Friday, August 31, 2018
Tak salah kembalikan Petronas pembekal tunggal.
1. Kenapa tidak diberikan Petronas Pembekal Tunggal rasmi urusan Kerajaan Malaysia? Itu persoalan saya, namun PH menberi alasan, dahulu pun sudah diberi juga pada Shell sekian lama, sekarang beri pada Petron untuk persaingan sihat. @chedetofficial
2. Alasan kalau "DULU Dan Persaingan", langsung tidak membangun, sepatutnya, Malaysia Baru memikirkan bagaimana Agihan keuntungan Petronas di Optimumkan, tukar dasar kepada keuntungan Rakyat, bukan pada Syarikat, pegi Indonesia,mereka suruh pakai Pertamina sahaja @chedetofficial
3. Di Dewan Rakyat, negeri2 meminta royalti tambahan,dan PH juga kekurangan Pendapatan dan memotong banyak inisiatif kebajikan dengan alasan tidak cukup budget,jadi, kenapa ada ketirisan ini yang sepatutnya Kerajaan boleh maximumkan keuntungan kepada Rakyat ? @chedetofficial
4. Jadi, dasar kerajaan PH yang di bangkitkan,bukan sangat kenapa Petron yang diberi kontrak! Dan lantikan terus dikatakan tiada implikasi kewangan tidak masuk akal kerana Akan ada peluang lain untuk monopoli pembelian dan libatkan komisyen secara pukal? @chedetofficial @SPRMMalaysia
5. Jadi, alasan yang diberikan kepada Rakyat tidak diterima dan mungkin ada udang di sebalik batu, terus lah mentadbir Negara demi rakyat, kalau salah, betulkan semula, tidak perlu ada rasa malu. @chedetofficial @mkini_bm m.malaysiakini.com/news/441056
End.
Datuk Razlan Rafii
Aktivis Rakyat,
Thursday, October 05, 2017
Fatwa Politik Dr Mahathir
(Menjawab Blog CheDet dan Artikel Malaysiakini , 5 Oktober 2017)
Fatwa Politik Dr Mahathir
Dalam ilmu pendidikan Subjek Politik Ala Dr Mahathir, segala fitnah dan celaan itu tidak ada dosa dan pahala, semua di halalkan demi menikmati kemenangan parti beliau.
Sebagai seorang muslim, kita ada pegangan untuk tidak berkata bohong malah jauh lagi untuk membuat fitnah.
Lebih 22 tahun, Dr Mahathir mendakwa menanam kebencian orang Melayu kepada DAP dengan pelbagai fakta dan ilmu politik yang akhirnya membawa kepada Peperangan Idealism melawan DAP.
Beliau tidak pernah ada rasa insaf walaupun bak kata pepatah melayu di hujung-hujung nyawa ni "rumah kata pergi, kubur kata mari “ dengan terus membuka ruang fitnah dan celaan malah tomahan demi untuk mencapai Syurga Dunia.
Bila terbaca kenyataan dan pengakuan beliau bahawa beliaulah yang PERSETANKAN DAP, tertanya dalam diri, apakah jenis manusia ini? akibat dari Persetankan DAP ini, Karpal, Lim Kit Siang dan ramai lagi pernah di Penjarakan oleh Dr Mahathir, dan beliau berkata hari ini, "semata-mata mahu kemenangan".
UMNO adalah parti yang mendokong Islam dan Perlembagaan di letakkan tertinggi untuk dijaga kesucian agar rakyat Malaysia terus bermoral, melahirkan zuriat yang soleh atau soleha.
Dr Mahathir tidak perlulah mengaku bahawa UMNO ini ibarat beliau seorang yang punya, segala Fakta bahawa DAP adalah parti Chauvinist adalah datang dari DAP sendiri, ramai bijak pandai dalam UMNO dan BN melihat dan boleh membaca Perlembagaan DAP yang menolak sistem Raja Berpelembagaan.
