Wednesday, October 31, 2007

Kemana hilang kredibiliti Para Pemimpin UMNO

Oleh Mohd Razlan

Selamat Hari Raya dan Maaf sekiranya ada arkikel didalam blog ini menyingung perasaan sesiapa sahaja, saya sebagai umat biasa yang tidak lari dari kesilapan dan percayalah semua yang tertulis di dalam ini tidak mempunyai maksud tertentu selain ingin melihat Melayu masih tidak lari dari landasan perjuangan bangsa.

Semasa saya menulis artikel ini, saya baru kembali dari Jamuan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bandar Tun Razak(BTR), suasana disana meriah, lengkap dengan pancaragam dan karaoke.

Setiba dipintu Pintu Pagar Pusat Belia Cheras, dilihat Ketua Pemuda Bahagian BTR bersama-sama dengan Ketua Pemuda Bahagian Segambut sedang duduk rancak bercerita, mungkin keletihan menyambut tetamu dari petang, saya pun terus pergi mengenalkan diri dan bersalaman dengan mereka, "Terima kasih kerana datang" ucap Rizalman(Ketua Pemuda BTR).
Disudut diri tepi pintu masuk dewan, terlihat Abang Zaharin bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO dan segelintir AJK Pemuda dari Bahagian-bahagian lain rancak berbual, mungkin Abang Zaharin berkongsi cerita dan pengalaman semasa menjawat jawatan Setiausaha Bahagian BTR dan pengalaman beliau di dalam UMNO.

Saya terus ke meja makan untuk makan bersama dengan Ketua Bahagian saya, Datuk Hisham Abdul Majid dan para AJK Bahagian UMNO Seputeh, tidak sampai 5 minit, Saudara Alawi Dahalin datang duduk bersama-sama kami untuk menjamu selera.

Sedang kami menjamu selera, Dato Rahim Baba Pemangku Ketua Bahagian BTR pun duduk bersama melayan kami. Datuk Rahim adalah seorang yang penuh pengalaman politik, beliau merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besi dimana sebelum ini Bahagian Seputeh tertakluk didalam jajahan semasa beliau memegang jawatan itu.

Sedang rancak berborak, saya tertarik dengan topik perbualan berkenaan Perhimpunan UMNO Malaysia yang diadakan setiap tahun, menurut Dato Rahim, dahulu para perwakilan sering kali mengkritik pemimpin, tidak kira dari Wakil rakyat hinggalah pemimpin yang teratas, ada sahaja yang dikritik dan ditegur.

Suasana pada masa itu, tidak kira lapisan pemimpin, akan berdebar setiap kali Perwakilan membuat ucapan usul ataupun ucapan penanguhan. Para perwakilan pada zaman itu, berani menegur dan mengutarakan pendirian dan kritikan tanpa melihat kepada jawatan orang yang ditegur, malah Presiden Parti juga sering dikritik dan ditegur. Ini semua adalah untuk kebaikkan parti dan juga kebaikan rakyat umumnya.

Terpikir dipikiran saya, kenapa pada masa itu para perwakilan berani, tidak seperti sekarang !, tidak ada yang berani menegur, mengkritik malah membuat kenyataan pun perlu amat berhati-hati.

Apabila saya terpikir, saya memberanikan diri untuk mengemukakan soalan, "Dato, pada waktu itu adakah perwakilan dipilih seperti sekarang, perwakilan yang ingin berucap dipilih dari peringkat Perhubungan?", "Tidak, seingat saya, pada waktu itu, sesiapa yang ingin membuat ucapan akan megangkat tangan,Tuan pengerusi tetap akan memberikan kepada siapa yang dilihat oleh beliau." jawab Dato Rahim.

Adakah kemungikinan UMNO sudah tidak mempunyai kebebsan untuk mengutarakan kritikan dan teguran semasa Perhimpunan UMNO Malaysia, apabila kita lihat dari satu sudut, kemungkinan ianya telah dikawal di peringkat Perhubungan, peringkat perhubungan sudah mempunyai garis panduan dan nasihat-nasihat kepada perwakilan yang berucap. Mungkinkah ini akan membantutkan dan menhilangkan kredibiliti orang UMNO.

