Friday, August 05, 2011

Pembangkang Semakin Nyanyuk – Hilang Kawalan Propaganda Mainan Mereka



Kuala Lumpur, 4 Ogos- Pakatan Rapuh semakin hilang dari kawalan propaganda mainan mereka sendiri. Makin banyak mereka bermain, makin banyak tembelang mereka pecah akibat dari seronok mereka penipuan dan tuduhan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, isu terbaru yang mereka mainkan kini adalah memujuk Ku Li untuk menjadi Ketua Pembangkang untuk mengantikan Anwar Ibrahim.

"Pemain Politik tersenyum sahaja apabila melihat PR menyentuh isu ini. Apa taknya, semua tahu yang Ku Li dari dulu sememangnya mahu menjadi Perdana Menteri, beliau pernah bertanding melawan Tun Mahathir, dan juga pernah berlawan menggunakan parti Semangat 46. Tetapi itu semua cerita lama yang sudah menjadi sejarah, semenjak Ku Li masuk kembali ke dalam UMNO, beliau memainkan peranan yang baik dan kritis tetapi tetap bersama kesetiaan bersama UMNO.

Ku Li juga pernah dilaga-lagakan semasa PRK Galas tempoh hari, banyak propaganda jahat pihak pembangkang mainkan untuk melagakan beliau dengan kepimpinan Najib Tun Razak. Hasilnya semua lihat, betapa keras Ku Li bekerja untuk memastikan kemenangan BN di Galas," ujarnya kepada UMNO-Online.

Kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrin Hashim yang menyatakan kebenaran pihak-pihak PAS berjumpa dengan Ku Li telah membuktikan betapa pakatan pembangkang ini terlalu terdesak untuk pecah belahkan BN dari dalam dan ketandusan isu.

"Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sanggup membutakan mata di atas tindakan pemain propaganda pembangkang. Azmin Ali rela dilacurkan demi melihat penipuan ini berjaya. Ku Li bukanlah bodoh seperti yang mereka sangka, tidak semudah itu Ku Li akan menerima perlawaan yang sudah terang amat sukar untuk ditunaikan.

Unit Propaganda pembangkang akan terus memainkan peranan untuk memujuk pemimpin BN dengan menawarkan jawatan-jawatan didalam "kerajaan bayangan" mereka dengan niat mahu memecahkan BN dari dalam," tambahnya.

Kegiatan ini semuanya tidak berjaya kerana para pemimpin BN sudah melihat bagaimana keikhlasan kepimpinan dibawah Dato Seri Nqjib melaksanakan tanggunjawab membela rakyat dan agihan kuasa diantara komponen.

Dan sudah terbukti, ramai pemimpin pembangkang, Ahli Parlimen serta ADUN meninggalkan pakatan rapuh mereka akibat dari pembohongan dan janji yang tidak di tunaikan oleh PR kepada pemimpin mereka sendiri.

"Tetapi perlu diingatkan kepada pemimpin BN, walaupun mereka (pembangkang) belum berjaya memujuk pemimpin BN, pujukkan dan rayuan serta tawaran yang dibuat bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditolak.

Alhamdulillah sehingga hari ini, semua pemimpin BN teguh dan punyai jati diri yang kuat, walaupun ada diantaranya yang mengambil jalan selamat dengan tidak membuat apa-apa kenyataan membalun pakatan pembangkang ini," ujarnya lagi.

Tuesday, August 02, 2011

30 Min Bersama Tun Mahathir

3hb Ogos 2011 - Sebentar tadi jam 11am, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau merupakan Perdana Menteri yang bertaggunjawab mencorakkan warna warni Malaysia selama 22 tahun.

Kelihatan YABhg Tun Mahathir Mohamed sihat walaupun badan beliau susut sedikit, tetapi seperti saya mengenali beliau memlalui rakan-rakan dan buku-buku, begitu lah perwatakan Tun, senantiasa senyum dan menjadi seorang pendengar yang baik, dan apabila bercakap, ayat yang dikeluarkan begitu selamba dan penuh dengan kiasan.

Beberapa perkara yang kami bincangkan berkenaan perniagaan dan pandangan kami terhadap lankskap politik hari ini, yang baik dan yang kurang baik bagi pandangan beliau dan juga kami.

Menyentuh isu Bersih, YABhg Tun juga tidak bersetuju BERSIH di beri kebenaran untuk mengadakan demontrasi, tetapi mesti ada konsisten didalam memberi arahan, sekiranya tidak boleh diadakan di Jalanan kerana haram, BERSIH juga sepatutnya tidak diberi mana-mana tempat untuk berhimpun seperti di Stadium. Dizaman Tun memerintah juga terdapat banyak Demontrasi yang dijalankan, tetapi kita mesti menangani perkara ini dengan cara bijak, itu pandangan Tun.

