Wednesday, June 16, 2021

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku









 DAULAT TUANKU

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Raja-Raja Melayu Pemerintah telah berkenan dengan kerisauan yang telah saya zahirkan menerusi warkah kepada DYYM YDPA pada 4 Jun 2021 yang lepas. 

Menerusi warkah tersebut, saya telah menyenaraikan kebimbangan mengenai penularan, kaedah kawalan pandemik dan angka jangkitan Covid-19 yang menyedihkan oleh pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekaligus keadaan ini meresahkan rakyat terutamanya. Turut dinukilkan mengenai kebimbangan keadaan ekonomi negara dan rakyat yang tidak menentu.

Situasi darurat yang merisaukan pelabur-pelabur asing untuk berurusniaga di sini. Serta berkaitan dengan birokrasi keterlaluan dan gerak kerja tidak efisyen pihak kerajaan menangani nasib rakyat yang berada dalam keadaan tidak menentu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Keadaan ini benar-benar merisaukan semua pihak ditambah lagi dengan kegagalan kerajaan mempertahankan amalan demokrasi berparlimen. Dalam masa yang sama tindakan menangani krisis dilihat tiada kebersamaan kerana darurat yang diisytiharkan seolah-olah bersifat mengukuhkan kuasa Perdana Menteri sahaja. Hanya lafaz kesyukuran terima kasih dapat kami sekalian rakyat ucapkan kepada DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah kerana melihat dan memahami keadaan di bawah hari ini. 

Teguran DYYM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah terhadap Kerajaan PN adalah satu tamparan dan ingatan buat Tan Sri Mahiaddin untuk memikirkan semula adakah beliau benar-benar berkredibiliti untuk terus memimpin Jemaah Menteri di bawahnya.

Tidak sia-sia tindakan rakyat yang terpaksa mengetuk pintu Istana bagi memastikan keadaan semasa di luar Istana mendapat perhatian dan diselesaikan segera seperti diharapkan DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah. Menjunjung kasih Tuanku DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah

Razlan Rafii

Tuesday, June 08, 2021

Bersabarlah Wahai Menteri Pertahanan

 2 Jun 2021 : Gambar yang penuh makna dan tanda tanya, jelas sekali ada perkara yang dibuat keputusan ada pihak yang lebih besar mengubah keputusan itu.

Beberapa hari ini, terdapat keputusan yang dibuat pada saat akhir, ramai rakyat keliru terhadap keputusan saat akhir ini, namun kita sebagai rakyat terus akur dan berdoa agar keputusan yang dibuat demi kepentingan Nyawa Rakyat.

Kan elok dan mudah kalau PKP 3.0 mengikut garis panduan PKP 1.0, tidak ada sektor yang diberikan keistimewaan atau pintu belakang untuk terus membuka perniagaan mereka. 

Apabila Genting Highlands diberi kebenaran buka walaupun kes-kes tinggi, Kilang Arak yang tidak ada kene mengenak dengan Essential dibuka, ada Kilang di Pulau Pinang, viral baru-baru ini walaupun sudah ada kes dan diarah tutup, masih terus beroperasi. Ini semua mengundang bencana kepada Negara.

Selagi Perdana Menteri terus berkurung di Seri Perdana dan tidak mahu berjumpa Wartawan dan rakyat, keputusan-keputusan akan menjadi kelam kabut. 

Bersabarlah Wahai Menteri Pertahanan, teruskan dengar suara Rakyat. Teruskan buat kerja demi nyawa rakyat. Rakyat hanya boleh berharap kepada anda dan beberapa yang lain.

Razlan Rafii


https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/bersabarlah-menteri-pertahanan-razlan/?fbclid=IwAR11ieOqve0eLN68GpSehSpn1ZU8DSblB63uwel-PpzVCZXXLad91c6q02o

Ambil Positif Kritikan Rakyat!



31 Mei 2021 : Sebaik sahaja habis bulan Ramadhan, saya mula mengkritik secara terbuka berkenaan pendekatan dan cara Perdana Menteri menguruskan Negara ketika Krisis Covid.

