Siapa yang pernah ke Indonesia, mesti pernah melihat Gambar Gas ini.
Ini adalah Gas Subsidi untuk rakyat Indonesia, seberat 3 Kg untuk setiap keluarga yang memerlukan di Indonesia.
Harga setiap satu Gas ini sekitar RM7 untuk 3 KG. Dan setiap keluarga hanya akan menerima 1 atau 2 tong untuk 1 bulan.
Ianya berbeza skim Subsidi di Malaysia. Kita ada Gas yang beratnya 14Kg dan harganya hanya RM28. Malah setiap keluarga yang habis guna, boleh membelinya sebanyak mana yang mereka mahu setiap bulan.
Di Indonesia, Gas ini hanya untuk kegunaan rakyat dan bukan kegunaan Komersial, namun di Malaysia, kedai Mamak, mak cik goreng pisang, restaurant Cina, restaurant Melayu, mungkin banyak kedai-kedai makan mengunakan Gas ini secara berleluasa tanpa ada had dan rasa segan silu, malah tidak ada pulak penguatkuasa yang berani terjah mereka, luasnya ketirisan penggunaan subsidi.
Dengar cerita, Di Indonesia tidak lagi akan memberi Gas Subsidi ini kerana mahu mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. Rakyat Indonesia terus berdiam dan terkelu tidak tahu arah mana nak mengadu.
Rakan saya di Indonesia bertanya berkenaan Gas ini, dan kita berkira-kira, banyak juga perbezaan setiap keluarga Malaysia yang menikmati subsidi ini sekira dibanding dengan Indonesia. Beliau pun berkata "Untung rakyat Malaysia"
1. Adakah layak Peniaga menggunakan Gas Subsidi di Malaysian ? Sekira tidak, adakah penguatkuasaan perlu di ambil kepada mereka yang salah guna gas ini?
2. Sekira penguat kuasa mengambil tindakan kepada Peniaga, dan peniaga mengunakan alasan untuk meningkatkan harga, apakah amarah ditujukan kembali kepada Kerajaan?
Apapun, pandangan saya, Malaysia begitu cukup berhati-hati dalam menguruskan perihal subsidi sehingga pihak Komersial meraih untung darinya.
Razlan Rafii