dewan, terlihat Abang Zaharin bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO dan segelintir AJK Pemuda dari Bahagian-bahagian lain rancak berbual, mungkin Abang Zaharin berkongsi cerita dan pengalaman semasa menjawat jawatan Setiausaha Bahagian BTR dan pengalaman beliau di dalam UMNO.
Saya terus ke meja makan untuk makan bersama dengan Ketua Bahagian saya, Datuk Hisham Abdul Majid dan para AJK Bahagian UMNO Seputeh, tidak sampai 5 minit, Saudara Alawi Dahalin datang duduk bersama-sama kami untuk menjamu selera.
Sedang kami menjamu selera, Dato Rahim Baba Pemangku Ketua Bahagian BTR pun duduk bersama melayan kami. Datuk Rahim adalah seorang yang penuh pengalaman politik, beliau merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besi dimana sebelum ini Bahagian Seputeh tertakluk didalam jajahan semasa beliau memegang jawatan itu.
Sedang rancak berborak, saya tertarik dengan topik perbualan berkenaan Perhimpunan UMNO Malaysia yang diadakan setiap tahun, menurut Dato Rahim, dahulu para perwakilan sering kali mengkritik pemimpin, tidak kira dari Wakil rakyat hinggalah pemimpin yang teratas, ada sahaja yang dikritik dan ditegur.
Suasana pada masa itu, tidak kira lapisan pemimpin, akan berdebar setiap kali Perwakilan membuat ucapan usul ataupun ucapan penanguhan. Para perwakilan pada zaman itu, berani menegur dan mengutarakan pendirian dan kritikan tanpa melihat kepada jawatan orang yang ditegur, malah Presiden Parti juga sering dikritik dan ditegur. Ini semua adalah untuk kebaikkan parti dan juga kebaikan rakyat umumnya.
Terpikir dipikiran saya, kenapa pada masa itu para perwakilan berani, tidak seperti sekarang !, tidak ada yang berani menegur, mengkritik malah membuat kenyataan pun perlu amat berhati-hati.
Apabila saya terpikir, saya memberanikan diri untuk mengemukakan soalan, "Dato, pada waktu itu adakah perwakilan dipilih seperti sekarang, perwakilan yang ingin berucap dipilih dari peringkat Perhubungan?", "Tidak, seingat saya, pada waktu itu, sesiapa yang ingin membuat ucapan akan megangkat tangan,Tuan pengerusi tetap akan memberikan kepada siapa yang dilihat oleh beliau." jawab Dato Rahim.
Adakah kemungikinan UMNO sudah tidak mempunyai kebebsan untuk mengutarakan kritikan dan teguran semasa Perhimpunan UMNO Malaysia, apabila kita lihat dari satu sudut, kemungkinan ianya telah dikawal di peringkat Perhubungan, peringkat perhubungan sudah mempunyai garis panduan dan nasihat-nasihat kepada perwakilan yang berucap. Mungkinkah ini akan membantutkan dan menhilangkan kredibiliti orang UMNO.
Setiap kali mulanya perhimpunan peringkat bahagian, saya percaya banyak isu yang timbul dan banyak perkara dikritik didalam peringkat ini, teguran demi teguran akan dibuat diperingkat bahagian, dimanakah hilangnya suara ini?.
Pada zaman ini, para perwakilan selalu mendengar puji-pujian dan amat kurang sekali mendengar kritikan dan teguran malah ingin membuat kenyataan pun amat takut sekali, kenapa ini boleh terjadi kepada bangsa kita yang dahulunya kita kenali sebagai bangsa yang berani menegur dan berani menerima teguran.
Suasana perubahan ini menjurus kepada beberapa faktor :-
1. Gaya hidup dah berubah.
Bangsa kita sekarang telah menikmati gaya hidup yang selesa, kepentingan untuk mengekalkan gaya hidup dan bergantung kepada mereka yang mempunyai kepentingan. Oleh kerana ianya telah diimplemtasikan sekian lama(Kelas F, Kelas C dan lain), ianya telah menekan kebanyakkan peniaga-peniaga yang mananya kebanyakkan adalah orang politik. Kuasa ini telah mengikis jati dan menukar seorang ahli politik yang berwibawa kepada seorang ahli politik yang menurut kelunjuk.
2. sambung kemudian ....
Wednesday, October 10, 2007
Jangan jadikan Aidilfitri karnival perayaan
BEBERAPA hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Segala persiapan semakin rancak untuk menyambut hari lebaran. Apa yang saya kesali, hari lebaran yang sepatutnya kita sambut dalam suasana yang sederhana telah menjadi satu keraian yang keterlaluan.
Memang benar agama menyuruh kita menyambut Hari Raya sebagai tanda kemenangan mengharungi ibadah bulan Ramadan tetapi Islam melarang untuk menyambutnya secara berlebih-lebihan sehinggakan membawa kepada pembaziran.
Di pusat membeli-belah sentiasa sesak dengan pengunjung, kaum ibu sibuk memilih pakaian, langsir dan berbagai-bagai yang baru. Kedai perabot juga mendapat sambutan.
Jika boleh semua perkakasan dalam rumah akan ditukarkan kepada yang serba baru.
Berbelanja berlebihan seperti ini sudah tentunya mengundang pembaziran.
Bagi mereka yang tidak berkemampuan perkara ini akan menjadi beban besar. Ini disebabkan sikap masyarakat kita yang secara tidak langsung memaksa suasana Hari Raya disambut dengan semua serba baru dan ia menjadikan tekanan sehingga ada yang sanggup berhutang. Sedangkan Islam sama sekali tidak menuntut umatnya untuk berhutang bagi membesarkan Hari Raya.
Syarikat katering telah sibuk menerima tempahan untuk rumah terbuka. Memang tidak salah untuk kita menjamu sahabat dan saudara-mara, tetapi janganlah ia menjadi tabiat pembaziran sehingga pahala bersedekah yang kita hajati akan hilang begitu sahaja.
Saya juga menyokong pandangan Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik, Sabtu lalu tentang ketaksuban masyarakat kita menyambut Hari Raya selama sebulan. Memang ia tidak wajar.
Dalam tempoh itulah, ramai yang berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka seakan-akan sudah menjadi satu kemestian, ada yang membuka rumah mereka lebih besar daripada kenduri kahwin.
Tetapi jika kita lihat di negara-negara Arab, ia disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesedaran. Suasana hanya dirasakan setakat beberapa hari sahaja dan tidaklah sehingga sebulan lamanya. Tidak wujud suasana seakan berpesta atau karnival perayaan yang panjang. Mereka lebih tumpukan kepada produktiviti dan mencari rezeki.
Oleh itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang serba sederhana dan penuh ketakwaan haruslah diterap pada diri kita agar kita sama-sama dapat mengubah tradisi pembaziran pada musim lebaran ini.
Dalam keseronokan kita menyambut Hari Raya, ingatkanlah mereka di luar sana yang susah dan menderita, semoga kita semua diberkati menjelang hari yang mulia ini.
– RAZLAN RAFII,
Taman Salak Jaya,
Kuala Lumpur.
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Forum Statut Rom kecoh Shakira Buang 4-5 minutes Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Mala...
-
petikan dati laman Blog Nusa Melayu .. Pendapat yang bernas dan sudah pasti orang-orang Melayu menyokong, Telah di beri betis nakan peha pul...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...