Tuesday, June 08, 2021

Apa fungsi Darurat kalau Ketua Menteri Pulau Pinang Kebal

Lim Menuduh Kerajaan Penjenayah
20 Mei 2021 :
Satu Malaysia bercelaru apabila Ketua Menteri (KM) DAP Pulau Pinang dan Bekas KM DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat tidak memberikan kebenaran vaksin untuk rakyat Pulau Pinang, Kerajaan DAP Pulau Pinang menuduh kerajaan Pusat menolak sumbangan Vaksin dari individu yang sudah mendapat kelulusan dari Sinovac sebanyak 2,000,000 dos.

Sekiranya rakyat dibawah membuat video atau penulisan yang seperti ini, sudah pasti akan di tangkap dan di panggil untuk disoal siasat, namun ianya bukan untuk seorang KM DAP walaupun dari segi impak, semua lebih maklum bahawa ianya lebih besar dan mendapat liputan seluruh negara & juta melibatkan kedaulatan sebuah negara jiran iaitu China yg mempunyai hubungan baik dengan kita selama ini.

Lim Guan Eng memaki Menteri PN dengan ayat "Kepala Otak Dia" dan menuduh Kerajaan PN melakukan Jenayah.

Sebagaj rakyat biasa, saya nak menegaskan agar Kerajaan Malaysia  melalui Kementerian Dalam Negeri, silalah bat siasatan, apa niat buruk Ketua Menteri sehingga mahu mewujudkan suasana tidak yakin kepada  Kerajaan pusat.

Kepada SPRM pula, ini soal 2,000,000 dos dan dianggarkan melibatkan wang berjumpah RM240,000,000 bersamaan hampir suku billion, siasat kenapa si polan dan si polan mempunyai dana sebesar ini, kemungkinan ada satu lagi projek ghaib seperti Terowong atau Banglo yang akan di berikan sebagai imbuhanbtimbal balas. Pergi siasat la, tak perlu tunggu laporan, kan ini kepentingan Negara. 

Kepada Menteri Undang-Undang, kaji apa bidang kuasa & fungsi dalam Darurat yang boleh diambil tindakan terhadap gerakan propaganda Ketua Menteri Pulau Pinang ini. 

Kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan seorang Ketua Negeri mewujudkan kacau bilau terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi sekarang waktu yang amat kronik dengan kes mencecah angka 6k, jesteru itu, setiap kementerian buat kerja, bukan sekadar berpeluk tubuh.

Negara bernasib baik kerana ada YB Khairy yang memeriksa dahulu sebelum bertindak mengikut cadangan KM DAP Pulau Pinang. Dijelaskan oleh YB KJ sumbangan yg ditawarkan adalah scam atau bogus yg telah mengwujudkan situasi fitnah, sentimen & imej buruk kepada kerajaan Pusat dimana KM Pulau Pinang bebas melakukan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab dengan niat mewujudkan kecelaruan didalam Negara.

Razlan Rafii
MKT UMNO
20 Mei 2021

Muhyddin Yassin, jangan lepas tangan

23 Mei 2021 : Suka atau tidak, realitinya yang buat kerja siang malam untuk selesai masalah Covid 19 majoritinya Menteri-menteri UMNO. DS Ismail Sabery, DS Adham Baba & KJ. Mereka consider frontliner kerajaan darurat PN. Engage with gov agencies & rakyat.
Kebelakangan ni mereka dikecam tanpa ada belas kasihan oleh majoriti rakyat & lebih menyedihkan ahli-ahli UMNO pun tumpang semangkuk. Kita bukan tak boleh balun tapi perlu tahu siapa yg perlu dipersalahkan sepenuhnya diatas kegagalan urusan berkaitan Covid 19 ini.
*Darurat langsung tidak membantu menyelesaikan isu Covid*
Pada awal kerajaan PN, PM Abah dikatakan tidak sihat & banyak beban kerja diserahkan kepada Menteri Kanan, namun setelah disahkan sembuh sepenuhnya. Sepatutnya beliau sendiri mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Kerajaan, berani utk bersekemuka dgn media, buka parlimen dalam mendepani krisis Covid, bukan sekadar hanya tahu "tai chi" kepada orang lain!
*Be a gentleman, act as a true leader, lead the team !!*
Walaupun hari-hari bermesyuarat dengan penuh lengkap data & sains tapi masih gagal membuat keputusan yg terbaik demi rakyat dari segi sektor ekonomi & kesihatan awam. Ini tanda kelemahan yg amat ketara yg ada pada YAB PM. Tiada kredibiliti langsung utk memimpin negara.
Apa-apapun kita kena sentiasa bagi sokongan moral kepada Menteri-menteri UMNO, sebab ini tugas & tanggungjawab yg diberi oleh UMNO yg digalas & dipikul oleh mereka demi rakyat & negara.
Razlan Rafii
23 Mei 2021.

