Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mendesak Menteri Kabinet berani untuk membawa perubahan kepada ekonomi orang Melayu bagi memastikan orang Melayu tidak akan ketinggalan dalam bidang ekonomi.
Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan berkata, para Menteri Kabinet seharusnya menjalankan Revolusi Ekonomi Orang Melayu agar kek ekonomi dapat diagihkan dengan adil.
“Apabila YAB Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyatakan yang beliau akan memberi lesen kepada orang Melayu pada ucapan di Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas, para menteri kabinet seharusnya lebih berani untuk merealisasikannya.
Ada banyak peluang yang belum di diceburi oleh orang-orang Melayu atau diberi peluang kerana perniagaan ini di monopoli oleh orang-orang lain,” ujarnya dalam Ucapan Dasar Ketua Pemuda Dalam Mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Justeru itu, Para Menteri Kabinet seharusnya lebih berani dan lebih peka dengan permintaan YAB Presiden parti untuk merealisasikan agenda ini.
“Kita dah lakukan apabila mewujudkan Peniaga Bumiputera yang menguasai perniagaan kereta, dan ini mesti diteruskan dengan banyak lagi peluang-peluang yang harus diberikan,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama Pemuda UMNO Bahagian Seputeh juga telah menyarankan nama Universiti Tun Mahathir dan Biasiswa Tun Mahathir sepena cadangan dari Mukhriz yang mahu mewujudkan Biasiswa dan Unibersiti/Kolej UMNO.
Sinar Harian 10 Mei 2011
Kerajaan digesa bawa perubahan kepada ekonomi Melayu
KUALA LUMPUR - Pergerakan pemuda UMNO Pemuda Bahagian Seputeh mendesak kerajaan membawa perubahan kepada ekonomi orang Melayu di samping memperbanyakkan pemberian lesen perniagaan.
Ketua Pemudanya, Razlan Rafii berkata, menteri yang bertanggungjawab sepatutnya sudah membuat perancangan dalam memperluaskan lagi ekonomi orang Melayu.
Katanya, perancangan dan pengagihan sepatutnya sudah dilaksanakan, namun sehingga hari ini tiada penambahan yang berlaku.
“Apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan yang beliau akan memberi lesen kepada orang Melayu pada ucapan di Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas, menteri bertanggungjawab perlu lebih berani untuk merealisasikannya. Sehingga kini masih tiada perkembangan yang positif dilakukan,”katanya semasa berucap pada Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.
Mesyuarat itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Pada masa yang sama, Razlan turut mencadangkan Universiti Tun Dr Mahathir dan Biasiswa Tun Dr Mahathir diwujudkan sebagai mengenang jasa mantan Perdana Menteri itu terhadap pembangunan negara.
“Jasa Tun Dr Mahathir sangat besar terhadap negara kita, banyak pembangunan dan kejayaan telah dilakukan sepanjang pentadbiran beliau selama 22 tahun. Jasanya yang besar itu wajar dikenang sampai bila-bila,” katanya.