Sunday, May 12, 2019

Sebelum mataku lelap

Sebelum Mataku Lelap.

Melayu itu bangsa, Melayu itu Bahasa, Melayu itu juga Tanah.

Asalnya Tanah Melayu, dijadikan Persekutuan Tanah Melayu, di khianati menjadi Malaysia. Hilangnya Melayu oleh Melayu.

Begitu banyak sejarah menunjukkan Melayu itu bukan dari golongan yang suka di jajah, pertempuran demi pertempuran sebelum Kemerdekaan di capai terjadi sekian hari.

Sedikit kiasan sejarah, Mat Kelubi, Orang Kanan Bahaman telah mati dibunuh semasa berperang dengan Panglima Garang Yusof.

Peristiwa ini berlaku selepas beberapa tahun Pahang meminta bantuan keselamatan dari Pihak British.

Dunia moden hari ini jauh sudah ditinggalkan sejarah Tanah Melayu, ramai tidak mahu membaca kisah Pahlawan Melayu, sejarah ini semakin dilupakan malah ianya dijadikan ancaman oleh pihak pemerintah.

Malaysia hari ini menjadikan Melayu itu ancaman, mana tidaknya, di umpan Melayu dengan harta benda, di tunjukan Melayu dengan nafsu sarakah, Melayu itu Islam, sejarah Islam jauh sudah hancur oleh Barat di Andalusia dan Bosnia dan lain-lain. 

Ini semua dibutakan oleh nafsu dan kemewahan, dosa yang dibuat dijadikan modal Melayu dengan Melayu saling berpecah, ramai lupa dosa adalah iman sendiri, ianya bukan melibatkan bangsa. 

Melayu malu sendiri, malu untuk membina tamadun, malu untuk membina empayar, di untungkan bangsa lain, Melayu melukut di kaki bangsa buruh kasar!

Semenjak Merdeka, Melayu bersengketa, terus bergaduh dengan sesama sendiri, bila masa pemimpin Melayu yang menjaga Melayu,? Ramainya mencari kekayaan dari mencari keredhaan.

Dato Onn, keluar Parti kerana mahukan bukan Melayu bersama parti UMNO. 

Dato Asri bergaduh dengan Dato Mohd Nasir "Berjasa" sehingga PAS keluar Barisan.

Tengku Razaliegh bergaduh dengan Dr Mahathir sehingga wujud semangat 46. 

Anwar Ibrahim bergaduh dengan Dr Mahathir wujudnya PKR.

Mat Sabu bergaduh dengan Tuan Guru Hadi, wujudnya Amanah.

Muhyddin, Shafie bergaduh dengan Najib wujudnya PPBM dan Warisan

Mereka diatas adalah ikon perpecahan Melayu sepanjang zaman, pemimpin Melayu tidak pernah duduk satu meja untuk berbincang hala tuju Melayu.

Alasan demi alasan dipergunakan oleh pemimpin untuk membolehkan mereka terus bermaharajalela. Bermegah dengan harta dunia, bermegah dengan kuasa yang ada di tangan. Bila masa mereka memikirkan Melayu di bawah ?

Setiap pembanggunan, bukan Melayu didahulukan, mereka akan senyum dan bermesra dengan taukey-taukey cina, bukan kerana apa, hanya Cina yang boleh menjadi rakan niaga mereka, Cina banyak duit dan pandai memberi rasuah. Mana tidaknya, ramai yang di tangkap adalah Melayu, ramainya pemberi Rasuah adalah Cina dan Cina itu menjadi payung pula kepada Pemerintah yang baru. Begitulah terjadi sepanjang abad 20 sehingga 21.

Hari ini, Melayu bukan sekadar hilang harta, hari ini, Melayu sudah hilang Kuasa.

Malaysia moden tidak memerlukan Melayu lagi, sudah terlerai ikatan ukhwah diantara Melayu. Malaysia hari ini bercerita tentang ketelusan, Malaysia hari ini bercerita tentang kebebasan, Malaysia hari ini berjuang tentang kesamarataan.

Perpecahan ini semakin terasa, kehilangan ini semakin menusuk hati anak-anak. Lupakanlah sengketa ini, binalah semula ikatan yang terlerai ini. Kembalikan lah keagunggan Bangsa Melayu.