Darurat : Niat ikhlas tidak lain tidak bukan hanya kerana Covid 19.


21 Mei 2021 : Teringat ungkapan seperti di tajuk, dilakukan oleh Tan Seri Muhyddin Yassin sebagai membalas tuduhan liar orang politik bahawa beliau mempengaruhi DYMM YDPA untuk melakukan darurat demi kesihatan rakyat Malaysia.
Ianya disambut baik oleh Menteri Undang-undang, YB Takiyuddin dengan pantas menjawab bahawa Darurat ini dilakukan kerana undang-undang sedia ada tidak mampu untuk digunakan untuk pelbagai usaha kerajaan dalam mendepani permasalahan Covid.
Teringat waktu PKP 1.0, askar boleh dilihat di banyak kawasan, semua rakyat di kawal untuk tidak membenarkan mereka keluar dari perumahan mereka dalam radius 10km. Ketakutan dan rakyat redho dengan apa yang diarah oleh kerajaan, kita hampir berjaya untuk melihat angka 0, ini dilakukan tanpa undang-undang darurat, tanpa ordinan penggunakan harta benda swasta dan kerajaan, tidak ada ordinan yang membolehkan penggunaan dana kerajaan atau tabung-tabung yang lain.
Dengan angka 6,806 pesakit positif Covid sehari, apa lagi Kerajaan dibawah Muhyddin Yassin mahu buktikan?
Bukankah Darurat Covid ini telah Gagal di lakukan malah telah memberikan bencana yang lebih teruk kepada Rakyat Malaysia.
Darurat yang diumumkan telah terbukti tidak dapat memberikan Kerajaan Muhyddin Yassin untuk menyelamatkan nyawa rakyat, ianya dilihat lebih teruk setiap kali pendekakatan dilakukan oleh Kerajaan. Apa yang sedang terjadi didalam Kerajaan Muhyddin Yasin sehingga ianya tidak terkawal.
Sebagai rakyat biasa, saya tidak yakin bahawa Darurat ini dilakukan demi menyelamatkan nyawa rakyat, demi untuk kuasa dimiliki untuk digunakan ke arah formula yang lebih baik untuk memelihara Covid.
Ianya tidak lain tidak bukan, hanya untuk menjaga Jawatan Perdana Menteri kepada Tan Seri Muhyddin Yassin berserta kumpulan Menteri PPBM mereka. Mereka ini bukan boleh dikenang sebagai Nasionalis, sekira Menteri-menteri PPBM ini bertindak sebagai Nasionalis, jawatan itu bukan satu kepentingan, malah mereka lebih berani berhadapan dengan keputusan yang akan dibawa ke Parlimen, bukan berselindung dengan Darurat demi Gilakan Kuasa.
Negara masih punyai sistem pentakbiran yang baik dibawah Ketua Setiausaha Negara, bertukarlah yang di atas, pentadbiran Negara akan berjalan seperti biasa.
Kegagalan ini telah membawa kepada bencana kepada seluruh rakyat, kita berdoa bersama-sama agar dibukakan hati Perdana Menteri untuk memberikan kepetingan kepada Rakyat dan bertindak sebagai Nasionalis yang meletakan kepentingan Negara sebagai keutamaan dari Jawatan Beliau dan Menteri-menteri PPBM yang lain, dengar denyut nadi rakyat bahawa anda sudah gagal dan serahkan kepada DYMM SDPA untuk memilih penganti yang lebih layak untuk mendepani waktu-waktu krisis ini.
Semoga Allah swt senantiasa memberikan perlindungan kepada Negara Malaysia tercinta.
Razlan Rafii
MKT UMNO
21 Mei 2021.