Ini dilakukan tidak ada niat lain selain dari membawa suara ramai netizen yang semakin risau akan peningkatan kes-kes, lebih kronik lagi apabila kita melihat kadar kematian yang semakin meningkat.
Benar, kerajaan telah berusaha untuk mengatasi krisis ini, mana Negara yang mahu melihat rakyatnya menderita, namun kepakaran dan cara metakbir serta kesungguhan Kumpulan untuk berganding bahu membantu bekerja menyelesaikan masalah ini amat penting, lebih-lebih lagi kepada Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab yang besar didalam menjadi ketua kepada Krisis Negara kali ini.
Fakta tidak pernah salah, angka yang semakin meningkat tidak pernah menipu, katil hospital yang semakin tidak mengcukupi saban hari, kepenatan para Jururawat serta Doktor terus menjadi semangat kepada para rakyat untuk mengikuti SOP.
Sekiranya Perdana Menteri boleh keluar di muka televisyen dalam ucapan Hari Pekerja, Perutusan Aidilfitri, Pertusan Khas Isu Palestin, Hari Guru namun kenapa tidak Pengumuman Total LockDown, malah sebelum itu, dalam masa waktu rakyat menunggu keputusan kerajaan pada 12 Mei, Perdana Menteri hanya mengambil langkah untuk menyerahkan perincianya melalui Kenyataan Media.
Sebagai pemimpin kita perlu berani untuk keluar memberi semangat kepada rakyat, berani untuk menerima dan menjawab apa sahaja persoalan, yang penting, rakyat dibawah mendapat semangat dan aspirasi dari Perdana Menteri untuk meneruskan kehidupan mereka dalam

waktu krisis ini.
Saya berharap, YAB Perdana Menteri dapat mendengar dan terus bersemangat secara positif diatas teguran dan kritikan, jangan merajuk, ini soal Nyawa Rakyat. Bukan boleh main-main.
Wallahhualam
Razlan Rafii

7 menteri didakwa 'tidak berfungsi' secara serius


27 Mei 2021 :Saya senaraikan kenapa Menteri-Menteri PPBM lepas tangan dan tidak berfungsi membantu secara serius menyesaikan Covid 19

ISU SATU- PENDAFTARAN VAKSbINASI RENDAH

Malaysia ada banyak ketua kampung dan pemimpin masyarakat dibawah KKLW, Dr Latip, kenapa tak arahkan ketua kampung.. kenapa tak turun pandang setiap negeri jumpa pemimpin-pemimpin ni suruh bantu daftarkan, setiap pelusuk kampung ada wakil, kenapa Kelantan 10k lebih tidak hadir ambil vaksin, kenapa bertindak pentingkan Projek-projek dari melihat kepentingan menyelesaikan dengan membantu register rakyat untuk Program Vaksinasi!

ISU DUA - KLUSTER GENTING HIGHLAND

Isu Pelancongan, kenapa Menteri MOTAC lepas tangan bila ada Kluster Pelancongan? Kenapa tak turun padang buat kerja,  tengok perlaksanaan Gelembung Pelancongan secara dekat, pantau semuanya, tapi peluk tubuh, Genting Highlands, kes tinggi, tanggungjawab siapa, bukankah ini dibawah Kementerian Pelancungan!

ISU TIGA - EKONOMI RANAP

MITI dibawah Azmin Ali, kenapa diam walaupun permit perniagaan diberi oleh beliau, ada banyak industri kilang-kilang menyebarkan Covid, kenapa tak turun sendiri melihat keadaan ! Apabila Pergi Arab Saudi, mana duit bawa masuk negara? Kenapa pentingkan gambar Sapu dari tanggungjawab membawa pelaburan ke dalam Negara !!

