Tuesday, November 29, 2011

Tranformasi dalam UMNO

Malam ini buat pertama kalinya, Penolong Setiausaha Sayap-sayap akan menjadi perwakilan, sebelum ini hanya perwakilan G2, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda sahaja diiktiraf sebagai perwakilan.

Ini merupakan satu lagi transformasi UMNO untuk menentukan UMNO senantiasa diremajakan.

Bermula tahun ini juga, semua Ketua Pemuda Cawangan dan juga Penolong Setiausaha sayap cawangan secara automatik dilantik sebagai perwakilan di peringkat Bahagian.

Di Peringkat Bahagian, Setiausaha Bahagian juga secara automatik sebagai Perwakilan...

Ikuti ucapan Perasmian oleh YAB Tan Sri Muhyddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia pada jam 8.30pm nanti di Twitter @razlanrafii dan #PAUMNO.

Taklimat Presiden UMNO sempena PAU 2011

Jam 3.00pm sebentar tadi dewan penuh dengan kepimpinan tertinggi setiap bahagian, bersedia mendengat taklimat dari Presiden.

Didalam taklimat sebentar tadi, YAB Presiden meminta kesemua kepimpinan Tertinggi Bahagian bersama-sama merasakan kasih sayang diantara kesemua ahli parti. beliau meminta semua yang berjawatan memberi mandat kepada kepimpinan parti untuk menentukan calon pada Pilihanraya akan datang.

Semua kene akur setiap kerusi yang kita tandingi mesti menang, kepimpinan parti adalah calon yang diutamakan.

Bagi pandangan saya, kita sudah bersedia untuk kemenangan parti kita, semua sudah satu hati, tidak ada team a tidanada team b.

We are ready ...

Tuesday, November 01, 2011

MEMBELA NASIB PEKERJA KONTRAK YANG BERKHIDMAT DI DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN

 (Artikel ini telah disiarkan di Berita Harian pada Sabtu 29 Oktober 2011 dan Sinar Harian pada 28 Oktober 2011)

Saudara Pengarang,

Lewat ini, Kerajaan telah mengumumkan pelbagai insentif dan buah tangan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di seluruh Negara tanpa mengira sektor.

Pengumuman YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib ketika beliau membentangkan Bajet 2012 merupakan satu berita gembira kepada semua penjawat awam.

Namun di dalam menyambut dan meraikan berita gembira, haruslah kita semua beringat di mana hari ini kos sara hidup semakin meningkat dan harga barang-barang keperluan turut sama mengalami inflasi sekaligus meletakkan satu tekanan tambahan kepada rakyat Malaysia amnya dan penjawat awam khususnya.

Selain daripada peningkatan harga barangan keperluan, kos perubatan turut sama melonjak naik dengan akhbar The Star melaporkan pada 14 march 2009 di dalam artikel bertajuk “ Rising pressure of healthcare” bahawa kos perubatan dunia melalui inflasi sebanyak 10 peratus setiap tahun dan 15 peratus di Malaysia.

Inflasi kos perubatan yang berlaku sekaligus memberikan tekanan secara tidak langsung ke atas kewangan rakyat Negara ini. Kos perubatan yang saya perkatakan tidaklah hanya tertakluk kepada kos ubat-ubatan dan rawatan yang merupakan kos secara langsung tetapi turut melibatkan kos tidak langsung seperti produktiviti, sara diri , pendapatan yang hilang ketika sakit, pendapatan yang hilang akibat kecacatan yang diterima ketika bertugas dan sebagainya lagi.

Jelas jika kita mengambil kira kesemua item yang saya sebutkan sebentar tadi bahawa seandainya seseorang itu dimasukkan ke hospital tanpa mengira sebabnya, individu tersebut bakal menanggung kos dan mengalami kerugian yang besar.

Sepertimana yang kita semua ketahui, Kerajaan terus menerus dalam usaha mereka dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan prestasi pelbagai sektor termasuklah sektor kesihatan dan penjawat awam.

