Monday, November 29, 2010

Melayu Sekat Cina Masuk Askar.

China Press
Perkara: Polis dan Tentera dari kalangan kaum Cina?
Ruangan: bilik perbincangan umum muka surat C15
Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)

Tajuk:
Orang Cina makan gaji dengan kerajaan
Penulis samara Sian Ren/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Oleh kerana terlalu sedikit orang-orang Cina jadi anggota tentera, sebab itu kementerian pertahanan mahu jejaki cara SPRM, mahu NGO-NGO Cina bantu tarik anak-anak muda kaum Cina dalam pengambilan rekrut anggota tentera.

Di negara kita orang-orang Cina seperti tidak suka jadi tentera, ataupun mereka membantah untuk makan gaji dengan kerajaan, mereka juga dikatakan tidak suka jadi guru sekolah, tidak suka jadi polis ataupun tentera, tidak mahu jadi Pegawai Penguat Kuasa yang suka menangkap gerai-gerai yang tidak berlesen, sedangkan jadi pegawai duduk dalam pejabat yang berhawa dingin pun mereka tidak mahu, mereka sanggup dan rela jual CD haram?

Cuba kita imbas kembali sejarah kita, sebenarnya pada masa dahulu orang-orang Cina sangat suka bekerja dengan kerajaan, boleh imbas kembali pada zaman Penjajahan dahulu, orang-orang Cina bukan sahaja menjadi tunggak pegawai kepada kerajaan Pejajahan, mereka juga bersemangat dalam pasukan tentera, pada masa itu tentera laut dan udara lebih 90 peratus terdiri daripada kalangan orang-orang Cina, polis-polis di pekan-pakan dan Bandar boleh kelihatan ramai dari kalangan kaum Cina termasuk ketua polis dan mata-mata gelap.

Pada masa itu orang-orang Cina yang bertugas sebagai anggota polis mahupun dalam pasukan tentera amat berisiko tinggi, mereka bukan sahaja jadi sasaran kepada pihak komunis, keluarga mereka juga mendapat ancaman yang sama. Orang-orang Cina yang bertugas sebagai polis ataupun tentera pada zaman darurat itu, keadaan itu lebih bahaya berpuluh kali ganda daripada keadaan sekarang ini, pegawai kerajaan Cina pada masa itu lebih mencabar dari anggota polis mahupun tentera pada waktu kini, setiap masa berwaspada hadapi kematian daripada serangan pihak komunis.


Anggota Polis Dan Askar Satu Titik Perubahan Yang Penting

Dengan itu kenapa kita tidak cuba halusi sedikit, semasa zaman darurat yang begitu mencabar kenapa orang-orang Cina sanggup jadi pegawai kerajaan, jadi anggota polis dan tentera, tetapi hari ini dalam keadaan aman dan tidak ada bahaya langsung serta pendapatan yang lumayan, sebaliknya orang-orang Cin tidak sanggup, apakah sebab musababnya? Sudah tentu ada sebab-sebabnya, sehinggakan orang-orang Cina tidak sanggup “makan gaji dengan kerajaan”.

Keadaan yang sebenarnya berlaku iala apabila selepas Merdeka, perubahan penting dalam pasukan polis dan tentera federal, perubahan itu mengalami perubahan dalam pengstrukturannya, mereka secara meluas mengrekrut anggota polis dan tentera dari kalangan orang-orang Melayu. Yang paling unggul ialah tentera diraja, dalam askar di federal selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi kekosongan itu dengan orang-orang Melayu.

Pegawai-pegawai dalam pejabat di pasukan polis juga berlaku sedemikian, terutama sekali ia berlaku dalam lingkungan tahun 1970an, apabila pihak kerajaan laksanakan pengstrukturan semula masyarakat, mereka secara besar-besaran pengmbilan orang-orang Melayu, selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi orang-orang Melayu ke jawatan-jawatan yang kekosongan itu.