Sekira nak mencari salah, semua ada salah, semua ada ego, semua ada amarah, namun tidak ada jalan lain orang Melayu mahu diperkasakan semula, carilah "Penyatuan".

Cukup-cukuplah saya melihat pergaduhan diantara Pemimpin Melayu, dari saya kecil sehingga menjadi bapa kepada 4 anak, kamu semua asyik bergaduh sahaja. 

Melayu asyik dihina dan di jadikan alat untuk kamu semua menjadi kaya raya, untuk kamu semua menjadi berkuasa malah untuk kamu semua mementingkan diri dan kumpulan kamu.

Anwar, Hadi, Muhyddin, Shafie, Mat Hassan, Zahid, Najib, Tengku Razaligh, dan semua pemimpin Melayu!!

Kamu semua bertanggungjawab untuk mencari jalan penyatuan Melayu. 

Mati tidak pernah semakin jauh, mati itu semakin dekat, itulah seperti yang dijanjikan.

Saya meminta untuk Dr Mahatdir kembali memperbetulkan keadaan Melayu, ya, memang ada diantara Melayu yang sudah memalukan orang Melayu, namun janganlah di heret bangsa ini bersama, anak-anak di bawah ini tidak ada salahnya, akar umbi UMNO tidak ada dosanya, mereka sayangkan UMNO, ketika Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun, apa fitnah yang tidak dilemparkan oleh pihak pembangkang, namun akar umbi terus bersama dengan parti, ianya bukan disebabkan Tun tapi disebabkan parti. Tatkala Tunku Abd Rahman keluar UMNO, akar umbi tidak berganjak dari terus menyokong UMNO. 

Pernah satu ketika Tun berkata UMNO sudah busuk sampai ke usus, ketika itu Pak lah menjadi Perdana Menteri dan Tun keluar parti, akar umbi tidak bersama Tun malah terus bersama UMNO. 

Mereka menyokong UMNO bukan sebab pemimpin, mereka menyokong UMNO sebab perjuanganya, begitu juga dengan PAS!

Sebelum Mata ini terlelap, semoga Allah SWT memgizinkan kita bertemu dengan Bapa Penyatuan. 

Salam Ramadhan,
Razlan Rafii
Melayu.
12 Mei 2019.

