Tuesday, December 21, 2010

Peperangan JANJI KEPADA RAKYAT sudah bermula !!

Melalui konvensyen Pakatan Rakyat yang lepas, sekali lagi pihak pembangkang telah merencanakan peperangan Janji Manis kepada rakyat Malaysia untuk memberikan mereka modal untuk mendapat sokongan.

Takala Kerajaan Pusat sedang bertungkus lumus memperbaiki kemudahan dan membuat kerja untuk rakyat dengan merancang berbelanja berbillion wang kerajaan untuk kemudahan infrastuktur kepada rakyat, Pembangkan mengambil jalan mudah untuk menarik sokongan mereka dengan memberikan janji manis.

Hakikatnya Rakyat Negara ini sudah pastinya akan terpeganruh kepada janji mereka kerana ianya memberikan keuntungan terus kepada rakyat pada jangka masa pendek. Dan dengan pendapat kebanyakkan rakyat pada hari ini, peduli apa dengan pembangunnan kerana apa yang mereka ada hari ini sudah mencukupi untuk mereka hidup, dan tanggapan dan pandangan ini telah memberi cabaran kepada kerajaan untuk mencari cara bagaimana untuk menjaskan kepada rakyat betapa pentingnya wang kerajaan di belanjakan kea rah pembanggunan.

Banyak janji Pakatan Pembangkang tidak ditunaikan semasa mereka menang di beberapa negeri, seperti air percuma, wang kebajikan kepada warga emas, wang ehsan kepada ibu tunggal dan banyak lagi janji mereka sehingga hari ini tidak ditunaikan.

Di Selangor sahaja, kantong yang di tinggalkan oleh kerajaan BN sebanyak 1.2 billion tunai telah habis digunakan dan banyak anak syarikat kerajaan Negeri telah mengalami kerugian.

Rakyat hari ini di hidangkan dengan janji yang lebih besar seperti penghapusan Tol. Sudah pastinya ini merupakan janji yang amat besar kepada rakyat dan bagaimana untuk mereka merealisasikan, itu tidak penting, kerana yang paling utama adalah untuk mendapatkan kerusi sebanyak mungkin untuk mereka memerintah Negara Malaysia.

Bolehlah kita ibaratkan hari ini janji mereka adalah kosong. Mungkin ada pendapat yang berkata apa ruginya kita mencuba, kalau betul, kita tidak perlu untuk membayar tol lagi selepas ini, dan sudah pastinya akan mendapat banyak keuntungan kepada kita.

Dengan janji ini, sudah pasti ada yang dikurangkan untuk mereka merealitikan janji ini, dan jawapannya amat mudah, segala subsidi yang diperolehi oleh orang Melayu hari ini akan dihapuskan, Felda akan dihapuskan, MARA akan dihapuskan dan banyak lagi agensi yang terbabit dengan memberi subsidi akan dihapuskan semata-mata untuk memberikan kenikmatan kepada pengguna jalan raya untuk mendapat tol percuma.

Inilah yang akan terjadi sekiranya mereka menang dan berkuasa. Adakah kita mahukan keuntungan jangka masa panjang ataupun keuntungan jangkamasa pendek.

RTM diminta siar perlawanan akhir Piala Suzuki

UTUSAN MALAYSIA KELUARAN 20 DISEMBER

** Terima Kasih kepada Rais kerana telah meluluskan siaran lansung untuk kali ini. Hidup Harimau Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta supaya menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan menyaksikan Malaysia menentang Indonesia, hujung minggu ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafli dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air masih mengharapkan penyiaran penuh oleh RTM.

Kata beliau, kementerian perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan rakyat tidak berasa kecewa seperti mana yang dialami mereka ketika gagal menyaksikan aksi penuh skuad negara pada peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

"Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dan berkongsi kegembiraan dengan skuad bola sepak negara yang hari ini telah membuktikan peningkatan prestasi mereka," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Mohd. Razlan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonton lintas langsung di skrin besar di Bukit Bintang beberapa hari lalu juga membuktikan sokongan beliau terhadap sukan tanah air.

