Tuesday, April 29, 2008

Komen di Wilayah Kini ...

Diatas artikel ...http://wilayahkini.blogspot.com/2008/04/inilah-sikap-dan-perwatakan-sebenar.html

Saudara Pengarang,

Maaf.. apa maksud perwatakan sebenar Syed Ali ni, sehinggakan ruangan ini menunjukkan ada agenda tersembunyi?

Apabila EGM telah di adakan, sepatutnya semua peringkat perlu terima dan perhubungan UMNO Wilayah olah la secara bijaksana.

Janganla kita asyik nak bergaduh dan menghentap secara peribadi. Pemimpin Bahagian adalah Pemimpin akar UMBI. Itu semua tahu, dan saya percaya usul yang diluluskan mempunyai asas kuat pada pendapat perwakilan UMNO Bahagian Cheras.Umno hari ini sepatutnya perlu lebih terbuka untuk mendengar permasalahan akar umbi.

Kalah BN (6 Negeri)pada PRU 12 oleh kerana kita tidak mendengar pendapat dan luahan akar UMBI. Jadi, tidak salah dan tidak ada tercalar sekiranya kita Ahli-Ahli UMNO terutama Pemimpin BESAR mendengar dan mengkaji setiap pandangan akar UMBI.

Maaf sekiranya saya menegur komentator didalam ruangan ini. Dan pendapat saya, perkara yang dibenarkan oleh sistem parti, semua perlu akur dan menerima dengan baik dan mengkaji.

Pemilihan semakin hampir, biar kita berdebat sebelum permilihan, selepas ini, jangan kita berpecah lagi.Melayu sudah cukup dengan masalah Sosaial, ekonomi dan ketuanan, siapa pula akan membela nasib melayu sekiranya UMNO tidak kuat.

Jadi, saya berdoa, segala sengketa ini dapat diselesaikan apabila habis sahaja pemilihan bula Disember nanti.

Sesiapa sahaja yang Memimpin, tidak kira Cawangan, Bahagian ataupun MT, sekiranya kita gagal menyatukan orang-orang Melayu kembali, janganlah mengangap diri kita sebagai Pemimpin !


sekian ...

1 comment:

Anonymous said...

Salam...

Sudah sampai masanya untuk " AHLI-AHLI UMNO " menyedarkan dan menginsafkan " ORANG-ORANG UMNO "..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...