Tuesday, September 04, 2018

Cerita Kehidupan Pembawa Grab Car

Gambar hiasan : semasa lawatan di rumah anak yatim di Taman Tasik Titiwangsa,
semoga anak-anak ini berjaya didalam kehidpan mereka .. sama-sama kita doakan ... 
Perjalanan 50 minit dari KLIA2 ke rumah memberikan banyak masa untuk saya bercerita dengan adik ini yang sudah 4 bulan membawa grab car sebagai kerja sambilan.

Memang kebiasaan bagi saya untuk mengambil peluag bertanya soal semasa kepada mereka yang saya jumpa...

Dari sudut dia bercerita, beliau memang seorang yang rajin dan didalam menangung nafkah keluarga dan gigih mencari rezeki.


Grab : Bang, berapa orang,ada beg banyak tak ...?
Lan : tak ada, saya sorang je...
Grab : ok ....

Kereta pun sampai ...

Grab : bang .. maaf saya tanya tadi ... sebab saya ada beg 1 kat belakang tu ...
Lan : ooo ..tak apa ... dah lama ke bawa grab, duduk kat mana?
Grab : baru 4 bulan .. saya duduk kat Kuala pilah, tu yang ada beg kat belakang tu, ada la balik rumah 2 kali seminggu, penat, singgah mandi kat mana-mana sempat je ....
Lan : oo .. dah kahwin ke .... ?
Grab : dah bang ... anak 3 .. saya kahwin awal ..umur 25 tahun kahwin .. isteri duduk kat kampung ...
Lan : Isteri tak kerja ke ?
Grab : tak .. jaga anak, saya ni kahwin awal sebab tak nak tengok nanti dah tua anak-anak kecil lagi .. selagai ada kederat ni ... boleh la kerja, hari tu saya ada bawa sorang perempuan .. umur 28 tahun .. dah 2 kali cerai .. saya tanya dia .. kenapa cerai .. dia kata selalu gaduh .. saya hantar dia kerja kat kelab ... kalau bini saya kerja kat kelab pun saya marah bang...
Lan : oooo ... sebelum ni kerja apa ...
Grab : saya kerja kontrak .. tolong bapa saya .. tapi dia dah meninggal .. tak sempat dia nak ajar saya kira-kira jadi kontraktor .. hahhahaha ... tapi abang saya ada buat .. tu yang kalau ada kerja .. saya bawa grab ...
Lan : awal kahwin ....
Grab : tu la .. orang kata kalau kahwin awal selalu gaduh .. saya pun selalu gaduh .. biasa la .. orang muda .. tapi bang .. saya kalau gaduh2 .. saya punya style saya diam je ... kalau dah reda .. bincang la balik .. tapi bila saya cakap kat pompuan yang naik grab tu .. dia kata .. ITU LARI DARI MASALAH .. kadang-kadang bila saya tak tahan .. ambil kunci kereta lepak mamak la bang ...

Lan : bagus laa .. memang la .. darah muda .. nak serasikan bukan senang .. abang pun kahwin umur 24 tahun ... ok je .. yang penting ... faham-faham sama sendiri jee ...

Sepanjang 50 minit dari KLIA ke Rumah saya ... banyak budak ni cerita .. bagus budak ni ... ini lah lumrah kehidupan ...

Budak ni berasal dari Muazzam Shah, kata dia, ramai kawan-kawan sebaya dia rosak sebab dadah kat sana, dia pun nasib baik tak terjebak .. kalau dia tak keluar dari sana .. mungkin nasib dia pun sama ...

Asam Garam Kehidupan .....
x

Sunday, September 02, 2018

Peguam Negara Veto Kes Rasuah Anak Guam sendiri?

Peguam Negara sudah kuburkan sistem perundangan Negara!
Kenyataan SPRM bahawa mereka terkejut dengan tindakan Peguam Negara mengugurkan kes Lim Guan Eng adalah satu peristiwa hitam bagi perundangan Negara. Umum memang mengetahui bahawa Tommy Thomas merupakan Peguam yang mewakili Lim didalam kes ini, sekarang beliau merupakan Peguam Negara, ramai menjangkakan kuasa yang diberi kepada Thommy akan melepaskan LGE, namun tidak sangka ianya dibuat secara veto oleh Peguam Negara.

