
Syukur kerana Pemuda Seputeh telah selamat mengadakan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian untuk tahun 2009. Mesyuarat yang pertama bagi Jawatan kuasa yang dilantik untuk penggal 2008-2011.
Seramai 103 perwakilan hadir dan 7 tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Mesyuarat ini terlah diperhatikan oleh Wakil perhubungan Pemuda Negeri iaitu Datuk Zaki(Ketua Pemuda Putrajaya).
Bermula pada jam 2.30pm dan dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Seputeh, En Mustapha Kamal Mohd Yusof.
Dua Usul telah dibahaskan dan telah diluluskan, iaitu :-
1.MENDESAK AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG MENDAPAT TANAH DARI DBKL ATAU KERAJAAN UNTUK MEMBANGUNKAN PERUMAHAN KOS RENDAH/SEDERHANA/MEWAH DAN LOT-LOT KEDAI AGAR MEMIKIRKAN KEPENTINGAN DEMOGRAFI ORANG-ORANG MELAYU DI BANDAR.
2. MENDESAK PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGKAJI SEMUA KEWUJUDAN IPTS DAN MENDESAK KERAJAAN UNTUK MEWUJUDKAN BIASISWA UNTUK PELAJAR MELAYU YANG CEMERLANG YANG MEMINJAM PTPN.
Ini lah perjuangan Pemuda UMNO Seputeh bagi penggal ini, usul telah dibentang dan para perwakilan pun sudah menerima. Insyallah akan di bawa kepihak lebih tinggi agar ianya dapat direalisasikan dengan berjaya.
Tahniah kepada semua Ketua-ketua Pemuda Cawangan yang berjaya membawa perwakilan mereka ke mesyuarat kali ini.
Jadikanlah setiap kali mesyuarat akan datang dengan lebih baik.
Kepada AJK Pemuda, tahniah dan syabas, anda semua telah memerikan nafas baru kepada Pergerakkan Pemuda Seputeh dan teruskanlah usah untuk mendekati anak-anak muda di Seputeh. Insyallah usaha kita akan di bayar dengan pahala yang berlipat ganda.
Salam Perjuangan.