Thursday, May 08, 2008

Kontrak Sosial, Perlembagaan dan Sejarah Sebenar Sebelum Merdeka di Jadikan Silibus Mata Pelajaran !!

Oleh Mohd Razlan

Artikel yang menarik untuk dibaca : themalaypress

Kontrak Sosial dan Hak Keistimewaan Bumiputera sekali lagi diperkatakan di Parlimen, Lim Kit Siang meminta perkara ini dikaji semua, DAP akan terus mendesak agar Melayu hilang kuasa, seolah-olah pengorbanan Orang Melayu memberikan mereka Hak Kerakyatan tidak mempunyai makna.


Caption : Generasi ini semestinya diberikan peluang untuk memahami apakh yang terjadi sebelum pembentukan Malaysia.

Sudah masanya menjadikan Perlembagaan Malaysia sebagai Silibus didalam Mata Pelajaran. Ini adalah untuk memberikan penerangan yang jelas kepada generasi muda dan akan datang agar betapa besar pengorbanan Orang Melayu kepada bangsa lain dengan memberikan Hak Kerakyatan dan agar sejarah ini tidak dilupakan oleh zaman.

Masyarakat kita pada hari ini menyifatkan keistimewaan orang Melayu yang diperolehi adalah suatu penindasan kepada kaum lain. Sepatutnya perkara ini tidak timbul sekiranya masyarakat kita paham apakah yang kerkandung didalam Perlembagaan Malaysia.


Silibus Pembelajaran sekarang yang menceritakan perjalanan Tunku untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British tidak cukup kerana ianya tidak melibatkan tentang bagaimana intipati perbincangan diantara kaum.

Perbincangan diantara kaum yang melibatkan kontrak sosial yang memberikan kaum lain sebagai warganegara, dan toleransi didalam perbincangan ini perlu diperjelaskan dengan lebih terpeinci.


Pengorbanan semua kaum didalam pembentukan sebuah Negara Malaysia yang merdeka tidak difahami kerana kurangnya pendedahan. Ini memberikan ruang dan peluang bagi mereka-mereka yang sengaja ingin melaga-lagakan orang Melayu dan bangsa lain.

Pemimpin-pemimpin seperti Karpal dan Lim Kit Siang dan beberapa Pemimpin bukan berbangsa melayu sengaja memainkan isu ini dan sering kali mendapat sambutan daripada rakyat. Perkara seperti ini tidak semestinya di kawal dengan menggunakan Undang-undang, ianya boleh dihindari sekiranya semua rakyat memahami apakah itu kontrak sosial.

Pengorbanan Orang-orang Melayu pada masa itu sepatutnya diberikan satu penghormatan yang tinggi oleh semua lapisan masyarakat, dan ianya semestinya dijadikan bahan sejarah yang mencerminkan Masyarakat Malaysia yang sentiasa bertolak ansur diantara satu sama lain.

Dengan harapan, sekiranya semua lapisan masyarakat paham perkara ini, sudah tidak ada lagi perdebatan secara terbuka tentang hak keistimewaan orang-orang melayu dan tidak ada lagi masyarakat kita yang menceritakan tentang penindasan sesebuah kaum.

2 comments:

HALOK said...

Kalau kita asyik memelihara kaum melayu soalan die sampai bile kaum melayu akan terus dipelihara dan tak akan belajar untuk berdikari. Contohi kaum yg bukan bumiputera, hak-hak mereka kurang banding melayu tapi siapakah mereka. BERDIKARI

Kita benci Apertheid tapi sifat melayu yang tak memberi peluang kepade kaum lain menyoal hak mereka seumpama amalan apertheid. Cuma apertheid ini adalah pandangan antara kaum.

Contoh..membuka UITM kepada kaum bukan melayu dan bumiputera. Apa salah nya membiar kaum bukan melayu yang miskin untuk masuk ke uni tersebut dan belajar? Sedangkan UITM membuka peluang kepada kaum asing seperti Pakistan, arab dan warga asing yg lain utk belajar. MEREKA BUKAN MELAYU ATAU BUMIPUTERA!! Baik Malaysia membantu rakyat sendiri dahulu sebelum bantu negara lain....

CONTINUE TO BEHAVE LIKE THIS MALAYSIA..13 MAY 1969 will surely arise..let the non-Malay or Bumiputera ask upon their rights.. maybe if we could just listen to them can Malaysia be a better place... Jangan takut akan kehilangan hak!! Selagi Agong kita Malayu mereka tak akan memijak kepale kita!!

cintabangsa said...

kepada HALOK, mungkin betul apa yg anda perkatakan bahawa hak2 istimewa yg diberikan kpd org melayu hanya menjadikan org melayu malas berdikari atau hak2 ini ibarat apartheid ttp anda perlu memikirkan agenda bukan melayu yg sebenarnya. apa sebenarnya yg mereka mahukan selain inginkan hak mereka. mengikut perlembagaan, org bukan melayu ada hak2 mereka ttp hak mereka mestilah yg sah sahaja. dalam konteks ini, kita tidak boleh mengamalkan konsep sama rata tetapi konsep saksama. peraturan Allah juga tidak mengamalkan konsep sama rata seperti hukum faraid. ini bermakna kita bangsa melayu sebagai bangsa asal penduduk tanah ini (malaysia) ada hak untuk menjaga tanah air dan yg bukan melayu juga ada hak ttp yg sesuai utk mereka sahaja. agenda bukan melayu yg saya maksudkan adalah mereka sebenarnya inginkan tanah kita ini. mereka ini tadbir tanah ini mengikut cara mereka. kalau perkara ini terjadi apa akan jadi pada bangsa melayu/bumiputera? hak2 kita inilah yg akan menjaga tanah kita. mengenai isu bangsa melayu yg malas ini, penyelesaian nya bukan mengurangkan hak ttp dengan mendidik stp individu tentang masa depan tanah air bergantung kpd mereka. ini berkaitan motivasi diri, fizikal, mental dan rohani stp individu. harap HALOK juga faham isu sebenarnya dan kepentingan kontrak sosial. jgn jadi seperti melayu di singapura. ingat bangsa yg menduduki singapura sekarang bukanlah bangsa asalnya. fikir2 kan

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...