Monday, November 29, 2010

Melayu Sekat Cina Masuk Askar.

China Press
Perkara: Polis dan Tentera dari kalangan kaum Cina?
Ruangan: bilik perbincangan umum muka surat C15
Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)

Tajuk:
Orang Cina makan gaji dengan kerajaan
Penulis samara Sian Ren/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Oleh kerana terlalu sedikit orang-orang Cina jadi anggota tentera, sebab itu kementerian pertahanan mahu jejaki cara SPRM, mahu NGO-NGO Cina bantu tarik anak-anak muda kaum Cina dalam pengambilan rekrut anggota tentera.

Di negara kita orang-orang Cina seperti tidak suka jadi tentera, ataupun mereka membantah untuk makan gaji dengan kerajaan, mereka juga dikatakan tidak suka jadi guru sekolah, tidak suka jadi polis ataupun tentera, tidak mahu jadi Pegawai Penguat Kuasa yang suka menangkap gerai-gerai yang tidak berlesen, sedangkan jadi pegawai duduk dalam pejabat yang berhawa dingin pun mereka tidak mahu, mereka sanggup dan rela jual CD haram?

Cuba kita imbas kembali sejarah kita, sebenarnya pada masa dahulu orang-orang Cina sangat suka bekerja dengan kerajaan, boleh imbas kembali pada zaman Penjajahan dahulu, orang-orang Cina bukan sahaja menjadi tunggak pegawai kepada kerajaan Pejajahan, mereka juga bersemangat dalam pasukan tentera, pada masa itu tentera laut dan udara lebih 90 peratus terdiri daripada kalangan orang-orang Cina, polis-polis di pekan-pakan dan Bandar boleh kelihatan ramai dari kalangan kaum Cina termasuk ketua polis dan mata-mata gelap.

Pada masa itu orang-orang Cina yang bertugas sebagai anggota polis mahupun dalam pasukan tentera amat berisiko tinggi, mereka bukan sahaja jadi sasaran kepada pihak komunis, keluarga mereka juga mendapat ancaman yang sama. Orang-orang Cina yang bertugas sebagai polis ataupun tentera pada zaman darurat itu, keadaan itu lebih bahaya berpuluh kali ganda daripada keadaan sekarang ini, pegawai kerajaan Cina pada masa itu lebih mencabar dari anggota polis mahupun tentera pada waktu kini, setiap masa berwaspada hadapi kematian daripada serangan pihak komunis.


Anggota Polis Dan Askar Satu Titik Perubahan Yang Penting

Dengan itu kenapa kita tidak cuba halusi sedikit, semasa zaman darurat yang begitu mencabar kenapa orang-orang Cina sanggup jadi pegawai kerajaan, jadi anggota polis dan tentera, tetapi hari ini dalam keadaan aman dan tidak ada bahaya langsung serta pendapatan yang lumayan, sebaliknya orang-orang Cin tidak sanggup, apakah sebab musababnya? Sudah tentu ada sebab-sebabnya, sehinggakan orang-orang Cina tidak sanggup “makan gaji dengan kerajaan”.

Keadaan yang sebenarnya berlaku iala apabila selepas Merdeka, perubahan penting dalam pasukan polis dan tentera federal, perubahan itu mengalami perubahan dalam pengstrukturannya, mereka secara meluas mengrekrut anggota polis dan tentera dari kalangan orang-orang Melayu. Yang paling unggul ialah tentera diraja, dalam askar di federal selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi kekosongan itu dengan orang-orang Melayu.

Pegawai-pegawai dalam pejabat di pasukan polis juga berlaku sedemikian, terutama sekali ia berlaku dalam lingkungan tahun 1970an, apabila pihak kerajaan laksanakan pengstrukturan semula masyarakat, mereka secara besar-besaran pengmbilan orang-orang Melayu, selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi orang-orang Melayu ke jawatan-jawatan yang kekosongan itu.

Setelah pihak kerajaan laksanakan polisi itu lebih 40 hingga 50 tahun, barulah berlaku pemikiran yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka makan gaji dengan kerajaan, jika di sesebuah kementerian ataupun di jabatan mempunyai sebilangan orang-orang Cina, politikus-politikus akan mengkritik mereka, politikus-politikus berkata itu hanya mahu gugat kepentingan orang-orang Melayu, sebab itu di mana-mana kementerian ataupun di dalam jabatan tidak berani buat pengambilan anggotanya dari kalangan orang-orang Cina, lebih-lebih lagi di dalam pasukan polis dan tentera. Sehingga dalam setahun dua ini, barulah ada menteri yang menyatakan bilangan orang-orang Cina terlalu sedikit jadi pegawai kerajaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang menteri pertahanan yang pertama berani berkata mahu rekrut anggota tentera dari kalangan orang-orang Cina.

Jika benar tangapan selama ini yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka jadi anggota polis dan tentera adalah benar. Kenapa pada zaman Penjajahan dahulu orang-orang Cina sanggup bekerja dan makan gaji dengan kerajaan, seperti orang-orang Cina di China, Taiwan, Hongkong sudah cukup membuktikan orang-orang Cina boleh makan gaji dengan kerajaan, pihak kerajaan hanya perlu buka ruang pintu kepada mereka sahaja.

3 comments:

SiamangBukit said...

Ketidak seimbangan yang amat ketara sebelum merdeka telah membuat kerajaan British menubuhkan
Malayan civil services. Ini bertujuan untuk menggalakkan orang2 Melayu dan kemudian bumiputera untuk menambil alih asas kerajaan yang bersultankan melayu.
Sebelum itu banyak pekerja bukan bumiputera Di bawa masuk Atas tujuan untuk menjadi 'stooges' kerajaan British.
Bukan salah melayu , salah British Dan juga kaum pendatang yang memilih jalan hidup sebegini.

Anonymous said...

kisah cina vs cina masa zaman komunis dulu sebenarnya bermula daripada tanah besar china.

Chiang Kai Sek (anggota polis ) vs Mao Ze Tong (komunis)...MCA vs DAP...itu la halnya...bukan pasai semangat patrotik tapi pasal balas dendam dari tanah besar membawak ke Mesia.

ada paham ke??

HAB

John said...

Saya amat bersetuju dengan fakta-fakta yang dinyatakan oleh penulis dan menyokong 100% pandangan beliau. Bukan orang cina di malaysia tidak mahu berkhidmat untuk kerajaan, tetapi mereka tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Saya dah membuat permohonan di SPA dan JKR buat sekian lamanya (> 5 tahun), dan tidak pernah pon dipanggil untuk interview...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...