"Oleh itu, kita juga mahukan pihak tertentu di kementerian juga dapat merasai kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan," katanya.

Pada aksi separuh akhir lalu, siaran langsung hanya bermula kira-kira 30 minit selepas permainan berlangsung dan ia menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat.

"Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada RTM jika boleh menyiarkan keseluruhan perlawanan akhir nanti," tegas beliau lagi.

Thursday, December 09, 2010

Dana Nasi Lemak 2.0

Namewee telah menyerahkan permohonan memohon dana untuk pembikinan filem beliau kepada Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dana ini adalah untuk memberi beliau modal didalam pembikinan sebuah filem yang tidak tahu apakah motifnya.

Didalam permohonan beliau juga ada menyatakan yang penggunaan bahasa Melayu 50% didalam setiap filem untuk mendapat geran tidak melambangkan 1Malaysia dan minta ianya dipertimbangkan untuk di ubah.

Soalannya, apakah tindakan beliau sekiranya permohonan ini tidak dilayan ?

Banyak publisiti akan diperolehi daripada penolakkan permohonan ini.

1. Beliau akan menjalankan promisi sumbangan dana dari masyarakat demi atas nama merealitikan pembikinan filem ini.

2. Beliau akan menggunakan isu ini untuk menaikkan filem beliau dengan memainkan promisi emosi kerana secara langsung akan mendapat publisiti dari semua sudut.

3. Sentimen anti 1 Malaysia akan dimainkan dan beliau akan terus mendesak kerajaan untuk mengubah dasar ini demi nama 1Malaysia.

Diatas ini merupakan sebahagian kecil tindakan dan populariti mudah yang akan beliau perolehi dan ambil untuk kepentingan perjuangan beliau mendapatkan dana ini.

Kekalahan tetap di tangan kerajaan kerana populariti budak ini sudah naik saban hari.

Kerajaan akan kalah bila memberi DANA .. dan kerajaan juga akan kalah sekiranya tidak meluluskan DANA yang dipohon.

Pikirkan lah wahai Nazri ..

Apa Istimewanya Namewee ?


Namewee, Nama yang terkenal kerana gelagat budak jahat yang menghina Negara dengan mengubal lagu Negarakuku pada suatu ketika dahulu.

Belum lagi habis isu itu dilupakan oleh masyarakat, beliau berkarya lagi dengan menghina TNB dan menghina Melayu dengan lirik “Melayu Balik hutan Jadi Sakai”.

Selepas itu, beliau membuat satu lagi video klip yang menghina Guru Besar dengan dengan perkataan-perkataan lucah.

Semua ini tidak terbukti perbuatan beliau suatu kesalahan kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap beliau, dan terbaru, Menteri yang menjaga undang-undang memaklumkan tidak ada kes terhadap Namewee.

Semalam (9hb Disember 2010) beliau telah datang berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Budak ini telah dilayan ISTIMEWA sekali lagi apabila dapat melepasi Pengawal Parlimen tanpa mengikut protocol berpakaian di Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt Bulat tanpa tali leher dan memakai tutup kepala serupa dengan wajah RAPs beliau.

Pribadi yang suka mengutuk orang lain dan mengkritik kerajaan bukannya satu tiket membenarkan beliau melanggar peraturan di Parlimen. Kenapa pihak yang bertanggunjawab boleh membenarkan beliau memasuki Parlimen tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan?

Yang menerima kunjungan pula, seorang Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen yang mahir dengan selok belok tatacara dan etika parlimen. Kemungkinan selepas ini Menteri berkenaan akan memberi alasan bahawa beliau tidak memasuki Dewan, tetapi umum tahu kalau hendak memasuki banggunan Parlimen sudah tentu ada etika dan peraturan perpakaian dan kene memakai tali leher dan berkemeja lengan panjang, sekiranya tidak, pengawal akan melarang sesiapa pun dari memasuki Bangunan parlimen.

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa pelik, apakah istimewanya orang bernama Namewee ini sehinggakan boleh berbuat apa sahaja di Malaysia tanpa ada undang-undang yang boleh menghalang beliau.


