Thursday, April 08, 2010

Anwar Penakut kalau tak saman Ezam !!!

Kenyataan Ezam Mohd Nor di dalam Utusan Melayu yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas tindakan beliau mempertahankan Anwar pada pertuduhan Liwat anwar yang pertama menunjukkan ada kemungkinan dakwaan Anwar melakukan Liwat adalah benar.

Jesteru itu, Anwar sekiranya berani dan benar tidak melakukan Liwat, Pemuda Seputeh Mencabar Anwar saman Ezam atas kenyataan beliau di Utusan Malaysia.

Sebeum ini juga Ezam menyatakan perkara yang sama di Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Pemuda Bahagian Sungai Besar.

Maafkan saya – Ezam

KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.

“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.

“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam bro.

ezam memang benar benar anak jantan.

dia tahu anwar tidak akan saman dia.

sebabnya ?

kerana dia sendiri tahu adakah berlaku atau tidak liwatnya dengan saiful atau mangsa sebelum ini.

Unknown said...

Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...