Thursday, September 20, 2018

Melayu Dendam, Benci, Khianat Melayu , Jangan salahkan DAP

1. @dapmalaysia membisu, sebab mereka sedang tersenyum sehingga ke teling melihat kehancuran Melayu sesama Melayu. Benci dan Dendam antara Melayu yang telah menghancurkan Melayu. PKR sedang menanguk diair yang keruh dan duduk di kerusi empuk sambil makan Popcorn Kelab Penyokong Tun Dr Mahathir

2. Pernah MP @dapmalaysia mengungkapkan perkataan "Lee Kwan Yeu sedang menunggu @chedet_cc di pintu syurga untuk main mahjung" dan hari ini, pemimpin itu sedang gembira dengan DIM SUM mereka menunggu masa untuk Sembelih Babi 13 ekor. Sambil PKR terus menonton Cerita Wayang

3. Untuk jaga hati @dapmalaysia , Melayu terus memaki Melayu, Melayu Malas, Melayu Khianat Melayu, Tongkat Untuk Melayu Perguna Melayu, sambil satu per satu tanpa Melayu Sedar, sudah tidak ada lagi tinggal untuk Melayu. Sedang @chedet_cc terus tersenyum melihat rancangan berjaya.

4. @dapmalaysia tidak akan berhenti dengan Agenda Malaysia Malaysian,sambil mereka gelak ketawa melihat "Agenda ini sudah terlaksana tanpa Melayu Sedar" LKS boleh menutup mata dengan senyum, Melayu jangan salahkan mereka, ini salah Melayu, Dendam, Benci, Busuk Hati sesama Melayu.

5. @dapmalaysia Sudah sifatnya Kafir yang Benci Islam, pelanduk tidak lupakan jerat, mereka amat kenal sejarah 69, ianya tidak berulang, Melayu yang lupa dan alpa dengan kuasa, Benci Dan Dendam tersemat cantik didalam Melayu sesama Melayu. @chedet_cc mustahil akan sedar...

6. Ungkapan "sabar, @chedet_cc tu, ikut hukum akal, sudah tidak lama" ungkapan @dapmalaysia sambil gelak ketawa PKR, AMANAH , Melayu tidak apa, mereka sudah tidak kisah, ramai sudah senang dan hidup sendiri, mereka sudah lebih liberal dan terbuka, Melayu ke Islam, Islam ke Melayu

7. PKR menonton wayang yang sudah hampir tamat, sambil @dapmalaysia Persiapkan kenduri 13 Babi untuk di raikan di seluruh Negara, Babi itu akan di bawa ke Putrajaya untuk di raikan... sedang Melayu terus berdengki dan berdendam

8.Malaysia Baru bukan pada 9 Mei seperti yang disangka oleh Seluruh Rakyat Malaysia, Melayu juga gembira apabila 9 Mei menjadi dendam yang terbalas, bagi @dapmalaysia ,"Ini Malaysia sudah Malaysia Malaysian" ianya adalah apabila Melayu Tunduk Kuasa Kepada DAP,tidak lama lagi.

DRR

Aktivis Melayu.

Monday, September 17, 2018

Lepaskan ADUN/MP dan Ahli UMNO kalau nak kempen untuk Kerajaan!!

Terbaru, Nazri dikatakan akan menyokong Ds Anwar Ibrahim didalam kempen beliau di Port Dikson, dan ada juga pemimpin UMNO lain seperti Shahidan juga menyatakan yang sama. Apa sahaja alasan mereka, sudah pastinya mahu meletakan UMNO bersama dengan PKR untuk menempatkan parti dalam Kerajaan PH.