Sekian,
Mohd Razlan Bin Muhmmad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.

Monday, November 29, 2010

Melayu Sekat Cina Masuk Askar.

China Press
Perkara: Polis dan Tentera dari kalangan kaum Cina?
Ruangan: bilik perbincangan umum muka surat C15
Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)

Tajuk:
Orang Cina makan gaji dengan kerajaan
Penulis samara Sian Ren/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Oleh kerana terlalu sedikit orang-orang Cina jadi anggota tentera, sebab itu kementerian pertahanan mahu jejaki cara SPRM, mahu NGO-NGO Cina bantu tarik anak-anak muda kaum Cina dalam pengambilan rekrut anggota tentera.

Di negara kita orang-orang Cina seperti tidak suka jadi tentera, ataupun mereka membantah untuk makan gaji dengan kerajaan, mereka juga dikatakan tidak suka jadi guru sekolah, tidak suka jadi polis ataupun tentera, tidak mahu jadi Pegawai Penguat Kuasa yang suka menangkap gerai-gerai yang tidak berlesen, sedangkan jadi pegawai duduk dalam pejabat yang berhawa dingin pun mereka tidak mahu, mereka sanggup dan rela jual CD haram?

Cuba kita imbas kembali sejarah kita, sebenarnya pada masa dahulu orang-orang Cina sangat suka bekerja dengan kerajaan, boleh imbas kembali pada zaman Penjajahan dahulu, orang-orang Cina bukan sahaja menjadi tunggak pegawai kepada kerajaan Pejajahan, mereka juga bersemangat dalam pasukan tentera, pada masa itu tentera laut dan udara lebih 90 peratus terdiri daripada kalangan orang-orang Cina, polis-polis di pekan-pakan dan Bandar boleh kelihatan ramai dari kalangan kaum Cina termasuk ketua polis dan mata-mata gelap.

Pada masa itu orang-orang Cina yang bertugas sebagai anggota polis mahupun dalam pasukan tentera amat berisiko tinggi, mereka bukan sahaja jadi sasaran kepada pihak komunis, keluarga mereka juga mendapat ancaman yang sama. Orang-orang Cina yang bertugas sebagai polis ataupun tentera pada zaman darurat itu, keadaan itu lebih bahaya berpuluh kali ganda daripada keadaan sekarang ini, pegawai kerajaan Cina pada masa itu lebih mencabar dari anggota polis mahupun tentera pada waktu kini, setiap masa berwaspada hadapi kematian daripada serangan pihak komunis.


Anggota Polis Dan Askar Satu Titik Perubahan Yang Penting

Dengan itu kenapa kita tidak cuba halusi sedikit, semasa zaman darurat yang begitu mencabar kenapa orang-orang Cina sanggup jadi pegawai kerajaan, jadi anggota polis dan tentera, tetapi hari ini dalam keadaan aman dan tidak ada bahaya langsung serta pendapatan yang lumayan, sebaliknya orang-orang Cin tidak sanggup, apakah sebab musababnya? Sudah tentu ada sebab-sebabnya, sehinggakan orang-orang Cina tidak sanggup “makan gaji dengan kerajaan”.

Keadaan yang sebenarnya berlaku iala apabila selepas Merdeka, perubahan penting dalam pasukan polis dan tentera federal, perubahan itu mengalami perubahan dalam pengstrukturannya, mereka secara meluas mengrekrut anggota polis dan tentera dari kalangan orang-orang Melayu. Yang paling unggul ialah tentera diraja, dalam askar di federal selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi kekosongan itu dengan orang-orang Melayu.

Pegawai-pegawai dalam pejabat di pasukan polis juga berlaku sedemikian, terutama sekali ia berlaku dalam lingkungan tahun 1970an, apabila pihak kerajaan laksanakan pengstrukturan semula masyarakat, mereka secara besar-besaran pengmbilan orang-orang Melayu, selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi orang-orang Melayu ke jawatan-jawatan yang kekosongan itu.

