Wednesday, October 31, 2007

Kemana hilang kredibiliti Para Pemimpin UMNO

Oleh Mohd Razlan

Selamat Hari Raya dan Maaf sekiranya ada arkikel didalam blog ini menyingung perasaan sesiapa sahaja, saya sebagai umat biasa yang tidak lari dari kesilapan dan percayalah semua yang tertulis di dalam ini tidak mempunyai maksud tertentu selain ingin melihat Melayu masih tidak lari dari landasan perjuangan bangsa.

Semasa saya menulis artikel ini, saya baru kembali dari Jamuan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bandar Tun Razak(BTR), suasana disana meriah, lengkap dengan pancaragam dan karaoke.

Setiba dipintu Pintu Pagar Pusat Belia Cheras, dilihat Ketua Pemuda Bahagian BTR bersama-sama dengan Ketua Pemuda Bahagian Segambut sedang duduk rancak bercerita, mungkin keletihan menyambut tetamu dari petang, saya pun terus pergi mengenalkan diri dan bersalaman dengan mereka, "Terima kasih kerana datang" ucap Rizalman(Ketua Pemuda BTR).
Disudut diri tepi pintu masuk dewan, terlihat Abang Zaharin bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO dan segelintir AJK Pemuda dari Bahagian-bahagian lain rancak berbual, mungkin Abang Zaharin berkongsi cerita dan pengalaman semasa menjawat jawatan Setiausaha Bahagian BTR dan pengalaman beliau di dalam UMNO.

Saya terus ke meja makan untuk makan bersama dengan Ketua Bahagian saya, Datuk Hisham Abdul Majid dan para AJK Bahagian UMNO Seputeh, tidak sampai 5 minit, Saudara Alawi Dahalin datang duduk bersama-sama kami untuk menjamu selera.

Sedang kami menjamu selera, Dato Rahim Baba Pemangku Ketua Bahagian BTR pun duduk bersama melayan kami. Datuk Rahim adalah seorang yang penuh pengalaman politik, beliau merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besi dimana sebelum ini Bahagian Seputeh tertakluk didalam jajahan semasa beliau memegang jawatan itu.

Sedang rancak berborak, saya tertarik dengan topik perbualan berkenaan Perhimpunan UMNO Malaysia yang diadakan setiap tahun, menurut Dato Rahim, dahulu para perwakilan sering kali mengkritik pemimpin, tidak kira dari Wakil rakyat hinggalah pemimpin yang teratas, ada sahaja yang dikritik dan ditegur.

Suasana pada masa itu, tidak kira lapisan pemimpin, akan berdebar setiap kali Perwakilan membuat ucapan usul ataupun ucapan penanguhan. Para perwakilan pada zaman itu, berani menegur dan mengutarakan pendirian dan kritikan tanpa melihat kepada jawatan orang yang ditegur, malah Presiden Parti juga sering dikritik dan ditegur. Ini semua adalah untuk kebaikkan parti dan juga kebaikan rakyat umumnya.

Terpikir dipikiran saya, kenapa pada masa itu para perwakilan berani, tidak seperti sekarang !, tidak ada yang berani menegur, mengkritik malah membuat kenyataan pun perlu amat berhati-hati.

Apabila saya terpikir, saya memberanikan diri untuk mengemukakan soalan, "Dato, pada waktu itu adakah perwakilan dipilih seperti sekarang, perwakilan yang ingin berucap dipilih dari peringkat Perhubungan?", "Tidak, seingat saya, pada waktu itu, sesiapa yang ingin membuat ucapan akan megangkat tangan,Tuan pengerusi tetap akan memberikan kepada siapa yang dilihat oleh beliau." jawab Dato Rahim.

Adakah kemungikinan UMNO sudah tidak mempunyai kebebsan untuk mengutarakan kritikan dan teguran semasa Perhimpunan UMNO Malaysia, apabila kita lihat dari satu sudut, kemungkinan ianya telah dikawal di peringkat Perhubungan, peringkat perhubungan sudah mempunyai garis panduan dan nasihat-nasihat kepada perwakilan yang berucap. Mungkinkah ini akan membantutkan dan menhilangkan kredibiliti orang UMNO.