Wednesday, May 08, 2019

Hilangnya Kesultanan di Persekutuan Tanah Melayu

Hilangnya Sultan di Persekutuan Tanah Melayu.
Rakyat semakin keliru apa yang sedang berlaku diantara Kerajaan PH dan juga Majlis Raja-Raja, ramai yang tertanya kenapa secara tiba-tiba sahaja isu berkenaan Raja-raja ini menjadi hangat diantara Pimpinan PH dan Raja-Raja Melayu.
Kadir Jasin, penulis yang mempunyai ramai pengikut sering kali menjadi lidah kepada Kerajaan PH, beliau dipergunakan untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang melaga-lagakan Esekutif dengan Monarch.
Serangan awal yang dilancarkan terhadap Raja-Raja melalui Kadir Jasin adalah pendedahan Belanjawan DYMM Agong, Kadir mengambil peluang untuk membuat pendedahan ini semata-mata mahu meletakan tekanan kepada DYMM Agong, niat yang tersirat terhadap pendedahan ini telah terjawab bilamana dengan secara tiba-tiba DYMM Agong teleh turun dari tahta, secara kebetulan ataupun tidak, pengakhiranya adalah Turun Tahta.
Selepas itu, timbul pula Raja-Raja mempunyai kuasa Mutlak atau pun tidak, isu ini diperdebatkan secara terbuka sehingga terserlah penghinaan DYMM Agong di Internet menjadi berleluasa. Menteri Penerangan YB Gobind secara tiba-tiba tidak dapat menangkap pelaku dan isu itu senyap dan tidak dibincangkan.
Tidak habis isu Mutlak, Isu Rome Statut pula mengambil tempat, kali ini Kabinet terpaksa menarik balik keputusan sudah menandatangani perjanjian Statut Rome kerana kesilapan teknikal oleh Kabinet Malaysia. Pihak Kerajaan gagal untuk meyakinkan Majlis Raja-Raja apabila dibincangkan kali kedua.
Serangan demi serangan, malah sekarang kerajaan PH mencipta satu lagi serangan terhadap Institusi Diraja apabila mempergunakan Forum yang dihadiri oleh Peguam Negara untuk terus memalukan Sultan sehingga menuduh Raja-Raja Melayu adalah perompak dan pembunuh.
Pertembungan diantara Majlis Raja-raja dengan Esekutif Kerajaan tidak membawa untung kepada mana-mana pihak. Rakyat semakin keliru dan tertanya-tanya apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh Kerajaan Pakatan Harapan, dan apakah sebenarnya yang disimpan tersirat yang di rencanakan.
Kerisauan Raja-Raja.
Raja-Raja tidak pernah lupa peristiwa 1993 apabila raja-raja dikurangkan kuasa mereka dan kewujudan Mahkamah Khas bagi mengadili kes-kes yang melibatkan Raja-raja, Tun Mahadhir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri telah membawa perubahan secara drastic terhadap Institusi Diraja.
Raja-Raja hari ini lebih berhati-hati dengan permainan politik Kerajaan PH, baginda tidak mahu terperangkap dengan permainan pemimpin PH.
Apabila Kerajaan menandatangni Rome Statut, Majlis Raja-Raja perlu mendapatkan pendangan lain, apakah kesan dan implikasi terhadap Negara dan Rakyat. Jelas lah apabila keputusan Kerajaan menarik balik keputusan ini, ianya jelas akan melibatkan bidang kuasa Raja-Raja.
Isu perlantikan Ketua Hakim mengambil masa yang lama, ianya adalah disebabkan DYMM Agong tidak mahu mengambil keptusan secara tergesa-gesa tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, ini juga telah di tempelak oleh Kerajaan PH kerana kelewata.
Apabila Syed Husain membankitkan isu 30 Raja di dalam dunia dan 1/3 nya di dalam Malaysia, apabila beiau mengelar Raja-Raja Perompak disaksikan oleh Peguam Negara, apakah lagi yang boleh orang Melayu bergantung harap dengan Kerajaan PH hari ini.
Pandangan Peribadi saya, konflik ini sengaja di cipta untuk memastikan pengakhiranya bagi Raja-Raja Melayu.
Sejauh mana Rakyat Jelata mahu mempertahankan institusi ini dan sehebat mana hasutan Kerajaan PH kepada Institusi Raja-Raja akan berhasil?
Pertembungan ini boleh berakhir dengan baik, boleh juga berakhir dengan rusuhan.
Razlan Rafii
Pengerusi GerakPadu
(Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan)
8 Mei 2019

Tuesday, May 07, 2019

Rumah Mampu milik pun nak Sub Pada Negara China

Kontraktor Dalam Negara bakal gulung tikar!!
Antara Kejayaan Kerajaan PH adalah memberi Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik kepada Negara China.
Ini adalah Penindasan kepada Kontraktor dalam Negara yang amat jelas, Apa susahkah membina Rumah Murah sehingga memerlukan Negara Luar membinanya ?
Rakyat faham apabila Keretapi Laju kita gunakapakai Negara Luar, Kerana ia melibatkan teknologi luar yang tidak dipunyai Negara Malaysia.
Ini nak buat Rumah Murah pun nak dijual kepada Negara China.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Negara Malaysia akan memacu ekonominya sekiranya peluang sekecil ini pun Kerajaan PH nak jual kepada Negara China.
Bagaimana syarikat-syarikat pembinaan mahu berkembang sedangkan dasar Kerajaan PH hari ini berkiblatkan negara China.
Persatuan-persatuan Kontraktor kecil dan besar perlu bersatu untuk membantah dasar Kerajaan PH, peluang untuk mendapatkan kerja-kerja didalam Negara mesti diberi keutamaan kepada Kontraktor dalam.
Razlan Rafii

Sunday, February 24, 2019

Bangkit dan tunjukkan pengajaran kepada Kerajaan!

Pada October 2018, mahkamah Austria telah menetapkan kepada sesiapa yang menghina Rasulullah akan dikenakan hukuman Penjara.

Penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW bukan satu yang boleh dianggap mudah kerana ianya boleh menyebabkan Umat Islam berhimpun untuk menjaga kesucian Rasulullah.

