Friday, July 05, 2013

Rang Undang-undang Agama Islam di Tarik Balik !

Dibawah ini merupakan rang undang-undang wilayah persekutuan 2013 yang ditarik balik kerana desakan orang-orang kafir

Kalah sebelum berjuang... fasa 107(b)


D.R. 1/2013
RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013
SUSUNAN FASAL
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Fasal
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
3. Kecualian prerogatif
BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
4. Penubuhan Majlis
5. Identiti di sisi undang-undang dan kuasa am Majlis
6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong
7. Kewajipan Majlis terhadap kemajuan ekonomi dan sosial orang Islam
8. Kuasa untuk menubuhkan syarikat
9. Kuasa untuk meminjam
10. Keanggotaan Majlis
11. Penamatan pelantikan
12. Pembatalan pelantikan
13. Penyiaran pelantikan, dan penamatan dan pembatalan pelantikan, dalam 
Warta
14. Kawalan oleh Pengerusi
15. Setiausaha Majlis
16. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Majlis2 Rang Undang-Undang
Fasal
17. Mempengerusikan mesyuarat
18. Kuorum
19. Penjalanan urusan
20. Memanggil mesyuarat
21. Minit mesyuarat
22. Aturan urusan mesyuarat
23. Salinan terperaku bagi ketetapan
24. Permohonan cuti oleh Pengerusi dan anggota lain
25. Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan
26. Jawatankuasa
27. Pewakilan kewajipan atau kuasa Majlis
28. Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif
29. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Majlis
30. Kerahsiaan
31. Pekhidmat awam
32. Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri
BAHAGIAN III
MUFTI, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA BERHUBUNG DENGAN 
PERKARA YANG MENYENTUH KEPENTINGAN NEGARA
33. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti
34. Fungsi Mufti
35. Jawatankuasa Fatwa
36. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk membuat fatwa
37. Tatacara membuat fatwa
38. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat
39. Pindaan, ubah suaian atau pembatalan fatwa
40. Fatwa berhubung dengan perkara yang menyentuh kepentingan negara
41. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa KebangsaanPentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
3
Fasal
42. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa
43. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti
BAHAGIAN IV
MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
44. Penubuhan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah
45. Pelantikan Ketua Hakim Syarie
46. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
47. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah 
48. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
49. Kod etika Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
50. Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar
51. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
52. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah
53. Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah
54. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu
55. Perakuan pewarisan
56. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah
57. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
58. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah 
59. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
60. Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah ikut majoriti
61. Penerusan prosiding di Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim 
tiada
62. Mahkamah terbuka
63. Bahasa
64. Tindakan bersaling
65. Perlindungan Hakim, pegawai Mahkamah, dsb.
66. Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah
67. Arahan Amalan4 Rang Undang-Undang
BAHAGIAN V
PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN
Fasal
68. Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie
69. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa 
Agama
70. Peguam Syarie
BAHAGIAN VI
PERUNTUKAN KEWANGAN
Baitulmal dan tatacara kewangan Majlis
71. Penubuhan Baitulmal
72. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan
73. Perbelanjaan Majlis
74. Akaun bank
75. Akaun dan laporan tahunan
Zakat dan fi trah
76. Kuasa Majlis untuk memungut dan mengagihkan zakat dan fi trah
77. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
78. Rayuan
Wakaf, nazar dan amanah
79. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazar dan amanah
80. Peletakhakan harta wakaf, nazar dan amanah pada Majlis
81. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat
82. Pendapatan daripada wakaf dan nazar
83. Modal wakaf dan nazar
84. Pengertian surat cara tentang wakaf atau nazar
85. Penyiaran senarai harta wakaf, nazar dan amanahPentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
5
Pungutan khairat
Fasal
86. Pungutan khairat
BAHAGIAN VII
MASJID
87. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang 
berkaitan
88. Sekatan tentang penubuhan masjid dan penalti
89. Penubuhan masjid
90. Penyenggaraan masjid dan kawasannya
91. Pelantikan Pegawai Masjid
92. Tauliah Pegawai Masjid
93. Tempoh jawatan Pegawai Masjid
94. Kawalan dan arahan ke atas Pegawai Masjid
95. Jawatankuasa Kariah
96. Pengecualian masjid
BAHAGIAN VIII
PEMELUKAN AGAMA ISLAM