Pandangan saya yang kerdil ini, tidak ada parti Kerajaan yang mahu bekerjasama dengan sebuah Parti yang lemah, walaupun UMNO mempunyai 52 Kerusi, dan merupakan parti yang paling banyak kerusi, ianya tidak akan bererti sekira parti ini tidak menempatkan semula kepercayaan kepada rakyat,

UMNO perlu bekerja untuk terus mendekatkan diri kepada rakyat, dasar yang UMNO ada adalah asas kepada ahli parti yang berpegang teguh kepada perjuangan Parti keramat ini.

Memang ramai diantara Kepimpinan hari ini yang lemah dan tidak ada daya tahan kerana sudah sekian lama selesa menjadi Kerajaan, Pemimpin besar hari ini tidak tahu nak buat apa, mereka sesat didalam mencari-cari jalan bagaimana untuk mendapatkan kuasa semula dengan masa singkat, jesteru itu, ada pelbagai formula dan pandangan yang kadang-kadang ianya sudah lari dari perkara asas perjuangan.

Saya masih percaya, sekira kita masih menanti bulan jatuh ke riba, kita akan terus alpa dengan mimpi indah yang tidak ada kesudahan, mungkin perkara apa yang saya nyatakan ini salah.

Sekira ada MP ataupun ADUN dalam UMNO yang mahu menyokong parti lawan, jadilah manusia yang bermaruah dengan meniggalkan UMNO dengan sukarela, dan lepaskan jawatan MP dan ADUN.

sekian....


Sunday, September 09, 2018

Pemimpin Melayu !! Berhentilah melabel bangsa anda dengan Perkataan Negatif!!

Anak-anak Melayu yang akan menakluki dunia.
Kenapa Pemimpin Melayu sering melabelkan Orang Melayu dengan kata-kata Negatif.
Saya membesar dengan kata-kata Negatif daripada Pemimpin Melayu, setiap kali datangnya Perhimpunan Agong, mahupun forum Bumiputera, atau pun Kogress, Pemimpin Melayu sering kali melabelkan Bangsa Melayu yang buruk-buruk.

Adakah bangsa Cina, India, Mat Saleh terus berjaya tanpa ada kegagalan, adakah mereka
kata-kata buruk atau negatif setiap kali apa yang dirancang tidak dicapai terhadap bangsa mereka?

Pakar Motivasi, tidak pernah memberikan formula untuk berjaya dengan berfikiran Negatif, sekira mahu berjaya, tidak perlu kita "Register" didalam kepala otak kita dengan kata-kata yang Negatif atau buruk.
Formula untuk berjaya adalah, Berfikiran Positif dan sering kali menangani permasalahan dengan tenang dan terus cekal didalam kehidupan untuk berjaya.
Memang benar kita perlu melihat kebelakang, kenapa sesuatu yang dirancang tidak mencapai objektifnya, mungkin ada banyak elemen yang tidak diambil kira semasa perancangan sesuatu itu dibuat, dan ini melibatkan banyak perkara dan bukan hanya disebabkan Malas, Pecah Amanah, Rasuah, Merompak, Melanun, Kaki Dadah, dan macam-macam lagi, kadang-kadang, sesuatu dasar itu dicipta oleh kepimpinan tanpa melihat kepakaran orang bawah itu, juga sesuatu yang sudah GAGAL sebelum ianya bermula.
Membina sebuah tamadun Bangsa bukan ada titik noktah, tidak ada jangka masa yang perlu ditetapkan untuk melihat Bangsa kita maju, apabila Bangsa kita mahu maju, ada juga bangsa lain yang mengejar kita untuk kehadapan, jesteru itu, teruskan dengan perancangan untuk memberi peluang kepada bangsa kita memperlajari selok belok kejayaan yang terhidang didalam dunia.
Ada ramai orang-orang kaya hari ini menghadapi cabaran didalam hidup sebelum berjaya, ramai yang jatuh muflis sebelum menjadi jutawan, ada yang dahulunya berjaya, hidup mewah tetiba miskin, malah tidak putus asa dan berjaya semula.
Ianya tidak banyak beza dengan niat kita mencipta bangsa yang lebih berjaya. Namun, jangan sesekali kita melabelkan Bangsa kita sebagai bangsa yang gagal, melabelkan bangsa kita dengan pelbagai perkataan Negatif.
Bantulah bangsa anda tanpa ada kenal penat dan kecewa.
Kita baru merdeka 61 tahun, tamadun Cina sudah menjangkau lebih 300 tahun, Amerika sudah lebih 250 tahun, Melayu yang baru merdeka 61 tahun.
Sebagai Pemimpin, kita jangan sering kali menyalahkan kepimpinan yang lain, berfikiran positif dan terus kehadapan, satu jari kita menunding orang, 4 jari lagi menunding kita, kita Pemimpin, kita yang bertanggungjawab.