Kebencian Melayu kepada DAP bukan disebabkan Dr Mahathir, ianya datang daripada Pendekatan DAP yang bersifat Anti-Islam. Menghalang pembangunan kesucian Islam dan ini terbukti apabila setiap kali Pembangunan Islam dibawa dalam Parlimen, DAP lah yang menjadi penghalangnya.
Untuk menghalalkan Dosa Dr Mahathir kepada Pemimpin DAP, beliau terpaksa membela DAP dan mengaku membuat kesilapan dan beranggapan semua yang pernah percaya akan menelan caci maki mereka sebelum-sebelum ini dan ampunkan DAP.
"Dr Mahathir, UMNO ini ada institusi, dan ramai didalamnya merancang demi Malaysia, jangan angkat bakul sendiri"
"DAP bukan Parti Cina, tidak seperti MCA"
Memang benar ia bukan parti Cina, tapi ia di dominasi Dinasti Lim dengan menggunakan sentimen Cina untuk meraih sokongan sehingga Kaum Cina (hari ini) mejoritinya menyokong DAP. Bukan hanya penyokong, malah kepimpinan DAP, 90% adalah datang dari kaum cina.
MCA tidak bertanding dalam Pilihanraya - begini mudah pun Dr Mahathir boleh lupa.(Dr M Cubaan tanam kebencian kaum)
DAP menggunakan Bahasa Kebangsaan, Ianya jelas dalam perlembagaan DAP perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan, sama juga dengan Gerakan. (Di Cawangan DAP gunapakai bahasa Mandarin Dr Mahathir tau ka?)
Namun dalam Perlembagaan DAP tidak mengaku Raja Berpelembagaan dan Agama Islam adalah agama Rasmi, sebab itulah setiap kali isu bahasa dibangkitkan, DAP tidak membantah namun apabila isu Islam dibangkitkan, DAP akan bantah.(Dr Mahathir lupa ka?)
DAP menjadi Perdana Menteri.
BN tidak mendakwa bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri akan tetapi DAP boleh pengaruh banyak perkara seperti apa yang terjadi di Perak dan Selangor malah di Pulau Pinang. Sejarah tidak boleh melupakan satu ketika dahulu, Negeri Sabah pernah punyai Ketua Menteri dengan pendekatan Pengiliran idea dari Dr Mahathir.(Bila ada kuasa, semua boleh buat Dr Mahathir, lupa ka?)
Kitaran semula Dr Mahathir untuk menanam kebodohan kepada Rakyat sudah lapuk, berpusing-pusing dalam bahasa yang sama, kebencian-kebencian-kebencian. Tidak dapat dinafikan Dr Mahathir berjaya menanam sedikit sebanyak kebencian kepada rakyat diatas Kepimpinan Datuk Seri Najib, namun ianya hanyalah Kebencian Peribadi semata-mata seperti yang beliau lakukan kepada semua yang tidak mendengar kata beliau.
Dr Mahathir, bukanlah layak saya untuk mengajar, namun untuk membina sebuah negara yang Berdaulat, ianya datang dari niat suci dan prinsip setiap Pemimpin Politik, Pemimpin yang baik tidak bercakap bohong kepada Negara luar, tidak melobi Agensi Berita Luar demi memburukan Negara, tidak melobi Senator Australia mahupun Amerika untuk memberi fakta yang separuh benar. Ini semua yang di lakukan oleh Pemimpin sekeliling anda demi mencapai nafsu anda semua untuk menjatuhkan BN. Nak bertarung, biarlah kita bersama menjaga maruah Negara, jangan kita baling batu sembunyi tangan. Dan, jangan-jangan sekali kita meminta-minta bantuan Negara luar untuk menukar kerajaan seperti yang dilakukan oleh sekeliling anda sekarang. Kedaulatan adalah tanggungjawab semua.
Hari ini UMNO sudah jauh berbeza Dr Mahathir, UMNO terus menjadi parti yang menjaga kepentingan semua kaum, Bangsa Cina, India dan Melayu malah semua kaum di Sarawak dan Sabah, semua aman dan sentosa, tidak ada gaduh-gaduh, Dr Mahathir tidak perlulah menakutkan Rakyat Malaysia lagi, itu boleh terjadi zaman Dr Mahathir dan bukan sekarang.
