Tuesday, May 05, 2009

Inclusive.


Inclusive. itulah idaman dan arahan Perdana Menteri kepada Pemimpin UMNO, baik di peringkat tertinggi dan juga peringkat rendah.

Hari ini UMNO mesti merangkumi semua lapisan masyarakat, baik yang kaya, miskin, pandai, kurang pandai, golongan profersional, bukan profersional dan sebagainya.

Kenapakah YAB Perdana Menteri mendesak agar ianya menjadi kenyataan, adakah selama ini UMNO hanya untuk segolongan tertentu sahaja? Apakah yang disebabkan boleh terjadinya UMNO untuk golongan tertentu?

Beranikah MT membuka keahlian kepada semua orang Melayu, tidak mengira status mereka?

Beranikah Ketua-ketua cawangan membuka dan merelakan ahli yang tidak dikenali (dikawal) didalam cawangan mereka?

Saya percaya sekiranya kita tidak dapat meresapi dan menjiwai apakah sebabnya YAB mendesak agar UMNO perlu inclusive, kita akan menghadapai maslah yang paling besar pada PRU13 nanti.

UMNO perlu distrukturkan kembali, banyak cawangan yang diwujudkan mempunyai kepentingan politik, ada cawangan yang namanya diatas jalan, ada yang memakai lorong dan berbagai-bagai.

Semua ini wujud kerana agenda politik Ketua-ketua bahagian yang mahu mengekalkan kuasa, Cawangan sudah tidak realistik. Perlukah kita mengubahnya?

Perlukah keahlian UMNO hari ini mengikut kawasan alamat rasmi mereka? perlukah kita bubarkan cawangan-cawangan bunian ini?

Inilah sedikit sebanyak isu yang perlu ditangani oleh MT.

Inclusive kah UMNO sekiranya tidak mengubah dasar dan struktur Cawangan dan Keahlian UMNO?

Pandangan peribadi saya, sudah masanya kita menjadikan UMNO untuk orang MELAYU, jesteru itu, kemaskini semua cawangan, keahlian perlu terus tanpa mendapat kelulusan dari Ketua Cawangan dan pastikan keahlian mereka mengikut alamat.

Permudahkan kemasukkan Ahli, Fokus kepada penerapan Jati Diri dan kenalkan Perlembagaan parti sebaik sahaja ada ahli baru, sematkan semangat KEBANGSAAN dan CINTAKAN MELAYU kepada semua ahli, dan ONE MALAYSIA(supaya kita tidak lupa satu hari nanti UMNO untuk orang MELAYU).

sekadar pandangan ....

Monday, May 04, 2009

Masa untuk bekerja.



4 Mei 2009 - Semalam di ILMU sudah lengkap khemah kerja dan susunan biro-biro di dalam barisan Pemuda UMNO Malaysia.

Bermakna semua yang menang dan yang dilantik sudah diberi tugas dan amanah, dan dipercayai semua yang dilantik memegang Biro yang telah dipersetujui oleh tuan punya badan.

Semangat Setiakawan yang dilaungkan menjadi pengalas pembuat keputusan, segala keputusan di persetujui oleh semua AJK PPUM.

Minggu ini pula dijangka pimpinan pegawai dan biro di peringkat Pemuda Negeri pula dijangka akan selesai. Setelah lebih kurang 1 tahun barisan UMNO hilang tumpuan dan arah disebabkan permilihan parti, shukur semuanya sudah selesai.

Sebanyak 28 Biro dan Seketeriat di wujudkan untuk memberikan tumpuan untuk membaik pulih imeg dan mengembalikan keyakinan kepada Rakyat Malaysia akan pejuangan UMNO, dan ini semua bergantung kepada keikhlasan berjuang dan kejujuran berjuang mereka yang memegang amanah.

Selamat berkerja kepada semua pengerusi dan ketua unit, ingatkah jawatan bukan untuk bermegah tetapi ianya suatu tanggunjawab. Tahniah kepada semua yang dilantik.

Biro Politik – Khairy Jamaluddin
Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim
Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan
Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi
Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid
Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin
Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin
Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang
Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya
Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat
Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling
Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin
Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof
Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh
Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus
Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar
Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli
Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin
Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin
Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki
Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli
Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam
Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz
Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz
Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun
Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman

Thursday, April 30, 2009

Berkemah di Sungai Congkak.