Keadaan ini tidak terjadi di Malaysia, di Malaysia, rakyat boleh menghina sesuka hati, sekira mereka ditangkap, mereka akan diberi jaminan pihak Polis.

Ada beberapa perkara yang umat Islam Malaysia perlu buat untuk menbolehkan Kerajaan mengubah undang-undang ini.

Umat Islam perlu berhimpun untuk memberikan isyarat kepada Kerajaan bahawasanya jangan dipermainkan Nabi Muhammad SAW.

Kita perlu berhimpun, secara aman ataupun tidak, sehingga undang-undang Malaysia di ubah dan pesalah di hukum Penjara dengan Sebatan.

Kebiasaan di Malaysia ni, ramai yang berfikiran iberal sehingga sekira Nabi Muhammad SAW dihina pun mereka akan melindungi Pesalah.


Sunday, November 11, 2018

Rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada DAP.



Dalam memperjuangkan sesuatu perkara, kita ada pilihan untuk melaksanakanya.

Ular yang meyusur akar tidak akan hilang bisanya, itu yang DAP lakukan saban hari, mereka tidak akan meletakan kepentingan Individu sebagai keutammaan, bukan mahu memuji, tapi mereka mempunyai fokus yang lebih telus dan teratur untuk memastikan apa yang mereka idamkan sekian lama menjadi kenyataan.

Budaya dan cara kerja DAP sekian lama sudah nampak hasilnya.

Rakyat Malaysia perlu memuji perilaku Bangsa Cina yang semakin hari semakin bersatu didalam menentukan hala tuju Malaysia, mereka lebih fokus kepada pembangunan Negara dan lebih gigih didalam menentukan Malaysia maju ke hadapan mengikut acuan yang DAP telah tetapkan.

Rakyat Malaysia juga perlu akui bahawasanya Orang Bumiputera dan Melayu bukan lagi dominan didalam membuat acuan didalam Negara Malaysia. Mereka telah terlepas kuasa Pentadbiran dan juga Kuasa Ekonomi didalam Malaysia.

Tok Batin, Pengerusi Surau, Ketua Kampung, Ketua-ketua puak di seluruh Malaysia tidak boleh lari daripada berbangsa Melayu ataupun Bumiputera, namun di Pekan-pekan, Bandar besar bandar kecil malah di seluruh pelusuk Negara, semuanya bukan lagi milik Peribumi, jelas apabila apa sahaja projek pembanggunan yang kepunyaan Kerajaan bukan lagi milik Pribumi, ianya milik bangsa Cina, dan ini perlu di beri pujian kerana bangsa Cina adalah bangsa yang telah berjaya didalam Negara Malaysia.

DAP sudah memulakan kerja mereka sebaik sahaja mereka mendapat kuasa Kerajaan, mereka tahu kegagalan kaum Mejorioti yang memerintah Negara sebelum ini tidak dapat menerapkan apa yang sedang mereka rancangkan, jestertu itu DAP tidak perlu melayan perkara-perkara yang membuang masa mereka, mereka terus fokus kepada merencanakan pembangunan Negara.

Lim Guan Eng bersama-sama kumpulan mereka serta Tony Pua terus fokus kepada menyusun kerja-kerja di GLC bagi membolehkan semua kaum terus melaksanakan Kontrak tanpa sekatan seperti dahulu.

Projek MRT dan Projek-projek Mega JKR telah siap di rencanakan tanpa Pejabat Perdana Menteri Sedar, namun itulah yang perlu kita beri pujian kepada DAP kerana telah berjaya menyusun semua kontraktor melalui Persatuan Perniagaan Cina mereka, mereka tidak perlu menunggu Perdana Menteri, kerana mereka faham apabila Perdana Menteri memberi tugasan sebagai Menteri Kewangan dan mereka tahu peranan mereka.

Orang Pribumi tidak perlu sakit hati dan iri hati tentang kejayaan yang mereka kecapi ini, DAP sudah sekian lama berusaha untuk mendapat apa yang mereka idamkan hari ini.
Hari ini, Orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh lari dari menjadi pekerja kepada DAP, baik dari kerja makan gaji di Kerajaan, Agensi Kerajaan GLC sehinggalah Swasta, dan ini perkara yang sama-sama perlu dibangakan oleh Malaysia.