Zaman Datuk Seri Najib, rakyat Malaysia berdebat secara Fakta, mencari formula pembangunan terancang, mengenal pasti penambah baikan negara, kerajaan mendengar suara hati rakyat, dan banyak yang dilaksanakan demi untuk Rakyat. Bukan zaman Kuku besi Dr Mahathir. (N2H yang nak dibuat untuk menanam Kebencian, bukan untuk mencari pembangunan)
Zaman sudah berubah Dr Mahathir, janganlah menjadikan pena anda untuk terus menipu rakyat, jadilah orang tua yang menasihat anak-anak. Berhentilah perangai yang suka menanam kebencian seperti dilakukan anda lebih 22 tahun dahulu, cukuplah Rafizi seorang yang anda lahirkan.
Sudah-sudahlah Dr Mahathir Mohamad, kami mahu maju, kami mahu lepas dari belenggu perkauman, kami mahu menuju Negara Maju seperti Korea Selantan, Jepun, berilah peluang kepada Rakyat Malaysia hidup tanpa anda juga pemimpin seperti Lim Kit Siang, sudah cukup, lama dah.
(Dr Mahathir adalah singkatan kepada Tun Dr Mahathir!)
Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda BN WP
Friday, August 18, 2017
Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea
Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada kali ini.
Daripada 128 orang atlet, seramai 21 orang atlet yang masih layak untuk menyertai SUKMA XIX Perak 2018 yang akan datang.
Ini membuktikan bahawa Wilayah Persekutuan merupakan penyumbang utama kepada atlet yang mewakili negara selaras dengan visi dan misi MSWP iaitu melahirkan atlet bertaraf nasional dan antarabangsa.
Penyertaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 juga merupakan pendedahan terbaik bagi atlet Wilayah Persekutuan menjelang SUKMA XIX 2018 nanti.
Diantara Atlet Wilayah Persekutuan yang diharapkan akan membantu Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas adalah seperti Nur dhabitah Sabri daripada sukan Akuatik Terjun, Ng Eain Yow daripada sukan Skuasy dan Muhammad Rafiq Bin Ismail daripada sukan Tenpin Boling.
Selain itu, atlet daripada sukan-sukan lain juga mampu untuk memberi saingan pada sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini seperti atlet Sukan Sepak Takraw acara Chinlone yang telah berjaya menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia. (Iskandar Zulkarnain, Nur hidayat Ar Rasyid Bin Ahmad Daud dan Putera Aidil Israfil Bin Kamaruzaman).
MSWP akan terus memberi sokongan sepenuhnya dalam membantu Majlis Sukan Negara untuk memastikan atlet-atlet yang bertanding berada pada prestasi yang terbaik pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini.
Friday, August 04, 2017
Isu : Sekolah Agama Rakyat Umar Abdul Aziz Masjid Negara.
4 Ogos 2017.
Pagi tadi saya sempat meninjau SRA Umar Abdul Aziz Masjid Negara. Hasil dari pertemuan dengan Ibu Bapa, saya telah meminta sdr Gulam Muszaffar untuk mengetuai dan mewakili Pemuda WP bermesyuarat bersama Ibu Bapa dan Pengarah Jawi.
Mesyuarat berjalan lancar dan saya difahamkan :-
1. SRA Umar Abdul Aziz akan dipindahkan ke Bangunan Yadim sementara Masjid Negara diubahsuai.
2. SRA Umar Abdul Aziz akan kekal di Masjid Negara Selepas projek dilaksanakan selama 30 bulan dan akan dipindah semula di lokasi asal.
3. Pelajar Tahun 1 yang sebelum ini dihentikan pengambilanya, akan dibuka semula pengambilan.
Itu 3 perkara penting yang menjadj kerisauan orang-orang islam yang bermastautin di sekitar Ibu Kota.
Saya menyambut baik penyelesaian yang di buat oleh Pihak JAWI dan terima kasih kepada Pengarah Jawi yang baru Ustat Abdul Aziz yang banyak membantu agar SRA ini kekal di Buka Di Masjid Negara.
