Sunday, August 24, 2008

Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon

Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al mubarak, Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon telah mengadakan program "Sumbangan Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon" pada 24 Ogos 2008.

Pemberian sumbangan Tabung khairat ini telah diadakan berturut-turut selama 16 tahun bagi memperigati Wakil rakyat wanita pertama Malaysia.
"Datin Ani (kanan, anak kepada Datin Halimathon) bersama dengan Dato Rahman sedang memberikan sumbangan kepada ibu tunggal di majlis Sumbangan Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon Abd Majid"

Perjuangan Halimathon sememangnya amat besar di dalam meletakkan Wanita ke tahap yang tinggi didalam dunia Politik.

Sebanyak RM10,000 telah diperuntukan untuk program sumbangan ini dan ianya diagih-agihkan kepada 68 orang penerima yang diantara penerimanya merupakan kanak-kanak cacat, anak yatim, dan ibu tunggal di dalam Perlimen Seputeh.

"Turut hadir (Duduk) : Datuk Hisham Abd Majid(kanan) Ketua Bahagian UMNO Seputeh bersama dengan Naib Ketua Bahagian Seputeh, En Aziz Shafie)"

"Hadirin yang hadir bagi menerima sumbangan dari Tabung Khairat Datin Paduka Halimathon"

Wednesday, August 20, 2008

Lucutkan kerakyatan

"Gambar di atas adalah seorang belogers yang memaparkan BENDERA Malaysia SECARA terbalik, walau apapun alasan beliau, kita tidak perlu menghina NEGARA sedemikian rupa, sekiranya tidak suka dengan negara ini, saya nasihatkan beliau KELUAR Sahaja dari MALAYSIA, sesetengah Rakyat Malaysia telah mengelarkan beliau sebagai Syaitan ... kerana sanggup mengambil tindakkan menterbalikan Bendera Malaysia, dan syorkan kerajaan agar mengambil tindakan kepada beliau ....."


Komen dari Blog DuniaTiger

Jika kita marah seseorang individu, janganlah kita bakar pula pejabatnya. Ini mesti difahami kerana pejabat itu dimiliki oleh orang lain juga. Tiada pejabat, tiadalah kerja.

Jika kita marah seseorang individu, janganlah kita kita kacau bendera Malaysia yang dimiliki oleh semua orang. Terbalikkanlah orang yang kita tidak suka tetapi usah ganggu Jalur Gemilang. Nanti semua orang akan marah kepada kita.

Tuesday, August 19, 2008

Kerajaan Dayus ,...

Kerajaan dayus jika tidak mengambil tindakan terhadap Majlis Peguam yang sering menganjurkan forum isu-isu Melayu dan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tahniah Kang Zahid, Seperti artikel saya "Majlis Peguam Yang Kurang Ajar" , kita hanya tahu menyalak, tapi tindakan TETAP tidak ada.

Apapun, TAHNIAH Kepada KANG kerana Konsisten membuat desakan kepada KERAJAAN untuk mengambil tindakan kepada MAJLIS PEGUAM YANG KURANG AJAR INI.

Dan memang tanggunjawab Kang untuk menjaga kesucian AGAMA ISLAM kerana Kang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berpotfolio Agama.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, gambar diambil Semasa Majlis "Masih Ada Yang Sayang" yang diadakan di Lorong Haji Taib - Chow Kit, Majlis ini adalah majlis perasmian rumah didikan dibawah JAWI. Rumah Didikan ini di Wujudkan di tengah-tengah kawasan HITAM bagi Pengiat MALAM diharapkan dapat memnberishkan kawasan Balankang Mati. Semasa Datuk Seri Zahid menjadi Timb. Menteri Pelancongan, beliau telah menukar Bukit Bintang daripada tempat Pelacuran kepada tempat Pelancongan (Arab Street)... diharap Chow Kit juga boleh diubah ....Insyallah"

Sunday, August 17, 2008

Politik oh Politik .....

