Tuesday, October 21, 2008

Menjelang Permilihan Pergerakkan Pemuda UMNO Seputeh 2008

Asalamualaikum kepada semua Pembaca.

Hari ini sudah hari rabu, berbakikan 3 hari lagi untuk Perwakilan Pemuda Seputeh untuk memilih pucuk Pimpinan Pemuda untuk penggal 2008-2011.

Sekadar ingatan kepada sahabat agar pemilihan yang dibuat dapat mengambil kira semua sudut dan diharap semua dapat meluangkan sedikit masa untuk merenung dan berfikir sejenak, apakah sebab kita memilih.

Permilihan Kepimpninan Pemuda kali ini amat berlainan dengan sebelum ini, dugaan dan cabaran pada penggal yang akan datang merupakan suatu titik penentuan untuk UMNO terus berkuasa di Bumi Tanah Melayu ini.

Pemuda perlu mencari formula untuk menarik minat golongan muda ke arah perjuangan Islam dan Perjuangan Melayu.

Ramai Pemuda tidak disuntikan semangat MELAYU dan kurang pengetahuan di dalam sejarah Perjuangan UMNO. Itu adalah diantara sebab mengapa dan kenapa golongan Pemuda tidak peduli apabila orang lain mengukut Bangsa Melayu dan mempersoalkan hak MELAYU.

Marilah kita bersama-sama MEMASYARAKATKAN PEMUDA kembali agar mereka menerima suntikan semangat dan suntikan MELAYU agar apa sahaja yang kita perjuangkan ini dapat dikekalkan sehingga selama mungkin, Insyallah.

Sekali lagi.. Pilihlah yang terbaik dikalangan yang terbaik .. dan diharap semua dapat mengambil kira semua faktor dan bukan disebabkan EMOSI dan Desakkan. Melayu sudah Merdeka dan JIWA Pemuda juga perlu MERDEKA dari segala desakan..

Sekian ....

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan razlan....

peringatan untuk pemilihan pemuda yg begitu . saya cume memohon agar peringatan ini bukan tinggal sekadar peringatan. lepas saja pemilihan , pemuda perlu bekerja dgn lebih keras lg. bukannya menghilangkan diri. tak guna takat cakap begegar langit tapi satu haram kerja tak jadi. jgn sampai org kutuk kaum lelaki tak sehebat kaum perempuan. fikir2kan lah...jangan asyik tau mengarah org saja, semua perlu buat kerja

Anonymous said...

Tahniah Razlan di atas kemenangan anda.Semoga pemuda kembali bertenaga dengan aktiviti pembangunan ekonomi dan sahsiah diri.Dunia makin maju,zaman makin canggih.Pemuda perlu dilengkapkan dengan idealisma baru agar dapat membaca setapak langkah di hadapan.Tahniah sekali lagi..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...