Setiap kali mulanya perhimpunan peringkat bahagian, saya percaya banyak isu yang timbul dan banyak perkara dikritik didalam peringkat ini, teguran demi teguran akan dibuat diperingkat bahagian, dimanakah hilangnya suara ini?.

Pada zaman ini, para perwakilan selalu mendengar puji-pujian dan amat kurang sekali mendengar kritikan dan teguran malah ingin membuat kenyataan pun amat takut sekali, kenapa ini boleh terjadi kepada bangsa kita yang dahulunya kita kenali sebagai bangsa yang berani menegur dan berani menerima teguran.

Suasana perubahan ini menjurus kepada beberapa faktor :-

1. Gaya hidup dah berubah.
Bangsa kita sekarang telah menikmati gaya hidup yang selesa, kepentingan untuk mengekalkan gaya hidup dan bergantung kepada mereka yang mempunyai kepentingan. Oleh kerana ianya telah diimplemtasikan sekian lama(Kelas F, Kelas C dan lain), ianya telah menekan kebanyakkan peniaga-peniaga yang mananya kebanyakkan adalah orang politik. Kuasa ini telah mengikis jati dan menukar seorang ahli politik yang berwibawa kepada seorang ahli politik yang menurut kelunjuk.

2. sambung kemudian ....

Wednesday, October 10, 2007

Jangan jadikan Aidilfitri karnival perayaan

Oleh Mohd Razlan (Utusan keluaran 9 Oct 2007)

BEBERAPA hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Segala persiapan semakin rancak untuk menyambut hari lebaran. Apa yang saya kesali, hari lebaran yang sepatutnya kita sambut dalam suasana yang sederhana telah menjadi satu keraian yang keterlaluan.

Memang benar agama menyuruh kita menyambut Hari Raya sebagai tanda kemenangan mengharungi ibadah bulan Ramadan tetapi Islam melarang untuk menyambutnya secara berlebih-lebihan sehinggakan membawa kepada pembaziran.

Di pusat membeli-belah sentiasa sesak dengan pengunjung, kaum ibu sibuk memilih pakaian, langsir dan berbagai-bagai yang baru. Kedai perabot juga mendapat sambutan.

Jika boleh semua perkakasan dalam rumah akan ditukarkan kepada yang serba baru.

Berbelanja berlebihan seperti ini sudah tentunya mengundang pembaziran.

Bagi mereka yang tidak berkemampuan perkara ini akan menjadi beban besar. Ini disebabkan sikap masyarakat kita yang secara tidak langsung memaksa suasana Hari Raya disambut dengan semua serba baru dan ia menjadikan tekanan sehingga ada yang sanggup berhutang. Sedangkan Islam sama sekali tidak menuntut umatnya untuk berhutang bagi membesarkan Hari Raya.

Syarikat katering telah sibuk menerima tempahan untuk rumah terbuka. Memang tidak salah untuk kita menjamu sahabat dan saudara-mara, tetapi janganlah ia menjadi tabiat pembaziran sehingga pahala bersedekah yang kita hajati akan hilang begitu sahaja.

Saya juga menyokong pandangan Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik, Sabtu lalu tentang ketaksuban masyarakat kita menyambut Hari Raya selama sebulan. Memang ia tidak wajar.

Dalam tempoh itulah, ramai yang berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka seakan-akan sudah menjadi satu kemestian, ada yang membuka rumah mereka lebih besar daripada kenduri kahwin.

Tetapi jika kita lihat di negara-negara Arab, ia disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesedaran. Suasana hanya dirasakan setakat beberapa hari sahaja dan tidaklah sehingga sebulan lamanya. Tidak wujud suasana seakan berpesta atau karnival perayaan yang panjang. Mereka lebih tumpukan kepada produktiviti dan mencari rezeki.

Oleh itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang serba sederhana dan penuh ketakwaan haruslah diterap pada diri kita agar kita sama-sama dapat mengubah tradisi pembaziran pada musim lebaran ini.

Dalam keseronokan kita menyambut Hari Raya, ingatkanlah mereka di luar sana yang susah dan menderita, semoga kita semua diberkati menjelang hari yang mulia ini.

– RAZLAN RAFII,

Taman Salak Jaya,

Kuala Lumpur.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...