97. Kehendak-kehendak bagi pemelukan agama Islam
98. Saat memeluk agama Islam
99. Tugas dan kewajipan mualaf
100. Pelantikan Ketua Pendaftar Mualaf dan Pendaftar Mualaf
101. Pendaftaran mualaf
102. Perakuan Memeluk Agama Islam
103. Pengiktirafan mualaf sebagai orang Islam
104. Penentuan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah seorang mualaf
105. Kesalahan memberikan maklumat palsu
106. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
107. Keupayaan untuk memeluk agama Islam 6 Rang Undang-Undang
BAHAGIAN IX
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Fasal
108. Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam
109. Kesalahan mengajar agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama 
Islam tanpa tauliah
110. Sekolah agama Islam
111. Pengecualian
BAHAGIAN X
AM
112. Kuasa am untuk membuat peraturan-peraturan
113. Hukum Syarak
BAHAGIAN XI
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
114. Pemansuhan
115. Kecualian dan peralihan
116. Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
JADUALPentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
7
RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan baru tentang pentadbiran 
agama Islam, penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, 
penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 
dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengannya.
 [ ]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran Agama 
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.
 (2) Akta ini terpakai hanya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
 (3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh 
Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta; dan 
Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang berlainan 
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta 
ini.8 Rang Undang-Undang
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki 
makna yang lain—
 "Akta terdahulu" ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang 
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505];
 "anak kariah" ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada 
kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid;
 "Baitulmal" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah 
seksyen 71;
 "Hakim" atau "Hakim Syarie" ertinya Hakim Mahkamah Tinggi 
Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana 
yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 47(1) atau 
48(1);
 "Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Hakim Mahkamah 
Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 46(1);
 "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab 
Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki 
atau Hanbali;
 "Jawatankuasa Fatwa" ertinya Jawatankuasa Fatwa yang 
ditubuhkan di bawah seksyen 35;
 "Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan" ertinya Jawatankuasa Fatwa 
Kebangsaan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah 
peraturan 11 Peraturan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama 
Islam Malaysia;
 "Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang 
ditubuhkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah 
seksyen 95;
 "kariah masjid", yang berhubungan dengan sesuatu masjid, 
ertinya kawasan yang di dalamnya sesuatu masjid itu terletak;
 "Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik 
di bawah subseksyen 45(1);Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
9
 "Ketua Pegawai Eksekutif" ertinya Ketua Pegawai Eksekutif 
Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 28(1);
 "Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama" ertinya pegawai yang 
dilantik sebagai Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama di bawah 
subseksyen 69(1);
 "Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik sebagai 
Ketua Pendakwa Syarie di bawah subseksyen 68(1);
 "Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah 
Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang 
ditubuhkan di bawah subseksyen 44(1) atau (2);
 "Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah 
yang ditubuhkan di bawah subseksyen 44(3);
 "Mahkamah Sivil" ertinya mana-mana mahkamah yang ditubuhkan 
di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;
 "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah atau 
Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, 
yang ditubuhkan di bawah subseksyen 44(1) atau (2);
 "Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang 
ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);
 "Majlis terdahulu" ertinya Majlis Agama Islam Wilayah 
Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta terdahulu;
 "masjid" ertinya bangunan—
 (a) yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang 
lain dan kegiatan yang disuruh, disyorkan atau dibenarkan 
oleh agama Islam; dan
 (b) yang penggunaannya sebagai yang sedemikian dibenarkan 
oleh Majlis di bawah seksyen 89,
dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain 
yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen 
itu;10 Rang Undang-Undang
 "Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pentadbiran 
agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
 "mualaf" ertinya orang yang memeluk agama Islam yang disebut 
di dalam seksyen 98;
 "Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi WilayahWilayah Persekutuan di bawah subseksyen 33(1), dan termasuklah 
Timbalan Mufti;
 "nazar" ertinya ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu 
perbuatan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum 
Syarak;
 "nazar am" ertinya sesuatu nazar yang dimaksudkan keseluruhannya 
atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam pada amnya atau 
mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan bukan bagi individu 
atau individu-individu;
 "Negeri" termasuklah Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala 
Lumpur, Labuan dan Putrajaya;
 "orang Islam" ertinya seseorang yang menganut agama Islam 
dan termasuklah—
 (a) seseorang yang salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya, 
pada masa kelahiran orang itu, ialah orang Islam;
 (b) seseorang yang dibesarkan atas asas bahawa dia ialah 
orang Islam; 
 (c) seseorang yang telah memeluk agama Islam mengikut 
kehendak seksyen 97; 
 (d) seseorang yang lazimnya dikenali sebagai orang Islam; 
atau
 (e) seseorang yang ditunjukkan sebagai telah menyatakan, 
dalam hal keadaan yang dia terikat di sisi undangundang untuk menyatakan yang benar, bahawa dia ialah 
orang Islam, sama ada pernyataan itu secara lisan atau 
bertulis;Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
11
 "Pegawai Masjid" ertinya Imam, Imam Ratib, Bilal, Pembantu 
Bilal atau mana-mana orang yang memegang sesuatu jawatan 
dengan apa-apa nama, stail atau gelaran sebagaimana yang 
diberikan dari semasa ke semasa oleh Majlis berhubung dengan 
pengurusan sesuatu masjid;
 "Pegawai Penguat Kuasa Agama" ertinya pegawai yang 
dilantik sebagai Pegawai Penguat Kuasa Agama di bawah 
subseksyen 69(1);
 "Peguam Syarie" ertinya orang yang diterima masuk sebagai 
Peguam Syarie di bawah seksyen 70;
 "Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah 
subseksyen 68(3);
 "Pengerusi" ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah 
seksyen 10;
 "Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang disebut dalam 
subseksyen 15(1);
 "wakaf" ertinya—
(a) penyerahan kekal hakmilik mana-mana harta yang 
daripadanya apa-apa faedah, keuntungan atau kepentingan 
boleh dinikmati;
(b) penyerahan kekal apa-apa faedah, keuntungan atau 
kepentingan yang boleh dinikmati daripada apa-apa 
harta; atau
(c) penyediaan kepakaran dan perkhidmatan yang daripadanya 
apa-apa faedah, keuntungan atau kepentingan boleh 
dinikmati,
sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas mengikut Hukum 
Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan 
di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];
 "wakaf am" ertinya apa-apa wakaf yang diwujudkan bagi maksud 
kebajikan dan khairat umum mengikut Hukum Syarak;12 Rang Undang-Undang
 "wakaf khas" ertinya apa-apa wakaf yang diwujudkan bagi 
maksud khusus sama ada ditentukan oleh waqif atau Majlis dan 
hendaklah mengikut Hukum Syarak;
 "waqif" ertinya orang yang mewujudkan suatu wakaf.
 (2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta 
ini dan tidak ditakrifkan dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam 
Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah 
masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam 
Bahagian itu setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum 
Syarak. 
 (3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran 
perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang 
disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada 
tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan 
bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Kecualian prerogatif
3. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam 
Akta ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh 
mengurangkan atau menyentuh hak dan kuasa Yang di-Pertuan 
Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah 
Persekutuan sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam 
Perlembagaan Persekutuan.
BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Penubuhan Majlis
4. (1) Suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam 
Wilayah Persekutuan" ditubuhkan untuk membantu dan menasihati 
Yang di-Pertuan Agong dalam perkara berhubung dengan agama 
Islam.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
13
 (2) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan 
menurut kuasa Akta terdahulu sebaik sebelum permulaan 
kuat kuasa seksyen ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa 
seksyen ini, disifatkan sebagai Majlis yang ditubuhkan di bawah 
subseksyen (1).
Identiti di sisi undang-undang dan kuasa am Majlis
5. (1) Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan 
yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan 
yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh 
Majlis dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, 
ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut 
oleh Majlis, dan, sehingga suatu meterai diadakan oleh Majlis, 
meterai Majlis terdahulu bolehlah digunakan sebagai meterai 
perbadanan Majlis.
