Thursday, December 09, 2010

Dana Nasi Lemak 2.0

Namewee telah menyerahkan permohonan memohon dana untuk pembikinan filem beliau kepada Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dana ini adalah untuk memberi beliau modal didalam pembikinan sebuah filem yang tidak tahu apakah motifnya.

Didalam permohonan beliau juga ada menyatakan yang penggunaan bahasa Melayu 50% didalam setiap filem untuk mendapat geran tidak melambangkan 1Malaysia dan minta ianya dipertimbangkan untuk di ubah.

Soalannya, apakah tindakan beliau sekiranya permohonan ini tidak dilayan ?

Banyak publisiti akan diperolehi daripada penolakkan permohonan ini.

1. Beliau akan menjalankan promisi sumbangan dana dari masyarakat demi atas nama merealitikan pembikinan filem ini.

2. Beliau akan menggunakan isu ini untuk menaikkan filem beliau dengan memainkan promisi emosi kerana secara langsung akan mendapat publisiti dari semua sudut.

3. Sentimen anti 1 Malaysia akan dimainkan dan beliau akan terus mendesak kerajaan untuk mengubah dasar ini demi nama 1Malaysia.

Diatas ini merupakan sebahagian kecil tindakan dan populariti mudah yang akan beliau perolehi dan ambil untuk kepentingan perjuangan beliau mendapatkan dana ini.

Kekalahan tetap di tangan kerajaan kerana populariti budak ini sudah naik saban hari.

Kerajaan akan kalah bila memberi DANA .. dan kerajaan juga akan kalah sekiranya tidak meluluskan DANA yang dipohon.

Pikirkan lah wahai Nazri ..

3 comments:

eM JaY... said...

tak payah layan budak bangsat nih.masuk parlimen tak ikut protokoL.memang bangsat celako budak cina nih.tttuuuiiihhh...!!!

salam ziarah,mohon ambo listkan blog demo pada senarai list blog kawe.
tQ

Mj

anak kampung said...

Sangat setuju

Dick said...

Sudah cukuplah abang, namewee berusaha untuk mencipta filem yang merealisasikan Konsep 1 Malaysia. Kami semua sudah cuba sedaya untuk memahami kebudayaan bangsa-bangsa lain. Adakah kamu cuba berinteraksi untuk mendalami pengetahuan kamu dalam budaya kami. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon yang memberi inspirasi kepada orang lain. Kamu cakap filem Nasi Lemak mengandungi 50% dalam bahasa mandarin. Oleh itu, filem ini tidak menyokong konsep 1 Malaysia. Biar saya tanya anda, adakah filem dicipta di Malaysia semuanya mengandungi 70% ataupun 80% dalam Bahasa Melayu. Saya ialah seorang budak cina, tetapi dalam hati saya, saya seorang MALAYSIAN. I AM NOT A CHINESE, I AM A MALAYSIAN. Harap kamu faham xDD

Fatwa Politik Dr Mahathir

(Menjawab Blog CheDet dan Artikel Malaysiakini , 5 Oktober 2017) Fatwa Politik Dr Mahathir   Dalam ilmu pendidikan Subjek Politik Ala D...