Thursday, December 11, 2008

Korban UMNO Bahagian Seputeh



8 Disember 2008 - Program Korban UMNO Bahagian Seputeh telah diadalan di perkarangan Dewan Utama UMNO Bahagian di Danau Desa.

Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 70 orang petugas bagi menyembelih dan melapah sebanyak 10 ekor lembu.

Seramai lebih kurang 200 orang ahli cawangan telah berkumpul dan berkerja bersama-sama bergotong royong bagi menyempurnakan program ini.

Seramai 25 orang ahli pemuda turut serta bersama-sama dengan barisan AJK Pemuda Bahagian yang diketuai oleh Saudara Azizan dan Fazlin yang merupakan Pengerusi Pembangunan Islam dan juga Timbalan Pengerusi Pembangunan Islan, turut hadir Saudara Razlan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan juga Badrul Naib Ketua didalam program ini.

Majlis Pengenalan Calon-Calon Exco Pemuda Malaysia

11 Disember 2008 - Bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Majlis pengenalan calon-calon dari Wilayah yang akan bertanding sebagai EXCO Pemuda Malaysia telah diadakan, anjuran Badan Perhubungan Pemuda Wilayah.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Syed Medhar selaku Pengerusi Majlis dan juga Ketua Pemuda Bahagian Cheras merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Negeri, Syed telah memberikan semangat calon dan kepada semua yang hadir juga meminta supaya semua perwakilan memberikan sokongan kepada calon-calon yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan.

Majlis diikuti oleh Ucapan oleh Ketua Pemuda Negeri, Datuk Norza Zakaria. Beliau memohon agar perwakilan memilih pemimpin yang terbaik diantara yang terbaik.

Seramai 9 orang telah diumumkan untuk bertanding di peringkat Malaysia, 1 calon sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dan 8 Calon untuk jawatan Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Malaysia.

Haji Kamaruddin(Dino) yang akan bertanding Timbalan Pengerusi Tetap merupakan mantan Ketua Pemuda Segambut. Beliau mempunyai pengalaman yang luas didalam Pergerakkan Pemuda, beliau juga perupakan Pengerusi Sukan Negeri.

Enam orang Ketua Pemuda akan bertanding sebagai EXCO, Rizalman (Ketua Pemuda BTR), Datuk Ahmad Zaki (Ketua Pemuda Putrajaya), Tengku Azman (Ketua Pemuda Bukit Bintang), Norizan (Ketua Pemuda Kepong), Sazali Kamilan(Ketua Pemuda Lembah Pantai) dan Razlan (Ketua Pemuda Seputeh)

Dua Orang Naib Ketua Pemuda yang telah diumukan oleh Perhubungan Negeri adalah Hishamuddin Yahya (YOP) Naib Ketua Pemuda Putrajaya dan Nazir, Naib Ketua Pemuda Titiwangsa.

Pemuda Negeri juga telah sebulat suara bersetuju akan Meyokong dan akan berkerja untuk Calon MT dari Pergerakkan Pemuda Wilayah, Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria.

Majlis telah ditutup dengan bacaan doa dan surah wal-asri yang diketuai oleh Saudara Mahathir, Ketua Pemuda Segambut.

Forum Hak Melayu.

Semua sahabat dijemput..

PEMBETULAN : 16 HB DIS 2008 PADA HARI SELASA.
MAAF KEPADA SEMUA...
Sebentar tadi saya mendapat jemputan untuk ke majlis

"Forum Hak Melayu di Bawah Artikel 153"

Pada : 16 Disember 2008(CORRECTION)
Jam : 8.30pm
Bertempat : Bangunan UMNO Shah Alam Seksyen 11.

Panelis : YB Dato Tajuddin Rahman, MP Pasir Salak
dan
Dato Rahman Adam, Pakar Sejarah.

"Pemuda Seputeh diminta berkumpul di
Pejabat UMNO Bahagian pada Jam 8.00pm"





Wednesday, December 10, 2008

Bila Nak Keluar Kayveas !!

Pamimpin seperti digambar ini tidak diperlukan didalam BN.