"Cawangan Permatang Pasir, menyaksikan pertandingan Ketua Cawangan Wan Samsiah vs Calon Naib Ketua Bahagian(HJ Osman) yang menyaksikan Kak Wan menang, Datuk Hisham juga telah mendapat Pencalonan Ketua Bahagian, Rahim timbalan dan Aziz sebagai Naib. Jamal Azhar sebagai Ketua Pemuda baru Permatang Pasir"

"Calon-calon Naib Ketua Bahagian makan bersama semasa Mesyuarat Cawangan Mega Mendong, Kak Yam(kiri), Aziz Shafie - penyandang (Tengah), Ghazali (Kanan). Kak Yam merupakan Pengerusi Biro Pendidikan merangkap Naib Ketua Wanita Bahagian, Ghazali pula merupakan Bendahari Bahagian. Cawangan Mega Mendong yang Ketua Cawangannya SUB telah mencalonkan Datuk Hisham Sebagai Ketua Bahagian, Beliau sebagai Timbalan Ketua Bahagain dan Saara Ali Basha sebagai Naib Ketua Bahagian"


Keputusan tak rasmi Terkini:

Ketua Bahagian : Datuk Hisham (21), Mustapha (7)
Ketua Pemuda : Razlan (15), Alawi (12), Mustakim (2)
Naib Ketua Pemuda : Ghazali (9), Bad (9), Nayan (6), Anuar (5)
Ketua Puteri : Azliza (16), Mona (5)
Naib Ketua Puteri : Wati(17), Azian (4)

Politik bukan untuk main-main, itulah unggkapan Datuk Ketua Bahagian Seputeh, Hisham Abdul Majid.

Malangnya, ada dikalangan orang lama UMNO di Seputeh tidak dapat menerima secara ikhlas dan jujur perjuangan beliau. Ada dikalangan mereka yang lebih seronok sekiranya tidak mementingkan pembanggunan tetapi yang pasti kebajikan gurka-gurka politik mesti dijaga dan disuap serta dikasi makan yang cukup.

Ada dikalangan mereka sanggup menyatakan pendidikan itu tidak penting dan tidak perlu buat, ada dikalangan yang menolak secara terang-terang aktiviti kearah pendidikan.

Melihat suasana ini, barulah kita sedar, bagaimana UMNO boleh hilang roh perjuangnya, barulah kita sedar, kenapa orang luar makin benci dan jijik dengan UMNO.

Sekiranya terdapat orang-orang politik seperti ini di seluruh Malaysia, yang mementingkan diri tanpa peduli apakah yang akan terjadi kepada anak-anak Melayu akan datang, nescaya ranap dan punahlah negara kita.

Sebagai Pemimpin sudah tentu kita perlu menjawab semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kita, kita perlu akur tidak semua manusia disekeliling kita adalah Sahabat. Dan kita perlu akur juga Orang Melayu belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Fitnah menfitnah menjadi Raja, yang dibantu juga tidak tahu diuntung, yang di beri makan juga tidak tahu mengenang jasa. Didalam Politik, barulah kita lihat, manusia yang sebusuk-busuk hati dan manusia yang munafik dihadapan kita.

Pemimpin Betul kita sokong dan pemimpin salah tetap kita bantah, itulah ungkapan yang manis dan berpengaruh, tetapi ungkapan ini seringkali digunakan untuk kepentingan peribadi , diolah dan diulit secara baik agar tidak nampak najisnya. Di olah secara cantik dan teratur agar tidak nampak niatnya.

Orang luar Seputeh, mungkin tidak faham apakah maksud yang saya tuliskan disini, tetapi Orang Dalam Seputeh akan faham, faham dari segi positif atau negatif, itu terpulang kepada pembaca, saya hanya menulis apakah yang terasa dan teringat demi untuk berkongsi agar kita ambik yang baik dan buang yang buruk.

Itulah politik ..... yang tidak ada di ada-adakan... yang manis di pahitkan.. yang bersih dikotorkan .. yang ditolong tidak kenang jasa.. dan macam-macam lagi...

Minggu hadapan kita habis bersidang untuk peringkat cawangan .... kita akan menghadapai bulan Ramadan dan Syawal .. Saya berdoa agar luka-luka yang terjadi ini dapat kita pulihkan.. dapat kita rawat dan Minta pada ALLAH semoga didalam perjuagan dan peperangan sesama Melayu ini tidak akan ada yang mendapat kanser, peyakit yang tidak ada ubat. Tidak ada pendamaian dikalangan kita, Nau-Zubillah.