Dewasa ini kita melihat bahawa pihak Kerajaan lebih cenderung untuk menggaji pekerja-pekerja perkhidmatan awam atas dasar kontrak sebelum menyerap mereka ke dalam perkhidmatan awam secara tetap.  Saya yakin dan pasti bahawa langkah ini mempunyai kelebihan dan kekuranganya.

Melihat kepada perenggan saya yang terdahulu, peningkatan kos perubatan tidak boleh tidak menjurus kepada para pekerja di dalam perkhidmatan awam mengambil insurans perubatan sebagai tambahan kepada perlindungan insurans dan perubatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan. Selaku seorang pekerja (penjawat awam), seseorang itu berhak mendapat perlindungan secara komprehensif daripada majikan nya  daripada sebarang kecacatan dan kecederaan ketika menjalankan tugas serta ketentuan bahawa sebarang kehilangan punca pendapatan bakal diganti dan dibayar pampasan oleh majikan agar seseorang penjawat awam itu dapat menjalankan tugas beliau tanpa rasa gusar.

Perlindungan komprehensif yang saya nyatakan ini jelas dinikmati oleh penjawat awam yang berjawatan tetap namun begitu saya merasakan bahawa kita tidak boleh melupakan penjawat awam yang berstatus kontrak. Cuepacs mengganggarkan bahawa terdapat 50,000 penjawat awam yang berstatus kontrak dan tidak berjawatan tetap.

Secara idealnya semua penjawat awam sepatutnya menerima perlindungan komprehensif yang sama namun setelah salah seorang ahli Pemuda yang merupakan penjawat awam berstatus kontrak di JPN di kawasan saya menerima kecederaan hingga menyebabkan kecacatan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, barulah saya mengetahui bahawa penjawat awam kontrak tidak mendapat perlindungan komprehensif terhadap kecederaan sedemikian  di samping tidak diletakkan di bawah skim PERKESO.

Senario ini amat menyedihkan dan merunsingkan di mana pemuda tersebut tidak dapat memohon apa-apa jenis pampasan bagi membantu beliau dengan bil perubatan dan kos sara hidup beliau.

Saya merasakan bahawa satu kaji selidik perlu dilakukan berkaitan dengan permasalahan ini kerana adalah amat menyedihkan sekiranya rakan-rakan penjawat awam kita yang berstatus kontrak tidak dapat menikmati perlindungan PERKESO ataupun mana-mana pelan perlindungan komprehensif sepertimana yang dinikmati oleh pekerja di sektor swasta dan penjawat awam berjawatan tetap.

Saya ingin mencadangkan bahawa satu mekanisme yang mempunyai objektif yang sama dengan PERKESO diwujudkan bagi memenuhi keperluan perlindungan penjawat awam yang berstatus kontrak ataupun mungkin pihak Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membuat caruman PERKESO bagi memberikan perlindungan kepada mereka.

Sebaliknya Kerajaan juga boleh turut mempertimbangkan untuk mewujudkan satu dana khas bagi membantu penjawat awam berstatus kontrak seandainya mereka ditimpa kemalangan ketika waktu bertugas yang mana insiden itu mengakibatkan kecederaan serius ataupun kecacatan di mana peruntukan untuk dana khas tersebut diperolehi daripada Bajet pengurusan satu-satu Kementerian ataupun melalui skim potongan gaji daripada penjawat awam berstatus kontrak.

Jelas sekali bahawa walaupun mereka ini berstatus kontrak, namun mereka merupakan sebahagian daripada tenaga kerja yang membantu melicinkan dan melancarkan urusan pentadbiran Negara ini dan saya berharap bahawa nasib mereka akan terbela dan mereka diberi perlindungan yang sewajarnya agar mereka dapat terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Http://razlans.blogspot.com

Sunday, October 16, 2011

UMNO Jaguh Kampung!