Dimana Hilangnya Laptop Percuma

 

150,000 laptop tak sampai, ditambah lagi kegagalan kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja, bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga. Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan

19 Mei 2021 : Disebabkan Parlimen masih tutup, saya sebagai rakyat biasa mahu bertanya kepada Kerajaan berkenaan Pendidikan anak-anak Malaysia yang semakin bercelaru.
Soal Laptop Percuma. Saya difahamkan Dana telah dikutip dari GLC dan badan Koperat kepada Kerajaan untuk menguruskan pemberian Laptop Percuma kepada anak-anak Rakyat Malaysia yang memerlukan.
Kini sudah hampir 6 bulan perkara ini berlalu, namun tiada berita dari Kerajaan, dimana silapnya ?
Mula-mula berjanji akan diedarkan pada bulan February, tunggu punya tunggu, puasa sudah raya pun sudah, duit sudah ada, cuma proses pembelian sahaja dan pengurusan penghantaran tidak kunjung tiba.
Kita pun tak tahu dimana silapnya, susah ke nak beli laptop ? Ada banyak Brand dan banyak kilang, kalau tak boleh beli semua dalam 1 brand, belilah pelbagai brand, perkara sangat mudah, namun gagal dilakukan dengan mudah.
Apabila rakyat membuat #KerajaanGagal sepatutnya Kerajaan melihat perkara ini sebagai Positif dan tingkatkan usaha memperbaiki, namun kegagalan ini amat ketara.
Kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja, bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga.
Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan.
Hentikanlah sementara program beri beras dan program kebajikan wahai Menteri Pendidikan, fokus kepada kerja hakiki anda, turun setiap masa, setiap waktu melihat guru-guru, duduk bersama mereka dan selesaikan masalah pendidikan ini.

Sunday, June 14, 2020

Utamakan Rakyat, Bukan Pilihan Raya Umum (PRU) Mengejut




"Kita juga harus ambil maklum akan amanah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Di-Pertuan Agong secara rasmi telah beri perkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai YAB Perdana Menteri untuk mengetuai kerajaan PN. Jadi amanah yang diberi kepada kerajaan PN harus digalas dengan baik berpaksikan kepada pemulihan ekonomi negara, mengembalikan kestabilan politik serta memperkasakan kebajikan rakyat." Razlan Rafii

1. Saya merujuk kepada satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, yang memetik laporan The Strait Times Singapore bahawa Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang mempertimbangkan bagi mendapatkan mandat untuk kerajaan Pakatan Nasional (PN) pimpinannya dengan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) 'mengejut' paling awal tahun ini. 

2. Saya berpendapat, kerajaan PN tidak perlu mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat kerana ianya bukan satu keperluan buat masa ini. Ini kerana, tempoh maksimum penggal Dewan Rakyat Malaysia masih berbaki hampir 2 tahun 6 bulan. Jadi apa yang harus diberi keutamaan sekarang adalah proses pemulihan ekonomi, kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat. 

3. Malah, buat masa kini rakyat Malaysia baru sahaja melepasi satu tempoh getir dan sedang bangkit memulakan semula kehidupan setelah tempoh  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang dek pandemik Covid-19 yang masih melanda telah menyebabkan ekonomi negara terumbang ambing. Ditambah lagi dengan drama Pakatan Harapan (PH) serta pertembungan di antara mereka yang merasakan negara ini hanya ada dua (2) orang sahaja pemimpin yang layak menerajui negara. 