Setelah pihak kerajaan laksanakan polisi itu lebih 40 hingga 50 tahun, barulah berlaku pemikiran yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka makan gaji dengan kerajaan, jika di sesebuah kementerian ataupun di jabatan mempunyai sebilangan orang-orang Cina, politikus-politikus akan mengkritik mereka, politikus-politikus berkata itu hanya mahu gugat kepentingan orang-orang Melayu, sebab itu di mana-mana kementerian ataupun di dalam jabatan tidak berani buat pengambilan anggotanya dari kalangan orang-orang Cina, lebih-lebih lagi di dalam pasukan polis dan tentera. Sehingga dalam setahun dua ini, barulah ada menteri yang menyatakan bilangan orang-orang Cina terlalu sedikit jadi pegawai kerajaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang menteri pertahanan yang pertama berani berkata mahu rekrut anggota tentera dari kalangan orang-orang Cina.

Jika benar tangapan selama ini yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka jadi anggota polis dan tentera adalah benar. Kenapa pada zaman Penjajahan dahulu orang-orang Cina sanggup bekerja dan makan gaji dengan kerajaan, seperti orang-orang Cina di China, Taiwan, Hongkong sudah cukup membuktikan orang-orang Cina boleh makan gaji dengan kerajaan, pihak kerajaan hanya perlu buka ruang pintu kepada mereka sahaja.

Monday, November 15, 2010

Mencongak tarikh mandat baru

BERITA HARIAN 2010/11/14

Cakap-cakap pilihan raya umum serentak dengan Sarawak mula kedengaran

SEBAIK muncul di khalayak umum selepas sembuh menghidap penyakit cacar, badan Datuk Seri Najib Razak kelihatan susut sedikit, tetapi wajah tetap berseri dengan bibirnya berwarna kemerahan, yang sinonim dengan penampilannya.

Ketika mula diserang penyakit itu 4 November lalu, Perdana Menteri berada di bilik air di kediamannya. Najib kini sudah hampir sembuh sepenuhnya dan kembali bertugas, meskipun banyak acaranya sejak seminggu lalu, diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak hairanlah Facebook Najib dibanjiri ribuan ucapan selamat kembali bertugas, diiringi doa untuk terus sihat.
Menjelang 3 April tahun depan, Najib akan menyambut ulang tahun kedua sebagai Perdana Menteri. Beberapa hari sebelum itu, 26 Mac 2011, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pula menyambut ulang tahun ke-30 sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Sejak Barisan Nasional (BN) menang dua pilihan raya kecil, iaitu Parlimen Batu Sapi (Sabah) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas (Kelantan) baru-baru ini, sudah ada cakap-cakap kemungkinan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Yang pasti, Sarawak akan adakan pilihan raya negeri dalam tempoh lapan bulan mulai sekarang kerana DUN yang ada akan tamat tempohnya menjelang 24 Julai 2011. Antara Mac hingga April depan adalah tarikh popular menjadi teka-teki pemerhati politik, untuk pilihan raya.

Yang belum pasti ialah pilihan raya umum, sama ada ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Jika serentak, bermakna pilihan raya umum juga perlu diadakan sebelum Julai depan, meskipun tempoh kerajaan BN pada peringkat Persekutuan sekarang hanya akan berakhir pada 2013, lebih dua tahun lagi.

Persoalannya sekarang, perlukah pilihan raya umum diadakan lebih awal semata-mata untuk mengadakannya serentak dengan Sarawak dan persoalan paling penting ialah sudah bersediakah BN khususnya UMNO untuk menghadapi pilihan raya dalam keadaan sekarang?
Ada yang berpendapat, BN perlu mengambil kesempatan kemenangan di Galas dan Batu Sapi untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat dengan alasan sokongan pengundi muda dan masyarakat Cina sudah kembali atau beralih semula kepada BN.