Setiap kali mulanya perhimpunan peringkat bahagian, saya percaya banyak isu yang timbul dan banyak perkara dikritik didalam peringkat ini, teguran demi teguran akan dibuat diperingkat bahagian, dimanakah hilangnya suara ini?.

Pada zaman ini, para perwakilan selalu mendengar puji-pujian dan amat kurang sekali mendengar kritikan dan teguran malah ingin membuat kenyataan pun amat takut sekali, kenapa ini boleh terjadi kepada bangsa kita yang dahulunya kita kenali sebagai bangsa yang berani menegur dan berani menerima teguran.

Suasana perubahan ini menjurus kepada beberapa faktor :-

1. Gaya hidup dah berubah.
Bangsa kita sekarang telah menikmati gaya hidup yang selesa, kepentingan untuk mengekalkan gaya hidup dan bergantung kepada mereka yang mempunyai kepentingan. Oleh kerana ianya telah diimplemtasikan sekian lama(Kelas F, Kelas C dan lain), ianya telah menekan kebanyakkan peniaga-peniaga yang mananya kebanyakkan adalah orang politik. Kuasa ini telah mengikis jati dan menukar seorang ahli politik yang berwibawa kepada seorang ahli politik yang menurut kelunjuk.

2. sambung kemudian ....

Wednesday, October 10, 2007

Jangan jadikan Aidilfitri karnival perayaan

Oleh Mohd Razlan (Utusan keluaran 9 Oct 2007)

BEBERAPA hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Segala persiapan semakin rancak untuk menyambut hari lebaran. Apa yang saya kesali, hari lebaran yang sepatutnya kita sambut dalam suasana yang sederhana telah menjadi satu keraian yang keterlaluan.

Memang benar agama menyuruh kita menyambut Hari Raya sebagai tanda kemenangan mengharungi ibadah bulan Ramadan tetapi Islam melarang untuk menyambutnya secara berlebih-lebihan sehinggakan membawa kepada pembaziran.

Di pusat membeli-belah sentiasa sesak dengan pengunjung, kaum ibu sibuk memilih pakaian, langsir dan berbagai-bagai yang baru. Kedai perabot juga mendapat sambutan.

Jika boleh semua perkakasan dalam rumah akan ditukarkan kepada yang serba baru.

Berbelanja berlebihan seperti ini sudah tentunya mengundang pembaziran.

Bagi mereka yang tidak berkemampuan perkara ini akan menjadi beban besar. Ini disebabkan sikap masyarakat kita yang secara tidak langsung memaksa suasana Hari Raya disambut dengan semua serba baru dan ia menjadikan tekanan sehingga ada yang sanggup berhutang. Sedangkan Islam sama sekali tidak menuntut umatnya untuk berhutang bagi membesarkan Hari Raya.

Syarikat katering telah sibuk menerima tempahan untuk rumah terbuka. Memang tidak salah untuk kita menjamu sahabat dan saudara-mara, tetapi janganlah ia menjadi tabiat pembaziran sehingga pahala bersedekah yang kita hajati akan hilang begitu sahaja.

Saya juga menyokong pandangan Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik, Sabtu lalu tentang ketaksuban masyarakat kita menyambut Hari Raya selama sebulan. Memang ia tidak wajar.

Dalam tempoh itulah, ramai yang berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka seakan-akan sudah menjadi satu kemestian, ada yang membuka rumah mereka lebih besar daripada kenduri kahwin.

Tetapi jika kita lihat di negara-negara Arab, ia disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesedaran. Suasana hanya dirasakan setakat beberapa hari sahaja dan tidaklah sehingga sebulan lamanya. Tidak wujud suasana seakan berpesta atau karnival perayaan yang panjang. Mereka lebih tumpukan kepada produktiviti dan mencari rezeki.

Oleh itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang serba sederhana dan penuh ketakwaan haruslah diterap pada diri kita agar kita sama-sama dapat mengubah tradisi pembaziran pada musim lebaran ini.

Dalam keseronokan kita menyambut Hari Raya, ingatkanlah mereka di luar sana yang susah dan menderita, semoga kita semua diberkati menjelang hari yang mulia ini.

– RAZLAN RAFII,

Taman Salak Jaya,

Kuala Lumpur.

Sunday, September 23, 2007

Melayu Masih Tidak Paham Erti HAK Pemilih..