4. Adakah kita lupa sepanjang tempoh 21 bulan pemerintahan PH, apa yang rakyat dengar dan lihat hanya lah ;

i. Negara sedang muflis kerana kerajaan terdahulu, 
ii. Penjualan aset-aset negara kepada kroni dan syarikat luar,
iii. Malaysia terpaksa buat pinjaman bon Samurai dari Jepun,

Yang mana akhirnya pelabur – pelabur asing berasa tidak selesa dan takut untuk kekal melabur di negara kita. 

5. Kita bernasib baik sebelum pandemik Covid-19 menjadi lebih parah dan menjangkiti lebih ramai orang di seluruh negara, kerajaan PN sempat diwujudkan sebaiknya. Pada saat tersebut, rakyat boleh menerima kerajaan PN kerana mereka cuba menyelamatkan rakyat dan tidak bermain politik secara keterlaluan. Sekiranya PH kekal menerajui ketika itu, keadaan dirasakan tidak akan sebaik hari ini dan sudah tentunya akan lebih teruk lagi dari segi ekonomi, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Malahan rakyat pula bakal dimarahi berulang kali kerana jumlah mangsa Covid-19 meningkat. 

6. Saya berpendapat desas desus mengenai PRU-15 mengejut ini akan membuatkan pelabur – pelabur merasa kurang selesa dan hilang keyakinan untuk melabur di dalam negara. Mereka akan berpendapat bahawa negara kita masih tidak stabil dari segi politik tidak dan tidak akan mengambil risiko. Akhirnya yang bakal rugi adalah negara serta rakyat dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan. 

7. Apakah bentuk jaminan yang boleh ditawarkan sekiranya PRU mengejut diadakan dalam masa terdekat? Adakah ianya akan memberi majoriti besar kepada mana-mana parti bertanding? Mungkin juga keputusannya nanti akan mewujudkan satu situasi di mana tiada ada pemenang yang jelas seperti _'Clear Winner'_ antara PN dan PH atau mana-mana parti. 

8. Situasi yang sama mungkin berulang kembali dan berlarutan seperti hari ini di mana kerajaan Pusat ketika itu perlu mewujudkan kerjasama politik antara parti politik dan meneruskan aktiviti 'jual beli' Wakil Rakyat. Sekali lagi rakyat akan menjadi mangsa dek kerana keputusan PRU terdesak ini. Kita hanya membuang masa mengejar PRU-15 di mana masa dan perbelanjaan yang digunakan itu sepatutnya dimanfaat dengan baik untuk mentadbir negara dan membantu golongan rakyat yang terabai sekian lama sebelum ini. 

9. PN tidak perlu mengikut rentak permainan PH. Saban hari angka sokongan Ahli-Ahli Parlimen bersama PH berubah-ubah. Mereka menyatakan mempunyai majoriti dan memutarkan pelbagai bentuk omokan serta propaganda politik disebabkan mereka sendiri belum pasti apakah bentuk pengakhirannya nanti. Yang berani kekal bersama PN adalah kerana mereka yakin dan mahu menstabilkan kerajaan serta membantu membangunkan ekonomi negara. Namun yang melompat ke PH, kemungkinan merajuk tidak dapat jawatan, terpaksa kerana diugut atau ditawarkan dengan pelbagai bentuk imbuhan di kemudian hari. 

10. Kita juga harus ambil maklum akan amanah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Di-Pertuan Agong secara rasmi telah beri perkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai YAB Perdana Menteri untuk mengetuai kerajaan PN. Jadi amanah yang diberi kepada kerajaan PN harus digalas dengan baik berpaksikan kepada pemulihan ekonomi negara, mengembalikan kestabilan politik serta memperkasakan kebajikan rakyat. 

11. Akhir sekali, saya berpendapat bahawa masa yang ada sekarang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan PN untuk berkhidmat kepada rakyat. Usah sesekali membuka peluang kepada PH kembali berkuasa kerana telah terbukti sepanjang tempoh mereka berkuasa, mereka melakukan pelbagai kerosakan kepada negara dan mental rakyat Malaysia. 