Sebuah penulisan yang begitu rasis.. Sememangya stretegik membuka mata orang cina untuk tidak menyokong UMNO dari alhbar ini sudah lama dijalankan... 

Gendang PRU semankin hampir, kita akan melihat bagaimana Akhbar ini akan menulis untuk meminta itu dan ini, mendesak itu dan ini, dan membuka mata cina di pelusok negara untuk tidak menyokong Kuasa Melayu.

Selepas ini, ada satu lagi penulisan dari akhbar ini mendesak Kerajaan mengitiraf sijil sekolah cina!! 

Nanyang SiangPau. 15 Oktober 2011.


UMNO Bertukar Menjadi Jaguh Kampung
Penulis: Wong Zi

Selepas 16 kali pertandingan, BN kalah semua tempat di kawasan bandar, akhirnya dapat kejar kembali selepas menang di kawasan-kawasan perkampungan, BN menang 8 kerusi, menjadikan menang seimbang dengan Pakatan Rakyat. Ini telah perkukuhkan kedudukan UMNO yang terbaru, sebelum ini UMNO sebuah parti yang berkuasa di seluruh negara kini menjadi parti jagoh kampung.

UMNO walaupun sebelum ini menjadi sebuah parti yang kuat di seluruh negara dan jatuh menjadi parti jaguh kampung, ia lebih baik daripada parti-parti yang tiada tempat bergantung; jika di kawasan kampung pun UMNO hadapi kekalahan, bukankah bahana kiamat dan tamat riwayat bagi UMNO akan menjelang tiba pada tahun 2012 ini? Buat masa ini UMNO masih miliki kawasan perkampungan, masih boleh bernafas lagi, mereka boleh bangkit kembali untuk berjuang, boleh ambil iktibar dan pelajari strategi Mao Zhi Tong, gunakan penduduk kampung mengepung bandar, tawan kembali kawasan-kawasan yang telah tewas, mungkin UMNO akan dapat bangkit kuat kembali!

Payah Mendapat Sokongan Pengundi Kawasan Bandar

Walaupun pengstrukturan membangunkan bandar-bandar itu menjadi tunggak revolusi dan keperluan untuk dunia hari ini, sebaliknya penambahan penduduk di bandar malah semakin berkurangan juga, di seluruh Malaysia tidak memberi keutamaan dan kelebihan mana-mana parti di kawasan bandar, dan juga fakta parti-parti di kawasan kampung tidak menjadi lemah. Walaupun penduduk kampung semakin berkurangan, tetapi dalam pembahagian kawasan undi banyak dapat membantu mereka, walaupun penduduk di kawasan bandar nampak bertambah, namun kawasan undi tidak kelihatan bertambah; walaupun orang-orang kampung kelihatan berkurangan, kawasan mengundi masih boleh ditambah lagi di kawasan-kawasan itu. Dengan cara itu bukankah kebihan masih terletak di kawasan kampung-kampung. Ia tidak kira sama ada parti politik di kawasan bandar ataupun parti politik di kawasan perkampungan, jika mereka boleh memerintah, merekalah sebagai parti yang terbaik.

Walaupun UMNO semakin payah untuk mendapatkan sokongan undi dari kawasan-kawasan bandar, dalam sayap-sayap UMNO punyai Perkasa yang begitu banyak keahliannya, mereka begitu bersatu padu di bawah naungan Mahathir yang mainkan isu perkauman, di bawah gelombang keahlian yang begitu besar, mahu meneruskan pegangan mereka terhadap kuasa yang ada di negara ini untuk kepentingan segelintir orang, pengundi Melayu di kawasan-kawasan bandar yang tidak kelaparan namun tidak juga mati, mereka alami pelbagai kepahitan hidup, adakah mereka sanggup ikut cara-cara mereka itu?