Peranan DAP ini bukan akan berhenti disini, selagi Orang Melayu sibuk bergaduh untuk menentukan siapa Pengerusi Masjid, siapa Ketua Kampung, Siapa Tok Batin, mereka fokus kepada permilihan Datuk Bandar kerana mereka faham, ekonomi adalah segalanya, Bangsa yang mundur ekonomi akan menjadi hamba dimana-mana mereka berada.

Tahniah Kepada DAP kerana membangunkan Negara.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Aktivis Malaysia.
12 November 2018

Tuesday, October 30, 2018

Kerana parti, saya menulis!

Janganlah bangsaku lenyap selagi mata keluarga ku masih terbuka!!

1. Parti keramat ini, sekian lama sudah menjadi payung kepada Rakyat Malaysia secara amnya dan Melayu Bumiputera secara khususnya.

2. Selama 61 tahun berjuang demi kemakmuran Rakyat Malaysia demi mempertahankan rakyat Peribumi tanpa menindas Rakyat Malaysia yang lainya, Parti Keramat ini menjadi MISKIN HARI INI.

3. Sekian lama parti ini memberi Jawatan kepada para pemimpinnya, memberi kehidupan kepada keseluruhan ahlinya, hari ini, di khabarkan Parti ini tidak mempunya aset dan hanya tinggal sekerat dua sahaja di dalam akaun yang telah dibekukan oleh Kerajaan PH.

4. Orang Kampung, Orang UMNO menyumbang duit, bergolok bergadai demi membuat tambang Tunku dan Rombongan ke London demi mencari Kemerdekaan untuk Tanah Melayu, ini cerita realiti yang sepatutnya menjadi galasan kepada semangat setiap Pimpinan UMNO ketika berkuasa. Namun ianya menunjukkan kepada KEGAGALAN kepada apa yang sepatutnya di harapkan.

5. Pemegang Amanah kepada Aset Parti UMNO juga dikhbabarkan sudah buat-buat tidak tahu dan ada diantaranya sudah membawa lari amanah yang sepatutnya di pegang, ada juga yang telah berjoli dengan aset UMNO. Mereka ini semua Pengkhianat kepada Melayu Peribumi.

6. Bukan itu sahaja, Budaya Pemimpin UMNO yang memegang jawatan Kerajaan lebih senang menyumbang dana kepada kumpulan mereka membuatkan UMNO itu sendiri MISKIN.

7. Bapak-Bapak Menteri yang sepatutnya bekerja sebagai keluarga Besar UMNO untuk menyumbang semula kepada Parti, mereka lebih kepada nafsu untuk menyumbang kepada Kumpulan Mereka untuk dipergunakan bagi Pertandingan dalam Parti.

8. Mereka ini sepatutnya membantu Parti mencari dana untuk di simpan dikala perlu, semua sudah
lupa kerana Jawatan itu lebih penting dari Parti, mereka lupa, mereka alpa dengan Kuasa dan Jawatan yang di nikmati sehingga mementingkan Kumpulan mereka daripada masa depan Parti.

9. Nah, hari ini UMNO sudah menjadi Miskin dek kerana kepimpinan tidak mengamalkan sikap kebersamaan menyumbang kepada parti. Menangis air mata darah sekalipun, sukar untuk kita mendapat semula Harta UMNO, menangis air mata darah sekalipun, UMNO tidak akan mendapat berbillion daripada Pemimpin yang sudah kaya-raya.

10. Ada yang perlu kita berterima kasih kerana sumbangan beliau untuk melihat UMNO ini terus bernafas, namun sepatutnya, lebih ramai yang tampil kehadapan untuk membantu parti ini, jangan diharapkan Ahli untuk menyumbang, Bekas-bekas Menteri, Timbalan Menteri kumpulan yang pertama sepatutnya tampil ke depan untuk meyumbang kepada Parti Keramat ini, naikan semangat akar umbi.

Saya menulis bukan untuk menyalahkan sesiapa, namun mengaku lah kesilapan kita kerana kepentingan kita kepada Kumpulan kita melebihi kepetingan Parti.
Sekira semangat kita kuat seperti pejuang-pejuang UMNO yang sebelumnya, tidaklah UMNO terbangsat di Bumi Tanah Melayu ini!!

Datuk Razlan Rafii
31 Oct 2018

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...