Wasalam ...

Thursday, August 14, 2008

Bulan Merdeka yang sunyi

Asalamualaikum .....

Bulan ini bulan Merdeka, saya percaya pada tahun ini semua tidak merasakan suasana kemerdekaan seperti tahun-tahun yang lepas, banyak faktor dan sebab kenapa Bulan Merdeka kali ini sunyi dan senyap ....

1. Budget untuk sambutan kemerdekaan telah di potong 50%, ini adalah kerana kos belanjawan negara yang meningkat, dan negara bersetuju untuk berbelanja secara berhemah.

2. Dibulan ini juga dijalankan Mesyuarat UMNO cawangan-cawangan, selalu, yang menghormati dan mempromosikan Kemerdekaan adalah parti UMNO, oleh disebabkan Mesyuarat cawangan berlangsung, maka fokus untuk memeriahkan bulan Kemerdekaan telah lari dan senyap sunyilah bulan Kemerdekaan.

3. Ditambah lagi, Peperangan diantara UMNO dan PKR, diantara Penasihat PKR(MUSUH MELAYU) dan UMNO di Permatang Pauh. Sudah tentu akan melarikan banyak fokus rakyat dan pemimpin jesteru mengabaikan Bulan Kemerdekaan.

4. Bulan ini juga Malaysia disajikan banyak peristiwa yang menarik, Majlis Peguam yang kurang ajar yang berani menanjurkan Forum berniat jahat (MEMELUK ISLAM), Khalid, MB Selangor yang bermain api, mencadangkan untuk membuka UITM kepada bangsa lain.

5. Sedar tak sedar, kita sudah sampai ke pertengahan Bulan Merdeka, sedar tak sedar kita telah disajikan dengan pelbagai peristiwa yang mengusik Perjanjian kita semasa Merdeka, dan sedar tak sedar, perkara yang terjadi di bulan merdeka ini akan menentukan 2 perkara yang asas yang diperjuangkan oleh UMNO semasa Merdeka.

6. PKR dengan niatnya mengubah Malaysia menjadi Negara Berpalimen tanpa Raja, akan menentukan Calon PM beliau menang di Permatang Pauh. Sekiranya mereka menang, mereka akan menyusun stretergi untuk membuat demontrasi besar-besaran yang akan menjatuhkan Kerajaan beRaja agar Perlembangaan Negara Malaysia ditukar Kepada Perlembagaan SAMARATA.

7. Pada Bulan ini, Orang Melayu sudah bangkit, Pelajar sudah tahu, siapakah yang sebenarnya ingin menjual Tanah Melayu kepada Bangsa lain, peristiwa Pelajar UITM seluruh negara membuat bantahan terhadap MB Selangor telah membuktikan Orang Melayu Masih sayang kepada Tanah Melayu. Pemuda Masih ada jati diri yang kuat sekiranya diusik kepentingan Melayu.

8. Bulan ini juga, saya berharap agar Pemimpin-peminpin UMNO, baik dari peringkat Cawangan sehinggakan peringkat Malaysia agar insaf dan balik ke pangkal jalan. Di dada akhbar, ramai orang LAMA UMNO meluahkan pendapat, risau dan gusar dengan keadaan politik UMNO pada kali ini. Banyak peristiwa Membeli dan Menjual Maruah semasa perjalanan Mesyuarat Cawangan dan ianya dilaporkan terjadi diseluruh Negara.

9. Runtuhnya moral dan akhlak UMNO hari ini disebabkan lahirnya banyak Jutawan diantara Melayu yang tidak Bermoral. Runtuhnya Moral dan Akhlak UMNO adalah disebabkan Pemimpin menaja dan ditaja agar KUASA dapat dikekalkan. Runtuhnya Akhlak dan Moral UMNO hari ini adalah kerana Pemimpin, baik dari peringkat Cawangan, Bahagian dan Malaysia membenarkan perkara ini berlaku.

