(Menjawab Blog CheDet dan Artikel Malaysiakini , 5 Oktober 2017)
Fatwa Politik Dr Mahathir
Dalam ilmu pendidikan Subjek Politik Ala Dr Mahathir, segala fitnah dan celaan itu tidak ada dosa dan pahala, semua di halalkan demi menikmati kemenangan parti beliau.
Sebagai seorang muslim, kita ada pegangan untuk tidak berkata bohong malah jauh lagi untuk membuat fitnah.
Lebih 22 tahun, Dr Mahathir mendakwa menanam kebencian orang Melayu kepada DAP dengan pelbagai fakta dan ilmu politik yang akhirnya membawa kepada Peperangan Idealism melawan DAP.
Beliau tidak pernah ada rasa insaf walaupun bak kata pepatah melayu di hujung-hujung nyawa ni "rumah kata pergi, kubur kata mari “ dengan terus membuka ruang fitnah dan celaan malah tomahan demi untuk mencapai Syurga Dunia.
Bila terbaca kenyataan dan pengakuan beliau bahawa beliaulah yang PERSETANKAN DAP, tertanya dalam diri, apakah jenis manusia ini? akibat dari Persetankan DAP ini, Karpal, Lim Kit Siang dan ramai lagi pernah di Penjarakan oleh Dr Mahathir, dan beliau berkata hari ini, "semata-mata mahu kemenangan".
UMNO adalah parti yang mendokong Islam dan Perlembagaan di letakkan tertinggi untuk dijaga kesucian agar rakyat Malaysia terus bermoral, melahirkan zuriat yang soleh atau soleha.
Dr Mahathir tidak perlulah mengaku bahawa UMNO ini ibarat beliau seorang yang punya, segala Fakta bahawa DAP adalah parti Chauvinist adalah datang dari DAP sendiri, ramai bijak pandai dalam UMNO dan BN melihat dan boleh membaca Perlembagaan DAP yang menolak sistem Raja Berpelembagaan.
Kebencian Melayu kepada DAP bukan disebabkan Dr Mahathir, ianya datang daripada Pendekatan DAP yang bersifat Anti-Islam. Menghalang pembangunan kesucian Islam dan ini terbukti apabila setiap kali Pembangunan Islam dibawa dalam Parlimen, DAP lah yang menjadi penghalangnya.
Untuk menghalalkan Dosa Dr Mahathir kepada Pemimpin DAP, beliau terpaksa membela DAP dan mengaku membuat kesilapan dan beranggapan semua yang pernah percaya akan menelan caci maki mereka sebelum-sebelum ini dan ampunkan DAP.
"Dr Mahathir, UMNO ini ada institusi, dan ramai didalamnya merancang demi Malaysia, jangan angkat bakul sendiri"
"DAP bukan Parti Cina, tidak seperti MCA"
Memang benar ia bukan parti Cina, tapi ia di dominasi Dinasti Lim dengan menggunakan sentimen Cina untuk meraih sokongan sehingga Kaum Cina (hari ini) mejoritinya menyokong DAP. Bukan hanya penyokong, malah kepimpinan DAP, 90% adalah datang dari kaum cina.
MCA tidak bertanding dalam Pilihanraya - begini mudah pun Dr Mahathir boleh lupa.(Dr M Cubaan tanam kebencian kaum)
DAP menggunakan Bahasa Kebangsaan, Ianya jelas dalam perlembagaan DAP perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan, sama juga dengan Gerakan. (Di Cawangan DAP gunapakai bahasa Mandarin Dr Mahathir tau ka?)
Namun dalam Perlembagaan DAP tidak mengaku Raja Berpelembagaan dan Agama Islam adalah agama Rasmi, sebab itulah setiap kali isu bahasa dibangkitkan, DAP tidak membantah namun apabila isu Islam dibangkitkan, DAP akan bantah.(Dr Mahathir lupa ka?)
DAP menjadi Perdana Menteri.
BN tidak mendakwa bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri akan tetapi DAP boleh pengaruh banyak perkara seperti apa yang terjadi di Perak dan Selangor malah di Pulau Pinang. Sejarah tidak boleh melupakan satu ketika dahulu, Negeri Sabah pernah punyai Ketua Menteri dengan pendekatan Pengiliran idea dari Dr Mahathir.(Bila ada kuasa, semua boleh buat Dr Mahathir, lupa ka?)
Kitaran semula Dr Mahathir untuk menanam kebodohan kepada Rakyat sudah lapuk, berpusing-pusing dalam bahasa yang sama, kebencian-kebencian-kebencian. Tidak dapat dinafikan Dr Mahathir berjaya menanam sedikit sebanyak kebencian kepada rakyat diatas Kepimpinan Datuk Seri Najib, namun ianya hanyalah Kebencian Peribadi semata-mata seperti yang beliau lakukan kepada semua yang tidak mendengar kata beliau.
Dr Mahathir, bukanlah layak saya untuk mengajar, namun untuk membina sebuah negara yang Berdaulat, ianya datang dari niat suci dan prinsip setiap Pemimpin Politik, Pemimpin yang baik tidak bercakap bohong kepada Negara luar, tidak melobi Agensi Berita Luar demi memburukan Negara, tidak melobi Senator Australia mahupun Amerika untuk memberi fakta yang separuh benar. Ini semua yang di lakukan oleh Pemimpin sekeliling anda demi mencapai nafsu anda semua untuk menjatuhkan BN. Nak bertarung, biarlah kita bersama menjaga maruah Negara, jangan kita baling batu sembunyi tangan. Dan, jangan-jangan sekali kita meminta-minta bantuan Negara luar untuk menukar kerajaan seperti yang dilakukan oleh sekeliling anda sekarang. Kedaulatan adalah tanggungjawab semua.
Hari ini UMNO sudah jauh berbeza Dr Mahathir, UMNO terus menjadi parti yang menjaga kepentingan semua kaum, Bangsa Cina, India dan Melayu malah semua kaum di Sarawak dan Sabah, semua aman dan sentosa, tidak ada gaduh-gaduh, Dr Mahathir tidak perlulah menakutkan Rakyat Malaysia lagi, itu boleh terjadi zaman Dr Mahathir dan bukan sekarang.
Zaman Datuk Seri Najib, rakyat Malaysia berdebat secara Fakta, mencari formula pembangunan terancang, mengenal pasti penambah baikan negara, kerajaan mendengar suara hati rakyat, dan banyak yang dilaksanakan demi untuk Rakyat. Bukan zaman Kuku besi Dr Mahathir. (N2H yang nak dibuat untuk menanam Kebencian, bukan untuk mencari pembangunan)
Zaman sudah berubah Dr Mahathir, janganlah menjadikan pena anda untuk terus menipu rakyat, jadilah orang tua yang menasihat anak-anak. Berhentilah perangai yang suka menanam kebencian seperti dilakukan anda lebih 22 tahun dahulu, cukuplah Rafizi seorang yang anda lahirkan.
Sudah-sudahlah Dr Mahathir Mohamad, kami mahu maju, kami mahu lepas dari belenggu perkauman, kami mahu menuju Negara Maju seperti Korea Selantan, Jepun, berilah peluang kepada Rakyat Malaysia hidup tanpa anda juga pemimpin seperti Lim Kit Siang, sudah cukup, lama dah.
(Dr Mahathir adalah singkatan kepada Tun Dr Mahathir!)
Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda BN WP