Sunday, July 26, 2009

Mesyuarat Pemuda Bahagian 2009.



Syukur kerana Pemuda Seputeh telah selamat mengadakan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian untuk tahun 2009. Mesyuarat yang pertama bagi Jawatan kuasa yang dilantik untuk penggal 2008-2011.

Seramai 103 perwakilan hadir dan 7 tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat ini terlah diperhatikan oleh Wakil perhubungan Pemuda Negeri iaitu Datuk Zaki(Ketua Pemuda Putrajaya).

Bermula pada jam 2.30pm dan dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Seputeh, En Mustapha Kamal Mohd Yusof.

Dua Usul telah dibahaskan dan telah diluluskan, iaitu :-

1.MENDESAK AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG MENDAPAT TANAH DARI DBKL ATAU KERAJAAN UNTUK MEMBANGUNKAN PERUMAHAN KOS RENDAH/SEDERHANA/MEWAH DAN LOT-LOT KEDAI AGAR MEMIKIRKAN KEPENTINGAN DEMOGRAFI ORANG-ORANG MELAYU DI BANDAR.

2. MENDESAK PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGKAJI SEMUA KEWUJUDAN IPTS DAN MENDESAK KERAJAAN UNTUK MEWUJUDKAN BIASISWA UNTUK PELAJAR MELAYU YANG CEMERLANG YANG MEMINJAM PTPN.

Ini lah perjuangan Pemuda UMNO Seputeh bagi penggal ini, usul telah dibentang dan para perwakilan pun sudah menerima. Insyallah akan di bawa kepihak lebih tinggi agar ianya dapat direalisasikan dengan berjaya.

Tahniah kepada semua Ketua-ketua Pemuda Cawangan yang berjaya membawa perwakilan mereka ke mesyuarat kali ini.

Jadikanlah setiap kali mesyuarat akan datang dengan lebih baik.

Kepada AJK Pemuda, tahniah dan syabas, anda semua telah memerikan nafas baru kepada Pergerakkan Pemuda Seputeh dan teruskanlah usah untuk mendekati anak-anak muda di Seputeh. Insyallah usaha kita akan di bayar dengan pahala yang berlipat ganda.

Salam Perjuangan.

4 comments:

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat belia untuk terus berjuang.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

Pro Raja Nong Chik's said...

Salam Bro. Kenapa tak ada kotak followers? susah nak follow. Blogroll pun patutnya ada bro.

Boleh linkkan blog saya kalu sudi. Terimakasih.

http://prorajanongchik.blogspot.com

M.Saad said...

Tuan...
Tahniahlah kerana dah bermesyuarat, kami kat Larut nie dah melaruttt....sammpahh.

Razlan said...

Terima kasih kepada sahabat semua, insyallah kami akan menjaga kepentingan Melayu yang menginap di Parlimen Seputeh..

Services Oriented ... insyallah

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...