Tuesday, September 04, 2018

Cerita Kehidupan Pembawa Grab Car

Gambar hiasan : semasa lawatan di rumah anak yatim di Taman Tasik Titiwangsa,
semoga anak-anak ini berjaya didalam kehidpan mereka .. sama-sama kita doakan ... 
Perjalanan 50 minit dari KLIA2 ke rumah memberikan banyak masa untuk saya bercerita dengan adik ini yang sudah 4 bulan membawa grab car sebagai kerja sambilan.

Memang kebiasaan bagi saya untuk mengambil peluag bertanya soal semasa kepada mereka yang saya jumpa...

Dari sudut dia bercerita, beliau memang seorang yang rajin dan didalam menangung nafkah keluarga dan gigih mencari rezeki.


Grab : Bang, berapa orang,ada beg banyak tak ...?
Lan : tak ada, saya sorang je...
Grab : ok ....

Kereta pun sampai ...

Grab : bang .. maaf saya tanya tadi ... sebab saya ada beg 1 kat belakang tu ...
Lan : ooo ..tak apa ... dah lama ke bawa grab, duduk kat mana?
Grab : baru 4 bulan .. saya duduk kat Kuala pilah, tu yang ada beg kat belakang tu, ada la balik rumah 2 kali seminggu, penat, singgah mandi kat mana-mana sempat je ....
Lan : oo .. dah kahwin ke .... ?
Grab : dah bang ... anak 3 .. saya kahwin awal ..umur 25 tahun kahwin .. isteri duduk kat kampung ...
Lan : Isteri tak kerja ke ?
Grab : tak .. jaga anak, saya ni kahwin awal sebab tak nak tengok nanti dah tua anak-anak kecil lagi .. selagai ada kederat ni ... boleh la kerja, hari tu saya ada bawa sorang perempuan .. umur 28 tahun .. dah 2 kali cerai .. saya tanya dia .. kenapa cerai .. dia kata selalu gaduh .. saya hantar dia kerja kat kelab ... kalau bini saya kerja kat kelab pun saya marah bang...
Lan : oooo ... sebelum ni kerja apa ...
Grab : saya kerja kontrak .. tolong bapa saya .. tapi dia dah meninggal .. tak sempat dia nak ajar saya kira-kira jadi kontraktor .. hahhahaha ... tapi abang saya ada buat .. tu yang kalau ada kerja .. saya bawa grab ...
Lan : awal kahwin ....
Grab : tu la .. orang kata kalau kahwin awal selalu gaduh .. saya pun selalu gaduh .. biasa la .. orang muda .. tapi bang .. saya kalau gaduh2 .. saya punya style saya diam je ... kalau dah reda .. bincang la balik .. tapi bila saya cakap kat pompuan yang naik grab tu .. dia kata .. ITU LARI DARI MASALAH .. kadang-kadang bila saya tak tahan .. ambil kunci kereta lepak mamak la bang ...

Lan : bagus laa .. memang la .. darah muda .. nak serasikan bukan senang .. abang pun kahwin umur 24 tahun ... ok je .. yang penting ... faham-faham sama sendiri jee ...