ISU KEEMPAT - PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT MANA

YB Rina, bawa juru solek dalam Pejabat, ini ke waktu selesaikan Krisis? Rakyat sedang dahagakan bantuan, rakyat susah, logik akal ke ada Menteri sibuk bersolek dari menyelami masalah kesusahan rakyat !

Kementerian ini juga punyai rangkaian yang besar untuk membantu Pendaftaran Vaksinasi, kenapa tidak membantu ?

ISU KELIMA - NGO KPKT SIBUK ATUR PROGRAM BUAT PROGRAM POLITIK

KPKT dibawah Zuraidah, melantik NGO Pengerak Negara, kenapa tidak fokus membantu isu asas Covid, dari buat program Politik membantu PN, kenapa tidak melihat setiap sen yang dibelanjakan oleh NGO ini membantu register Vaksinasi!

Mana lebih penting dalam waktu Darurat ini? Program Politik ataupun program Vaksinasi ! 

ISU KEENAM - LAPTOP OH LAPTOP

Menteri Pendidikan sampai sekarang masih belum selesaikan isu laptop untuk murid-murid, yang dia sibuk adalah buat kerja2 kebajikan di Putrajaya, hantar beras, pek makanan, pek makan berbuka puasa, masalah murid-murkd sekolah tidak selesai, sampai kan kluster sekolah meningkat!

ISU KETUJUH- DOUBLE STANDARD SOP

Menteri KDN, Hamzah yang jaga PDRM tak boleh pastikan SOP tidak kuatkuasa secara strategik & berkesan. Banyak sangat cluster kayangan yang langgar tapi tindakan diambil dan jadi bahan lawak rakyat. Perdana Menteri sendiri yang tak memakai pelitup muka, macam tak rasa bersalah tetapi jika yang salah rakyat marhein, berpuluh ribu dikompaun malah anak dan ibu angota Polis yang ambil peluang melawat ayahnya bekerja untuk sedikit waktu pun di kompaun. 

DAP menuduh Kerajaan "penjenayah" dibiarkan begitu sahaja, sepatutnya terus tangkap dan lockup apabila mendapat tahu bahawa mereka ini menipu dalam sidang media.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tan Seri Muhyddin sepatutnya bertindak sebagai Ketua Negara yang mengarahkan setiap Kementerian berganding bahu di dalam menyelesaikan krisis ini, setiap Kementerian mesti diarahkan memberi fokus kepada Krisis Covid, duit Negara semakin habis, budget pembangunan telah habis di edarkan, apa gunanya Projek-projek diagihkan sekarang sedangkan Covid tidak selesai !

Dalam waktu krisis ini, semua kena berganding bahu, bukan bekerja secara silo, ini soal nyawa rakyat, kesian Frontliner kita, kasihanilah Rakyat yang sedang bergelumang dengan kehidupan yang sukar ini. Hentikanlah aktiviti Politik PN, setiap sen duit rakyat harus digunakan untuk selesaikan Krisis Covid 19.

Negara akan menerima jumlah Vaksin dalam kadar yang lebih besar bulan depan, selesaikan dan selaraskanlah semua agensi untuk membantu bagi penyelesaian Covid-19 ini Once For All.

Rakyat kita bukan maju seperti difikirkan oleh Menteri Komunikasi! Rakyat kita masih bergantung harap dengan kaedah Coventional, melalui Pemimpin Masyarakat, melalui kaedah bersemuka sekiranya di kampung-kampung. 

Ini bukan isu mahu menunding jari mencari ataupun sebgaja mencari kesalahan, ini adalah isu kelemahan yang perlu atasi dalam tindakan untuk selesaikan masalah Covid ini.

Tolonglah Perdana Menteri, masa mencemburui kita, rakyat makin ramai mati.

Wallahualam.

Razlan Rafii
Ahli Majlis Tertinggi
UMNO Malaysia.

https://www.malaysiakini.com/news/576315

Kami anak Setinggan @StingGarden.


Cerita ini amat dekat dengan kehidupan anak-anak bandar, ramai orang Melayu hijrah ke ibu kota menjalani kehidupan di rumah setinggan. Dulu-dulu arwah abah masih hidup, selalu dia cerita macam mana perjalanan kehidupan kami di rumah setinggan.