Setelah pihak kerajaan laksanakan polisi itu lebih 40 hingga 50 tahun, barulah berlaku pemikiran yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka makan gaji dengan kerajaan, jika di sesebuah kementerian ataupun di jabatan mempunyai sebilangan orang-orang Cina, politikus-politikus akan mengkritik mereka, politikus-politikus berkata itu hanya mahu gugat kepentingan orang-orang Melayu, sebab itu di mana-mana kementerian ataupun di dalam jabatan tidak berani buat pengambilan anggotanya dari kalangan orang-orang Cina, lebih-lebih lagi di dalam pasukan polis dan tentera. Sehingga dalam setahun dua ini, barulah ada menteri yang menyatakan bilangan orang-orang Cina terlalu sedikit jadi pegawai kerajaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang menteri pertahanan yang pertama berani berkata mahu rekrut anggota tentera dari kalangan orang-orang Cina.

Jika benar tangapan selama ini yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka jadi anggota polis dan tentera adalah benar. Kenapa pada zaman Penjajahan dahulu orang-orang Cina sanggup bekerja dan makan gaji dengan kerajaan, seperti orang-orang Cina di China, Taiwan, Hongkong sudah cukup membuktikan orang-orang Cina boleh makan gaji dengan kerajaan, pihak kerajaan hanya perlu buka ruang pintu kepada mereka sahaja.

Monday, November 15, 2010

Mencongak tarikh mandat baru

BERITA HARIAN 2010/11/14

Cakap-cakap pilihan raya umum serentak dengan Sarawak mula kedengaran

SEBAIK muncul di khalayak umum selepas sembuh menghidap penyakit cacar, badan Datuk Seri Najib Razak kelihatan susut sedikit, tetapi wajah tetap berseri dengan bibirnya berwarna kemerahan, yang sinonim dengan penampilannya.

Ketika mula diserang penyakit itu 4 November lalu, Perdana Menteri berada di bilik air di kediamannya. Najib kini sudah hampir sembuh sepenuhnya dan kembali bertugas, meskipun banyak acaranya sejak seminggu lalu, diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak hairanlah Facebook Najib dibanjiri ribuan ucapan selamat kembali bertugas, diiringi doa untuk terus sihat.
Menjelang 3 April tahun depan, Najib akan menyambut ulang tahun kedua sebagai Perdana Menteri. Beberapa hari sebelum itu, 26 Mac 2011, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pula menyambut ulang tahun ke-30 sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Sejak Barisan Nasional (BN) menang dua pilihan raya kecil, iaitu Parlimen Batu Sapi (Sabah) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas (Kelantan) baru-baru ini, sudah ada cakap-cakap kemungkinan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Yang pasti, Sarawak akan adakan pilihan raya negeri dalam tempoh lapan bulan mulai sekarang kerana DUN yang ada akan tamat tempohnya menjelang 24 Julai 2011. Antara Mac hingga April depan adalah tarikh popular menjadi teka-teki pemerhati politik, untuk pilihan raya.

Yang belum pasti ialah pilihan raya umum, sama ada ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Jika serentak, bermakna pilihan raya umum juga perlu diadakan sebelum Julai depan, meskipun tempoh kerajaan BN pada peringkat Persekutuan sekarang hanya akan berakhir pada 2013, lebih dua tahun lagi.

Persoalannya sekarang, perlukah pilihan raya umum diadakan lebih awal semata-mata untuk mengadakannya serentak dengan Sarawak dan persoalan paling penting ialah sudah bersediakah BN khususnya UMNO untuk menghadapi pilihan raya dalam keadaan sekarang?
Ada yang berpendapat, BN perlu mengambil kesempatan kemenangan di Galas dan Batu Sapi untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat dengan alasan sokongan pengundi muda dan masyarakat Cina sudah kembali atau beralih semula kepada BN.