Selagi Mahathir panjang umur, sayap-sayap UMNO dan Bumiputera masih punyai pengaruh yang begitu kuat, UMNO hanya mendapat sokongan pengundi-pengundi dari kawasan perkampungan, UMNO terpaksa hidup bersama dan sehidup semati dengan cara orang-orang kampung sahaja

Friday, October 14, 2011

Stevan Gan! Hidung tak Mancung, Pipi tersorong-sorong!

Header yang Stevan Gan tulis di Malsysiakini "Mkini dijual pada UMNO? Langkah mayat kami". Gelojoh, macam budak-budak dan gila publisiti.

Semalam saya dah tulis bahawa UMNO tidak ada hajat untuk memiliki sebuah portal yang mempunyai agenda jahat dan berhati busuk. Dari awal penglibatan malaysiakini dalam dunia pemberitaan, sudah pastinya menggunkan duit yang banyak serta support kewangan yangkuat.

Dari mana dan kenapa wujudnya portal ini, sudah pasti pelaburnya punyai agenda yang akhirnya mendapat keuntungan. Keuntungan ada pelbagai bentuk, keuntungan politik, keuntungan wang ringgit atau keuntungan pengaruh.

Sebelum ini, portal ini hanya menghentam UMNO dan Kerajaan melalui pemimpin pembangkang ataupun berita-berita yang akan memburukkan kerajaan. Tetapi semenjak semalam, portal ini membuka pekung mereka mahu menyerang UMNO secara terang-terangan.

Ini merupakan satu taktik mahu mencari populariti jalan pintas. Tidak mustahil mereka pikirkan masanya sudah tiba untuk melihat seorang lagi klon jeff ooi menjadi pemimpin politik!

Pembangkang pun sudah hilang taring dan sudah tengelam di arus politik negara, masapun sudah hampir untuk kerajaan mendapat mandat baru, oleh itu mereka akan menggunskan ta
Ian hayat apa sahaja untuk kroni dan penyokong mereka.

Tidak mustahil editorial malaysiakini akan bertanding MP dalam kumpulan pembamgkang. Kita lihat sahaja bagaimana pembangkang mempergunakan portal ini untuk popularkan diri mereka.

Tetapi, saya nak jelaskan kepada Stevan Gan. Tengok lah cermin dulu, nak attack umno pun bukan sampai nak mencabar nyawa anda! Pena ini akan menjadi senjata yang paling tajam untuk membunuh masyarakat, sekiranya anda percaya pada kewibawaan anda, tidak perlu lah pertaruhkan nyawa anda yang bukan ada nilai pun.

Thursday, October 13, 2011

Malaysiakini milik UMNO?

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.

Laporan Malaysia Insider menyatakan portal malaysiakini akan dijual kepada syarikat berkempentingan UMNO disanggah oleh CEO Malaysiakini.

Melihat pada isu ini, sudah pastinya pembaca seperti saya berpandangan, ini satu daripada propaganda tidak berakal dimainkan oleh Malaysiakini dan Malaysia Insider.

Kedua-dua portal ini sering kali menabur fitnah jahat terhadap Kerajaan dan kesultanan Melayu. Berita mengenai MB Selangor yang menipu rakyat Selangor dan Sultan berkenaan perlantikan SUK negeri, isu Gereja Damansara dan banyak lagi isu-isu besar yang dimainkan oleh Malaysiakini menunjukkan mereka jelas berpihak kepada pembangkang, manakan mereka boleh memberi peluang kepada editorial yang pro kerajaan duduk di meja pengarang!

Seperti biasa, Malaysia insider akan melambung cerita sensasi dan disambut oleh Malaysiakini untuk menarik pembaca, sama la seperti isu tuduhan UMNO mahu memiliki Malaysiakini. Dan terbukti selepas isu ini dinaikkan oleh Malaysia Insider, Malaysiakini pula menafikan berita ini.

Tetapi kali ini lebih menarik, CEO Malaysiakini sendiri ditampilkan sebagai ikon untuk menolak tuduhan ini. Apakah sebenarnya yang cuba mereka potrekan? Sudah pastinya seorang lagi idola akan di lahirkan oleh portal ini untuk tujuan yang sudah pastinya memberikan kekuatan kepada mereka.