Isu yang lain ... semua sedar tanpa sokongan Cina dan India, mustahil BN akan menang besar didalam Pilihanraya, jesteru itu kita perlu melayan mereka tetapi tidak perlu sampai boleh menyakitkan hati orang Melayu, "Kalau saya tak layan Cina, mereka pun tak sokong kita" - Tun Mahathir.

Pandangan saya pula, di zaman Tun apabila kita melayan orang Cina, akhbar-akhbar Melayu tidak memberikan publisiti dan ia tidak akan menyakitkan hati mana-mana kaum, "Kalau tak siar, orang Melayu tak sedar" - Jawapan Tun kepada saya dengan senyuman.


Tujuan kami berjumpa Tun adalah untuk mendapatkan pandagan beliau berkenaan dengan satu urusan perniagaan yang mempunyai masalah dimana lesen perniagaan ini telah diberikan semasa zaman Tun menjadi Perdana Menteri.

Agenda Bumiputera seharusnya diteruskan untuk kita membela orang Melayu dan kepentingan ekonomi orang Melayu. Saya masih ingat, semasa YAB Dato Seri Najib berucap semasa perhimpunan 2010 yang mana beliau telah berjanji untuk memberikan lesen kepada orang Melayu dan berharap orang Cina tidak akan marah. Dan hasil dari ucapan ini, saya sendiri telah mengulang ucapan YAB PM semasa Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Hari ini, satu-satunya lesen yang ada dalam telekomunikasi untuk orang Melayu hendak ditarik balik oleh SKMM. Ini lah hakikat yang orang Melayu sendiri tanggung apabila Para Pegawai Kementerian tidak menjalankan tanggunjawab dan hanya mahu menjaga kepentingan mereka.

Kalau di zaman Tun Mahathir dulu, setiap yang keluar dari mulut beliau merupakan arahan dan akan diambil tindakan oleh pegawai atau Menteri yang terlibat, setiap ucapan boleh dikatakan Dasar atau janji kepada rakyat. Tetapi hari ini, apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Najib atau menteri-menteri, banyak yang tidak diambil tindakan bahkan ada diantara Ketua Pengarah dan KSU tidak mempedulikan arahan yang dikeluarkan, ini lah keadaan sebenar di kebanyakkan Kementerian.

Menyentuh isu kepimpinan dan para penasihat kepada Pemimpin Negara , Tun hanya menjawab .. "Ini lah yang terjadi semasa Tunku menjadi Perdana Menteri satu masa dulu" - Tun Mahathir ???


Banyak lagi perkara yang kami bersembang tetapi terlalu sulit dan mungkin akan menyentuh sensitiviti Kepimpinan yang tidak perlu dikongsi disini, pandangan saya, Tun merupakan seorang Singa yang sedang tidur dan jangan kita kejutkan beliau, perlu kita menaruh harapan yang tinggi terhadap Kepimpinan Negara agar kabinet yang ada hari ini boleh bekerja sekeras YAB Dato Seri Najib.

Cuma apa yang saya sedikit kesal, ramai MT dan Menteri tidak bekerja sekeras Perdana Menteri dan Timbalannya, ramai yang mengambil jalan selamat macam mencari saham untuk bersama Anwar ...

Pikirkanlah sendiri ...

Saturday, July 23, 2011

Majlis Peguam mahu tindakan terhadap DAP!

Majlis Peguam telah memberikan kenyataan terhadap keputusan Suruhanjaya Di Raja terhadap kes TBH.


Sudah di jangkakan mereka akan membantah tanpa ada rasa bersalah dan hormat kepada Raja.Mereka mempertikaikan keputusan SuruhandiRaja...

"Majlis Peguam hari ini menolak keputusan Suruhanjaya Diraja yang mendapati pembantu politik DAP Teoh Beng Hock membunuh diri.

Sehubungan dengan itu, presidennya Lim Chee Wee berkata kerajaan dan Suruhaanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) mesti memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.
"Majlis Peguam meminta kerajaan Malaysia dan SPRM untuk mempertimbangkan bagi memberi permohonan maaf bertulis kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia, berhubung kematian itu,” katanya.
Katanya, pihak berkuasa juga wajar menyiasat pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan itu sama ada terdapat kemungkinan mereka melanggar Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat dan menyebabkan Teoh mati akibat kecuaian mereka.

"Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka,” kata Lim." - Malaysiakini

Seperti biasa ... Malaysiakini akan membawa propaganda buruk dengan niat untuk memburukan kerajaan ...
Sekiranya mereka benar-benar mahukan keadilan, DAP yang menjadi punca kepada kematian TBH seharusnya dipersalahkan .. ini adalah kerana TBH megambil RASUAH adalah kerana DAP .. demi parti DAP dan demi pemimpin DAP..

Asas kematian TBH adalah disebabkan DAP halalkan RASUAH dikalangan wakil rakyat mereka. Mereka tidak pernak menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu Rakyat tetapi menggunakan Dana itu untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka.


DAP yang bersalah !

Wednesday, July 20, 2011

Pemuda WP lancar Unit Perang Siber.