10. Jadi, adakah wajar bulan Kemerdekaan ini disajikan dengan perkara-perkara yang bertentangan didalam Pembentukan Malaysia yang telah diperjuangkan oleh UMNO dahulu ?

patutlah senyap sunyi bulan KEMERDEKAAN ini ....


"Penulis(kiri) bersama dengan Pak Mail Bab(Tengah) dan Razak. Pak Mail merupakan pakar sejarah Seputeh, walaupun sudah berusia, tetapi Seputeh kagum dengan daya ingatan Pak Mail yang sehingga sekarang masih ingat peristiwa-peristiwa sejarah. Pak Mail juga sering kali dirujuk tentang sejarah UMNO dan pembentukan Malaysia malah Peristiwa Kemerdekaan ada di kepala beliau, tanyakan sahaja soalan berkenaan dengan Magaren, Komunis, Kemerdekaan, sehinggakan peristiwa negara Komunis beliau tahu... "

Wednesday, August 13, 2008

Tahniah Pelajar UITM .....

Oleh Mohd Razlan

Orang Melayu hari ini mula sedar dan insaf seiapakah yang sebenarnya yang merobek dan merompak Hak Orang Melayu dan Islam.

Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah cuba untuk menjual dan mengadai sekali lagi hak dan kesitimewaan orang Melayu.

Tidak cukup dengan mengadai Hak dan Agama didalam Negari Selangor, beliau cuba untuk menjual dan mengusik hak Melayu walaupun ianya bidang kuasa orang lain.

Orang Melayu jangan terkejut 2 tahun akan datang akan ada Gereja atau rumah ibadah agama lain sebesar Masjid Shah Alam. Jangan terkejut hak tanah di Selangor akan diberikan samarata untuk bangsa lain.

Ini adalah pejuangan PKR dan mereka tidak akan rasa bersalah sekiranya menjual dan hak orang MELAYU.

Uitm adalah satu-satunya hak untuk orang Melayu berlajar, dan sehingga sekarang, Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan bangsa lain untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Banyak Universiti Awan dan IPTS telah dibuka kepada semua bangsa, dan saya tidak mengerti apakah kebaikkan atau releven tindakan MB Selangor ini untuk membuka UITM kepada bangsa lain. Beliau seperti ingin membuka apa sahaja yang Hak bumiputera kepada bangsa lain.

Di Selangor, MB ini merupakan papet kepada DAP, jadi tidak heranlah kenapa orang Melayu seperti beliau sanggup menjual bangsa semata-mata untuk memenuhi nafsu KUASA beliau.

Alhamdullilah, pada hari ini kita lihat perubahan untuk membela nasib orang Melayu semakin tebal. Hari ini juga pelajar telah keluar untuk membantah, peristiwa pelajar berarak ini sudah lama tidak berlaku. Tidak heran ianya berlaku sekarang dan sepatutnya diteruskan agar Orang-orang Besar UMNO, PAS dan PKR(MELAYU) paham akan perjuangan MELAYU.

Sekiranya kita unkit beristiwa membuka MRSM kepada bangsa lain pada 2004, ianya dilakukan oleh Menteri UMNO. Dan sekiranya orang Melayu sedar dan insaf, dan kita turun ramai-ramai tidak kira ideologi politik pada waktu itu, mungkin MRSM tidak akan dibuka kepada bangsa lain, dan tidaklah anak-anak Melayu yang bijak pandai tidak mendapat tempat.

Orang Melayu pada hari ini mesti fokus kepada menjaga dan memelihara kepentingan kita. Semenjak Merdeka orang melayu dipermainkan oleh bangsa lain. Sehingga hari ini, Melayu masih lagi berada di tahap 3rd class citizen walaupun kita memerintah negara.

Kesalahan Pemimpin kita yang lepas mesti kita tebus pada hari ini. Mungkin Pemimpin kita terlupa apakah yang sepatutnya diperjuangkan. Mungkin mereka terlalu mewah berbelanja sehingga tidak hirau anak-anak kampung yang masih tidak berpelajaran dan miskin.

Pemimpin sekarang mesti mencari formula bagaimana untuk membela orang-orang Melayu. Hari ini sekiranya kita masih leka dan alpa, mementingkan kemewahan, tidak amanah didalam mentakbir, terlupa asal usul, tidak mustahil negara ini akan tergadai kepada bangsa lain.

