Mengucapkan Tahniah kepada Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua Bahagian UMNO Seputeh, kerana dikurniakan
Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW).
Sempena hari Wilayah yang ke 36 Tahun.
WATIKAH SOKONGAN
KEPADA
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Watikah sokongan dan Memorandum dirangka bagi menyatakan pendirian dan pandangan patek serta sokongan rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong .
Ianya dirangka bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia dan dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France).
Kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku, selaku Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak supaya dapat dibawa kepada perkara mengenai penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam bagi merujuk kepada ganti kata nama Tuhan, ke persidangan Majlis Raja-Raja serta mengeluarkan satu titah didalam Majlis Raja-Raja mengenai pengunaan kata khas yang merujuk kepada kerpecayaan dan amalan agama Islam di Malaysia.
1. Untuk makluman Duli Yang MAha Mulia Tuanku, baru-baru ini rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, telah dikejutkan oleh satu keputusan Mahkamah yang dibuat oleh Yang Arif Datuk Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, yang membenarkan penggunaan kalimah Allah sebagai kata ganti nama Tuhan dalam satu permohonan semakan kehakiman (judicial review) yang difailkan oleh Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur, Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam, ke atas keputusan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya.
2. Fakta kes secara ringkasnya adalah seperti berikut:-
a) Pada 18 Mac 2009, Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur, Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam, menfailkan satu permohonan semakan kehakiman (judicial review) ke atas keputusan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya.
b) Pada 31 Disember 2009, Yang Arif Datuk Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur memutuskan membenarkan saman Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
3. Semenjak dari tarikh itu, banyak persoalan dan pendapat yang berbeza-beza mengenai keputusan tersebut. Terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam di Malaysia.
4. Ini telah menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut Islam di Malaysia serta berkemungkinan akan dipergunakan oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan kenteteraman awam dan dan keharmonian diantara kaum.
5. Persoalan juga ditimbulkan pada NIAT Penerbitan akhbar The Herald dalam menggunakan kalimah Allah sebagai kata ganti nama Tuhan didalam akhbarnya dan tindakan Paderi Roman Katholik Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam yang menfailkan satu permohonan semakan kehakiman (judicial review) ke atas keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya.
6. Di sini, kami tidak ingin mempertikaikan serta mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Datuk Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang mendengar permohonan semakan kehakiman tersebut. Ini adalah kerana sebarang keputusan Yang Arif Hakim masih boleh dirayu.
7. Apa yang ingin dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah kesan daripada keputusan Yang Arif Hakim tersebut. Sehingga kini terdapat bermacam-macam pendapat dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak, sama ada individu atau organisasi yang berteraskan Islam ataupun tidak, serta daripada pemimpin-pemimpin parti politik, yang mana jika berlarutan, ianya berkemungkinan akan mencetuskan perbalahan agama serta menggugat ketenteraman awam.
8. Niat dan tujuan Paderi Roman Katholik Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam yang menfailkan satu permohonan semakan kehakiman tanpa memikirkan implikasi yang akan timbul. Ini adalah kerana selama ini penganut Kristian menggunakan perkataan “Almighty”-Yang maha Esa dan “God”-Tuhan, bagi merujuk kepada Tuhan mereka.
9. Kekurangan pada Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Fasal 4, 11 dan 12 dalam menjamin amalan agama Islam di Malaysia.
10. Oleh yang demikian, kami dengan ini memohon dan merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar:-
a) mengeluarkan satu Titah melalui Pemegang Mohor Besar Raja-Raja yang menetapkan pendirian Duli Yang Maha Mulia Tuanku selaku Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak agar kekeliruan mengenai perkara ini dapat dihentikan;
b) membawa perkara ini didalam Persidangan Majlis Raja-Raja bagi menarik balik gelaran Paderi Roman Katholik Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam atas tindakan tidak bertanggungjawab beliau; dan
c) Majlis Raja-Raja mengeluarkan satu titah berkenaan pindaan Perlembagaan Persekutuan terutamanya Fasal 4, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan dalam menjamin amalan agama Islam di Malaysia, sebagai contoh penambahan pada Fasal 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal 11 (4) (a) “pengunaan kata khas dan amalan yang merujuk kepada kerpecayaan dan amalan agama Islam di Malaysia tidak boleh digunakan oleh sesuatu agama yang lain sama ada dalam penyebaran, pengajaran, apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama itu.”
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...