Monday, November 29, 2010

Melayu Sekat Cina Masuk Askar.

China Press
Perkara: Polis dan Tentera dari kalangan kaum Cina?
Ruangan: bilik perbincangan umum muka surat C15
Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)

Tajuk:
Orang Cina makan gaji dengan kerajaan
Penulis samara Sian Ren/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Oleh kerana terlalu sedikit orang-orang Cina jadi anggota tentera, sebab itu kementerian pertahanan mahu jejaki cara SPRM, mahu NGO-NGO Cina bantu tarik anak-anak muda kaum Cina dalam pengambilan rekrut anggota tentera.

Di negara kita orang-orang Cina seperti tidak suka jadi tentera, ataupun mereka membantah untuk makan gaji dengan kerajaan, mereka juga dikatakan tidak suka jadi guru sekolah, tidak suka jadi polis ataupun tentera, tidak mahu jadi Pegawai Penguat Kuasa yang suka menangkap gerai-gerai yang tidak berlesen, sedangkan jadi pegawai duduk dalam pejabat yang berhawa dingin pun mereka tidak mahu, mereka sanggup dan rela jual CD haram?

Cuba kita imbas kembali sejarah kita, sebenarnya pada masa dahulu orang-orang Cina sangat suka bekerja dengan kerajaan, boleh imbas kembali pada zaman Penjajahan dahulu, orang-orang Cina bukan sahaja menjadi tunggak pegawai kepada kerajaan Pejajahan, mereka juga bersemangat dalam pasukan tentera, pada masa itu tentera laut dan udara lebih 90 peratus terdiri daripada kalangan orang-orang Cina, polis-polis di pekan-pakan dan Bandar boleh kelihatan ramai dari kalangan kaum Cina termasuk ketua polis dan mata-mata gelap.

Pada masa itu orang-orang Cina yang bertugas sebagai anggota polis mahupun dalam pasukan tentera amat berisiko tinggi, mereka bukan sahaja jadi sasaran kepada pihak komunis, keluarga mereka juga mendapat ancaman yang sama. Orang-orang Cina yang bertugas sebagai polis ataupun tentera pada zaman darurat itu, keadaan itu lebih bahaya berpuluh kali ganda daripada keadaan sekarang ini, pegawai kerajaan Cina pada masa itu lebih mencabar dari anggota polis mahupun tentera pada waktu kini, setiap masa berwaspada hadapi kematian daripada serangan pihak komunis.


Anggota Polis Dan Askar Satu Titik Perubahan Yang Penting

Dengan itu kenapa kita tidak cuba halusi sedikit, semasa zaman darurat yang begitu mencabar kenapa orang-orang Cina sanggup jadi pegawai kerajaan, jadi anggota polis dan tentera, tetapi hari ini dalam keadaan aman dan tidak ada bahaya langsung serta pendapatan yang lumayan, sebaliknya orang-orang Cin tidak sanggup, apakah sebab musababnya? Sudah tentu ada sebab-sebabnya, sehinggakan orang-orang Cina tidak sanggup “makan gaji dengan kerajaan”.

Keadaan yang sebenarnya berlaku iala apabila selepas Merdeka, perubahan penting dalam pasukan polis dan tentera federal, perubahan itu mengalami perubahan dalam pengstrukturannya, mereka secara meluas mengrekrut anggota polis dan tentera dari kalangan orang-orang Melayu. Yang paling unggul ialah tentera diraja, dalam askar di federal selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi kekosongan itu dengan orang-orang Melayu.

Pegawai-pegawai dalam pejabat di pasukan polis juga berlaku sedemikian, terutama sekali ia berlaku dalam lingkungan tahun 1970an, apabila pihak kerajaan laksanakan pengstrukturan semula masyarakat, mereka secara besar-besaran pengmbilan orang-orang Melayu, selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi orang-orang Melayu ke jawatan-jawatan yang kekosongan itu.

Setelah pihak kerajaan laksanakan polisi itu lebih 40 hingga 50 tahun, barulah berlaku pemikiran yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka makan gaji dengan kerajaan, jika di sesebuah kementerian ataupun di jabatan mempunyai sebilangan orang-orang Cina, politikus-politikus akan mengkritik mereka, politikus-politikus berkata itu hanya mahu gugat kepentingan orang-orang Melayu, sebab itu di mana-mana kementerian ataupun di dalam jabatan tidak berani buat pengambilan anggotanya dari kalangan orang-orang Cina, lebih-lebih lagi di dalam pasukan polis dan tentera. Sehingga dalam setahun dua ini, barulah ada menteri yang menyatakan bilangan orang-orang Cina terlalu sedikit jadi pegawai kerajaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang menteri pertahanan yang pertama berani berkata mahu rekrut anggota tentera dari kalangan orang-orang Cina.