Saya dan keluarga rumah di Kampung Mexxwel, abah kerja sebagai Pembantu Hospital, tukang bancuh ubat, selalu ubat batuk, panadol memang banyak kat rumah, saya masih tu kecil sangat, umur 6 tahun sebelum kami dipindahkan dari rumah setinggan Kampung Mexxwell ke Flat Sentul, menunggu rumah kami di Salak South Site and Service disiapkan.
Dulu rumah kami ada sampan, perumahan StingGarden ni selalu banjir, bila banjir je, kami akan naik sampan, sampan tu pula akan digunakan sama-sama orang kampung untuk pemindahan ke tempat lebih tinggi kalau berlaku banjir, saya masih ingat main gam hitam yang selalu digunakan untuk menampal sampan.
Revolusi perumahan setinggan di ibu kota masih berjalan sehingga hari ini. Ramai orang Melayu yang memilih untuk pindai keluar ibu kota kerana kos rumah yang terlalu tinggi. Walaupun kerajaan ada banyak program untuk mengekalkan orang Melayu kekal di bandar, namun cabaran untuk mendapatkan loan dan pendapatan yang tinggi masih sukar.
Tapak PWTC yang tersergam indah itulah sebahagian dari kampung kami.
Semoga kita doakan perjuangan Dato Harun dahulu yang sering kali menggalakkan orang Melayu hidup di bandar akan terus dikenang, malah kita teruskan lah usaha untuk membantu orang Melayu dapat kekal menjalani kehidupan di dalam Bandar.

Apa fungsi Darurat kalau Ketua Menteri Pulau Pinang Kebal

Lim Menuduh Kerajaan Penjenayah
20 Mei 2021 :
Satu Malaysia bercelaru apabila Ketua Menteri (KM) DAP Pulau Pinang dan Bekas KM DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat tidak memberikan kebenaran vaksin untuk rakyat Pulau Pinang, Kerajaan DAP Pulau Pinang menuduh kerajaan Pusat menolak sumbangan Vaksin dari individu yang sudah mendapat kelulusan dari Sinovac sebanyak 2,000,000 dos.

Sekiranya rakyat dibawah membuat video atau penulisan yang seperti ini, sudah pasti akan di tangkap dan di panggil untuk disoal siasat, namun ianya bukan untuk seorang KM DAP walaupun dari segi impak, semua lebih maklum bahawa ianya lebih besar dan mendapat liputan seluruh negara & juta melibatkan kedaulatan sebuah negara jiran iaitu China yg mempunyai hubungan baik dengan kita selama ini.

Lim Guan Eng memaki Menteri PN dengan ayat "Kepala Otak Dia" dan menuduh Kerajaan PN melakukan Jenayah.

Sebagaj rakyat biasa, saya nak menegaskan agar Kerajaan Malaysia  melalui Kementerian Dalam Negeri, silalah bat siasatan, apa niat buruk Ketua Menteri sehingga mahu mewujudkan suasana tidak yakin kepada  Kerajaan pusat.

Kepada SPRM pula, ini soal 2,000,000 dos dan dianggarkan melibatkan wang berjumpah RM240,000,000 bersamaan hampir suku billion, siasat kenapa si polan dan si polan mempunyai dana sebesar ini, kemungkinan ada satu lagi projek ghaib seperti Terowong atau Banglo yang akan di berikan sebagai imbuhanbtimbal balas. Pergi siasat la, tak perlu tunggu laporan, kan ini kepentingan Negara. 

Kepada Menteri Undang-Undang, kaji apa bidang kuasa & fungsi dalam Darurat yang boleh diambil tindakan terhadap gerakan propaganda Ketua Menteri Pulau Pinang ini. 

Kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan seorang Ketua Negeri mewujudkan kacau bilau terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi sekarang waktu yang amat kronik dengan kes mencecah angka 6k, jesteru itu, setiap kementerian buat kerja, bukan sekadar berpeluk tubuh.