Sepanjang 50 minit dari KLIA ke Rumah saya ... banyak budak ni cerita .. bagus budak ni ... ini lah lumrah kehidupan ...

Budak ni berasal dari Muazzam Shah, kata dia, ramai kawan-kawan sebaya dia rosak sebab dadah kat sana, dia pun nasib baik tak terjebak .. kalau dia tak keluar dari sana .. mungkin nasib dia pun sama ...

Asam Garam Kehidupan .....
x

Sunday, September 02, 2018

Peguam Negara Veto Kes Rasuah Anak Guam sendiri?

Peguam Negara sudah kuburkan sistem perundangan Negara!
Kenyataan SPRM bahawa mereka terkejut dengan tindakan Peguam Negara mengugurkan kes Lim Guan Eng adalah satu peristiwa hitam bagi perundangan Negara. Umum memang mengetahui bahawa Tommy Thomas merupakan Peguam yang mewakili Lim didalam kes ini, sekarang beliau merupakan Peguam Negara, ramai menjangkakan kuasa yang diberi kepada Thommy akan melepaskan LGE, namun tidak sangka ianya dibuat secara veto oleh Peguam Negara.

Banyak wang rakyat sudah dibelanjakan untuk melaksanakan kerja -kerja peyiasatan kes Lim Guan Eng  dan sepatutnya Peguam Negara lebih profersional dan memberi peluang kepada para hakim membuat keputusan, sekira kertas pihak SPRM gagal menyediakan bukti kukuh didalam kes ini, manakan kes ini boleh dibawa ke makamah.

Peguam Cara Datuk Enku Nor Faezah dan Datin Paduka Zauyah pernah berkata Peguam Negara tidak akan mencampuri kes LGE, adakah mereka hari ini boleh bersumpah bahawa kes LGE ini adalah satu kesalahan dari pihak SPRM dan AG terdahulu kerana ianya ada kaitan dengan "Pendakwaan Politik".

Rakyat hari ini melalui satu lagi persitiwa hitam didalam perundangan apabila Peguam Negara menggunakan kuasa Veto mereka terhadap sistem keadilan Negara.

Minta pihak SPRM siasat Peguam Negara kerana sudah pasti ada punyai unsur-unsur kepentingan hubungan anak Guam dan Peguam Negara, juga unsur-unsur kepentingan Peguam Cara dengan Peguam Negara yang mengendalikan kes ini.

Datuk Razlan Rafii
Aktivis Rakyat
3 Sep 2018

Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara!



Resolusi Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara


2 September 2018, kongres masa depan bumiputera telah diadakan oleh Kerajaan PH, membincangkan bagaimana untuk memastikan golongan ini tidak terkebelakang didalam arus perdana Pembangunan Negara.

Mendidik sesebuah bangsa bukan satu yang boleh dilaksanakan dalam sekelip mata, melihat tamadun negara-negara maju dunia, ianya memerlukan 200-300 tahun untuk mencipta kejayaan, namun ianya bukan lah satu alasan konkrik untuk Melayu terus lalai didalam membina tamadun bangsa.

Semenjak Merdeka sehingga ini, begitu banyak formula yang di ilhamkan untuk membantu Melayu didalam mencipta kejayaan di tanah air sendiri, namun Melayu masih mencari-cari cara terbaik bagi melihat Melayu berjaya.

Kita perlu terus membentuk tamadun bangsa, perlu punyai sikap positif didalam mendidik bangsa kerana ianya bukan untuk kita dan kawan-kawan kita, ianya untuk masa depan bangsa yang mungkin bukan kita yang melihat kejayaanya.

Sikap Pemimpin Politik.

Memimpinlah dengan ikhlas, golongan yang saya maksudkan adalah mereka yang memegang Jawatan Politik yang dilantik didalam Kerajaan, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik, SUSK, Pegawai-pegawai dan lain-lain.