Malaysiakini dipunyai oleh Pelabur antarabangsa dari Tabung Media. Orang luar dari Malaysia mempunyai kuasa bercakap didalam menentukan hala tuju portal ini. Ini satu lagi bukti kenapa portal ini tidak akan bergabung atau dibeli oleh UMNO.

Portal ini telah diwujudkan untuk tujuan memusnahkan kredibiliti kerajaan dan memusnahkan parti UMNO. Banyak iklan dari pembangkang dan juga promosi pembangkan menggunakan portal ini, terbaru perhimpunan Bersih telah menggunakan portal ini sebagai portal publisiti mereka. Komen-komen yang berpihak kepada kerajaan tidak akan dilepaskan untuk bacaan tetamu mereka.

Jadi, pepatah, masakan tak ada angin pokok boleh bergoyang sudah tidak boleh digunapakai pada zaman ini, melalui beberapa mainan ayat dan cerita, ntah mana angin datang, ntah mana pokok goyang semuanya boleh diwujudkan oleh portal ini. Jadi, berhati-hatilah membaca portal ini, jangan anda semua dibodohkan oleh mereka yang meniup dan mengoyangkan sendiri semua isu demi kepentingan mereka.

Thursday, September 29, 2011

Sandiwara, sehingga sanggup Perguna Segalanya!


Sandiwara pilihan raya?

SELEPAS berakhirnya sambutan Hari Raya, tumpuan dan perhatian kini tentunya pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Rakyat di segenap peringkat kini mula membuat spekulasi bila ia akan diadakan.

Tetapi bila ia akan muncul tiada siapa yang pasti. Yang pasti para pemimpin politik kini mula membuat persiapan rapi. Selain mahu menonjolkan diri, ada juga yang telah memulakan usaha 'menjual' parti supaya menjadi pilihan pada pilihan raya nanti.

Sebab itu bukan sesuatu yang mustahil apabila timbul bermacam-macam sandiwara ketika ini dalam usaha meraih sokongan dan simpati pengundi.

Yang paling ketara ialah sandiwara antara Pas dan rakan sepakatannya DAP mengenai isu hudud.

Setelah sekian lama menyepi, termasuk menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan digantikan dengan negara kebajikan, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba muncul dengan kenyataan tegas bahawa partinya tetap akan melaksanakan hudud.

Sudah tentu, kenyataan Nik Aziz itu disahut oleh Pengerusi Nasional DAP, Karpal Singh yang terkenal dengan kenyataan langkah mayatnya dulu jika mahu melaksanakan hudud.

Pertelagahan terbaru pemimpin kedua-dua parti politik itu tentunya ada kena mengenai dengan PRU-13 yang semakin hampir. Kedua-dua parti itu mempunyai sasaran berbeza yang memerlukan strategi berbeza.

Untuk menang Pas memerlukan undi daripada pengundi Islam. Sedangkan DAP sudah tentu bergantung kepada penyokong tradisinya - kaum Cina.

Dengan pelbagai isu yang membelenggu parti terutama yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, Pas perlu mencari jalan untuk memastikan ia terus mendapat sokongan.

Salah satu caranya, ia dengan penegasan terhadap pelaksanaan hukum hudud yang sudah tentu Nik Aziz cukup arif bahawa ia mustahil untuk dilaksanakan selagi mereka terpaksa berpakat dengan DAP dan PKR.

Bagi, DAP pula, sejak kebelakangan ini mereka kelihatan bertolak ansur dengan perjuangan Pas yang mana ia sudah tentu akan menghakis sokongan pengundi Cina.

Jadi, perlu diwujudkan satu sandiwara agar Pas kelihatan bermati-matian perjuangan melaksanakan hukum Islam, dan DAP pula bersungguh-sungguh mempertahankan sekularisme.

