Hari ini, sekiranya orang UMNO bercakap yang adanya agenda disebalik kemenangan PR di dua tempat ini, orang PR Melayu tidak akan percaya.
Mereka lebih suka percaya kepada kemenangan yang akan diperolehi walaupun ianya mengadai maruah dan bangsa Melayu.
Sepanjang kempen, kita melihat pelbagai taktik kotor yang telah digunakan oleh PR, dan mereka sanggup membenarkan Pemimpin Cina menggunakan Ayat-ayat Suci Al-Quran untuk berkempen. Dan ianya telah diluluskan oleh Musridul Pas.
Pada masa yang sama seluruh Mufti telah merujuk kepada kesalahan dan penghinaan kepada Islam sekiranya orang CINA ini menggunakan ayat Quran.
Apapun, orang Melayu didalam kerugian sekarang. Kita tahu, bangsa lain tidak akan menyokong kita, ini adalah kerana banyak permintaan bangsa ini telah dipenuhi oleh PR. Hak Keistimewaan orang Melayu telah dijual untuk mendapatkan kuasa.
Kuasa Penentu yang dipegang oleh bangsa lain.
Gusar Gelisah bukan kerana takut akan kekalahan, tetapi gusar gelisahku ini melihat anak bangsa Melayu dan Orang Melayu yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa.
Melayu PR mungkin gembira kerana mereka telah membuktikan kesabaran mereka telah dibayar dengan kemenangan. Buat apa pun, hari ini mereka tetap percaya Kemenangan ini merupakan rahmat dari Allah.
Tetapi, Allah bukan sahaja boleh memberikan kemenangan untuk menunjukkan kebaikkan, kemungkinan juga kemenangan ini merupakan satu hukuman kepada orang Islam di Malaysia.
Marilah kita berdoa agar Islam di Malaysia akan diperlihara.. insyallah...
Hishamudin Yahya(Yeop) EXCO Pemuda UMNO Malaysia membuat lawatan tidak rasmi ke Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Dari kiri Razlan, Yeop dan Mustapha Kamal(KB)
Hishamudin Yahya(Yeop) EXCO Pemuda UMNO Malaysia membuat lawatan tidak rasmi ke Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Dari kiri Razlan, Yeop dan Mustapha Kamal(KB)