Jika benar tangapan selama ini yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka jadi anggota polis dan tentera adalah benar. Kenapa pada zaman Penjajahan dahulu orang-orang Cina sanggup bekerja dan makan gaji dengan kerajaan, seperti orang-orang Cina di China, Taiwan, Hongkong sudah cukup membuktikan orang-orang Cina boleh makan gaji dengan kerajaan, pihak kerajaan hanya perlu buka ruang pintu kepada mereka sahaja.

Monday, November 15, 2010

Mencongak tarikh mandat baru

BERITA HARIAN 2010/11/14

Cakap-cakap pilihan raya umum serentak dengan Sarawak mula kedengaran

SEBAIK muncul di khalayak umum selepas sembuh menghidap penyakit cacar, badan Datuk Seri Najib Razak kelihatan susut sedikit, tetapi wajah tetap berseri dengan bibirnya berwarna kemerahan, yang sinonim dengan penampilannya.

Ketika mula diserang penyakit itu 4 November lalu, Perdana Menteri berada di bilik air di kediamannya. Najib kini sudah hampir sembuh sepenuhnya dan kembali bertugas, meskipun banyak acaranya sejak seminggu lalu, diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak hairanlah Facebook Najib dibanjiri ribuan ucapan selamat kembali bertugas, diiringi doa untuk terus sihat.
Menjelang 3 April tahun depan, Najib akan menyambut ulang tahun kedua sebagai Perdana Menteri. Beberapa hari sebelum itu, 26 Mac 2011, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pula menyambut ulang tahun ke-30 sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Sejak Barisan Nasional (BN) menang dua pilihan raya kecil, iaitu Parlimen Batu Sapi (Sabah) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas (Kelantan) baru-baru ini, sudah ada cakap-cakap kemungkinan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Yang pasti, Sarawak akan adakan pilihan raya negeri dalam tempoh lapan bulan mulai sekarang kerana DUN yang ada akan tamat tempohnya menjelang 24 Julai 2011. Antara Mac hingga April depan adalah tarikh popular menjadi teka-teki pemerhati politik, untuk pilihan raya.

Yang belum pasti ialah pilihan raya umum, sama ada ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Jika serentak, bermakna pilihan raya umum juga perlu diadakan sebelum Julai depan, meskipun tempoh kerajaan BN pada peringkat Persekutuan sekarang hanya akan berakhir pada 2013, lebih dua tahun lagi.

Persoalannya sekarang, perlukah pilihan raya umum diadakan lebih awal semata-mata untuk mengadakannya serentak dengan Sarawak dan persoalan paling penting ialah sudah bersediakah BN khususnya UMNO untuk menghadapi pilihan raya dalam keadaan sekarang?
Ada yang berpendapat, BN perlu mengambil kesempatan kemenangan di Galas dan Batu Sapi untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat dengan alasan sokongan pengundi muda dan masyarakat Cina sudah kembali atau beralih semula kepada BN.

Pada saya gelombang kebangkitan semula sokongan serta keyakinan rakyat kepada BN sudah kembali. Kita harus ambil kesempatan ini, iaitu kekuatan BN dan penerimaan terhadap konsep 1Malaysia, bukan berasaskan kepada kelemahan pembangkang, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Katanya, selepas kejutan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan selepas itu, kemenangan pembangkang di tujuh daripada 13 pilihan raya kecil, kini sokongan terhadap BN sudah kembali pulih, sekali gus memberi isyarat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, ramai juga berpendapat, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi tidak cukup untuk dijadikan ukuran mutlak kekuatan BN, jika keputusan dua pilihan raya kecil itu diperhalusi. Misalnya, di Galas, kemenangan BN dikatakan lebih menjurus kepada faktor Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan di Batu Sapi pula lebih kepada isu tempatan.

Sepanjang kempen di dua lokasi itu, isu nasional tidak begitu ketara dibangkitkan. Di Batu Sapi, banyak isu tempatan seperti pembangunan prasarana, jalan raya, jeti dan projek sosioekonomi khususnya di kawasan Bumiputera banyak mempengaruhi pengundi.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pandi Suhaili, berkata pihaknya tidak kisah sama ada pilihan raya umum diadakan serentak dengan pilihan raya negeri itu kerana jentera BN negeri khususnya sayap Pemuda PBB sudah bersiap sedia.