Pada saya gelombang kebangkitan semula sokongan serta keyakinan rakyat kepada BN sudah kembali. Kita harus ambil kesempatan ini, iaitu kekuatan BN dan penerimaan terhadap konsep 1Malaysia, bukan berasaskan kepada kelemahan pembangkang, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Katanya, selepas kejutan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan selepas itu, kemenangan pembangkang di tujuh daripada 13 pilihan raya kecil, kini sokongan terhadap BN sudah kembali pulih, sekali gus memberi isyarat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, ramai juga berpendapat, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi tidak cukup untuk dijadikan ukuran mutlak kekuatan BN, jika keputusan dua pilihan raya kecil itu diperhalusi. Misalnya, di Galas, kemenangan BN dikatakan lebih menjurus kepada faktor Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan di Batu Sapi pula lebih kepada isu tempatan.

Sepanjang kempen di dua lokasi itu, isu nasional tidak begitu ketara dibangkitkan. Di Batu Sapi, banyak isu tempatan seperti pembangunan prasarana, jalan raya, jeti dan projek sosioekonomi khususnya di kawasan Bumiputera banyak mempengaruhi pengundi.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pandi Suhaili, berkata pihaknya tidak kisah sama ada pilihan raya umum diadakan serentak dengan pilihan raya negeri itu kerana jentera BN negeri khususnya sayap Pemuda PBB sudah bersiap sedia.

Saya akui jika diadakan serentak, sukar bagi jentera BN pusat bertumpu ke Sarawak, tetapi pada masa sama, pembangkang pun tidak dapat tumpukan jenteranya ke sini.... jadi tak banyak gangguan. Apa pun kita sudah bersedia dan yakin boleh menang semua 35 kerusi DUN PBB, tak jadi masalah untuk dapat majoriti dua pertiga dalam DUN. Jika Ketua Menteri nak adakan pilihan raya sebaik kembali dari menunaikan fardu haji bulan depan, pun boleh, katanya.

Itu dari segi politik, tetapi bagaimana pula dari segi ekonomi kerana keadaan persekitaran ekonomi negara serta peringkat global turut perlu diambil kira jika mahu mengadakan pilihan raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/pakar ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, walaupun momentum pertumbuhan ekonomi sekarang positif dan meyakinkan pelabur, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib akan hanya berhasil dalam tempoh setahun lagi.

Ini termasuk inisiatif ekonomi yang bertujuan memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara iaitu Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 selain pelaksanaan melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

Ini semua akan mula membuahkan hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun lagi. Begitu pun, apa yang meyakinkan pelabur ialah Perdana Menteri sudah memetakan dengan jelas transformasi ekonomi yang mahu dilakukan... ini penting walaupun pelaksanaannya akan mengambil masa.

Apapun, Perdana Menteri mungkin mahukan mandat kuat daripada rakyat (melalui pilihan raya) untuknya terus mempercepat serta mempergiatkan usaha mentransformasikan ekonomi negara, katanya.

Namun, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya mula bergema, pakatan rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan mula kucar-kacir dengan proses pengundian untuk barisan kepemimpinannya.

Walau apapun, selepas berehat beberapa hari di Hospital Kuala Lumpur, Najib mungkin sudah mula mencongak tarikh sebenar untuk mengadakan pilihan raya, awal tahun depan serentak dengan pilihan raya Sarawak atau menunggu sehingga awal 2012?

Sunday, November 07, 2010

Kembalikan Perjuangan Pemuda UMNO Sebenar !

Pada Perhimpunan Agung 2010 yang lepas, ramai pihak yang terkejut dengan Ucapan dasar oleh YAB Presiden UMNO. Para hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan selama hampir 2 jam itu.

Banyak perkara yang disentuh dan rata-rata menyambut baik ucapan DS Najib kerana keterbukaan beliau menyatakan pendirian membawa UMNO dan BN didalam menangani isu-isu perkauman yang telah dimainkan oleh pihak pembangkang dan komponen sendiri.

Yang paling menarik sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung kali ini adalah bilamana DS Najib menutup dengan ucapan pengulungan yang mahukan semua pihak berani membicarakan apa yang hak dan tidak akan berganjak walau se inci untuk pertahankan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama semasa kemerdekaan.