Sekian ...

Sunday, August 10, 2008

Segalanya Mungkin dalam Politik .....

Minggu ini menyaksikan pertembungan hebat didalam Pencalonan Ketua Bahagian. Cawangan Naib Ketua Pemuda, Alawi (Kucai Lama) yang membuka tirai mesyuarat untuk minggu ini(Sabtu) telah mencalonkan Ketua Bahagian Saudara Mustapha Kamal, Rahim Aman pula menang dengan menjoriti 1 undi kepada SUB(Sarifuddin). Aziz pula menyaksikan menang banyak kepada Hj Osman.

Pada hari Ahad, menyaksikan Cawangan Mustapha Kamal (Happy Utara) bermesyuarat di Perl Point dan mencalon diri beliau sebagai Ketua Bahagian. Alawi sebagai Ketua Pemuda dan Anwar sebagai Nib Ketua Pemuda. Cawangan Happy Utara juga merupakan cawangan Ketua Puteri dan sudah tentu pencalonan diberi kepada beliau dan Naib kepada Wati.

Pada masa yag sama juga, berlangsungnya serentak 3 Cawangan lain yang bermesyuarat. Cawangan Goodwood bermesyuarat di Peal Point. Cawangan Setiausaha Pemuda ini memperlihatkan pertandingan hebat didalam pencalonan Ketua Bahagian dan menyaksikan Datuk Hisham kalah kepada Mustapha Kamal, dan pencalonan Pemuda pula menamakan Alawi sebagai Ketua Pemuda dan Ghazali sebagai Naib.

"Para tetamu menjamu selera di perkarangan Kg Petaling, walaupun didalam musim pertandingan, keluarga UMNO tetap mesra dan ramah"

Di Perkarangan Kampung Petaling pula menyaksikan lahirnya Ketua Pemuda Baru, Saudara Masri Bakar, anak kepada ketua cawangan Kg Petaling, beliau akan mengetuai Pemuda Kg petaling untuk penggal ini. Pada penggal yang lepas, cawangan ini telah mencalonkan Mustapha Kamal, dan pada tahun ini telah bertukar arus kepada Datuk Hisham Majid. Pemuda pula kepada Razlan dan Naib Saudara Badrul.

"Datuk Hisham bersama dengan Ketua Cawangan Persiaran Seputeh Datuk Zainal Kamis, makan selepas majlis Perasmian, Datuk Zainal merupakan kem Datuk Hisham semasa pertandingan 2004, tetapi cawangan beliau telah mencalonkan Mustapha sebagai Ketua Bahagian untuk kali ini ... itulah yang dikatakan .. segalanya mungkin didalam politik"

Mesyuarat Cawangan Persiaran Seputeh yang telah diadakan di MAB Briekfields telah menyaksikan pencalonan tanpa bertanding untuk Mustapha Kamal dan Pemuda kepada Alawi dan Naib kepada saudara Anuar.

Mustapha Kamal memerlukan 1 cawangan lagi untuk melayakkan beliau untuk bertanding sebagai ketua Bahagian UMNO Seputeh.

Dengan berbaki 12 Cawangan lagi, apapun boleh berlaku, calon Ketua Pemuda, Mustakim yang belum lepas quota pencalonan dijangkakan akan berkerja keras pada minggu akan datang.

Ada juga rakan-rakan menasihatkat untuk memberi pencalonan kepada baliau dan seterusnya melayakkan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Seputeh, apapun mungkin berlaku .. kita lihat apa pula peristiwa yang menarik minggu depan .... segalanya datang dengan USAHA ... tidak ada yang datang bergolek ..... TUNGUUUUUU....


Keputusan tak rasmi Terkini :
Ketua Bahagian : Datuk Hisham Majid (16), Mustapha Kamal (6) Ketua Pemuda : Razlan (12), Alawi (9), Mustakim (2)
Ketua Puteri : Azliza (11), Mona (5)


"Azmi Tekun menyambut Rosli yang hadir ke Mesyuarat Kg Petaling. Azmi merupakan orang kuat dibelakang takbir bagi cawangan Kg. Petaling."


Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...