 (2) Majlis boleh membawa guaman dan dibawa guaman 
terhadapnya atas nama perbadanannya.
 (3) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Majlis boleh, 
atas apa-apa terma yang disifatkannya patut mengikut Hukum 
Syarak—
(a) membuat kontrak; dan 
(b) berkenaan dengan tiap-tiap jenis harta alih dan tak alih 
dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih bagi 
tiap-tiap perihalan—
(i) memperoleh, membeli dan mengambil harta dan 
kepentingan itu; dan
 (ii) memegang, menikmati, memindahhakkan, 
menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, 
menggadai, menggadai janji, mendemis, 
menyerahhak semula, memindahkan atau selainnya 
melupuskan, atau membuat apa-apa urusan 
mengenai, harta itu dan apa-apa kepentingan 
mengenai harta itu yang terletak hak pada 
Majlis.
 (4) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai 
wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang 
si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.14 Rang Undang-Undang
 (5) Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kuasa selanjutnya 
dan menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya 
oleh Akta ini atau mana-mana Akta lain.
Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan 
Agong
6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan 
Agong berkenaan dengan semua perkara berhubung dengan agama 
Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, kecuali perkaraperkara Hukum Syarak dan berhubung dengan pentadbiran keadilan, 
dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak 
berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas 
Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya 
dalam Akta ini.
Kewajipan Majlis terhadap kemajuan ekonomi dan sosial 
orang Islam
7. (1) Menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, 
memudahkan dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial 
masyarakat Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selaras 
dengan Hukum Syarak.
 (2) Bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah 
subseksyen (1), Majlis hendaklah mempunyai kuasa—
 (a) untuk menjalankan segala aktiviti yang tidak melibatkan 
apa-apa unsur yang tidak dibenarkan oleh agama 
Islam, khususnya memajukan perusahaan komersial 
dan perindustrian, yang penjalanannya ternyata kepada 
Majlis adalah perlu, berfaedah atau menyenangkan 
bagi atau berkaitan dengan penunaian kewajipan yang 
sedemikian, termasuklah membuat, memasang, memproses, 
membungkus, menggred dan memasarkan keluaran;
 (b) untuk menggalakkan penjalanan apa-apa aktiviti sedemikian 
oleh badan atau orang lain, dan bagi maksud itu 
untuk menubuhkan atau memperkembangkan, atau 
menggalakkan penubuhan atau perkembangan, badan 
lain untuk menjalankan apa-apa aktiviti sedemikian sama 
ada di bawah kawalan sepenuhnya atau kawalan separa Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
15
oleh Majlis atau secara bebas, dan untuk memberikan 
bantuan kepada badan atau orang lain itu yang ternyata 
kepada Majlis mempunyai kemudahan untuk menjalankan 
apa-apa aktiviti sedemikian, termasuklah pemberian 
bantuan kewangan dengan cara pemberian pinjaman atau 
selainnya; 
 (c) untuk menjalankan apa-apa aktiviti sedemikian bersamasama dengan badan atau orang lain, termasuklah jabatan 
atau pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan 
Negeri, atau sebagai ejen pengurus atau selainnya bagi 
pihak Kerajaan Persekutuan;
 (d) untuk melabur dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan 
sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pemegang 
Amanah 1949, dan melupuskan pelaburan itu atas apaapa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh 
Majlis; 
 (e) untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman 
daripada Baitulmal kepada individu beragama Islam bagi 
maksud pendidikan tinggi;
 (f) untuk menubuhkan, menyenggarakan dan mengawal sekolah 
Islam, institusi pengajian Islam dan institusi latihan dan 
penyelidikan Islam; 
 (g) untuk menubuhkan, menyenggarakan dan menguruskan 
rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan; 
dan
 (h) untuk melakukan segala perbuatan yang difikirkan oleh 
Majlis dikehendaki atau suai manfaat.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat
8. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, 
menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] 
untuk menjalankan apa-apa aktiviti Majlis dalam melaksanakan 
kewajipan dan kuasanya di bawah seksyen 7.