Apabila mendengar ucapan DS Presiden, teringat beliau semasa menjadi Ketua Pemuda dulu, ucapan yang keras dan berani dan tidak akan berganjak bilamana hak kita dipertikaikan dan dipermainkan oleh bangsa lain.

Kalau kita nak berjuang, kita tidak perlu khuatir dengan ancaman dan desakan dari pihak-pihak lain kerana sebagai kerajaan dan ketua kepada kerajaan (UMNO) kita telah menerima mandat daripada rakyat dan harus diingat kita sememangnya tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain.

Umum tahu Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia hari ini sudah tidak mempunyai taring, ini terbukti pada kali ini terdapat beberapa jurucakap telah memperingatkan kepada kepimpinan agar bertindak lebih agresif dan berani didalam menyatakan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO didalam hal-hal yang berkaitan dengan bangsa dan agama.

Pemuda UMNO hari ini lebih suka membuat kenyataan dan desakan dengan menggunakan media. Amat takut untuk membuat perhimpunan besar-besaran kerana tahu cengkaman di bawah amat lemah. Khuatir tidak mendapat sambutan dan itu dan ini.

Sememangnya kalau hendakan sambutan dan gelombang pemuda itu kuat, program-program kecil dan sokongan dari akar umbi diperlukan. Bukan perkara yang senang untuk kita menghimpunkan ramai pemuda sekiranya kita sendiri tidak membuat kerja-kerja untuk mendekati golongan ini.

Sebagai contoh paling dekat, didalam 2 tahun ini, langsung tidak ada satu pun program sukan di peringkat Pemuda Malaysia di anjurkan. Bagaimana golongan muda hendak mendekati mereka sekiranya tidak ada program yang boleh merapatkan pemimpin atasan dengan generasi muda.

Hari ini, golongan muda diluar sana melihat dan memerhatikan apakah hak mereka akan dipertahankan dan dimana pemimpin muda sekiranya bangsa dan agama mereka ditekan.

Didalam kita memperjuangkan Gaji Minimum dan Perumahan, pastinya ini akan mendapat sambutan daripada golongan muda, Pemuda BN memperjuangkan hak ini. Bukan Pemuda UMNO, dan sudah tentunya orang akan bercakap Pemimpin BN adadalah Ketua Pemuda UMNO dan Melayulah yang akan mendapat kebaikkannya.

Tetapi tidakkah mereka tahu kalau kita bawa perjuangan ini didalam Pemuda UMNO, kita mendapat perkara yang serupa bilamana ianya dijadikan dasar kerajaan ?

Kenapa didalam gerak kerja kita kali ini banyak pergunakan Pemuda BN daripada Pemuda UMNO ?

Didalam rencana besama Khairy di Utusan baru-baru ini, bilamana Tengku Adnan yang ditempelak kerana menegur Pemuda kerana lemah dan apabila ditanya apakah Pemuda UMNO buat selama mereka mentakbir? Jawapannya bukan Pemuda UMNO tetapi Pemuda BN itupun adalah 2 program besar.

Kadang-kadang kita merasa malu apabila melihat DS Najib bersuara seperti Ketua Pemuda yang mana hari ini, Presiden seharusnya menuteralkan keadaan. Desakan mesti datang daripada sayap dan DS Presiden sepatutnya berkata "Lihat Rakyat sudah bersuara, komponen semua mesti paham, desakan daripada akar umbi dan kita harus berhenti mempertikaikan isu keistimewaan ini" ini akan memudahkan kerja DS Presiden. Bukannya kita memberikan beban ini kepada DS Presiden !

Ayuhlah berubah, DS Najib sudah memberi lampu hijau dan sudah terang lagi disuluh, tidak perlulah kita takut PRU nanti bangsa lain tidak menyokong kita.

Keyakinan orang Melayu adalah segalanya, Kuat Melayu, kuatlah Malaysia, Terbela Melayu Terbelalah Malaysia. Adanya Pemuda UMNO adalah Pemuda BN, bukan sebaliknya.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...