Monday, December 26, 2011

Bila Masa Nak Politik wahai SMM?

Pada hari sabtu yang lepas, saya bersama Pemuda UMNO Seputeh mengunjugi sebuah Kolej yang teletak di sekitar Sentol. Lawatan ini adalah dari susulan kunjungan YAB Tan Seri Muhyddin yang telah mengadakan program Sepetang Bersama belia pada 2 bulan yang lepas.

Pelajar-pelajar ini hadir sama untuk menghabiskan masa bersama YAB TPM selama 2 jam dan berpuas hati apabila TPM dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh para belia pada ketika ini.

Kunjungan ini adallah jemputan dari Pensyarah beliau yang mahu membantu segelintir pelajar Melayu dari segi mendapat sedikit bantuan kewangan untuk meringankan bebanan mereka untuk menjalankan pembelajaran. 

Kami telah menghabiskan masa selama 1 jam bersama, perbualan kami lebih tertumpu bagai mana untuk adik-adik ini mendapat kerja dan berjaya dalam kerjaya selepas menamatkan pengajian mereka.

Menyaksikan raut wajah mereka, adik-adik ini yang datang dari pelbagai negeri, mereka hanya mahu cepat-cepat habis belajar dan mahu memulakan kerjaya untuk mencari rezeki. Maklumlah, mereka yang kami jumpa ini bukan dari kalangan yang mewah, semuanya dari keluarga yang susah.

Kami memberikan sedikit penerangan bantuan dari Baitumal dan kami akan cuba mendapatkan maklumat dari Negeri masing-masing agar adik-adik ini dapat menerima skim bantuan yang tersedia di setia negeri kelahiran mereka, dan kepada sesiapa yang mahu membantu mereka boleh lah berhubung dengan saya.

Ternyata, ramai anak-anak Melayu yang susah belajar di banyak Kolej-kolej Swasta di serata negara, mereka ini datang hanya satu sebab, iaitu mahu mendapat ilmu dan segulong ijazah demi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Mereka ini bukan mempunyai masa untuk Politik, untuk berbelanja berpolitik, hanya cukup-cukup makan  dan kalau ada rezeki lebih, boleh lah mereka balik kampung ziarah ibu dan ayah, kalau tidak, walaupun cuti, mereka akan menjadi penghuni tetap kolej sehingga tamat pengajian.

Dalam pemkiran saya, kenapa perlu adik-adik ini diheret ke dalam kancah politk yang memerlukan masa dan wang ringgit mereka? Apakah erti Politik bagi adik-adik yang sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan segulung Ijazah? Apakah kebaikan untuk mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir politik yang sudah tentunya akan mempengaruhi mereka dengan perkara-perkara yang tiak ada kait mengait dengan pembelajaran mereka!

Mungkin ada segelintir mereka yang merasakan diri hebat dan pandai dengan nama Politik Baru, ada juga diantara mereka yang mahu mencari ruang kosong dalam masyarakat untuk mencari pengaruh politik baru kerana semua ruangan sudah dititup rapat oleh Pemimpin kerajaan.

Walau apa pun alasan mereka, kita tahu politik adalah game of Number, oleh itu, kenapa perlu kita melayan pihak-pihak yang sudah tentu berniat untuk mencari pengaruh atau NUMBER didalam kampus bilamana kita tahu anak-anak kita dihantar untuk belajar bukan dipengaruhi pemikiran mereka.

Saya merupakan seorang pelajar kolej swasta, menjadi pelajar kolej bukan lah mudah untuk keluarga susah seperti saya, mak dan ayah saya berniaga kedai makan, kutipan setiap hari ada lah RM100 dan setelah tolak modal, ada lah untung RM30. Pada masa itu, bukan ada PTPTN untuk membantu saya, mesti gunakan duit keluarga sepenuhnya, kekadang ada lah ahli keluarga lain membantu bagi duit belanja harian.

Begini susahnya menjadi seorang Pelajar dan saya percaya ramai yang diluar sana sama dengan saya. Niat dan matlamat kami adlaah untuk menghabiskan pembelajaran kami dan membantu keluarga apabila habis belajar nanti.

Selepas kami belajar, kami akan sibuk dengan mencari kerja, setekah sudah stabil dengan kerja, sudah pastinya akan mencari teman hidup untuk mendirikan rumah tangga.

sambung nanti yeee 




No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...