Banyak wang rakyat sudah dibelanjakan untuk melaksanakan kerja -kerja peyiasatan kes Lim Guan Eng  dan sepatutnya Peguam Negara lebih profersional dan memberi peluang kepada para hakim membuat keputusan, sekira kertas pihak SPRM gagal menyediakan bukti kukuh didalam kes ini, manakan kes ini boleh dibawa ke makamah.

Peguam Cara Datuk Enku Nor Faezah dan Datin Paduka Zauyah pernah berkata Peguam Negara tidak akan mencampuri kes LGE, adakah mereka hari ini boleh bersumpah bahawa kes LGE ini adalah satu kesalahan dari pihak SPRM dan AG terdahulu kerana ianya ada kaitan dengan "Pendakwaan Politik".

Rakyat hari ini melalui satu lagi persitiwa hitam didalam perundangan apabila Peguam Negara menggunakan kuasa Veto mereka terhadap sistem keadilan Negara.

Minta pihak SPRM siasat Peguam Negara kerana sudah pasti ada punyai unsur-unsur kepentingan hubungan anak Guam dan Peguam Negara, juga unsur-unsur kepentingan Peguam Cara dengan Peguam Negara yang mengendalikan kes ini.

Datuk Razlan Rafii
Aktivis Rakyat
3 Sep 2018

Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara!



Resolusi Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara


2 September 2018, kongres masa depan bumiputera telah diadakan oleh Kerajaan PH, membincangkan bagaimana untuk memastikan golongan ini tidak terkebelakang didalam arus perdana Pembangunan Negara.

Mendidik sesebuah bangsa bukan satu yang boleh dilaksanakan dalam sekelip mata, melihat tamadun negara-negara maju dunia, ianya memerlukan 200-300 tahun untuk mencipta kejayaan, namun ianya bukan lah satu alasan konkrik untuk Melayu terus lalai didalam membina tamadun bangsa.

Semenjak Merdeka sehingga ini, begitu banyak formula yang di ilhamkan untuk membantu Melayu didalam mencipta kejayaan di tanah air sendiri, namun Melayu masih mencari-cari cara terbaik bagi melihat Melayu berjaya.

Kita perlu terus membentuk tamadun bangsa, perlu punyai sikap positif didalam mendidik bangsa kerana ianya bukan untuk kita dan kawan-kawan kita, ianya untuk masa depan bangsa yang mungkin bukan kita yang melihat kejayaanya.

Sikap Pemimpin Politik.

Memimpinlah dengan ikhlas, golongan yang saya maksudkan adalah mereka yang memegang Jawatan Politik yang dilantik didalam Kerajaan, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik, SUSK, Pegawai-pegawai dan lain-lain.

Melayu akan terus menunggu daripada Pejabat Menteri untuk sesebuah dasar itu dilaksanakan, bersifat positiflah kepada Bangsa Melayu, sekira ada Melayu yang datang membawa cadangan, tapis dan dengarlah kejayaan mereka, ramai melayu yang berjaya di luar sana memerlukan suntikan untuk syarikat mereka melonjak untuk bersaing didalam pasaran terbuka.

Sikap positif ini perlu, kerana ramai juga Melayu yang tidak percaya pada Melayu, sekiranya memberi projek kepada melayu dan ianya gagal, sering kali ianya dilihat sebagai satu kegagalan walhal ianya perlu dilihat sebagai satu proses untuk membina bangsa, dan kepada Melayu pula, jangan diambil mudah sekira Kerajaan sudah membantu, berusaha dan ambil peluang untuk mencipta kejayaan demi agama, bangsa dan keluarga.

Melayu bergantung harap dengan perlaksanaan inisiatif yang sedia ada dan yang baru agar ianya tidak ada ketirisan didalam perlaksanaan dasar-dasar yang berkempentingan Melayu. Tidak dinafikan begitu banyak ketirisan yang berlaku didalam perlaksanaan dasar ini kerana banyak sebab, ada kalanya Pejabat Menteri mahu menjaga kroni sehingga ada yang menjadi balaci kepada bukan Melayu. Ada yang mahu mengambil untung dengan kekayaan sekelip mata apabila mempergunakan syarikat Bumiputera yang di alibabakan. 

Saya positif apabila Azmin Ali berkata "Kongres ini bukan perhimpunan Ali baba", kita perlu bersikap terbuka dan memberi masa kepada kerajaan untuk melaksanakan agenda ini. Jangan ada Melayu si kitol pula yang menjadi agen bangsa lain.