Oleh Mohd Razlan.

Orang-orang Melayu didapati adalah kaum yang paling ramai tidak mendaftar sebagai Pemilih. Perbagai usaha telah dilakukan demi untuk memastikan orang-orang Melayu mendaftar sebagai pemilih.

Ramai yang berpendapat orang Melayu tidak faham erti Hak mereka, orang Melayu terlalu memikirkan perkara-perkara yang mudah(simple). Otak orang-orang Melayu tidak mahu yang rumit-rumit, dan orang Melayu paling malas untuk mengambil bahagian dan memahami erti Hak mereka.

Penulis bukan ingin memperlihatkan keburukkan orang-orang Melayu kerana penulis pun adalah orang Melayu. Tetapi penulis percaya ramai yang setuju dengan penulis didalam 2 perenggan yang penulis tulis di atas.

Erti menjadi seorang pendaftar pemilih adalah amat tinggi, bangsa-bangsa yang bukan dari peribumi diseluruh dunia selalu memperjuangkan hak untuk menjadi sebagai pemilih. Bangsa-bangsa ini sanggup untuk menaruh apa sahaja untuk mendapatkan hak ini, ini adalah kerana mereka tahu erti kekuasaan menjadi seorang pemilih, mereka berkuasa untuk memilih tapuk pemerintahan negara. Perjuangan yang mereka lakukan itu sudah pastinya untuk anak-cucu mereka.

Bila kita melihat bagaimana kekuasaan politik boleh merubah sesebuah negara, kita takut, takut untuk melihat negara sendiri diperintah oleh bangsa lain, tetapi itulah Melayu, apabila kita membicarakan tentang akibat dan musibah yang bakal kita hadapi, ada yang menjawab, tunggulah, nantilah, alah satu undi je.. itulah jawapan yang lazim kami dengar.

Tetapi saya percaya, peranan ibu-bapa didalam hal ini adalah amat penting, penting untuk memberikan maklumat dan semangat kepada anak-anak kita. Cukup sahaja anak 21 tahum, ibu-ibu dan bapa-bapa Melayu, suruhlah anak-anak itu mendaftar sebagai pemilih, terangkanlah HAK mereka sebagai Rakyat dinegara ini, dan mereka adalah Pribumi yang sepatutnya mempunyai hak yang lebih dari bangsa-bangsa lain dan untuk kita mengekalkan hak peribumi ini, kita perlu memastikan kemenangan dan kuasa politik masih ditangan orang Melayu.

Sunday, September 02, 2007

MERDEKA . MERDEKA. MERDEKA.

Oleh Mohd Razlan

Salam Kemerdekaan,

Pada 1 Sept yang lepas , saya pergi menonton Teater Bahtera Merdeka.

Sebuah teater yang cukup menarik dan sombolik untuk kita tonton bagi memperingati hari-hari yang lalu.

Didalam teater ini, dikupas bagai mana Malaya memperolehi kemerdekaan dari orang-orang putih, dan jasa-jasa Perdana Menteri yang lepas-lepas dan sekarang.

Banyak pengajaran dan kesedaran yang kami anak beranak perolehi. Dan saya syorkan kita beramai-ramai pergi menonton.

Saya suka melihat erti perjuangan ini disudut kemajuan. Negara kita telah jauh maju. Bangsa kita telah diletakkan ke satu martabat yang tinggi didunia. Akan tetapi, banyak perkara yang perlu kita perbaiki untuk memastikan Malaysia tetap kukuh dan aman.

Pada malam hari Kemerdekaan ke50, pelbagai SMS saya terima , diantaranya :

SMS 1:
merdeka tanahair ku..dsambut penuh helaian tawalangit bseri kilauan cahaya berpesta ria gelak ketawa warna warni beraneka cara hilang lenyap rasa duka lahir rasa suka gembira

merdeka tanahair ku..kali ke 50thn penuh maknabgema bdentum diangkasa rakyaat jelata turut serta rasa gembira rasa bahagia terangi mlm bagai dsyurgarioh rendah gelak gempita

merdeka tanahair ku..dlm kerisauan yg nyatalahir generasi anak merdekatawa tangis sama sahajatiada beza kedua2 nyasiang n mlm tiada bmaknatiada duka tiada sengsara

