Thursday, August 30, 2012

Rasa ingin meludah ke MUKA A Samad Said #merdeka55 @najibrazak



Merdeka, Merdeka ... Tanggal 31 bulan 8 , 57 .. setiap kali dilaungkan dan dinyanyikan oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia.

Hari ini cukup negara merdeka mencecah 55 tahun, satu jangkamasa yang tidaklah begitu lama sekiranya nak di bandingkan dengan kuasa-kuasa besar yang sudah lama merdeka.

Semenjak kita Merdeka tahun 57, hanya peristiwa 13 Mei 1969 yang menghitamkan sejarah Malaysia dan ini sudah lama dijadikan pendoman dan sejarah hitam Negara dan mejoriti rakyat tidak mahu ianya terjadi lagi.

Setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan dengan cetusan bungga api di Dataran Merdeka, saya dan anak-anak sering kali mencari tempat yang tinggi di sekitar Jalan Sungai Besi untuk menyaksikan countdown hari merdeka dengan kemeriahan bunga api.

Tetapi kali ini, ramai yang kecewa dengan tindakan Janji Bersih yang menganggu kemeriahan Rakyat Malaysia, dengan berpaksikan kepentigan satu kumpulan kecil yang bersifat pentingkan diri, seperti bagus-bagus, seorang tua A Samad Siad yang umurnya sudah tidak panjang sanggup menconteng arang Kemeriahan Merdeka yang sepatutnya disambut oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

Saya serta keluarga dan ramai lagi jiran-jiran yang mengutuk perbuatan seperti ini yang tidak mempedulikan kebebasan dan hak orang ramai.

Sakit hati, menyampah dan rasa ingin meludah ke Muka A Samad Said ini penuh membara di dalam hati dan perasaan ini saya kongsi dengan ramai lagi tentera, polis, dan rakyat yang sudah tidak boleh menerima keadaan Malaysia yang sering di hina oleh kumpulan ini.

Untuk kita memeriahkan Hari Merdeka pada tahun 2013, kumpulan seperti ini harus diberi pengajaran dan pengajaran ini mestilah dirasai sehingga keluarga dan anak cucu mereka malu mengaku diri mereka terlibat dengan kumpulan ini.

Semoga Mejoriti Rakyat Malaysia senantiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera apabila kita bersama menyatakan pendirian kita Pilihanraya yang ke 13. 

Selamat Hari Merdeka ... 

Saturday, August 25, 2012

Demokrasi Hudud kata Hj Hadi

Saya tertarik dengan satu statement Hj Hadi dalam Malaysiakini yang menyatakan perjuangan PAS untuk memartabatkan hukum hudud mengikut  demokrasi.

Kenyataan ini seharusnya diikuti dengan perlaksanaan tindakan untuk memastikan PAS akan mendapat mejoriti kerusi dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan tanpa tindakan adalah angan angan mat jenin. Ianya adalah satu pengharapan dengan yang tidak akan menjadi nyata.

Untuk kita menjadi dominan pada demokrasi PAS mesti menjadikan parti itu sebuah parti hang mendapat mejoriti kerusi didalam PR.

Sejarah PAS, parti ini tidak pernah bertanding lebih dari 62 kerusi dalam Pilihanraya negara.

Sekali lagi pembohongan dan niat mereka tidak benar untuk PAS merealisasikan hasrat memartabatkan islam.

Tantawi pernah menipu dalam debat bahawa, dimana sahaja kerusi UMNO bertanding disitu PAS akan bertanding, apabila menjawab isu bagaimana PAS mahu menjadi Dominan dalam PR.

Sudah cukup penghinaan yang yang dibuat oleh PAS terhadap Islam di Malaysia. Banyak perkara yang cuba pas laksanakan dalam tindakan memartabatkan islam telah membawa kepada penghinaan kepada agama islam.

PKR masuk masjid, DAP baca ayat quran , Selangor ajar islam kristian dan banyak lahir dalam PR yang menghina islam tetapi PAS gagal dalam menjaga kesucian Islam dalan PR!


Monday, August 13, 2012

10 Tahun Mohon Masjid



Disamping kami mengumpulkan Tandatangan Untuk Menyokong Pembinaan Sebuah Masjid, Pemuda Salak Jaya dan Pemuda UMNO Seputeh juga berkunjung rumah ke rumah untuk memberi sumbangan.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada Anak-anak muda Taman Salak Jaya yang berhajat berkongsi hasil duit gaji mereka bersama penduduk islam Taman Salak Jaya.


Berikutan daripada itu, satu kenyataan sudah dikeluarkan....

Seputeh : Sudah lebih 10 tahun penduduk Taman Salak Jaya memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina di hadapan jalan besar Taman Salak Jaya. Permohonan ini di minta berdasarkan penambahan penduduk islam yang semakin ramai di sekitar taman ini. 

Di jalan besar dari Jalan Pudu membawa ke Razak Mansion sehingga ke Pekan Sungat Besi, tidak ada sebuah masjid pun di jalan utama, hanya terdapat surau Jumaat di Taman Salak Jaya dan juga Taman Sungai Besi.
Surau Jumaat ini sering kali digunakan oleh mereka yang bekerja di sekitar Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak South, Taman Sungai Besi dan PPR Salak Selatan. Penambahan Penduduk di MidFields juga dikhuatiri tidak lagi boleh menampung penambahan jemaah Islam di masa akan datang.

Penduduk disini sudah lama memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina dan kelulusan daripada Jawi untuk memperuntukan sebanyak RM13.5 juta sudah diluluskan.

Permohonan ini juga sudah dalam pengetahuan YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semasa beliau mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Pemuda UMNO Bahagian Seputeh pada tahun 2011.

Susulan daripada kunjungan itu, April 2012, Pihak DBKL sudah mengeluarkan satu surat yang menyatakan lokasi tanah yang kami pohon adalah milik DBKL yang di wartakan untuk pembanggunan IKS.

Baru-baru ini kami mendengar berita bahawa tanah ini akan di jual kepada Sebuah Syarikat untuk dibanggunkan dan penduduk membantah penjualan tanah ini.

Penduduk disini merayu kepada YB Datuk Raja Nong Chik dan juga Datuk Ahmad Phesal, Datuk Bahdar Kuala Lumpur yang baru, agar dapat meluluskan sebuah masjid dibina di lokasi yang di pohon. Tanah yang kosong itu besarnya lebih 25 ekar dan untuk memperuntukan sebuah masjid ianya hanya memerlukan 4 ekar.

Penduduk Islam di kawasan ini amat memerlukan sebuah Masjid.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.







Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...