Negara bernasib baik kerana ada YB Khairy yang memeriksa dahulu sebelum bertindak mengikut cadangan KM DAP Pulau Pinang. Dijelaskan oleh YB KJ sumbangan yg ditawarkan adalah scam atau bogus yg telah mengwujudkan situasi fitnah, sentimen & imej buruk kepada kerajaan Pusat dimana KM Pulau Pinang bebas melakukan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab dengan niat mewujudkan kecelaruan didalam Negara.

Razlan Rafii
MKT UMNO
20 Mei 2021

Muhyddin Yassin, jangan lepas tangan

23 Mei 2021 : Suka atau tidak, realitinya yang buat kerja siang malam untuk selesai masalah Covid 19 majoritinya Menteri-menteri UMNO. DS Ismail Sabery, DS Adham Baba & KJ. Mereka consider frontliner kerajaan darurat PN. Engage with gov agencies & rakyat.
Kebelakangan ni mereka dikecam tanpa ada belas kasihan oleh majoriti rakyat & lebih menyedihkan ahli-ahli UMNO pun tumpang semangkuk. Kita bukan tak boleh balun tapi perlu tahu siapa yg perlu dipersalahkan sepenuhnya diatas kegagalan urusan berkaitan Covid 19 ini.
*Darurat langsung tidak membantu menyelesaikan isu Covid*
Pada awal kerajaan PN, PM Abah dikatakan tidak sihat & banyak beban kerja diserahkan kepada Menteri Kanan, namun setelah disahkan sembuh sepenuhnya. Sepatutnya beliau sendiri mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Kerajaan, berani utk bersekemuka dgn media, buka parlimen dalam mendepani krisis Covid, bukan sekadar hanya tahu "tai chi" kepada orang lain!
*Be a gentleman, act as a true leader, lead the team !!*
Walaupun hari-hari bermesyuarat dengan penuh lengkap data & sains tapi masih gagal membuat keputusan yg terbaik demi rakyat dari segi sektor ekonomi & kesihatan awam. Ini tanda kelemahan yg amat ketara yg ada pada YAB PM. Tiada kredibiliti langsung utk memimpin negara.
Apa-apapun kita kena sentiasa bagi sokongan moral kepada Menteri-menteri UMNO, sebab ini tugas & tanggungjawab yg diberi oleh UMNO yg digalas & dipikul oleh mereka demi rakyat & negara.
Razlan Rafii
23 Mei 2021.

Darurat : Niat ikhlas tidak lain tidak bukan hanya kerana Covid 19.