Jika berdasarkan pengalaman lalu, kedua-dua parti itu akan kembali bertaut selepas pilihan raya untuk membentuk kerjaan negeri. Realitinya Pas tidak mungkin mampu membentuk kerajaan sendirian tanpa bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Apabila ia bersekongkol dengan kedua-dua parti itu adakah hudud dapat dilaksanakan?

"Semua ini mengesahkan bahawa Pas dan rakan-rakan pakatannya, terutama DAP hanya tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.

Katanya, matlamat Pas dan DAP berbeza. Tetapi demi kemarukkan kuasa, kedua-duanya sanggup berpura-pura.

Lagi pula kata Mohd. Razlan, kalau setakat bertanding di 60 kawasan Parlimen di seluruh negara, jika menang sekali pun Pas tidak mampu berbuat apa-apa.

"Setakat bertanding di 60 kawasan (Parlimen), jika menang semua sekali pun, Pas tidak mampu membentuk kerajaan.

"Untuk membentuk kerajaan Pas terpaksa bekerja sama dengan DAP dan PKR. Ketika itu, adakah DAP akan membenarkan Pas laksanakan hudud," katanya.

Menurut Mohd. Razlan, angka itu akan kekal begitu kerana Pas tidak mungkin sanggup berbalah dengan rakan pakatannya bagi mendapatkan lebih kerusi.

Jika Pas benar-benar ikhlas dalam perjuang untuk melaksanakan hudud, katanya, parti itu perlu meletakkan calon di sekurang-kurangnya 120 kawasan Parlimen.

"Perkara ini tidak mungkin berlaku. Maknanya, Pas tidak mungkin memerintah negara ini.

"Apabila Pas tidak mungkin memerintah, maknanya mustahil parti itu dapat melaksanakan hudud," ujarnya.

Lagi pula tahun depan genap 22 tahun Pas memerintah Kelantan dan Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar. Tetapi, pelaksanaan hudud di Kelantan masih sekadar menjadi bunga-bunga percakapan ketika ceramah.

Seperti kata Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek, apa yang dibangkitkan Nik Abdul Aziz itu sekadar mainan politik bagi memancing undi pada pilihan raya akan datang.

Idea itu muncul pada musim pilihan raya bagi mengabui mata para penyokong kedua-dua parti dan kembali senyap selepas itu.

Lagi pula dengan pelbagai transformasi dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Pas dan sekutunya rapat yang juga penentang kuat idea penubuhan negara Islam, DAP sudah tidak ada isu untuk dimainkan.

Disebabkan tidak ada pilihan lain Pas dan DAP memilih hudud sebagai topik untuk bersandiwara.

Pas menggunakan hudud untuk meraih sokongan pengundi Islam dan DAP pula menggunakan penentangannya terhadap hudud bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina.

Hakikatnya, kedua-dua parti itu adalah rakan yang berkongsi menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum lalu bersama-sama PKR di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Kalau Pas benar-benar ikhlas dalam isu hudud dan apa yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz itu bukan sekadar sandiwara menjelang pilihan raya, maka ia perlu bercerai dengan DAP.

Selagi ia terus sebantal dengan DAP maka hudud itu kekal sebagai gula-gula yang digunakan oleh Pas untuk memancing undi ketika pilihan raya.

Bolehkan itu Pas tinggalkan DAP? Rasanya ia mustahil berlaku kerana kedua-dua parti itu sering bergantung harap untuk membolehkan mereka berkuasa.

Impian menakluk Putrajaya bersama-sama DAP dan PKR sebenarnya memerlukan Pas mengenepikan impian melaksanakan hudud dan menubuhkan negara Islam.

Tetapi apa lagi idea yang ada pada Pas untuk berkempen pada pilihan raya umum akan datang jika tidak terus memainkan isu hudud dan negara Islam?

Maknanya, pemimpin Pas dan DAP akan terus bersandiwara demi memancing undi dengan harapan dapat merealisasikan impian mereka menakluk Putrajaya.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...