Wednesday, July 07, 2010
Kursus Kahwin Percuma - Seputeh
YB Khairy Jamaluddin bergambar bersama peserta kursus kahwin.
19 dan 20 Jun 2010 - Sempena Program Juara Rakyat "Bulan Belia Dan Sukan" Pergarakkan
Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seputeh telah menganjurkan Kursus Pra
Perkahwinan Percuma kepada pemuda dan puteri yang duduk di sekitar
Parlimen Seputeh.
Program ini bertujuan untuk mengalakkan generasi muda berkahwin
apabila cukup masanya kerana ianya dapat mengelakkan gejala sosial
yang meluas di sekitar Kuala Lumpur.
Menyedari peristiwa buang anak dan pelbagai masalah sosial, Pemuda dan
Puteri Seputeh telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan
kursus ini secara percuma. Seramai 150 peserta perempuan dan lelaki
telah mengikuti kursus yang diadakan selama dua hari.
"Program ini telah mendapat sambutan yang luas dan hampir 250 orang
telah berminat untuk menghadiri kursus ini, akan tetap disebabkan
JAKIM telah menghadkan hanya 150 orang boleh menyertai kursus
perkahwinan pada satu-satu masa, maka kami terpaksalah menolak
beberapa permohonan, tetapi, Insyallah kami akan menganjurkan program
ini dalam masa terdekat untuk kali ke-dua" - Kata Mohd Razlan, Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
"Pemimpin muda hari ini mesti memikirkan cara yang berlainan untuk
kita mendekati hati genarasi muda, dengan program seperti ini,
golongan belia akan dapat merasi pembelaan dari pemimpin Muda, kita
juga harus membela mereka dengan mengadakan skim pinjaman perumahan
100% kepada generasi muda, ini beberapa cadangan kami kepada pihak
kerajaan" - Khariry Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
"Generasi Muda Melayu mesti menjadi orang yang bertanggunjawab,
tanggunjawab kepada Agama, bangsa dan Negara dengan ini, akan membantu
kita menjadi orang yang bertanggunjawab kepada Keluarga kita, oleh
itu, perkahwinan ini mestilah dijaga dengan baik agar maruah keluarga
dan agama serta bangsa kita dijaga" - Datuk Mustapa Kamal (Ketua UMNO
Bahagian Seputeh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
No comments:
Post a Comment