Orang Cina Di Selangor akan mentakbir dari belakang dan MELAYU akan menjadi PAK TURUT di Tanah Sendiri.
Dengan perasaan yang MARAH dan KECEWA dengan tindakan KHALID yang telah menjual kepentingan KUASA Melayu kepada ORANG Cina bagi melantik Bukan Melayu sebagai Pengurus Besar di PKNS, saya melihat kita telah kehilangan HARTA yang bernilai Berbillion ringgit."
Petikan Dari Utusan ..
SHAH ALAM 28 Okt. – Pemuda UMNO Selangor merayu campur tangan Sultan Sharafuddin Idris Shah ekoran banyak tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kebelakangan ini dilihat semakin mengabaikan kepentingan orang Melayu.
Sehubungan itu, satu memorandum akan diserahkan kepada baginda dalam beberapa hari lagi bagi menilai semula pelantikan Abdul Khalid yang menerajui kerajaan campuran di Selangor mulai 13 Mac lalu.
Ketuanya, Abdul Shukur Idrus (gambar) berkata, antara tindakan Abdul Khalid yang dilihat mengetepikan kaum Melayu termasuk melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.
Pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan berasingan kepada Abdul Khalid berhubung pelantikan Siew Moi itu.
“Rata-rata kepimpinan Pemuda UMNO Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional merasa kecewa dan sedih dengan tindakan kerajaan negeri hari ini yang dirasakan semakin tertekan untuk meraih sokongan kaum- kaum lain hingga Menteri Besar sanggup menggadaikan maruah bangsanya sendiri.
“Tindakan itu juga memecah tradisi kepimpinan PKNS sebelum ini diterajui bumiputera, apa yang dilakukan itu seolah-olah menutup ruang dan memperkecilkan pengalaman dan kredibiliti pegawai-pegawai berketurunan Melayu.
“Golongan bumiputera kini dilihat seolah-olah langsung tidak berkelayakan memegang jawatan itu sedangkan ramai sedia maklum PKNS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka,” katanya di sini hari ini.
Semalam Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya, sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.
Ekoran itu, enam persatuan kakitangan PKNS hari ini menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.
Dalam pada itu, Abdul Shukur berkata, Pemuda UMNO negeri juga mempersoalkan jangka masa pelantikan selama setahun yang disifatkan sebagai tidak rasional dan ‘main-main’ tanpa mengambil kira kemampuan Siew Moi untuk memajukan PKNS dalam tempoh yang singkat itu.
“Kami rasakan tiada apa yang terbaik boleh dilakukan dalam tempoh singkat itu, macam satu keputusan terdesak dan tidak serius atau sekadar tangkap muat tanpa memikirkan PKNS memerlukan ketua yang bijak merancang kemajuan dan kecemerlangannya secara berterusan,” ujarnya.