Saya positif kerana beliau sudah insaf daripada kesilapan semasa beliau menanam sikap rahsuah, sikap kroni semasa bersama Anwar memimpin UMNO, kekurangan lalu jangan di unkit, walaupun sakit hati apabila mendengar beliau menkritik UMNO yang mana beliau juga terbabit dengan kesilapan lalu, jangan kacang lupa kan kulit, nak bina Melayu, jangan meletakkan kesilapan pada orang lain, cukup dengan Insaf dan bergerak ke hadapan.

Pemimpin Kerajaan perlu sedar, eko sistem ekonomi kita bukanlah besar, ramai peniaga yang berkata "Orang atasan sahaja yang bertukar, sistem masih sama" ini lah cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan untuk membina kekuatan Melayu. Kerajaan hari ini perlu memimpin dengan sikap positif dan bukan dengan sikap dendam yang mana akhirnya yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak bersalah didalam melaksanakan perniagaan mereka, bersikaplah seperti ayah mendidik anak, sayang Melayu, didik mereka agar tidak ada lagi kesilapan dan untung atas angin menjadi amalan, dan jangan terlalu retorik seumpama boleh melaksanakan perkara ini dalam sekelip mata.

Sikap GLC/GLIC

GLC dan GLIC sepatutnya menjadi pintu kepada Melayu untuk bersaing di dunia luar, selain dari Peniaga Melayu melaksanakan kontrak Kerajaan, ada ramai yang memerlukan suntikan agar mereka boleh bersaing dengan pihak Swasta.

GLC perlu memimpin Peniaga didalam menjayakan agenda kerajaan, sekira agenda 30% ejuiti Bumiputera masih kekal didalam dasar Kerajaan, GLC perlu bersama memainkan peranan untuk membantu kerajaan mencapainya, cipta peluang, cipta peniaga dan cipta sistem ekonomi yang mana boleh peniaga Melayu terus bergerak kehadapan, bukannya GLC menjadi pesaing kepada mereka, apabila CEO, GM ataupun mana-mana pengurusan atasan yang pencen, mereka diberikan satu anak syarikat sebagai anugerah Pencen yang mana akhirnya menjadi amalan dimana peluang ini akan membantutkan agenda, dan kesudahan menjadi amalan Pecah Amanah tanpa sedar.

Dengan jumlah belanjawam berbillion setiap GLC saban tahun, mereka boleh mengambil peluang mencipta Pengilang dan Pengeluar Bumiputera. Ramai Melayu yang gagal didalam perniagaan kerana salah satu sebabnya adalah diskriminasi barangan. Apabila Melayu beli, harga mahal daripada bangsa lain, nak dapat kredit juga bukan senang sekira nak di bandingkan dengan Naungan Persatuan Peniaga-peniaga bukan bumipugtera. Ini perkara kecil yang sering kali mengagalkan agenda peniaga Melayu. 

Kejayaan Kepimpinan GLC perlu di ukur dengan kejayaan index agenda Kerajaan, bukan hanya di ukur dengan keuntungan sesebuah GLC.

Membaca resolusi yang dibentangkan, ianya tidak banyak beza dengan kongres-kongres Bumiputera yang sebelum ini, banyak perkara adalah formula penyelesaian  kepada kerisauan orang Melayu untuk bersaing didalam dunia perniagaan, tongkat atau bukan, keistimewaan atau kemampuan, semuanya adalah perkataan yang cantik yang boleh di olah oleh mana-mana pemikir bahasa, namun apa yang amat penting didalam perlaksanaan dasar dan agenda ini adalah "JUJUR".

Jujurlah pada diri sendir apabila sesebuah konrak itu di anugerahkan, jujurlah pada diri sendiri apabila mahu merangka sesebuah projek, jujurah pada diri sendiri apabila mahu mencadangkan sesebuah syarikat.

Pemimpin, Pegawai, CEO, KSU selagi nama Melayu, sekira mahu membantu peningkatkan ekuiti 30% Bumiputera, jujurlah dalam melaksanakan dasar ini.

"Jangan lagi Melayu menjadi kuli didalam Negara Sendiri"

Datuk Razlan Rafii

Friday, August 31, 2018

Tak salah kembalikan Petronas pembekal tunggal.

Twitter Isu Kontrak Petron.