Tanggal 25 hb April, Biro Putra Seputeh telah berjaya membawa putera ke Program Perkhemahan Sungai Congkak.

Tahniah diucapkan kepada Ketua Putera, Saudara Hanafi bersama naib putera Along dan juga AJK-AJK Pemuda kerana berjaya menganjurkan program ini.

Insyallah, program seperti ini akan mendapat sambutan yang baik sekiranya kita semua fokus kepada aktiviti tiadah yang simple.

Jangan jemu melayan kerehan adik-adik kita ini, teruskan usaha dan tetapkan niat untuk berjihad atas apa jua kerja-kerja yang kita lakukan.

Tahnian Sekali lagi.

Tuesday, April 21, 2009

Kuatkan Pemuda Bandar

21 April 2009 - Suasana Politik hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada generasi muda. Umum tahu generasi muda akan menjadi penentu kepada PRU 13 nanti.

Jesteru itu, Pemuda Bandar seharusnya mengalas amanah ini. Aktiviti dan stretergik untuk memikat hati Pemuda Bandar perlu dibuat dan dilaksanankan dengan penuh agresif.

1. Pemimpin muda bandar hari ini perlu mendekatkan diri dengan generasi muda 17-25 tahun. Generasi muda ini mesti diterapkan dengan semangat jati diri dan sayangkan agama, bangsa dan negara. Keperluan untuk kita menarik minat generasi ini amat lah tinggi. UMNO memerlukan generasi ini untuk kita menjadikan benteng kepada perjuangan orang-orang Melayu.

2. Benteng yang kita wujudkan ini bukan sahaja akan memberikan kekuatan kepada generasi muda di Wlayah Persekutuan, tetapi sekiranya kita dapat membentuk generasi ini dengan mempunyai kualiti dan moral yang baik, seluruh penduduk yang menetap di Wilayah Persekutuan akan dapat merasakan kewujudan UMNO didalam memperjuangkan dan melahirkan generasi yang baik budi pekertinya.

3. Demi untuk mewujudkan imej yang baik, program-program kecil-kecilan seharusnya dilakukan sekerap yang mungkin. Dekati dan bercampurlah dengan anak-anak muda ini walaupun didalam kumpulan yang kecil. Semua Jawatan Kuasa Pemuda mesti mempunyai keinginan mendekatkan diri dengan adik-adik ini. Perbanyakkan aktiviti berkumpul dan berborak, sambil-sambil kita berkongsi pengalaman hidup dan perjuangan orang-orang Melayu, nasihati adik-adik ini kemana arah dan hala tuju mereka selepas belajar, kembangkan akal mereka untuk menceburi dunia perniagaan dan pekerjaan.

4. Objektif untuk kita medekatkan diri dan mendidik adik-adik ini untuk ke arah Memasyarakatkan Pemuda mesti dilakukan dengan penuh didikasi dan konsisten. Perkara ini bukannya mudah dan bukan mustahil. Inilah tanggunjawab kita sebagai Pemimpin era ini, Pemimpin era yang lepas telah menghadianhkan kita satu beban yang amat berat, tetapi itu sudah menjadi tanggunjawab kita kerana kita sudah dipilih dan dimartabatkan sebagai pemimpin pada era ini.

5. Sekiranya seramai 500 orang anak-anak muda dapat kita kumpulkan pada akhir tahun ini, dan kita teruskan aktiviti-aktiviti merapatkan diri kepada mereka, tahun seterusnya boleh lah kita membawa mereka ini untuk dekat dengan masyaraka. Dengan keyakinan dan sokongan adik-adik ini, UMNO akan kembali kuat dan Masyarakat akan menaruh harapan pula kepada kita untuk menjadi kemudi kepada anak-anak mereka.

6. Dengan kekuatan yang ada ini, imej yang baik akan diwujudkan, kepercayaan daripada Penduduk Bandar akan kita perolehi, ini bukan sahaja akan mempengaruhi pengundi di Wilayah tetapi mereka yang duduk dibandar tetapi mengundi di kampung akan membawa kabar berita yang indah-indah dan baik-baik.

7. Cetusan ini mesti digalas oleh semua lapisan Pemimpin Pemuda, baik NGO dan juga ahli Politik yang sayangkan Agama, Melayu dan Negara. Ini juga merupakan tanggunjawab kepada semua lapisan masyarakat untuk memelihara Kuasa Orang Melayu.

