
“Kita dah lakukan apabila mewujudkan Peniaga Bumiputera yang menguasai perniagaan kereta, dan ini mesti diteruskan dengan banyak lagi peluang-peluang yang harus diberikan,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama Pemuda UMNO Bahagian Seputeh juga telah menyarankan nama Universiti Tun Mahathir dan Biasiswa Tun Mahathir sepena cadangan dari Mukhriz yang mahu mewujudkan Biasiswa dan Unibersiti/Kolej UMNO.
Sinar Harian 10 Mei 2011
Kerajaan digesa bawa perubahan kepada ekonomi Melayu
Ketua Pemudanya, Razlan Rafii berkata, menteri yang bertanggungjawab sepatutnya sudah membuat perancangan dalam memperluaskan lagi ekonomi orang Melayu.
Katanya, perancangan dan pengagihan sepatutnya sudah dilaksanakan, namun sehingga hari ini tiada penambahan yang berlaku.
“Apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan yang beliau akan memberi lesen kepada orang Melayu pada ucapan di Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas, menteri bertanggungjawab perlu lebih berani untuk merealisasikannya. Sehingga kini masih tiada perkembangan yang positif dilakukan,”katanya semasa berucap pada Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.
Mesyuarat itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Pada masa yang sama, Razlan turut mencadangkan Universiti Tun Dr Mahathir dan Biasiswa Tun Dr Mahathir diwujudkan sebagai mengenang jasa mantan Perdana Menteri itu terhadap pembangunan negara.
“Jasa Tun Dr Mahathir sangat besar terhadap negara kita, banyak pembangunan dan kejayaan telah dilakukan sepanjang pentadbiran beliau selama 22 tahun. Jasanya yang besar itu wajar dikenang sampai bila-bila,” katanya.