Saya akui jika diadakan serentak, sukar bagi jentera BN pusat bertumpu ke Sarawak, tetapi pada masa sama, pembangkang pun tidak dapat tumpukan jenteranya ke sini.... jadi tak banyak gangguan. Apa pun kita sudah bersedia dan yakin boleh menang semua 35 kerusi DUN PBB, tak jadi masalah untuk dapat majoriti dua pertiga dalam DUN. Jika Ketua Menteri nak adakan pilihan raya sebaik kembali dari menunaikan fardu haji bulan depan, pun boleh, katanya.

Itu dari segi politik, tetapi bagaimana pula dari segi ekonomi kerana keadaan persekitaran ekonomi negara serta peringkat global turut perlu diambil kira jika mahu mengadakan pilihan raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/pakar ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, walaupun momentum pertumbuhan ekonomi sekarang positif dan meyakinkan pelabur, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib akan hanya berhasil dalam tempoh setahun lagi.

Ini termasuk inisiatif ekonomi yang bertujuan memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara iaitu Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 selain pelaksanaan melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

Ini semua akan mula membuahkan hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun lagi. Begitu pun, apa yang meyakinkan pelabur ialah Perdana Menteri sudah memetakan dengan jelas transformasi ekonomi yang mahu dilakukan... ini penting walaupun pelaksanaannya akan mengambil masa.

Apapun, Perdana Menteri mungkin mahukan mandat kuat daripada rakyat (melalui pilihan raya) untuknya terus mempercepat serta mempergiatkan usaha mentransformasikan ekonomi negara, katanya.

Namun, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya mula bergema, pakatan rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan mula kucar-kacir dengan proses pengundian untuk barisan kepemimpinannya.

Walau apapun, selepas berehat beberapa hari di Hospital Kuala Lumpur, Najib mungkin sudah mula mencongak tarikh sebenar untuk mengadakan pilihan raya, awal tahun depan serentak dengan pilihan raya Sarawak atau menunggu sehingga awal 2012?

Sunday, November 07, 2010

Kembalikan Perjuangan Pemuda UMNO Sebenar !

Pada Perhimpunan Agung 2010 yang lepas, ramai pihak yang terkejut dengan Ucapan dasar oleh YAB Presiden UMNO. Para hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan selama hampir 2 jam itu.

Banyak perkara yang disentuh dan rata-rata menyambut baik ucapan DS Najib kerana keterbukaan beliau menyatakan pendirian membawa UMNO dan BN didalam menangani isu-isu perkauman yang telah dimainkan oleh pihak pembangkang dan komponen sendiri.

Yang paling menarik sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung kali ini adalah bilamana DS Najib menutup dengan ucapan pengulungan yang mahukan semua pihak berani membicarakan apa yang hak dan tidak akan berganjak walau se inci untuk pertahankan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama semasa kemerdekaan.

Apabila mendengar ucapan DS Presiden, teringat beliau semasa menjadi Ketua Pemuda dulu, ucapan yang keras dan berani dan tidak akan berganjak bilamana hak kita dipertikaikan dan dipermainkan oleh bangsa lain.

Kalau kita nak berjuang, kita tidak perlu khuatir dengan ancaman dan desakan dari pihak-pihak lain kerana sebagai kerajaan dan ketua kepada kerajaan (UMNO) kita telah menerima mandat daripada rakyat dan harus diingat kita sememangnya tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain.

Umum tahu Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia hari ini sudah tidak mempunyai taring, ini terbukti pada kali ini terdapat beberapa jurucakap telah memperingatkan kepada kepimpinan agar bertindak lebih agresif dan berani didalam menyatakan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO didalam hal-hal yang berkaitan dengan bangsa dan agama.

Pemuda UMNO hari ini lebih suka membuat kenyataan dan desakan dengan menggunakan media. Amat takut untuk membuat perhimpunan besar-besaran kerana tahu cengkaman di bawah amat lemah. Khuatir tidak mendapat sambutan dan itu dan ini.

Sememangnya kalau hendakan sambutan dan gelombang pemuda itu kuat, program-program kecil dan sokongan dari akar umbi diperlukan. Bukan perkara yang senang untuk kita menghimpunkan ramai pemuda sekiranya kita sendiri tidak membuat kerja-kerja untuk mendekati golongan ini.

Sebagai contoh paling dekat, didalam 2 tahun ini, langsung tidak ada satu pun program sukan di peringkat Pemuda Malaysia di anjurkan. Bagaimana golongan muda hendak mendekati mereka sekiranya tidak ada program yang boleh merapatkan pemimpin atasan dengan generasi muda.

Hari ini, golongan muda diluar sana melihat dan memerhatikan apakah hak mereka akan dipertahankan dan dimana pemimpin muda sekiranya bangsa dan agama mereka ditekan.