Terima kasih

DATUK MOHD RAZLAN RAFII
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh

Thursday, July 04, 2019

Sebar Semula !! Penysrah di label Bodoh oleh PH

Forum Statut Rom kecoh

Shakira Buang

Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur gamat seketika ketika sesi soal jawab dalam forum awam membincangkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kekecohan berlaku apabila bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan barisan ahli panel forum bekenaan yang didakwa tidak profesional apabila menggelarkan pihak lain sebagai 'bodoh'

Dakwa Razlan, ungkapan itu ditujukan kepada empat ahli akademik yang menulis ringkasan mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja sebelum ini.
"Kita ini orang yang berpelajaran tetapi tadi kamu menggelar orang lain bodoh dan menggelar empat profesor itu sebagai bodoh.

“Kita semua sepatutnya boleh bercakap dan kamu pun boleh bercakap tetapi kamu tak sepatutnya menggelar orang lain bodoh, kangkung.
"Tak perlu pun, sebab kamu bentangkan fakta kamu dan dia pun ada bentangkan fakta dia. Jadi, ini tidak adil,"tegasnya.

Terdahulu, penganjur forum yang juga salah seorang ahli panel Asheeq Ali Sethi Alivi mendakwa tindakan empat ahli akademik yang menulis ringkasan mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja sebelum ini sebagai bodoh.

Bagaimanapun keempat-empat ahli akademik itu tidak hadir dalam forum berkenaan.
Merasakan pihak yang terlibat tidak ada untuk menyangkal dakwaan Asheeq, Razlan tampil mempertahankan empat ahli akademik terbabit.
Bagaimanapun, hadirin dalam forum berkenaan tidak senang dengan apa yang dibangkitkan Razlan yang dilihat seolah-olah sengaja mencetuskan kekecohan dan meminta anggota parti Umno itu diam atau beredar dari auditorium itu.
Namun, gesaan untuk Razlan diam tidak dipedulikannya.
Sebaliknya, Razlan terus mengutarakan soalan dengan menegaskan agar pihak terlibat menghentikan tindakan menggelar pihak lain dengan kenyataan yang tidak sepatutnya.
“Inikan UM, tapi kita bercakap bodoh, kangkung. Tak perlu menggelar," tegasnya.
'Kenapa AG tak yakinkan Raja-raja?'
Penegasan tersebut sedikit sebanyak membuatkan hadirin diam seketika dan mula mendengar kembali apa yang cuba disampaikan oleh Razlan.
Razlan ketika membangkitkan persoalan seterusnya turut mempersoalkan Peguam Negara Tommy Thomas yang gagal menyakinkan Majlis Raja-raja dalam ratifikasi Statut Rom.
“Kedua, kenapa kamu (Tommy Thomas) tak boleh yakinkan Majlis Raja-raja?
"Pertama, katakanlah tak boleh yakinkan Majlis Raja-raja dan mereka telah dinasihatkan tarik balik, nasihatkan perdana menteri untuk tarik balik. Maksudnya kamu sebagai peguam negara (Tommy Thomas) gagal untuk yakinkan Majlis Raja-raja daripada empat orang tadi.
"Jadi, tak sepatutnya ia berlaku. Jadi, hari ini (Menteri perpaduan) Waythamoorthy pula cakap nak buat balik penerangan untuk ratifikasi ICERD.
"Dan itu pun tak sepatutnya berlaku dan akan gunakan duit rakyat, duit kerajaan, agensi kerajaan untuk habiskan perkara ini, untuk penerangan bagi mempengaruhi rakyat bagi menerima Statut Rom," katanya.
Justeru itu, Razlan sekali lagi meminta semua pihak agar bersikap profesional dan menghormati keputusan yang telah dibuat kerajaan.
"Perkara ini semua sepatutnya tidak berlaku dan saya minta kita semua hormati menghormati satu sama lain.
"Ini Malaysia Baru, maksudnya kamu boleh cakap fakta kamu tetapi kamu tidak boleh gelar Orang lain kangkung dan jangan gelar orang lain bodoh. Ok, boleh?" Soal Razlan dan disambut penolakan hadirin yang menjerit-jerit meminta beliau diam.
“Satu lagi tak perlu gelar kita punya keluarga diraja sebagai perompak. Tolong,” kata Razlan dan terus disorak oleh mereka yang hadir agar beliau berhenti bercakap.
Ellie juga muncul
Tidak cukup dengan itu, di akhir forum kelibat pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati turut kelihatan.
Ellie sebelum forum berakhir cuba untuk bertanyakan soalan namun ditolak oleh moderator kerana kesuntukan masa.
Berang soalannya tidak dapat ditanyakan Ellie dilihat menyuarakan ketidakpuasaan hatinya itu dengan berkata sesuatu.
Namun, ia tidak dapat didengar dengan jelas kerana jarak yang agak jauh dengan media.
Hadir dalam forum itu ialah Peguam Negara Tommy Thomas, anggota G25, Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Professor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