Terima Kasih kepada Datuk Sohaimi yang turun padang bersama mesyuarat di Jawi sebentar tadi.
Kita harap untuk dimasa akan datang, pihak Jawi akan lebih berkomunikasi dengan Masyarakat agar tidak ada salah anggapan terhadap Agensi Kerajaan.
Kita ada ramai pemimpin Masyarakat yang ada di WP. iaitu MPP Majlis Perwakilan Penduduk. Sekira tidak mahu berhubung dengan Pemimpin Politik, Jawi boleh menggunakan MPP untuk berbincang soal masyarakat.
Masyarakat di Malaysia ni bukanlah tidak rasional dan hampir semua perkara boleh dibawa ke meja rundingan.
Semoga SRA Umar Abdul Aziz akan terus cemerlang dan melahirkan zuriat Agamawan yang akan menyinari islam dimasa akan datang.
Sekian.
Razlan Rafii
Thursday, July 27, 2017
SPRM - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Wednesday, July 26, 2017
Pemuda Armada Tidak Beradap
Tindakan Pemuda Umno menghalang sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) semalam yang mahu menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertujuan menjaga maruah dan imej parti mereka, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii hari ini.
Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengelakkan "kejadian Adam Adli" - merujuk kepada tindakan aktivis bekas pelajar yang menurunkan bendera dengan imej Najib, di luar ibu pejabat Umno semasa bantahan menuntut kebebasan akademik lebih luas pada Disember 2011.

“Kita faham mereka serpihan ahli Umno yang telah tersesat jauh dan tersilap langkah. Mereka mungkin rindukan PWTC.
“Jadi perasaan mereka itu membuak-buak nak pijak PWTC, namun apakan daya.
“Kita Pemuda Umno, takkan selangkah berundur ke belakang mempertahankan agama, parti dan tanah air,” kata Razlan pada sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
“Cukuplah sekali Adam Adli bertindak biadap menurunkan bendera Umno - Sang Saka Bangsa di perkarangan Menara Dato Onn, Ibu Pejabat Umno satu ketika dahulu.”
Dalam kejadian semalam, kira-kira 30 anggota ARMADA yang pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke PWTC bagi menyampaikan jemputan itu dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan kejadian tolak-menolak.
“Mereka datang dengan membawa plakad provokasi. Sekiranya berniat sekadar menghantar surat mahupun memorandum dengan aman, tak perlulah sampai bawa pelbagai sepanduk biadap.

“Nak hantar memorandum, biarlah kena dengan adabnya.,” kata Razlan, sambil menambah bahawa tidak perlu berbuat demikian jika niat sebenarnya hanya menyampaikan jemputan.
Pada masa yang sama, Razlan juga menafikan bahawa Pemuda Umno bertindak agresif dan menumbuk seorang ahli exco BERSATU.
“Sebenarnya mereka tidak ditumbuk, hanya berlaku tolak-menolak iaitu perkara biasa sahaja dalam mana-mana demonstrasi secara aman mahupun sebaliknya.
“Malah mereka pun sudah minta maaf dan mengakui tiada yang ditumbuk,” kata Razlan, sambil menambah Pemuda Umno tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis semalam mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai pada kira-kira jam 4 petang dan anggota Pemuda BERSATU kemudiannya membuat laporan di ibu pejabat daerah Dang Wangi.
Exco Pemuda BERSATU Ashraf Mustaqim Badrul Munir juga mendakwa bahawa dirinya ditumbuk semasa kejadian itu.
Sumber Malaysiakini
Monday, July 03, 2017
Zaman sudah berubah!!
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Forum Statut Rom kecoh Shakira Buang 4-5 minutes Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Mala...
-
petikan dati laman Blog Nusa Melayu .. Pendapat yang bernas dan sudah pasti orang-orang Melayu menyokong, Telah di beri betis nakan peha pul...
-
***SMS telah dihantar kepada Calon Ketua Bahagian, Datuk Hisham dan Mustapha Kamal, dan juga kepada yang lain-lain.. ** 16 Sep (3.20pm) Asal...