merdeka tanahair ku..mata btentangan bahu bergesiranbibir merah senyuman mnawanlenggang lenggok mgiurkangugur iman bdentum di awanrakyaat jelata pemimpin sekawansambut merdeka senyum senyumanpuas hati gunung ditawangugur iman melambak ditaman

merdeka tanahair ku....tiada sedu tiada tangisanhiruk pikuk tiada kehabisanentah bila terbit keinsafansambut merdeka besar2randtg berkumpul penuhi dataranmera'i sambutan berpasangananak merdeka anak harapan

merdeka tanahair ku.. saban tahun sahut seruanjam gegasi bergetarantanda waktu laung kemerdekaan terkinja2 mlompat kegembiraantanda merdeka acara tahunantiada kekuatan tiada keinsafanhari merdeka hidangan hiburanhari merdeka sekadar laungan merdeka tanahair ku..

SMS 2:
merdeka tanahair ku....

dimana sujud membelah bumi..
dimana takbir mengegar angkasa,,dimana zikir mengoncang dunia..
dimana azan menusuk kalbu..dimana bacaan merayu hati..
dimana jema'ah bertasbih bertasmek ..
dimana kah aku..dimanamerdeka tanahair ku....dimana perjuangan ku..
dimana pengorbanan ku..
dimana budaya ku..
dimana penghayatan ku..
dimana cita cita ku..
dimana impian ku..
dimana semangat ku..
dimana kekuatan ku..
dimana akidah ku..
dimana arah tuju ku..
dimana

SMS 3:
SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 50 KEPADA :
* Org kaya yg bnyk harta (selamat berpoya2 mlm ni)
* Org miskin yg x punya apa2( buat anak je le . . Taun dpn beranak )
* Org yg kena buang kerja (x tahu lah lps medka nk mkn apa )
* Kepada pekerja dangdut (Dangdut gerenti penuh , bnyklah booking )
* Kepada Pekerja cuci kereta ( lps merdeka bnyk keta nk kena cuci oi. .)
* kpd pekerja hospital ( jgn salah cucuk )
* kpd org yg dah kawin dan nk dpt anak ( harap2 dpt tempat nk beranak mlm ni . .ada hadiah. .he. .he. .)
* kpd yg baru putus cinta ( x pe mlm ni gerenti ramai pakwe )
* kpd para2 suami yg kawin 2 ,( taun dpn kawin lg satu )dan yg paling penting sekali . .
* Kpd semua isteri2 dimana jua berada ( ikat laki jgn bg diorg kuar , x pun katakan sy nk ikut dan pakailah pakaian yg menjolok mata, mekap tebal sikit supaya dia x tergoda ngan permpuan dangdut ke , pub ke apa2 je lah. . Renung2 kan. . . . . . .WE. .E ..E T kedeboomm. . *SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN *


Pelbagai maksud kemerdekaan, Dimanakah Melayu 50 tahun akan datang? Diamnakah UMNO 50 tahun akan datang?

Bersama-samalah kita berusaha untuk memastikan ianya kekal untuk anak cucu kita.

MERDEKAA.. MERDEKAA.. MERDEKAA...

Monday, August 06, 2007

Mesyuarat Pemuda Tahun 2007




Oleh Mohd Razlan

Shukur kita ke-hadrat Illahi kerana dengan berkat dan kurnianya dapat kami, Pemuda Seputeh mengadakan Mesyuarat Tahunan dengan jayanya di ILP pada sabtu yang lepas.


Pemuda Seputeh telah menjemput YB Razali, Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor untuk merasmikan mesyuarat, Pemuda mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.


Di dalam ucapan perasmian, YB Razali ada menyentuh dan mendesak agar UMNO kembali menumpukan kepada aktiviti untuk menguatkan Parti. Menurut beliau, permasalahan yang terdapat di negara ini, seringkali dikaitkan dengan UMNO, dengan isu mat rempit, isu dadah, isu pelacuran kebanyakkannya di kaitkan dengan UMNO. Persepsi ini perlu di ubah.

Pihak kerajaan perlu di desak untuk mengubah perkara-perkara ini, agensi-agensi kerajaan yang mempunyai budget perlu mengadakan usaha untuk memeranginya, bukanya diletakkan kepada UMNO.