Didalam kita memperjuangkan Gaji Minimum dan Perumahan, pastinya ini akan mendapat sambutan daripada golongan muda, Pemuda BN memperjuangkan hak ini. Bukan Pemuda UMNO, dan sudah tentunya orang akan bercakap Pemimpin BN adadalah Ketua Pemuda UMNO dan Melayulah yang akan mendapat kebaikkannya.

Tetapi tidakkah mereka tahu kalau kita bawa perjuangan ini didalam Pemuda UMNO, kita mendapat perkara yang serupa bilamana ianya dijadikan dasar kerajaan ?

Kenapa didalam gerak kerja kita kali ini banyak pergunakan Pemuda BN daripada Pemuda UMNO ?

Didalam rencana besama Khairy di Utusan baru-baru ini, bilamana Tengku Adnan yang ditempelak kerana menegur Pemuda kerana lemah dan apabila ditanya apakah Pemuda UMNO buat selama mereka mentakbir? Jawapannya bukan Pemuda UMNO tetapi Pemuda BN itupun adalah 2 program besar.

Kadang-kadang kita merasa malu apabila melihat DS Najib bersuara seperti Ketua Pemuda yang mana hari ini, Presiden seharusnya menuteralkan keadaan. Desakan mesti datang daripada sayap dan DS Presiden sepatutnya berkata "Lihat Rakyat sudah bersuara, komponen semua mesti paham, desakan daripada akar umbi dan kita harus berhenti mempertikaikan isu keistimewaan ini" ini akan memudahkan kerja DS Presiden. Bukannya kita memberikan beban ini kepada DS Presiden !

Ayuhlah berubah, DS Najib sudah memberi lampu hijau dan sudah terang lagi disuluh, tidak perlulah kita takut PRU nanti bangsa lain tidak menyokong kita.

Keyakinan orang Melayu adalah segalanya, Kuat Melayu, kuatlah Malaysia, Terbela Melayu Terbelalah Malaysia. Adanya Pemuda UMNO adalah Pemuda BN, bukan sebaliknya.

Friday, October 29, 2010

DBKL Bersedia kah ?

Program Tranformasi Ekonomi yang telah dilancarkan mempunyai satu sektor hiburan yang banyak di bahaskan oleh Pembangkang iaitu mewujudkan pusat hiburan di tengah-tengah kota.

Begitu banyak kebaikkan didalam plan ETP tetapi pihak pembangkang hanya melihat membangkitkan isu ini kerana mereka sengaja mahu memutar belitkan pembanggunan yang dirangcang oleh Kerajaan BN dengan niat jahat.

Dalam masa yang sama, Pihak DBKL menyahut baik saranan ini dan menerima baik cadangan pihak kerjaan pusat dan berjanji akan melaksanakan plan ini dengan nada yang yakin selagi pihak-pihak empunya kelab hiburan tidak melanggar undang-undang yang telah diperuntukan.

Niat Kerajaan untuk memusatkan pusat-pusat hiburan ini semestinya mahu memenuhi keperluan mereka yang bukan beragama islam yang sememangnya mahukan riadah diwaktu malam, dan juga mahu pelancong yang melancong di negara kita dapat menikmati waktu malam yang berkualiti.

Keselamatan para pengunjung dan pelancong sudah pastinya dapat dikawal kerana pihak kerajaan akan memastikan terdapat CCTV dan petugas keselamatan yang cukup untuk mereka merhibur tanpa ganguan dan tindakan jenayah.

Untuk kita memberi keyakinan kepada masyarakat bandar, pihak DBKL seharusnya memantau preimis-preimis yang menjalankan pusat hiburan tanpa lesen yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Kualau Lumpur. Walaupun di setiap Parlimen mempunyai Petugas DBKL yang memantau kewujudan premis hiburan ini, tetapi tindakan menunggu komplian telah memberi kekuatan kepada peniaga pusat hiburan membuka sesuka hati.

Penguatkuasaan undang-undang penting sekiranya mahu rakyat yakin dengan kewujudan tempat-tempat hiburan di tengah-tengah ibu kota adalah jalan keluar dari kewujudan pusat hiburan di pinggir bandar dan kawasan penempatan.

Agensi-agensi lain seperti Polis, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Imigresen juga seharusnya memainkan peranan yang proaktif untuk memantau dan membenteras kewujudan pusat-pusat hiburan tanpa lesen sekirtar ibu kota.

Hub Hiburan juga tidak boleh disempitkan dengan hanya kepada tempat-tempat hiburan seperti Disko, kelab-kelab malam, live band dan lain-lain aktiviti malam, ianya amat luas seperti mewujudkan Taman Tema Disneyland, Universal Studio dan lain-lain lagi yang dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.

