Demokrasi politik 2/3 akan memungkinkan apa sahaja dilakukan, membuang sistem beraja, mehilangkan nama Melayu, menghilangkan nama Bahasa. Bak kata lain, demokrasi membolehkan kita menukar apa sahaja sekiranya kita mendapat sokongan Parlimen.
Monday, April 26, 2010
Politik Malaysia Dalam Bahaya...
Demokrasi politik 2/3 akan memungkinkan apa sahaja dilakukan, membuang sistem beraja, mehilangkan nama Melayu, menghilangkan nama Bahasa. Bak kata lain, demokrasi membolehkan kita menukar apa sahaja sekiranya kita mendapat sokongan Parlimen.
Thursday, April 08, 2010
Anwar Penakut kalau tak saman Ezam !!!
Jesteru itu, Anwar sekiranya berani dan benar tidak melakukan Liwat, Pemuda Seputeh Mencabar Anwar saman Ezam atas kenyataan beliau di Utusan Malaysia.
Sebeum ini juga Ezam menyatakan perkara yang sama di Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Pemuda Bahagian Sungai Besar.
Maafkan saya – Ezam
pengarang@utusan.com.my
KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.
“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.
“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.
Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Wednesday, April 07, 2010
Selamat Menjalankan Tugas - PRK Hulu Selangor
Oleh itu, Keputusan Perdana Menteri untuk memberi peluang dan ruang bagi beliau untuk memilih calon dari MIC mesti dihormati oleh pucuk pimpinan MIC.
Bukan masanya untuk kita mendesak PM meletakkan siapa yang kita suka, ini masanya kita meletakkan calon berdasarkan laporan dari akar umbi, faktor pribadi calon, faktor jawatan calon dan paling utama faktor calon dikenali oleh rakyat disebabkan service beliau.....
Mohd Razlan.
Ketua Pemuda UMNO Seputeh
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...