21 Mei 2021 : Teringat ungkapan seperti di tajuk, dilakukan oleh Tan Seri Muhyddin Yassin sebagai membalas tuduhan liar orang politik bahawa beliau mempengaruhi DYMM YDPA untuk melakukan darurat demi kesihatan rakyat Malaysia.
Ianya disambut baik oleh Menteri Undang-undang, YB Takiyuddin dengan pantas menjawab bahawa Darurat ini dilakukan kerana undang-undang sedia ada tidak mampu untuk digunakan untuk pelbagai usaha kerajaan dalam mendepani permasalahan Covid.
Teringat waktu PKP 1.0, askar boleh dilihat di banyak kawasan, semua rakyat di kawal untuk tidak membenarkan mereka keluar dari perumahan mereka dalam radius 10km. Ketakutan dan rakyat redho dengan apa yang diarah oleh kerajaan, kita hampir berjaya untuk melihat angka 0, ini dilakukan tanpa undang-undang darurat, tanpa ordinan penggunakan harta benda swasta dan kerajaan, tidak ada ordinan yang membolehkan penggunaan dana kerajaan atau tabung-tabung yang lain.
Dengan angka 6,806 pesakit positif Covid sehari, apa lagi Kerajaan dibawah Muhyddin Yassin mahu buktikan?
Bukankah Darurat Covid ini telah Gagal di lakukan malah telah memberikan bencana yang lebih teruk kepada Rakyat Malaysia.
Darurat yang diumumkan telah terbukti tidak dapat memberikan Kerajaan Muhyddin Yassin untuk menyelamatkan nyawa rakyat, ianya dilihat lebih teruk setiap kali pendekakatan dilakukan oleh Kerajaan. Apa yang sedang terjadi didalam Kerajaan Muhyddin Yasin sehingga ianya tidak terkawal.
Sebagai rakyat biasa, saya tidak yakin bahawa Darurat ini dilakukan demi menyelamatkan nyawa rakyat, demi untuk kuasa dimiliki untuk digunakan ke arah formula yang lebih baik untuk memelihara Covid.
Ianya tidak lain tidak bukan, hanya untuk menjaga Jawatan Perdana Menteri kepada Tan Seri Muhyddin Yassin berserta kumpulan Menteri PPBM mereka. Mereka ini bukan boleh dikenang sebagai Nasionalis, sekira Menteri-menteri PPBM ini bertindak sebagai Nasionalis, jawatan itu bukan satu kepentingan, malah mereka lebih berani berhadapan dengan keputusan yang akan dibawa ke Parlimen, bukan berselindung dengan Darurat demi Gilakan Kuasa.
Negara masih punyai sistem pentakbiran yang baik dibawah Ketua Setiausaha Negara, bertukarlah yang di atas, pentadbiran Negara akan berjalan seperti biasa.
Kegagalan ini telah membawa kepada bencana kepada seluruh rakyat, kita berdoa bersama-sama agar dibukakan hati Perdana Menteri untuk memberikan kepetingan kepada Rakyat dan bertindak sebagai Nasionalis yang meletakan kepentingan Negara sebagai keutamaan dari Jawatan Beliau dan Menteri-menteri PPBM yang lain, dengar denyut nadi rakyat bahawa anda sudah gagal dan serahkan kepada DYMM SDPA untuk memilih penganti yang lebih layak untuk mendepani waktu-waktu krisis ini.
Semoga Allah swt senantiasa memberikan perlindungan kepada Negara Malaysia tercinta.
Razlan Rafii
MKT UMNO
21 Mei 2021.

Dimana Hilangnya Laptop Percuma

 

150,000 laptop tak sampai, ditambah lagi kegagalan kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja, bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga. Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan

19 Mei 2021 : Disebabkan Parlimen masih tutup, saya sebagai rakyat biasa mahu bertanya kepada Kerajaan berkenaan Pendidikan anak-anak Malaysia yang semakin bercelaru.
Soal Laptop Percuma. Saya difahamkan Dana telah dikutip dari GLC dan badan Koperat kepada Kerajaan untuk menguruskan pemberian Laptop Percuma kepada anak-anak Rakyat Malaysia yang memerlukan.
Kini sudah hampir 6 bulan perkara ini berlalu, namun tiada berita dari Kerajaan, dimana silapnya ?
Mula-mula berjanji akan diedarkan pada bulan February, tunggu punya tunggu, puasa sudah raya pun sudah, duit sudah ada, cuma proses pembelian sahaja dan pengurusan penghantaran tidak kunjung tiba.
Kita pun tak tahu dimana silapnya, susah ke nak beli laptop ? Ada banyak Brand dan banyak kilang, kalau tak boleh beli semua dalam 1 brand, belilah pelbagai brand, perkara sangat mudah, namun gagal dilakukan dengan mudah.
Apabila rakyat membuat #KerajaanGagal sepatutnya Kerajaan melihat perkara ini sebagai Positif dan tingkatkan usaha memperbaiki, namun kegagalan ini amat ketara.
Kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja, bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga.
Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan.
Hentikanlah sementara program beri beras dan program kebajikan wahai Menteri Pendidikan, fokus kepada kerja hakiki anda, turun setiap masa, setiap waktu melihat guru-guru, duduk bersama mereka dan selesaikan masalah pendidikan ini.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...