Akhir sekali, niat kerajaan untuk memacu ekonomi dan mewujudkan negara berpendapatan tinggi seharusnya diikuti oleh penguatkuasaan dan disiplin pemantauan yang berterusan agar dimata masyarakat, apa yang hendak di laksanakan di masa hadapan adalah untuk kebaikkan rakyat Malaysia.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.


Berikut adalah kenyataan DBKL.
28/10/2010

DBKL sedia jayakan hasrat ETP

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyambut baik cadangan yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadikan ibu negara sebagai destinasi pelancongan berunsur Asia.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, cadangan mewujudkan Pusat Malaysia Truly Asia di Kuala Lumpur juga dianggap sebagai satu usaha positif.

Menurutnya, usaha tersebut diyakini dapat membantu meningkatkan kedudukan negara dalam industri pelancongan dunia, melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menawarkan peluang pekerjaan baru.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya tiada halangan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab aktiviti malam termasuk melanjutkan waktu operasi perniagaan sehingga pukul 5 pagi.

"Bagi warga kota, malam bukan perkara luar biasa dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan pelbagai aktiviti pada malam hari.

"Pihak kami tiada halangan (melanjutkan waktu operasi) selagi ia mematuhi undang-undang serta tidak menyalahgunakan lesen perniagaan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan bendera daripada Ketua Pegawai Eksekutif Present Malaysia Production Sdn. Bhd., Norzam Zaman yang mewakili Persatuan Pancaragam Dunia.

Penyerahan itu adalah simbolik pelantikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah pada pertandingan Festival Pancaragam Dunia pada Julai tahun depan.

Turut hadir, Pengarah Festival, Jimmy Wong serta Pengurus Operasi, Wan Johari Wan Osman.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah festival pancaragam dunia itu mampu menjadikannya sebagai pentas terbaik dalam memperkenalkan negara ke mata dunia.

Katanya, adalah tidak lengkap bagi sesebuah bandar raya tanpa penganjuran acara-acara kesenian dan festival seumpama itu kerana ia mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun luar negara.

"Ini merupakan kali kedua pihak DBKL bekerjasama menjayakan festival seumpamanya. Melihat kepada tarikan yang ada pada acara ini, kita tidak teragak-agak untuk terus memberi kerjasama seterusnya mengisi kalendar aktiviti Kuala Lumpur," ujarnya.

Festival yang bakal berlangsung pada Julai 2011 itu bakal menghimpunkan 4,000 peserta pancaragam dari seluruh dunia.

Pada pertandingan itu nanti, Malaysia akan menghantar 15 pasukan pancaragam.

Thursday, October 28, 2010

Faktar Sejarah Yang dipurbelit !

Selepas sahaja ucapan YAB Presiden UMNO pada perhimpunan Agong yang lepas, banyak kritikan dan celahan dilemparkan kepada Perdana Menteri Oleh Surat Khabar Cina semata-mata mahu membuktikan yang kaum itu bukan kaum pendatang.

Terbaru, surat khabar cina Nanyang Siang Pau keluaran 27 Oktober telah meyiarkan artikel yang membidas YAB Perdana menteri dan juga politikus Melayu yang mempertikaikan sejarah dan tidak mahu menerima mereka sebagai kaum pendatang.

Menurut beliau, sekiranya cina dan india bergabung, kemungkinan mereka boleh menuntut kemerdekaan tanpa Melayu, dan sudah pastinya sekiranya ianya berlaku, Negara ini hak milik mereka.

Akhbar ini juga menceritakan bahawa Tanah Melayu bukan milik seseiapa sekiranya selepas merdeka dan ini bermaksud melayu adalah sama dengan mereka.

Saya nak beritahu orang cina yang tidak tahu sejarah ini. Sekiranya kita sama semasa menuntut kemerdekaan, tidak adalah wujud raja-raja melayu, sultan-sultan melayu dan budaya melayu.

Ini menunjukkan kaum cina adalah imigran yang sudah pastinya kamu meminta jasa baik kami untuk duduk, tinggal dan menjadi warganegara Tanak Melayu. Dan bukan kamu secara automatik mendapat kewarganeragaan.

Sejarah juga membuktikan hanya 1 juta orang diberi kerakyatan dan selebihnya, tidak diberi. Fakta ini telah membuktikan yang Melayu adalah Tuan kepada Tanah Melayu, dan jangan kamu ubah sejarah ini.