Pada saya gelombang kebangkitan semula sokongan serta keyakinan rakyat kepada BN sudah kembali. Kita harus ambil kesempatan ini, iaitu kekuatan BN dan penerimaan terhadap konsep 1Malaysia, bukan berasaskan kepada kelemahan pembangkang, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Katanya, selepas kejutan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan selepas itu, kemenangan pembangkang di tujuh daripada 13 pilihan raya kecil, kini sokongan terhadap BN sudah kembali pulih, sekali gus memberi isyarat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, ramai juga berpendapat, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi tidak cukup untuk dijadikan ukuran mutlak kekuatan BN, jika keputusan dua pilihan raya kecil itu diperhalusi. Misalnya, di Galas, kemenangan BN dikatakan lebih menjurus kepada faktor Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan di Batu Sapi pula lebih kepada isu tempatan.

Sepanjang kempen di dua lokasi itu, isu nasional tidak begitu ketara dibangkitkan. Di Batu Sapi, banyak isu tempatan seperti pembangunan prasarana, jalan raya, jeti dan projek sosioekonomi khususnya di kawasan Bumiputera banyak mempengaruhi pengundi.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pandi Suhaili, berkata pihaknya tidak kisah sama ada pilihan raya umum diadakan serentak dengan pilihan raya negeri itu kerana jentera BN negeri khususnya sayap Pemuda PBB sudah bersiap sedia.

Saya akui jika diadakan serentak, sukar bagi jentera BN pusat bertumpu ke Sarawak, tetapi pada masa sama, pembangkang pun tidak dapat tumpukan jenteranya ke sini.... jadi tak banyak gangguan. Apa pun kita sudah bersedia dan yakin boleh menang semua 35 kerusi DUN PBB, tak jadi masalah untuk dapat majoriti dua pertiga dalam DUN. Jika Ketua Menteri nak adakan pilihan raya sebaik kembali dari menunaikan fardu haji bulan depan, pun boleh, katanya.

Itu dari segi politik, tetapi bagaimana pula dari segi ekonomi kerana keadaan persekitaran ekonomi negara serta peringkat global turut perlu diambil kira jika mahu mengadakan pilihan raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/pakar ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, walaupun momentum pertumbuhan ekonomi sekarang positif dan meyakinkan pelabur, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib akan hanya berhasil dalam tempoh setahun lagi.

Ini termasuk inisiatif ekonomi yang bertujuan memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara iaitu Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 selain pelaksanaan melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

Ini semua akan mula membuahkan hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun lagi. Begitu pun, apa yang meyakinkan pelabur ialah Perdana Menteri sudah memetakan dengan jelas transformasi ekonomi yang mahu dilakukan... ini penting walaupun pelaksanaannya akan mengambil masa.

Apapun, Perdana Menteri mungkin mahukan mandat kuat daripada rakyat (melalui pilihan raya) untuknya terus mempercepat serta mempergiatkan usaha mentransformasikan ekonomi negara, katanya.

Namun, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya mula bergema, pakatan rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan mula kucar-kacir dengan proses pengundian untuk barisan kepemimpinannya.

Walau apapun, selepas berehat beberapa hari di Hospital Kuala Lumpur, Najib mungkin sudah mula mencongak tarikh sebenar untuk mengadakan pilihan raya, awal tahun depan serentak dengan pilihan raya Sarawak atau menunggu sehingga awal 2012?

Sunday, November 07, 2010

Kembalikan Perjuangan Pemuda UMNO Sebenar !

Pada Perhimpunan Agung 2010 yang lepas, ramai pihak yang terkejut dengan Ucapan dasar oleh YAB Presiden UMNO. Para hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan selama hampir 2 jam itu.

Banyak perkara yang disentuh dan rata-rata menyambut baik ucapan DS Najib kerana keterbukaan beliau menyatakan pendirian membawa UMNO dan BN didalam menangani isu-isu perkauman yang telah dimainkan oleh pihak pembangkang dan komponen sendiri.

Yang paling menarik sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung kali ini adalah bilamana DS Najib menutup dengan ucapan pengulungan yang mahukan semua pihak berani membicarakan apa yang hak dan tidak akan berganjak walau se inci untuk pertahankan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama semasa kemerdekaan.