1. Kenapa tidak diberikan Petronas Pembekal Tunggal rasmi urusan Kerajaan Malaysia? Itu persoalan saya, namun PH menberi alasan, dahulu pun sudah diberi juga pada Shell sekian lama, sekarang beri pada Petron untuk persaingan sihat. @chedetofficial

2. Alasan kalau "DULU Dan Persaingan", langsung tidak membangun, sepatutnya, Malaysia Baru memikirkan bagaimana Agihan keuntungan Petronas di Optimumkan, tukar dasar kepada keuntungan Rakyat, bukan pada Syarikat, pegi Indonesia,mereka suruh pakai Pertamina sahaja @chedetofficial

3. Di Dewan Rakyat, negeri2 meminta royalti tambahan,dan PH juga kekurangan Pendapatan dan memotong banyak inisiatif kebajikan dengan alasan tidak cukup budget,jadi, kenapa ada ketirisan ini yang sepatutnya Kerajaan boleh maximumkan keuntungan kepada Rakyat ? @chedetofficial

4. Jadi, dasar kerajaan PH yang di bangkitkan,bukan sangat kenapa Petron yang diberi kontrak! Dan lantikan terus dikatakan tiada implikasi kewangan tidak masuk akal kerana Akan ada peluang lain untuk monopoli pembelian dan libatkan komisyen secara pukal? @chedetofficial @SPRMMalaysia

5. Jadi, alasan yang diberikan kepada Rakyat tidak diterima dan mungkin ada udang di sebalik batu, terus lah mentadbir Negara demi rakyat, kalau salah, betulkan semula, tidak perlu ada rasa malu. @chedetofficial @mkini_bm m.malaysiakini.com/news/441056

End.

Datuk Razlan Rafii
Aktivis Rakyat,

Thursday, October 05, 2017

Fatwa Politik Dr Mahathir



(Menjawab Blog CheDet dan Artikel Malaysiakini , 5 Oktober 2017)


Fatwa Politik Dr Mahathir 


Dalam ilmu pendidikan Subjek Politik Ala Dr Mahathir, segala fitnah dan celaan itu tidak ada dosa dan pahala, semua di halalkan demi menikmati kemenangan parti beliau.


Sebagai seorang muslim, kita ada pegangan untuk tidak berkata bohong malah jauh lagi untuk membuat fitnah.


Lebih 22 tahun, Dr Mahathir mendakwa menanam kebencian orang Melayu kepada DAP dengan pelbagai fakta dan ilmu politik yang akhirnya membawa kepada Peperangan Idealism melawan DAP.


Beliau tidak pernah ada rasa insaf walaupun bak kata pepatah melayu di hujung-hujung nyawa ni "rumah kata pergi, kubur kata mari “ dengan terus membuka ruang fitnah dan celaan malah tomahan demi untuk mencapai Syurga Dunia.


Bila terbaca kenyataan dan pengakuan beliau bahawa beliaulah yang PERSETANKAN DAP, tertanya dalam diri, apakah jenis manusia ini? akibat dari Persetankan DAP ini, Karpal, Lim Kit Siang dan ramai lagi pernah di Penjarakan oleh Dr Mahathir, dan beliau berkata hari ini, "semata-mata mahu kemenangan".


UMNO adalah parti yang mendokong Islam dan Perlembagaan di letakkan tertinggi untuk dijaga kesucian agar rakyat Malaysia terus bermoral, melahirkan zuriat yang soleh atau soleha. 


Dr Mahathir tidak perlulah mengaku bahawa UMNO ini ibarat beliau seorang yang punya, segala Fakta bahawa DAP adalah parti Chauvinist  adalah datang dari DAP sendiri, ramai bijak pandai dalam UMNO dan BN melihat dan boleh membaca Perlembagaan DAP yang menolak sistem Raja Berpelembagaan. 


Kebencian Melayu kepada DAP bukan disebabkan Dr Mahathir, ianya datang daripada Pendekatan DAP yang bersifat Anti-Islam. Menghalang pembangunan kesucian Islam dan ini terbukti apabila setiap kali Pembangunan Islam dibawa dalam Parlimen, DAP lah yang menjadi penghalangnya.


Untuk menghalalkan Dosa Dr Mahathir kepada Pemimpin DAP, beliau terpaksa membela DAP dan mengaku membuat kesilapan dan beranggapan semua yang pernah percaya akan menelan caci maki mereka sebelum-sebelum ini dan ampunkan DAP.