Ternyata kamu seoarang yang berotak dunggu yang tidak mahu menerima Malaysia ini sebelum ini adalah Tanah MELAYU dan kamu sebenarnya asal dari Tanah Besar Cina.

Bahayanya orang seperti kamu adalah kamu akan mengajar kaum kamu untuk menolak sejarah dan menimbulkan sifat kebencian kepada Tuan punya Negara asal ini.

Berterima kasihlah, keturunan kamu dapat hidup selesa dan aman disini dari dulu hingga sekarang. Dan jangan kamu menindakkan yang asal kamu itu datangnya dari Tanah Besar Cina yang dahulunya menjadi Pekerja Lombong Bijih.

""" Terjemahan Akhbar Nanyang.

Nanyang Siangpao
Perkara: sejarah kemerdekaan?
Ruangan: Nanyuan muka surat C9
Tarikh: 27 Oktober 2010 (Rabu)

Tajuk:
Rakyat Perlu Tahu Sejarah Kemerdekaan
Penulis Loh Hon Chew/ pengkritik semasa/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Ada cerita di tepian gelanggang, masyarakat Melayu kini dalam ketakutan selepas Tsunami politik pilihan raya Mar 2008, mereka dalam ketakutan akan kehilangan kuasa politik, lebih-lebih lagi mereka sangat takut akan kehilangan hak-hak keistemewaan mereka.

Sebab itu,Perdana Menteri Najib semasa dalam Perhimpunan Agong UMNO memberi suntikkan semangat kepada mereka, berkata dalam perlembagaan jika mahu hapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu amat payah sekali, walaupun 2/3 ahli parlimen setuju untuk hapuskan akta itu ia tidak mungkin boleh berlaku.

Apa maksud yang dikatakan orang-orang Melayu itu takut kepada kehilangan kuasa, pada hakikatnya itu semuanya adalah permainan dan isu bayangan yang digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik Melayu yang bersayap kanan, mereka mencipta ketakutan di bayangan lembaran putih dalam masyarakat Melayu, tetapi sebenarnya kebanyakan orang-orang Melayu dalam masyarakatnya tidak pun rasa gentar mahupun rasa takut, kerana awal-awal lagi orang-orang Melayu sudahpun tahun tidak mungkin isu perlembagaan itu boleh diubah-ubah.

Perdana Menteri berkata hak orang-orang Melayu dan kepentingan orang-orang bukan Melayu tidak boleh diragui, kalau begitu kita boleh lihat kembali susur-galur bagaimana kita dapat mencapai kemerdekaan.


Tidak Dapat Tuntut Kemerdekaan Dengan Satu Kaum Sendiri Sahaja
Pada tahun 1950an, bilangan penduduk orang-orang Melayu seimbang dengan penduduk kaum Cina, jika dicampurkan orang-orang Cina dengan orang-orang India bilangannya sudah melebihi bilangan orang-orang Melayu. Pada masa itu apabila mencapai kemerdekaan oleh kerana negara ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum maka negara ini terjerumus kepada persengktaan kaum, pada masa itu kuasa kerajaan telah jatuh ke tangan tentera, sudah tentu kerajaan penjajahan British amat faham tentang itu, termasuk pada masa itu pihak Komunis juga ingin berkuasa seperti singa lapar.

Jika ikut turutan cerita ini “sebagai bahan kajian”, dikatakan perjuangan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh orang-orang Melayu sahaja, dan orang-orang Melayulah yang diutamakan, sudah tentu pihak British tidak akan setuju; pada masa yang sama jika orang-orang Cina bergabung dengan orang-orang India sudah tentu kuasa itu sudah melebihi orang-orang Melayu, sudah tentu pihak British juga tidak mahu keadaan itu berlaku dan orang-orang Melayu akan dipinggirkan. Kerana pada masa itu orang-orang Cina boleh bergabung dengan orang-orang India untuk memerintah negara ini. Ia tidak ada cerita pasal siapa dulu dan siap kemudian, apabila berlaku kemerdekaan pasti akan berlaku perbalahan antara kaum, kuasa politik dan kerajaan pada masa itu mungkin jatuh ke tangan Komunis kerana di belakang Parti Komunis Malaya bersandar kekuatan dari Parti Komunis China, jika ini berlaku sudah tentu negara-negara barat tidak akan setuju.


Lebih ringkas lagi, hanya harapkan orang-orang Melayu yang mahu tuntut kemerdekaan, ataupun orang-orang Cina dan India bergabung untuk menuntut kemerdekaan, ia bukan sahaja tidak dapat direstui pihak Inggeris, negara-negara Europah dan negara-negara Barat juga tidak akan restui, jalan yang terbaik untuk menuntut kemerdekaan ialah dari gabungan ketiga-tiga kaum itu sendiri, selepas merdeka ketiga-tiga kaum itu tubuhkan kerajaan, inilah sebab-sebabnya kita mendapat kemerdekaan, rakyat negara ini perlu tahu sejarah ini yang sebenar.

