Wednesday, February 29, 2012

Tiada Maaf Bagi The Star @najibrazak @hishamuddinh20


Kenyataan Rasmi Pemuda Seputeh.

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekiranya ia terjadi kepada agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii

Ketua Pemuda umno Bahagian Seputeh

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, February 26, 2012

PILIH PR DAPAT SUKA SAMA SUKA

Terbongkar lagi satu kisah disebalik penangkapan Badrulamin Pemimpin PKR.

Pendedahan demi pendedahan di bongkarkan, kali ini kenyataan daripada pekerja-pekerja hotel yang menyaksikan sendiri kejadian pertengakaran Badrulamin dan juga suami kepada isteri yang di Khalwat Badrul.

Kejadian ini sememangnya telah membuka mata masyarakat terhadap perjuangan PKR yang sering kali menghalalkan kegiatan Sex bebas dan suka sama suka.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah kerana bukti tidak KUAT, tetapi didalam pengakuan yang dilakukan oleh Karpal Sing menunjukkan kejadian bersama Syaiful merupakan SUKA SAMA SUKA.

Sokongan terhadap Sexsuality Merdeka juga sudah terang menunjukkan PR menyokong apa sahaja kegiatan Sex sekiranya SUKA SAMA SUKA.

Adakah kita mahu budaya seperti ini dihalalkan oleh Kerajaan Malaysia? Tanyalah diri sendiri, apa akan jadi sekiranya Kerajaan ini dipegang oleh PR, tidak mustahil semua pengubalan undang-undang yang menjurus kepada SEX BEBAS akan diluluskan.

SEX Tanpa batasan yang dibawa oleh PR sebenarnya seperti mereka  yang menyokong mereka yang tidak ada agama. Bukan sahaja penghinaan pada Islam, malah Budha, Hindu juga mempunya batasan perhubungan Sex.

Sedih saya membaca RAYUAN SUAMI terhadap seorang Isteri merayu supaya balik ke pangkuan beliau....

Sebagai suami, saya respect beliau kerana sanggup memujuk isteri nya .. tetapi itulah dugaan DUNIA, si Isteri tetap mahu BERKHALWAT dengan PEMIMPIN PR...

Saya berdoa kepada semua muslim dan muslimat agar dijauhkan dari dugaan seperti ini...

Ikuti kenyataan pekerja hotel ...

"Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...

kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...

yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1nYKGusL7






Layan ShortVideo dari Reezzzz

Saya nak share satu video yang best dan santai untuk rakan-rakan tengok ...

Video yang sempoi dan mencuit hati

Layannnnnnn....


Saturday, February 25, 2012

Dua Soalan Untuk Badrul Amin!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling kita pada hari ini.

Berita terbaru, khalwat oleh Pemimpin PKR yang juga Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor amat memeranjatkan seluruh negara. 

Umum tahu hari ini Portfolio Agama sedang dipegang oleh MB Selangor, dan hari ini MASYARKAT mesti tahu Pengarah Penerangan beliau adalah Badrulamin, yang ditangkap khalwat di Kuantan bersama dengan Isteri orang.

Belum habis dengan isu Sokongan Israel yang dibawa oleh Anwar, isu kata dua oleh Nik Aziz dan hari ini isu penangkapan Khalwat Badrul Amin bersama dengan isteri orang pula digemparkan.

Dua soalan yang perlu dijawab oleh Badrul Amin.

1. Semasa SUAMI orang itu hadir menangkap kamu, adakah kamu berada dalam bilik bersama dengan isteri orang ?

2. Kenapa tidak menjemput rakan-rakan kamu yang berada di HOTEL sama atau Pekerja Hotel turut membantu ISTERI orang?
Penerangan dua soalan ini sepatutnya dimasukan dalam kenyataan kamu bagi menceritakan kejadian pada awal pagi semalam.

Menuduh PENANGKAPAN BERSAMA ISTERI ORANG merupakan "Tindakan Terancang"adalah satu tuduhan yang tidak patut dilemparkan terhadap mana-mana pihak, sekiranya kamu mengambil jalan selamat seperti membawa rakan-rakan bersama menyelesaikan masalah ini  atau memanggil pekerja hotel untuk bersama kamu, sudah tentu perkara ini tidak jadi seperti ini.

Badrul Amin khianat Anwar.


Ceramah oleh Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan di Kuantan, sekitare 500 yang hadir
Berita Badrul Amin ditangkap basah awal pagi tadi telah memberi impak kepada perlancaran jentera PR di Kuantan hari ini.

Ceramah Anwar yang berlansung sebentar tadi tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri beberapa orang sahaja.

Badrul Amin telah mengkhianati PR apabila beliau berkahwin dengan serikandi PKR pada 3 bulan lepas dan tidak cukup dengan kontraversi itu, beliau hari ini ditangkap khalwat dengan isteri orang pula.

Ternyata perangai YB ini telah mengkhianati perjuangan Anwar dan ini secara langsung telah memberi impak kepada persiapan PRU dan rakyat hari ini sudah muak dengan perangai YB PKR dan PAS yang terus menerus tidak punyai moral.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, February 24, 2012

Kemudahan UNIFI di Taman Salak Jaya.



Kemudahan UniFi yang disediakan oleh Pemuda UMNO Taman Salak Jaya telah memberi kemudahan internet kepada seluruh penduduk di sini.

Dengan kewujudan kemudahan ini, Penduduk dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam isu semasa dan boleh mengunnakan perkhidmatan ini mengikut keperluan mereka sendiri.

Disamping itu, Pemuda Taman Salak Jaya juga telah menumbuhkan kelab Tasaja IT bagi memantau penggunaan internet agar tidak disalah guna.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Komando AMK Bacul!


Semalam, memorendum Pemuda BN membantah sokongan Anwar terhadap Israel telah dihantar ke Ibu Pejabat PKR.

Semenjak awal pagi lagi Komando AMK telah berkumpul di bawah pejabat dengan niat mahu berdepan dengan Pemuda BN.

Malangnya, sebaik sahaja Pemuda BN sampai ke ibu pejabat mereka, satu batang hidung pun tak nampak. Ketakutan bertempiaran.

Pejabat PKR berkunci rapi dan wakil mereka pun ketakutan nak menerima memorendum dari Pemuda BN.

Ikuti komen Datuk Rizalman terhadap bantahan Pemuda BN terhadap sokongan Anwar kepada Israel.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...