Melayu akan terus menunggu daripada Pejabat Menteri untuk sesebuah dasar itu dilaksanakan, bersifat positiflah kepada Bangsa Melayu, sekira ada Melayu yang datang membawa cadangan, tapis dan dengarlah kejayaan mereka, ramai melayu yang berjaya di luar sana memerlukan suntikan untuk syarikat mereka melonjak untuk bersaing didalam pasaran terbuka.

Sikap positif ini perlu, kerana ramai juga Melayu yang tidak percaya pada Melayu, sekiranya memberi projek kepada melayu dan ianya gagal, sering kali ianya dilihat sebagai satu kegagalan walhal ianya perlu dilihat sebagai satu proses untuk membina bangsa, dan kepada Melayu pula, jangan diambil mudah sekira Kerajaan sudah membantu, berusaha dan ambil peluang untuk mencipta kejayaan demi agama, bangsa dan keluarga.

Melayu bergantung harap dengan perlaksanaan inisiatif yang sedia ada dan yang baru agar ianya tidak ada ketirisan didalam perlaksanaan dasar-dasar yang berkempentingan Melayu. Tidak dinafikan begitu banyak ketirisan yang berlaku didalam perlaksanaan dasar ini kerana banyak sebab, ada kalanya Pejabat Menteri mahu menjaga kroni sehingga ada yang menjadi balaci kepada bukan Melayu. Ada yang mahu mengambil untung dengan kekayaan sekelip mata apabila mempergunakan syarikat Bumiputera yang di alibabakan. 

Saya positif apabila Azmin Ali berkata "Kongres ini bukan perhimpunan Ali baba", kita perlu bersikap terbuka dan memberi masa kepada kerajaan untuk melaksanakan agenda ini. Jangan ada Melayu si kitol pula yang menjadi agen bangsa lain.

Saya positif kerana beliau sudah insaf daripada kesilapan semasa beliau menanam sikap rahsuah, sikap kroni semasa bersama Anwar memimpin UMNO, kekurangan lalu jangan di unkit, walaupun sakit hati apabila mendengar beliau menkritik UMNO yang mana beliau juga terbabit dengan kesilapan lalu, jangan kacang lupa kan kulit, nak bina Melayu, jangan meletakkan kesilapan pada orang lain, cukup dengan Insaf dan bergerak ke hadapan.

Pemimpin Kerajaan perlu sedar, eko sistem ekonomi kita bukanlah besar, ramai peniaga yang berkata "Orang atasan sahaja yang bertukar, sistem masih sama" ini lah cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan untuk membina kekuatan Melayu. Kerajaan hari ini perlu memimpin dengan sikap positif dan bukan dengan sikap dendam yang mana akhirnya yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak bersalah didalam melaksanakan perniagaan mereka, bersikaplah seperti ayah mendidik anak, sayang Melayu, didik mereka agar tidak ada lagi kesilapan dan untung atas angin menjadi amalan, dan jangan terlalu retorik seumpama boleh melaksanakan perkara ini dalam sekelip mata.

Sikap GLC/GLIC

GLC dan GLIC sepatutnya menjadi pintu kepada Melayu untuk bersaing di dunia luar, selain dari Peniaga Melayu melaksanakan kontrak Kerajaan, ada ramai yang memerlukan suntikan agar mereka boleh bersaing dengan pihak Swasta.

GLC perlu memimpin Peniaga didalam menjayakan agenda kerajaan, sekira agenda 30% ejuiti Bumiputera masih kekal didalam dasar Kerajaan, GLC perlu bersama memainkan peranan untuk membantu kerajaan mencapainya, cipta peluang, cipta peniaga dan cipta sistem ekonomi yang mana boleh peniaga Melayu terus bergerak kehadapan, bukannya GLC menjadi pesaing kepada mereka, apabila CEO, GM ataupun mana-mana pengurusan atasan yang pencen, mereka diberikan satu anak syarikat sebagai anugerah Pencen yang mana akhirnya menjadi amalan dimana peluang ini akan membantutkan agenda, dan kesudahan menjadi amalan Pecah Amanah tanpa sedar.