Ahli-Ahli Politik Melayu Bersayap Kanan Memutar-belitkan Sejarah

Semasa benar-benar mendapat kemerdekaan, pihak Inggeris telah mengenakan syarat, dan telah mendapat restu dari pihak Inggeris kepada ketiga-tiga pemimpin kaum Cina Melayu dan India. Bukan selepas Merdeka kerajaan memberi syarat kepada orang-orang bukan Melayu kerakyatan, sesiapa yang dilahirkan sebelum kemerdekaan dari kerajaan penjajahan Selat British semuanya adalah mendapat kerakyatan secara automatic, dan selepas Merdeka semua rakyat layak mendapat pendidikan bahasa Ibunda masing-masing. Orang-orang Melayu terus jadi warganegara secara langsung, hak keistemewaan orang-orang Melayu hanya diberi masa selama 15 tahun tempuh selepas Merdeka sahaja (tetapi kenapa had tempoh 15 tahun itu telah dihapuskan). Asas-asas keistemewaan ini adalah permintaan yang paling asas oleh pihak Inggeris, jika tidak tuntutan kemerdekaan tidak perlu dibincangkan pada masa itu.


Selepas itu, sejarah-sejarah yang benar telah diputar-belitkan, mereka kata tuntutan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh satu kaum sahaja, sebab itu anak-anak muda tidak tahu bagaimana dapat kemerdekaan, ramai orang-orang lama termasuk bekas perdana menteri Mahathir pun tak tahu ataupun memang sengaja lupakan sejarah kemerdekaan, sebab itu Mahathir selalu berkata: kerana orang-orang Melayu bersikap terbuka, sanggup berkorban, memberi kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu.

Walaupun Mahathir adalah seorang yang amat dihormati, tetapi beliau asyik memutar-belitkan sejarah, menipu alam dan umat manusia, dan orang-orang Melayu disalah tafsir sejarah bertanggapan bahawa orang-orang Melayulah yang sanggup berkorban memberi dan merestui kerayatan kepada orang-orang bukan Melayu, apabila setiap kali orang-orang bukan Melayu mahu tuntut hak mereka, orang-orang seperti Mahathir dan orang-orang Melayu yang bersayap kanan menuding orang-orang bukan Melayu sudah dapat betis peha dimahukan, membuat banyak permintaan yang bukan-bukan tidak tahu berterima kasih. Jika kita hari ini masih tidak mahu bersatu, tudingan dari politius-politikus Melayu bersayap kanan terhadap orang-orang bukan Melayu seperti “tamak tak puas-puas”, beranikah kita menuntut kedudukan taraf sama rata.

Tuesday, October 26, 2010

Biro Kebajikan Pemuda Seputeh Bersama Biro Aduan Komuniti Malaysia

Penghuni bawah jambatan temui ibu


Siti Faiza (kiri) tidak dapat menahan kesedihannya sebaik dipertemukan dengan Siti Rohani setelah enam tahun berpisah di Biro Aduan Komuniti UMNO di Kuala Lumpur, semalam. Turut menyaksikan pertemuan itu, Muhd. Khairun Aseh (kiri) dan Mohd. Razlan Mohamad Rafii (kanan).


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Jika semalam sepasang suami isteri yang hidup merempat di bawah jambatan di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway di Sungai Besi di sini, boleh menarik nafas lega kerana dapat berpindah ke sebuah pangsapuri sebagai kediaman baru, hari ini mereka mendapat satu lagi berita gembira.

Ini kerana pasangan Hazmain Abdul Jalil, 28, dan isterinya, Siti Faiza Abu Bakar, 27, bersama anak sulung mereka berusia setahun iaitu Siti Norafida dapat bertemu dengan keluarga setelah enam tahun berpisah.

Kisah kehidupan daif tiga beranak menumpang berteduh di bawah jambatan itu akhirnya diketahui oleh ibu Siti Faiza iaitu Siti Rohani Abdullah, 52, melalui akhbar dan siaran berita di televisyen pada awal pagi semalam.

Siti Rohani yang memang sudah lama mencari dan merindui Siti Faiza, terkejut apabila mengetahui kedaifan hidup anaknya itu lalu menghubungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh untuk membantu menemukan mereka.

Hasil kerjasama Biro Aduan Komuniti UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Siti Rohani yang tinggal di Segamat, Johor dapat dibawa ke pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini, untuk dipertemukan dengan keluarga Siti Faiza.