Apabila mendengar ucapan DS Presiden, teringat beliau semasa menjadi Ketua Pemuda dulu, ucapan yang keras dan berani dan tidak akan berganjak bilamana hak kita dipertikaikan dan dipermainkan oleh bangsa lain.

Kalau kita nak berjuang, kita tidak perlu khuatir dengan ancaman dan desakan dari pihak-pihak lain kerana sebagai kerajaan dan ketua kepada kerajaan (UMNO) kita telah menerima mandat daripada rakyat dan harus diingat kita sememangnya tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain.

Umum tahu Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia hari ini sudah tidak mempunyai taring, ini terbukti pada kali ini terdapat beberapa jurucakap telah memperingatkan kepada kepimpinan agar bertindak lebih agresif dan berani didalam menyatakan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO didalam hal-hal yang berkaitan dengan bangsa dan agama.

Pemuda UMNO hari ini lebih suka membuat kenyataan dan desakan dengan menggunakan media. Amat takut untuk membuat perhimpunan besar-besaran kerana tahu cengkaman di bawah amat lemah. Khuatir tidak mendapat sambutan dan itu dan ini.

Sememangnya kalau hendakan sambutan dan gelombang pemuda itu kuat, program-program kecil dan sokongan dari akar umbi diperlukan. Bukan perkara yang senang untuk kita menghimpunkan ramai pemuda sekiranya kita sendiri tidak membuat kerja-kerja untuk mendekati golongan ini.

Sebagai contoh paling dekat, didalam 2 tahun ini, langsung tidak ada satu pun program sukan di peringkat Pemuda Malaysia di anjurkan. Bagaimana golongan muda hendak mendekati mereka sekiranya tidak ada program yang boleh merapatkan pemimpin atasan dengan generasi muda.

Hari ini, golongan muda diluar sana melihat dan memerhatikan apakah hak mereka akan dipertahankan dan dimana pemimpin muda sekiranya bangsa dan agama mereka ditekan.

Didalam kita memperjuangkan Gaji Minimum dan Perumahan, pastinya ini akan mendapat sambutan daripada golongan muda, Pemuda BN memperjuangkan hak ini. Bukan Pemuda UMNO, dan sudah tentunya orang akan bercakap Pemimpin BN adadalah Ketua Pemuda UMNO dan Melayulah yang akan mendapat kebaikkannya.

Tetapi tidakkah mereka tahu kalau kita bawa perjuangan ini didalam Pemuda UMNO, kita mendapat perkara yang serupa bilamana ianya dijadikan dasar kerajaan ?

Kenapa didalam gerak kerja kita kali ini banyak pergunakan Pemuda BN daripada Pemuda UMNO ?

Didalam rencana besama Khairy di Utusan baru-baru ini, bilamana Tengku Adnan yang ditempelak kerana menegur Pemuda kerana lemah dan apabila ditanya apakah Pemuda UMNO buat selama mereka mentakbir? Jawapannya bukan Pemuda UMNO tetapi Pemuda BN itupun adalah 2 program besar.

Kadang-kadang kita merasa malu apabila melihat DS Najib bersuara seperti Ketua Pemuda yang mana hari ini, Presiden seharusnya menuteralkan keadaan. Desakan mesti datang daripada sayap dan DS Presiden sepatutnya berkata "Lihat Rakyat sudah bersuara, komponen semua mesti paham, desakan daripada akar umbi dan kita harus berhenti mempertikaikan isu keistimewaan ini" ini akan memudahkan kerja DS Presiden. Bukannya kita memberikan beban ini kepada DS Presiden !

Ayuhlah berubah, DS Najib sudah memberi lampu hijau dan sudah terang lagi disuluh, tidak perlulah kita takut PRU nanti bangsa lain tidak menyokong kita.

Keyakinan orang Melayu adalah segalanya, Kuat Melayu, kuatlah Malaysia, Terbela Melayu Terbelalah Malaysia. Adanya Pemuda UMNO adalah Pemuda BN, bukan sebaliknya.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...