"Dr Mahathir, UMNO ini ada institusi, dan ramai didalamnya merancang demi Malaysia, jangan angkat bakul sendiri"


"DAP bukan Parti Cina, tidak seperti MCA"


Memang benar ia bukan parti Cina, tapi ia di dominasi Dinasti Lim dengan menggunakan sentimen Cina untuk meraih sokongan sehingga Kaum Cina (hari ini) mejoritinya menyokong DAP. Bukan hanya penyokong, malah kepimpinan DAP, 90% adalah datang dari kaum cina.


MCA tidak bertanding dalam Pilihanraya - begini mudah pun Dr Mahathir boleh lupa.(Dr M Cubaan tanam kebencian kaum)


DAP menggunakan Bahasa Kebangsaan, Ianya jelas dalam perlembagaan DAP perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan, sama juga dengan Gerakan. (Di Cawangan DAP gunapakai bahasa Mandarin Dr Mahathir tau ka?) 


Namun dalam Perlembagaan DAP tidak mengaku Raja Berpelembagaan dan Agama Islam adalah agama Rasmi, sebab itulah setiap kali isu bahasa dibangkitkan, DAP tidak membantah namun apabila isu Islam dibangkitkan, DAP akan bantah.(Dr Mahathir lupa ka?)


DAP menjadi Perdana Menteri.


BN tidak mendakwa bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri akan tetapi DAP boleh pengaruh banyak perkara seperti apa yang terjadi di Perak dan Selangor malah di Pulau Pinang. Sejarah tidak boleh melupakan satu ketika dahulu, Negeri Sabah pernah punyai Ketua Menteri dengan pendekatan Pengiliran idea dari Dr Mahathir.(Bila ada kuasa, semua boleh buat Dr Mahathir, lupa ka?)


Kitaran semula Dr Mahathir untuk menanam kebodohan kepada Rakyat sudah lapuk, berpusing-pusing dalam bahasa yang sama, kebencian-kebencian-kebencian. Tidak dapat dinafikan Dr Mahathir berjaya menanam sedikit sebanyak kebencian kepada rakyat diatas Kepimpinan Datuk Seri Najib, namun ianya hanyalah Kebencian Peribadi semata-mata seperti yang beliau lakukan kepada semua yang tidak mendengar kata beliau.


Dr Mahathir, bukanlah layak saya untuk mengajar, namun untuk membina sebuah negara yang Berdaulat, ianya datang dari niat suci dan prinsip setiap Pemimpin Politik, Pemimpin yang baik tidak bercakap bohong kepada Negara luar, tidak melobi Agensi Berita Luar demi memburukan Negara, tidak melobi Senator Australia mahupun Amerika untuk memberi fakta yang separuh benar. Ini semua yang di lakukan oleh Pemimpin sekeliling anda demi mencapai nafsu anda semua untuk menjatuhkan BN. Nak bertarung, biarlah kita bersama menjaga maruah Negara, jangan kita baling batu sembunyi tangan. Dan, jangan-jangan sekali kita meminta-minta bantuan Negara luar untuk menukar kerajaan seperti yang dilakukan oleh sekeliling anda sekarang. Kedaulatan adalah tanggungjawab semua.


Hari ini UMNO sudah jauh berbeza Dr Mahathir, UMNO terus menjadi parti yang menjaga kepentingan semua kaum, Bangsa Cina, India dan Melayu malah semua kaum di Sarawak dan Sabah,  semua aman dan sentosa, tidak ada gaduh-gaduh, Dr Mahathir tidak perlulah menakutkan Rakyat Malaysia lagi, itu boleh terjadi zaman Dr Mahathir dan bukan sekarang.


Zaman Datuk Seri Najib, rakyat Malaysia berdebat secara Fakta, mencari formula pembangunan terancang, mengenal pasti penambah baikan negara, kerajaan mendengar suara hati rakyat, dan banyak yang dilaksanakan demi untuk Rakyat. Bukan zaman Kuku besi Dr Mahathir. (N2H yang nak dibuat untuk menanam Kebencian, bukan untuk mencari pembangunan)


Zaman sudah berubah Dr Mahathir, janganlah menjadikan pena anda untuk terus menipu rakyat, jadilah orang tua yang menasihat anak-anak. Berhentilah perangai yang suka menanam kebencian seperti dilakukan anda lebih 22 tahun dahulu, cukuplah Rafizi seorang yang anda lahirkan.