Pertemuan yang boleh dibaratkan sebagai 'jejak kasih' itu cukup mengejutkan Siti Faiza dan Hazmain kerana kedatangan Siti Rohani telah dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada pasangan tersebut.

Pertemuan pada pukul 3.55 petang itu berlangsung dalam suasana pilu kerana anak beranak terbabit masing-masing gagal menahan tangisan akibat berasa amat gembira dan bersyukur.

Tangisan Siti Faiza bertambah kuat apabila dimaklumkan oleh Siti Rohani bahawa bapanya, Abu Bakar Sulaiman sudah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira setahun lalu dan sampai ke akhir hayatnya Allahyarham asyik menyebut nama Siti Faiza dan hajatnya untuk bertemu anaknya itu.

Menurut Siti Rohani, dia terputus hubungan dengan Siti Faiza sejak enam tahun lalu iaitu sebaik sahaja anaknya berkahwin dengan Hazmain namun tidak pernah berputus asa berusaha menjejaki anaknya itu.

"Dalam tempoh enam tahun terpisah, saya bersama arwah suami tidak jemu-jemu mencari Siti Faiza termasuk bertanya kepada rakan-rakannya.

"Sedihnya semua usaha menjejaki anak keenam saya itu gagal sehinggalah saya menonton Buletin Pagi TV3 semalam yang menyiarkan kisah kehidupan daif Siti Faiza bersama suami dan anaknya di bawah jambatan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini.

Menurut Siti Rohani, dia akan membawa keluarga Siti Faiza kembali ke rumahnya di Segamat, Johor, untuk memulakan kehidupan baru dan sudah memaafkan semua kesalahan anak dan menantunya.

Sementara itu, Siti Faiza berkata, dia tidak menghubungi keluarganya selepas mendirikan rumah tangga kerana mengalami kesempitan hidup sehinggakan tiada wang untuk membeli tiket bas balik ke kampung atau menelefon ibu bapanya.

Hazmain turut mengiakan kata-kata Siti Faiza dan menyalahkan dirinya kerana kemiskinan mereka menjadi punca hubungan isteri dan keluarga mertuanya terputus.

Sementara itu, Muhd. Khairun memberitahu, dia menyerahkan kepada Siti Rohani untuk menentukan masa depan keluarga anaknya itu selepas ini.

"Hari ini, kita membawa Siti Norafida menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor mengesahkan kanak-kanak ini mendapat jangkitan paru-paru yang kronik kerana tidak pernah mendapat suntikan imunisasi dan ubat-ubatan yang diperlukan selama ini.

"Oleh itu, Siti Norafida terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kita membenarkan nenek dan ibu bapanya membawa dia pulang ke Segamat selepas sihat," katanya sambil memberitahu Pergerakan Pemuda UMNO Segamat juga bersedia mencarikan pekerjaan yang sesuai untuk Hazmain di Segamat nanti. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.

Thursday, October 07, 2010

Lim Guan Eng Rasis !

Menjawab kenyataan Lim Guan Eng yang menuduh TPM Rasis dan mendesak TPM letak Jawatan.

"Lim Guan Eng tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana mempunyai
semangat cina yang tebal, sehinggakan guru dan pengetua yang telah
memohon maaf pun tidak dapat dimaafkan"

"Kita pun sudah tahu yang kertas siasatan telah dijalankan dan
permohonan maaf juga telah dibuat oleh kedua-dua mereka"

"Kami mengukuk tindakan pihak-pihak yang sengaja memainkan isu ini dan
sengaja mahu menimbulkan suasana yang tidak harmoni diantara kaum di
Malaysia, mereka seharusnya menunggu keputusan laporan siasatan dan
menerima keputusan itu kelak"

"Lim Guang Eng seorang pemimpin yang rasis apabila menolak permohonan
Penduduk Kampung Asam untuk berunding berkenaan dengan notis roboh
yang diterima mereka kerana penduduk kampung Asam adalah orang Melayu,
tetapi menerima kunjungan penduduk dari kampung Kolam yang mana semua
penduduknya berbangsa Cina dan berjanji akan menawarkan khidmat guaman
kepada mereka"

"Inilah contoh seorang pemimpin yang rasis dan tidak akan perdulikan
orang melayu, tetapi pada masa yang sama ingin menuduh YAB Timbalan
Perdana Menteri seorang yang rasis"

"Lim Guang Eng tidak sesuai menjadi pemimpin di Malaysia sekiranya
melihat bangsa Melayu sebagai bangsan yang mengancam beliau"

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...