PH buli Pensyarah UKM

Gambar hiasa : Pemimpin PH sedang berseronok makan bersama, merancang untuk melaga-lagakan Rakyat


Seorang Pensyarah UKM diugut oleh Pakatan Harapan semata-mata memberikan hujah mengkritik Penjualan Aset Negara semasa era PH.
Kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh pihak PH selama ini sudah boleh di buang ke tong sampah, era kuku besi seperti yang di bangkitkan oleh YB Nurul Ezah sudah menjadi kenyataan sedikit demi sedikit.

Saya masih ingat, ketika BERDEBAT dengan Syed Sadiq di Sinar Harian, dimana beliau menceritakan kisah Dongeng Rakan beliau yang di ugut semasa di Universiti semata-mata agresif menentang Kerajaan ketika itu, nah, apakah pendirian beliau terhadap perkara ini?
Pensyarah dan golongan bijak pandai hari ini menjadi sasaran oleh Kerajaan PH hanya kerana memberi pendapat yang bertentangan dengan Kerajaan, masih ingatkah apabila Pensyarah di gelar "Kangkung" oleh YB Saifuddin semasa isu "Rome Statute"?

Ini bukan kali pertama Kerajaan PH mengenepikan Pandangan Bijak Pandai!
"Mana Menteri Kewangan"?
Takkala Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan PH tidur lena, PH menghantar ayam sabung Kadir Jasin untuk berhujah!! PH pandai untuk menggunakan "Kaum" untuk berdebat, bukanlah Kadir Jasin ini hebat sangat, tapi, isu ini adalah berkenaan dengan Aset Negara yang dijual kepada Negara China dan Singapore.

Dalam masa Malaysia meningkat hutang kepada RM800 Billion, Menteri Kewangan dan Kroni PH bersuka-suka menjual aset Negara.

Majlis Penasihat Kerajaan juga gagal memulihkan Ekonomi Negara, majlis ini hanya diwujudkan untuk mengenalpasti Aser Negara yang boleh dijual, bukan berperanan untuk memulihkan Aset Negara ditukar kepada membawa keuntungan kepada Rakyat!

Kadir Jasin sepatutnya memberi peluang kepada Majlis Penasihat memainkan peranan menjawab persoalan yang dilemparkan oleh Abdul Muen.

Lontaran Pensyarah ini ada asas dan faktanya, seharusnya menjawab tanpa menggunakan emosi sehingga melibatkan Politik menguasai hujah, kebimbangan Rakyat mengetahui penjualan Aset-aset negara dan juga Warga China menjadi Lembaga Pengarah Khazanah juga ada sebab, dan bukan hanya Pensyarah yang menulis, berita ini disebar oleh akhbar tempatan!

Tidak semua Perkara dalam Ekonomi perlu di jawab dengan modal politik, semasa Era BN, rakyat tidak ada yang mati tak makan.

Jangan selalu penyalahkan kepimpinan yang lepas hanya untuk mengaburi mata rakyat terhadap kegagalan dan kerakusan kroni PH!

Razlan Rafii
5hb July 2019.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...