Sudah-sudahlah Dr Mahathir Mohamad, kami mahu maju, kami mahu lepas dari belenggu perkauman, kami mahu menuju Negara Maju seperti Korea Selantan, Jepun, berilah peluang kepada Rakyat Malaysia hidup tanpa anda juga pemimpin seperti Lim Kit Siang, sudah cukup, lama dah.


(Dr Mahathir adalah singkatan kepada Tun Dr Mahathir!)


Datuk Mohd Razlan Rafii

Ketua Pemuda BN WP


Friday, August 18, 2017

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea


Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada kali ini. 


 


Daripada 128 orang atlet, seramai 21 orang atlet yang masih layak untuk menyertai SUKMA XIX Perak 2018 yang akan datang. 


Ini membuktikan bahawa Wilayah Persekutuan merupakan penyumbang utama kepada atlet yang mewakili negara selaras dengan visi dan misi MSWP iaitu melahirkan atlet bertaraf nasional dan antarabangsa. 

 

Penyertaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 juga merupakan pendedahan terbaik bagi atlet Wilayah Persekutuan menjelang SUKMA XIX 2018 nanti. 


Diantara Atlet Wilayah Persekutuan yang diharapkan akan membantu Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas adalah seperti Nur dhabitah Sabri daripada sukan Akuatik Terjun, Ng Eain Yow daripada sukan Skuasy dan Muhammad Rafiq Bin Ismail daripada sukan Tenpin Boling. 


Selain itu, atlet daripada sukan-sukan lain juga mampu untuk memberi saingan pada sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini seperti atlet Sukan Sepak Takraw acara Chinlone yang telah berjaya menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia. (Iskandar Zulkarnain, Nur hidayat Ar Rasyid Bin Ahmad Daud dan Putera Aidil Israfil Bin Kamaruzaman). 


MSWP akan terus memberi sokongan sepenuhnya dalam membantu Majlis Sukan Negara untuk memastikan atlet-atlet yang bertanding berada pada prestasi yang terbaik pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini. 

 

    

Friday, August 04, 2017

Isu : Sekolah Agama Rakyat Umar Abdul Aziz Masjid Negara.

4 Ogos 2017.


Pagi tadi saya sempat meninjau SRA Umar Abdul Aziz Masjid Negara. Hasil dari pertemuan dengan Ibu Bapa, saya telah meminta sdr Gulam Muszaffar untuk mengetuai dan mewakili Pemuda WP bermesyuarat bersama Ibu Bapa dan Pengarah Jawi.


 

Mesyuarat berjalan lancar dan saya difahamkan  :-


1. SRA Umar Abdul Aziz akan dipindahkan ke Bangunan Yadim sementara Masjid Negara diubahsuai.


2. SRA Umar Abdul Aziz akan kekal di Masjid Negara Selepas projek dilaksanakan selama 30 bulan dan akan dipindah semula di lokasi asal.


3. Pelajar Tahun 1 yang sebelum ini dihentikan pengambilanya, akan dibuka semula pengambilan.


Itu 3 perkara penting yang menjadj kerisauan orang-orang islam yang bermastautin di sekitar Ibu Kota.


Saya menyambut baik penyelesaian yang di buat oleh Pihak JAWI dan terima kasih kepada Pengarah Jawi yang baru Ustat Abdul Aziz yang banyak membantu agar SRA ini kekal di Buka Di Masjid Negara.


Terima Kasih kepada Datuk Sohaimi yang turun padang bersama mesyuarat di Jawi sebentar tadi.


Kita harap untuk dimasa akan datang, pihak Jawi akan lebih berkomunikasi dengan Masyarakat agar tidak ada salah anggapan terhadap Agensi Kerajaan.


Kita ada ramai pemimpin Masyarakat yang ada di WP. iaitu MPP Majlis Perwakilan Penduduk. Sekira tidak mahu berhubung dengan Pemimpin Politik, Jawi boleh menggunakan MPP untuk berbincang soal masyarakat.


Masyarakat di Malaysia ni bukanlah tidak rasional dan hampir semua perkara boleh dibawa ke meja rundingan.


Semoga SRA Umar Abdul Aziz akan terus cemerlang dan melahirkan zuriat Agamawan yang akan menyinari islam dimasa akan datang.


Sekian. 


Razlan Rafii


 

 

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...