UMNO perlu memikirkan bagaimana untuk menguatkan diri, bagaimana untuk kita merapatkan lagi orang-orang melayu di negara ini, jesteru itu, segala usaha dan aktiviti yang dibuat ,perlu memastikan objektif ini dicapai.

Mesyuarat kali ini juga telah meluluskan Pemuda menyokong Usul dari Bahagian. Usul Kontrak Sosial yang akan bahaskan di dalam mesyuarat Bahagian.

Kami menasihatkan Kepada sesiapa yang tidak paham dengan erti Kontrak sosial ini jangan sebut dan bahaskannya. Kontrak sosial ini telah lengkap dan segala usaha untuk mengubahnya akan mengakibatkan negara akan jadi kucar kacir.

Jesteru itu, Pengorbanan oleh Orang-orang melayu untuk memberikan mereka-mereka Kerakyatan tidak perlu di lihat sesuatu yang remeh. Ianya tidak boleh dibeli dan di jual, pemberian ini adalah suatu yang dipikirkan baik untuk Negara Malaysia. Dan Pemberian ini perlu di imbangi dengan HAK KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU. Oleh itu, jangan di jolok sarang tebuan.

sekian..

Friday, April 06, 2007

Di antara Pembanggunan dan Kepentingan Nasional


Oleh Md Razlan

Sesebuah negara untuk maju pada zaman ini memerlukan suntikan modal yang banyak. Pelbagai cara boleh diambil untuk mendapatkan dana ini, di antara cara-cara yang selalu di ambil adalah membawa pelabur-pelabur luar untuk berniaga di dalam negara, ataupun memberikan mereka melabur di dalam negara kita.

Tidak boleh di nafikan, setiap perniagaan perlu ada untungnya, yang sudah pasti, sebelah pihak akan mendapat apa yang mereka perlukan dan sebelah pihak akan mendapat untungnya (wang).

Dari zaman selepas Merdeka, Malaysia telah pesat membanggun mengikut acuannya sendiri, setiap Pemimpin yang naik, akan membawa Kemajuan kepada negara khusus untuk rakyat jelata.

Sudah pastinya pada waktu ini para pemimpin sedia ada mempunyai buah pikiran bagai mana untuk membawa Malaysia lebih maju.

Akan tetapi, perlu kita ingat dan memeringati, tidak ada jalan mudah dan jalan pintas untuk kita membangunkan negara, terlalu banyak pengorbanan kita perlu korbankan jika kita mengambil jalan pintas.

Seperti Tol dan Harga Minyak, rakyat di bebani dengan kos untuk kemajuan, tetapi Rakyat faham dan sedar, untuk kita menikmati kemajuan untuk anak cucu kita, pengorbanan pada hari ini diperlukan. Jesteru itu, tidak ada banyak orang membantah.

Tetapi, jika kita inginkan kemajuan dan mengadai Tanah dan Maruah Negara, ini perlu di hentikan dan perlu di selami akibatnya.

Anak kecil main api.... itulah lagu yang perlu kita selami dan hayati jika kita ingin membuat keputusan. Alhamdullilan, Allah itu Maha kaya dan telah menyedarkan pemimpin kita dimana salah satu keistimewaan di dalam pembentukkan WPI adalah memberi keistiewaan Rakyat Singapura untuk memasuki wilayah ini dengan bebas.

Tercetus di fikiran saya, Apakah yang difikirkan apabila seseorang itu membuat cadangan sedemikian rupa? Apakah semestinya kita membuat cadangan yang sebegini demi untuk membuat pelabur asing melabur kepada Negara kita!

Saya sebagai Pemimpin kerdil, mengharapkan dan mendesak pemimpin-pemimpin kita memeriksa kembali keistimewaan yang diberikan di dalam pembentukkan WPI ini.

Segala keputusan yang di ambil semestinya di rujuk kepada golongan cerdik pandai dan golongan nasionalisme. Ini penting untuk kita menimbang tara di antara keuntungan dan kepentingan nasional.

Biarpun kita lambat sedikit, tetapi perlu kita pastikan setiap tindakkan adalah rasional. Lihat seperti rundingan FTA, tidak perlu tergesa-tega, dah Tahniah kepada semua yang terlibat didalam FTA.


Sekian ...
razlans.blogspot.com

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...