Sila keluar secara terhormat, sekiranya anda seorang yang BERMARUAH. Kotakan janji anda dan tunaikan kata-kata anda. BN tidak akan buat sebarang pindaan terhadap ISA.

Utusan Malaysia - 10 Dis 2008 "Kayveas semasa merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu menyatakan bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13."

Tetapi saya percaya, beliau tidak akan keluar dari PPP atau Meningalkan BN, kerana KEPENTINGAN Pribadi dan tujuan beliau untuk melihat BN porak Peranda tidak tercapai.

Seperti biasa, Orang ini akan buat muka tak malu, seumpama tidak ada kata dua yang telah diberikan kepada BN.

Inilah contoh Pemimpin yang tidak mempunyai Prinsip.

Utusan Malaysia 9 Disember 2008

‘PPP bebas keluar BN’

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.

“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.

Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.

“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.

Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Monday, December 08, 2008

Isu Bahasa Melayu. Kerajaan Buat Pekak Telinga.

10 nov 2008 - Utusan Hari ini melaporkan "hanya papan tanda Hadapan sahaja digunakan untuk pelbagai bahasa" mula-mula minta semua, sekarang bila orang bising, buat depan dulu .. lepas ni senyap-senyap buat semua..

9 nov 2008 - Orang Cina sudah memulakan langkah tunjuk terang-terang penglibatan golongan koperat untuk menyokong penghapusan Bahasa Kebangsaan secara senyap.

"
Laporan yang sama juga menyebut bahawa Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham juga mahu isu itu tidak dipolitikkan kerana menganggap bahasa adalah alat komunikasi dan usaha mewujudkan papan tanda tersebut merupakan ‘inisiatif pihak swasta’."

Sebelum ini, ianya telah dipersetujui oleh bekas Menteri Pelacur. Selepas didesak, beliau menyatakan kenyataan beliau diputar belit.

Inilah agenda orang CINA, akan menjadikan Malaysia seperti Singapura. Di Singapura, Mejoriti rakyat mereka sudah tidak tahu membaca dan berbahasa Malayu walaupun terdapat papan tanda yang ditulis dalam 4 Bahasa. Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan Singapura selain CINA dan TAMIL.

Heran dengan tindakan lambat pihak Kerajaan, macam tidak dengar suara penulis-penulis yang menulis setiap hari, bukan sahaja didalam Blog, tetapi didada Akkbar pun sudah sering kali dibahaskan perkara ini.

Saya bukanlah seorang yang mahir didalam perundangan, tetapi Pihak Kerajaan Pusat sepatutnya mengeluarkan satu Arahan untuk tidak membenarkan semua pihak atau kerajaan negeri melanggar dan mesti menjaga KESUCIAN PERLEMBAGAAN.

Pihak Kerajaan, janganlah buat pekak telinga lagi, pihak Sultan pun sudah mula memperkatakan isu menjaga KESUCIAN PERLEMBAGAAN. Gunakanlah kuasa yang ada selagi ada, jangan sampai orang Melayu mengangap Kerjaan sudah tidak mampu menjaga Kepentingan MELAYU.

Wasalam

Selamat Hari Raya Korban.

Pergerakkan Pemuda Seputeh, Megucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca muslimim dan muslimat. Semoga Pengorbanan kita setiap hari didalam membela agama, bangsa dan Negara diberkati dan diberikan ganjaran pahala dari ALLAH SWT.

Bersamalah kita menghayati ibadah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail dan memperbetulkan diri kita dengan niat yang baik-baik.

Saya percaya setiap ibadah membantu dan membela Agama Bangsa dan Negara akan diberikan ganjaran pahala dari ALLAH SWT selagi kita tidak dibeleggu dengan NIAT JAHAT, RIAK dan TAKBUR.

INSYALLAH .....

Thursday, December 04, 2008

Bloggers - ShamAnuar

Tahniah kepada Sahabat kita, Saudara Sham kerana telah mewujudkan blog beliau sendiri.

Diharap semua rakan boleh memberikan komen dan berinteraksi agar Budaya Informasi ini dapat kita perluaskan dan tanamkan minat membaca...

http://shamanuar.blogspot.com/

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...