Berita Harian 18 Julai2011 : KUALA LUMPUR: Unit Media Baru, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan melancarkan jentera siber bagi memerangi fitnah pembangkang di alam maya menerusi laman twiter, facebook dan blog. 

Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata program itu dilancarkan bertujuan menyediakan jentera untuk berperang di alam maya bagi menolak propaganda negatif pihak pembangkang.
"Dengan kewujudan pelbagai bentuk fitnah di alam siber, jentera siber dapat menerangkan kepada rakyat hal yang sebenar menerusi pelbagai saluran di internet," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jentera Siber Pemuda Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, di Hotel Putera di sini, semalam.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan UMNO yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. 

Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh berkata, program jentera siber itu membabitkan 84 peserta yang terdiri daripada penulis blog dan setiap Pemuda UMNO bahagian memiliki blog sendiri. 

Katanya, Unit Media Baru ini sudah dilancarkan di enam negeri iaitu Melaka, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang. 

Friday, July 08, 2011

Ambiga Syaitan!

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 02, 2011

Perjumpaan Perguruan Persilatan Melayu selepas 40 tahun.

Sebentar tadi di Kelab Sultan Sulaiman, satu sejarah telah berlaku dimana perjumpaan seramai 100 mahaguru persilatan Melayu telah berkumpul.

Perjumpaan ini telah diketuai oleh YAB Dato Seri Ali Rustam, Pengerusi PERSAKA bagi membincangkan tindakan BERSIH yang akan dilakukan pada 9 Julai ini.

Pada awal mesyuarat ini, selaku Pengerusi Pengacara, Saudara Megat telah memberi penerangan secara ringkas butiran perjumpaan. Ini diikuti oleh Dato Seri Reezal Merican, Tan Seri Omar Din dan selepas itu YAB Dato Seri Ali Rustam memberikan ucapan dan mempengerusikan perjumpaan.

Perjumpaan seperti ini pernah berlaku pada 40 tahun dahulu dimana agenda tertumpu kepada peristiwa 13 Mei yang mana orang Melayu telah dihina dan dihalau keluar dari bandar akibat dari kekalahan banyak kerusi Perikatan kepada DAP.

Butiran perbincangan tidak dapat saya kongsi di sini, tetapi cukup lah sekadar saya mengatakan, ianya amat berkesan dan memberikan satu mesej yang orang Melayu tidak rela diri mereka di pergunakan lagi selepas berdiam diri sekian lama.

Perginya Pendekar Melayu ke Jalanan ini pada 9 Julai bukan untuk balik, melangkahnya mereka dari rumah sudah tentu mencari erti Jihad, bagi mempertahankan Kesucian Agama dan Negara Malaysia tercinta.

Persiapan semua telah dijalankan, hanya menungu panggilan dari Ketua. Ini bukan lagi amaran yang boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak. !

Semoga Allah swt meredhai perjuangan kita semua. Insyallah.

Friday, July 01, 2011

Jadi tak jadi, mesti jadi!

9 hari lagi negara kita akan digegarkan dengan perhimpunan Bersih yang di anjurkan oleh manusia yang di gelar syaitan Ambiga.

Menurut SPR, Mereka telah menjalankan perbincangan dengan Ambiga beberapa kali dan telah meminda peraturan Pilihanraya apabila difikirkan betul dan tidak melanggar perlembagaan.

Jelas, perhimpunan 9 julai ini bukan bertujuan untuk menuntut Pilihanraya yang Adil, ianya bertujuan untuk menwujudkan huru hara di dalam negara yang mana kita sendiri kurang pasti apakah kesudahannya.

Makhluk "Sam Ketot" dari AMK mendesak orang ramai turun ke jalanan untuk mengulingkan kerajaan.

Hari ini pihak polis telah menutup semua rundingan dengan semua pihak yang mahu menjayakan perhimpunan ini, selepas beberapa rundingan dan amaran telah dilaksanakan.

Kita sering kali percaya dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis, ini sudah pastinya akan menjaga kepentingan rakyat dan keselamatan rakyat didahulukan.

Saya percaya, 9 julai ini pasti Bersih akan turun walaupun pihak polis telah buat banyak tangkapan, pertimbangannya amat mudah, National Democratic Institute telah mengajar dan melatih mereka dalam mendepani apa sahaja halangan, duit telah dilabur dengan begitu banyak, sokongan pihak komunis dan yahudi juga sudah diperolehi.

Penyokong perhimpunan Bersih telah bersedia untuk berkampung lebih dari 1 bulan, mereka telah di taja oleh pihak luar dengan begitu banyak imbuhan, jesteru, hanya tunggu masa dan tarikh.

Walaupun begitu, saya percaya rakyat atas pagar sudah buka mata dan kamu akan dihukum semasa Pilihanraya akan datang! 5 negeri pembangkang akan jatuh..tunggu masa dan tarikh rakyat memilih pula!

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...