8. Jangan kita memikirkan perit getir dan penat lelah untuk kita bersama adik-adik ini, kita hari ini bukannya dizaman kita kuat, hari ini Melayu berada di tahap yang amat lemah, oleh itu, kesedaran dan keinsafan oleh semua lapisan pemimpin seharusnya di tahap yang amat tinggi. Seharusnya kita tidak lagi bercakap retorik dan tidak lagi bercakaran diantara kita.

JAWATAN BUKAN UNTUK KEMEGAHAN TETAPI IANYA SATU TANGGUNGJAWAB.


Pertandingan Kopa Salak 7 Sebelah Taman Salak Jaya 2009, merebut piala Ketua Pemuda Taman Salak Jaya.

Tuesday, April 14, 2009

Eli oh eli dah bukak pun jadi EXCO.

Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak serupa bikin.

Dalam kenyataan MB Selangor, beliau menyatakan PKR memandang serius tentang isu moral dan ternyata tidak ada kenyataan bersalah yang disabitkan terhadap Elizibert.

MB macam tidak mengakui gambar bogel itu bukannya dari Elizibert dan seorang lelaki Muslim.

MB macam tidak mahu mengakui permainan diantara Eli dan lelaki muslim itu merupakan satu isu Moral.

Inilah kerajaan PKR, walaupun mendapati ADUN mereka telah melakukan kesalahan tetapi tidak akan mengakuinya dan akan dipertahankan. Dan perkara ini, umum tahu kenapa.

Ianya adalah kerana Eli merupakan pemegang Amanah dan pemegang Dana seperti yang dilaporkan didalam Cyber.

Eli merupakan orang tengah yang mencari dana dan mendapatkan dana diantara PKR dan Soros. Sekiranya Eli tidak ada lagi dialam Kerajaan, mereka takut duit dan dana ini tidak lagi akan digunakan untuk membiayai PKR.

Bayangkan bagaimana moral dan sosial rakyat Malaysia sekiranya PKR memerintah. Semuanya boleh agaknya, Muslim, Cina, India sudah boleh nak buat perkara-perkara sulit-sulit sekiranya mahu.

Sekiranya mereka memerintah, isu seperti ini kemungkinan akan diHALALkan oleh mereka dan yang jadilah negara kita seperti Amerika dan Yahudi.

Agama sudah tidak akan menjadi satu peraturan lagi. Dan kebebasan untuk sesiapa untuk bersekedudukan diantara satu sama lain sudah tidak perlu ditakuti lagi. Mungkin yang paling penting suka sama suka.

Inilah imeg sebenar PKR. Parti yang akan mengubah Malaysia kepada negara yang tidak mempunyai peratural Moral dan Sosial. Buatlah apa sahaja yang rakyat mahu dan anggalah ianya tidak bersalah dan tidak mungkin suatu hari nanti sekiranya PKR memerintah.

Sekiranya ADUN di HALALkan bersekedudukan dengan Seorang Muslim. Apa yang nak dikata lagi oleh PKR.

Kalau Melayu PAS masih tidak Sedar... mereka pun serupa dengan PKR.

Bertaubatlah...

Ulek-ulek politk semasa.....

Sekadar berkongsi pandangan dan pendapat dengan kawan-kawan ....

1. Ramai yang berpendapat dan berpandangan barisan kabinet yang diwujudkan oleh YAB Dato Sri Najib merupakan yang terbaik dan ada juga yang merungut itu dan ini terhadap barisan yang dipilih, walau apapun pendapat dan pandangan mereka, sudah pastinya YAB sudah mempunyai jawapan, ini adalah kerana hampir 4 bulan YAB mempunyai masa untuk memilih barisan kabinet beliau....

Berikut merupakan pandangan dan pendapat yang kerdil dari saya.

2. Permilihan YB Razali sebagai Timbalan Menteri merupakan satu pilihan yang baik, beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang vocal dan berkarisma serta inteligen didalam membahas isu-isu di parlimen. Sebagai Ahli Parlimen dan Wakil dari Pemuda, Saya merasakan pemilihan beliau akan menguatkan lagi struktur Kabinet kerajaan didalam mencetuskan idea-idea yang bernas. Selama 2 penggal menjadi Ahli Parlimen dan ini menunjukkan beliau mempunyai cukup pengalaman.

Perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri perlu dilihat daripada sikap dan suara beliau didalam Parlimen. Bukanya dilihat dari segi beliau sebagai Naib Ketua Pemuda.

3. Walaupun YB Khairi Jamaluddin tidak terpilih didalam kabinet kerajaan, Najib percaya KJ mempunyai tugasan kerja yang berat didalam membentuk dan menarik minat generasi muda kembali menyokong BN. Ini bukan satu kerja yang mudah dan enteng, tidak ada formula yang senang didalam menarik minat generasi muda kembali selain dari belaian dari seorang pemimpin.

Persepsi yang baik-baik perlu diwujudkan didalam jangka masa yang terdekat ini. Cuma pada waktu sekarang,KJ perlu menyusun langkah dan stretegik untuk megembalikan kepercayaan orang-orang UMNO sendiri terhadap beliau.

Pada pandangan saya, Insyallah sekiranya kita berkerja dengan baik dan kemas, orang UMNO akan membuka ruang dan peluang kepada beliau didalam mentakbir dan membawa kembali generasi muda ke dalam UMNO.

Walau apapun, Orang UMNO mesti berhenti bercakap berkenaan dengan kisah yang lepas dan lebih ikhlas kepada memberi ruang dan peluang kepada Ketua Pemuda Malaysia ini untuk bekerja dibawah.

4. Pemilihan Dato Raja Nong Chik juga perlu dilihat sebagai peremajaan UMNO. Walaupun ada yang berpendapat kenapa orang yang menang tidak dilantik, tetapi YAB mungkin berpendapat kita memerlukan orang berkecuali didalam memimpin Wilayah Persekutuan.

Dato Raja mempunyai tugasan yang berat didalam menarik minat warga kota. Isu-isu peniaga dan menjaja merupakan satu cabaran bagi beliau.

Beliau mempunyai tugasan untuk mencari formula bagaimana untuk menaikkan taraf ekonomi dibandar. Penjaja perlu diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya didalam meningkatkan perniagaan mereka.

Masalah Sosial yang luas perlu di selesaikan atau dikurangkan secepat mungkin. Disco-disco dan kelab-kelan malam perlu diberhentikan lesennya. Masalah Dadah yang berleluasa didalam bandar perlu di hapuskan.

Dato Raja juga perlu membersihkan tanggapan negatif masyarakat terhadap DBKL. Kedai-kedai mamak yang membuka meja perlu dicari formulanya untuk membersihkan mata masayarakat warga kota.

5. Kepada Menteri-menteri yang telah dilantik, Rakyat merlu diutamakan. Projek-projek rakyat perlu didahulukan. Rumah-rumah kedai perlu diperbanyakkan.

MB-MB mesti mencari investor kedalam Negeri. Wujudkan kilang-kilang di kampung-kampung. Beri peluang untuk anak muda kita berkerja.

Buka tanah dan wujudkan pakej-pakej peniagaan kepada pelabur-pelabur.

Didalam jangkasa masa 4 tahun ini. buatlah yang terbaik untuk anak bangsa dan rakyat, insyallah BN akan kembali dekat dihati rakyat.

Monday, April 13, 2009

Barisan Pegawai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua : YB. Khairy Jamaluddin (KP Rembau)

Naib Ketua : Dato Razali Ibrahim (KP Muar)

Setiausaha : Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid (Timb. Ketua Bahagian Subang)

Bendahari : Dato Rozabil Abd Rahman (KP Arau)

Ketua Penerangan : Dato Reezal Merican (KP Kepala Batas)

Setiausaha Kerja : Shaiful Hazizy (KP Merbok)

"Kami Di Seputeh mengucapkan tahniah diatas lantikan dan jalankanlah amanah ini sebaik mungkin, sekarang bukan masanya untuk kita bermegah dengan jawatan.. ianya merupakah suatu amanah, bukan kemegahan"

"Kepada Abang-abang mantan pegawai dan exco PPUM, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas budi dan khidmat yang telah diberikan, semoga Allah membalasnya dengan pahala yang merimpah ruah ... tidak lupa juga kepada Ketua PPUM yang lepas, semoga menjalankan tugasan sebagai Naib dengan penuh Amanah dan Dedikasi"

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...