Dengan jumlah belanjawam berbillion setiap GLC saban tahun, mereka boleh mengambil peluang mencipta Pengilang dan Pengeluar Bumiputera. Ramai Melayu yang gagal didalam perniagaan kerana salah satu sebabnya adalah diskriminasi barangan. Apabila Melayu beli, harga mahal daripada bangsa lain, nak dapat kredit juga bukan senang sekira nak di bandingkan dengan Naungan Persatuan Peniaga-peniaga bukan bumipugtera. Ini perkara kecil yang sering kali mengagalkan agenda peniaga Melayu. 

Kejayaan Kepimpinan GLC perlu di ukur dengan kejayaan index agenda Kerajaan, bukan hanya di ukur dengan keuntungan sesebuah GLC.

Membaca resolusi yang dibentangkan, ianya tidak banyak beza dengan kongres-kongres Bumiputera yang sebelum ini, banyak perkara adalah formula penyelesaian  kepada kerisauan orang Melayu untuk bersaing didalam dunia perniagaan, tongkat atau bukan, keistimewaan atau kemampuan, semuanya adalah perkataan yang cantik yang boleh di olah oleh mana-mana pemikir bahasa, namun apa yang amat penting didalam perlaksanaan dasar dan agenda ini adalah "JUJUR".

Jujurlah pada diri sendir apabila sesebuah konrak itu di anugerahkan, jujurlah pada diri sendiri apabila mahu merangka sesebuah projek, jujurah pada diri sendiri apabila mahu mencadangkan sesebuah syarikat.

Pemimpin, Pegawai, CEO, KSU selagi nama Melayu, sekira mahu membantu peningkatkan ekuiti 30% Bumiputera, jujurlah dalam melaksanakan dasar ini.

"Jangan lagi Melayu menjadi kuli didalam Negara Sendiri"

Datuk Razlan Rafii

Friday, August 31, 2018

Tak salah kembalikan Petronas pembekal tunggal.

Twitter Isu Kontrak Petron.

1. Kenapa tidak diberikan Petronas Pembekal Tunggal rasmi urusan Kerajaan Malaysia? Itu persoalan saya, namun PH menberi alasan, dahulu pun sudah diberi juga pada Shell sekian lama, sekarang beri pada Petron untuk persaingan sihat. @chedetofficial

2. Alasan kalau "DULU Dan Persaingan", langsung tidak membangun, sepatutnya, Malaysia Baru memikirkan bagaimana Agihan keuntungan Petronas di Optimumkan, tukar dasar kepada keuntungan Rakyat, bukan pada Syarikat, pegi Indonesia,mereka suruh pakai Pertamina sahaja @chedetofficial

3. Di Dewan Rakyat, negeri2 meminta royalti tambahan,dan PH juga kekurangan Pendapatan dan memotong banyak inisiatif kebajikan dengan alasan tidak cukup budget,jadi, kenapa ada ketirisan ini yang sepatutnya Kerajaan boleh maximumkan keuntungan kepada Rakyat ? @chedetofficial

4. Jadi, dasar kerajaan PH yang di bangkitkan,bukan sangat kenapa Petron yang diberi kontrak! Dan lantikan terus dikatakan tiada implikasi kewangan tidak masuk akal kerana Akan ada peluang lain untuk monopoli pembelian dan libatkan komisyen secara pukal? @chedetofficial @SPRMMalaysia

5. Jadi, alasan yang diberikan kepada Rakyat tidak diterima dan mungkin ada udang di sebalik batu, terus lah mentadbir Negara demi rakyat, kalau salah, betulkan semula, tidak perlu ada rasa malu. @chedetofficial @mkini_bm m.malaysiakini.com/news/441056

End.

Datuk Razlan Rafii
Aktivis Rakyat,

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...