Wednesday, April 04, 2012

Pelihara Sempadan Islam!


Harus kita sedar supaya sempadan Agama kita dijaga.

Masyarakat Islam Malaysia yang terkenal dengan adat resam menjaga tatasusila kebudayaan ketimuran, sopan santun akan menjadi sebutan sekiranya kita tidak mengambil maklum apa yang di Titah oleh Sultan Perak.


Orang Islam sendiri seharusnya menjaga adap dan sempadan agama agar ianya dipelihara agar tidak di langgar dan di permainkan oleh pihak yang mahu melihat keuntungan keruntuhan sempadan Islam di Malaysia.


Ambiga serta Majlis Peguam yang sering bermain dengan sempadan agama seharusnya ditentang habis-habisan oleh masyarakat Islam. Kenyataan Majlis Peguam yang mahu perjuangkan Sex bebas dan Sex suka sama suka ternyata melanggar sempadan agama Islam.


Majlis Peguam juga mahu Kerajaan Malaysia memberikan hak kepada rakyat untuk memilih agama sendiri apabila cukup umur 21 tahun, dan ini juga sudah melanggar sempadan Agama Islam.


Banyak lagi Sempadan Agama yang telah dilanggar oleh pihak-pihak Pembangkang dalam jangkamasa 5 tahun ini.


Orang Islam Malaysia kena peka dan ambil tahu agar tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak demi untuk mendapat sokongan politik.


Apapun yang kita lakukan untuk meraih sokongan yang lebih besar, kita tidak boleh sama sekali mengadai prinsip dan pegangan agama islam sehingga kita boleh terkeluar dari Agama islam seperti penyokong mereka yang murtad seperti Lina Joy.


Ikuti kenyataan penuh seorang Raja yang negitu risau dengan perkembangan Politik Negara sehingga menyebabkan masyarakat kita keliru...




Agama:
Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain; tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam.

Umat Islam di bumi ini, majoritinya diasuh untuk memahami erti kemuliaan agama dan menghargai kesucian Tuhan. Kerana itu, umat Islam di negara ini, pada lazimnya, menghindarkan diri dari membuat ulasan, teguran atau komentar secara terbuka terhadap amalan atau pegangan kepercayaan agama lain, jauh sekali dari mahu campur tangan atau mengulas secara terbuka terhadap amalan, ritual, acara dan hukum hakam agama lain.

Walaupun memegang amanah sebagai Ketua Agama Islam, Raja Pemerintah masih merujuk kepada ulama dalam perkara berkaitan Islam. Kerana itu, dalam tradisi Kesultanan Perak, seorang ulama dilantik sebagai Orang Besar Istana, bergelar Imam Paduka Tuan untuk menasihatkan Raja Pemerintah tentang perkara-perkara berkaitan Islam. Hari ini, Raja Pemerintah turut merujuk kepada mufti kerajaan, dan mufti kerajaan dalam menyembahkan nasihat dalam perkara-perkara berkaitan hukum, di bantu oleh barisan ulama melalui forum mesyuwarah Jawatankuasa Fatwa.

Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar - malah ada di kalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat - memperkecilkan akidah umat Islam. Perkara menyentuh syariat - menyentuh akidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam, kini dipersoalkan - dipertikaikan - diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

Perbuatan tersebut, nyata melanggar sempadan, melanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain - tatasusila tidak memperkecilkan agama lain - tatasusila untuk tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga ayat enam Surah Al Kaafiruun:
"Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku."


Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan - secara terbuka, dibimbangkan, berkemungkinan menjadi punca - mencetuskan berlakunya tragedi buruk. Oleh itu perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan secara tegas, dicegah dari dibenarkan berlaku.

Peringatan Beta! Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri - kelak nanti terhangus negeri. Sebagai anggota badan perundangan di Dewan ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah mencerminkan sebaik contoh - sebaik teladan dalam aspek menghormati kesucian sesuatu agama. Kesucian agama Islam wajib dipertahankan setiap masa dan kebebasan agama lain wajib pula dihormati dalam ruang parameter dan sempadan masing-masing.




Ekonomi:
Alhamdulillah, berkat kesungguhan usaha - hasil kebijaksanaan para peneraju kerajaan beta, tumpuan diberikan kepada perkara-perkara utama lagi strategik. Hasilnya, Perak berjaya memenuhi unjuran pertumbuhan ekonomi positif.

Berpandukan pencapaian pertumbuhan sebenar 5.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di peringkat nasional, dan berpandukan aliran pertumbuhan meningkat di negeri ini, pencapaian pertumbuhan 7.6 peratus dalam sektor perkhidmatan, 5.5 peratus dalam sektor pembuatan, 4 peratus dalam sektor pertanian, 3 peratus dalam sektor perlombongan dan kuari serta 2.7 peratus dalam sektor pembinaan, prestasi ekonomi Perak bagi 2011, berada dalam zon pencapaian pertumbuhan di antara lima ke enam peratus.

Hasil negeri terus meningkat, dari RM642.61 juta dalam 2009 kepada RM793.18 juta dalam 2010, terus meningkat kepada RM820.28 juta dalam 2011. Bajet 2012, mengunjurkan terimaan pembangunan berjumlah RM 865.12 juta; mengupayakan kerajaan beta pada tahun ini, memperuntukkan RM321 juta bagi tujuan pembangunan, mencatatkan rekod peruntukan pembangunan paling tinggi yang pernah diluluskan.

Jenayah: 
Indeks jenayah di Perak yang turun dari 11,270 kes dalam 2010 kepada 8,271 kes dalam 2011 adalah indikator yang melegakan. Namun wajar diambil ingatan, selagi jenayah masih berlaku, kelihatan berlaku dan dilaporkan berlaku, zon keselesaan rakyat tidak dapat diyakini semata-mata dengan pencapaian berbentuk perangkaan.

Pendidikan :
Segala usaha untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan perlu diberikan sokongan. Alhamdulillah, hasrat dan usaha untuk menaik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan dimakbulkan Ilahi; Kolej tersebut kini mendapat kelulusan dinaik taraf ke taraf Kolej Universiti.
Masyarakat remaja pada hari ini memiliki aspirasi dan pengharapan yang tinggi. Kerajaan beta amat sedar bahawa kumpulan ini, majoritinya lebih literate dan begitu mesra dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh dan tarikan. Generasi remaja ini memerlukan program sosial, riadah, minda, komersial dan kerjaya yang selaras dengan cita rasa mereka. Ada di kalangan mereka terperangkap menjadi mangsa kepada kumpulan yang mengambil kesempatan mengeksploitasi mereka.



No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...