 (2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai 
ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965 sebaik 
sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, hendaklah, pada 
permulaan kuat kuasa seksyen ini, disifatkan telah ditubuhkan 
dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah syarikat itu 
telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).16 Rang Undang-Undang
 (3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang 
diberikan oleh Majlis kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam 
subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah 
di bawah subseksyen 7(2).
Kuasa untuk meminjam
9. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan dan 
atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri 
Kewangan, meminjam apa-apa jumlah wang yang diperlukannya 
untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
 (2) Jumlah wang yang dipinjam di bawah subseksyen (1) 
hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal.
Keanggotaan Majlis
10. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang 
berikut:
 (a) Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan 
Agong atas nasihat Perdana Menteri;
 (b) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai
Timbalan Pengerusi;
 (c) Ketua Setiausaha Negara atau wakilnya;
 (d) Peguam Negara atau wakilnya;
 (e) Mufti;
 (f) Ketua Polis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau 
wakilnya; 
 (g) Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakilnya; dan
 (h) tidak lebih daripada lapan belas orang anggota lain 
yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong 
atas nasihat Menteri, sekurang-kurangnya enam orang 
daripada mereka hendaklah orang yang arif dalam Hukum 
Syarak.
 (2) Anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(a)
dan (h) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak 
melebihi tiga tahun.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
17
 (3) Seseorang anggota Majlis yang telah habis tempoh jawatannya 
adalah layak dilantik semula.
 (4) Jika orang yang memegang jawatan yang dinyatakan dalam 
perenggan (1)(c), (d), (f) atau (g) bukan seorang Islam, wakil 
orang itu hendaklah seorang orang Islam dan hendaklah menjadi 
anggota bagi menggantikan orang itu.
 (5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa 
seksyen ini telah dilantik sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi 
dan anggota Majlis terdahulu hendaklah, pada permulaan kuat 
kuasa seksyen ini dan tertakluk kepada Akta ini, terus menjadi 
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Majlis masing-masing 
sehingga habis tempoh pelantikannya.
Penamatan pelantikan
11. Pelantikan seseorang anggota Majlis yang dilantik hendaklah 
tamat—
 (a) apabila dia mati;
 (b) jika dia meletakkan jawatannya dengan surat yang 
dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui 
Pengerusi, atau dalam hal Pengerusi, dengan surat yang 
dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui 
Menteri; atau
 (c) jika dia tidak ada di Malaysia, tanpa kebenaran bertulis 
daripada Pengerusi, selama tempoh melebihi enam 
bulan.
Pembatalan pelantikan
12. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, membatalkan 
pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik jika—
 (a) kelakuan anggota itu, sama ada yang berkaitan dengan 
kewajipannya sebagai anggota atau selainnya, adalah 
kelakuan yang memburukkan nama Majlis; 
 (b) anggota itu telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan 
kewajipannya dengan sempurna sebagai anggota 
Majlis; 18 Rang Undang-Undang
 (c) anggota itu telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis 
secara berturut-turut tanpa alasan yang mencukupi pada 
pendapat Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa 
kebenaran Menteri; 
 (d) anggota itu telah bertindak bertentangan dengan kepentingan 
Majlis; atau
 (e) anggota itu ialah seorang bankrap.
Penyiaran pelantikan, dan penamatan dan pembatalan 
pelantikan, dalam Warta
13. Pelantikan di bawah seksyen 10, dan penamatan dan pembatalan 
pelantikan di bawah seksyen 11 dan 12, hendaklah disiarkan 
dalam Warta.
Kawalan oleh Pengerusi
14. Pengerusi hendaklah menjalankan kawalan ke atas 
segala pertimbangtelitian dan prosiding Majlis dan hendaklah 
bertanggungjawab bagi penjalanannya yang sepatutnya dan 
teratur.
Setiausaha Majlis
15. (1) Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 
hendaklah menjadi Setiausaha Majlis. 
 (2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh 
Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke 
atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah 
dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas yang dikenakan ke atasnya 
oleh Akta ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi. 
 (3) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan 
mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak 
berhak mengundi. Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
19
Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Majlis
16. (1) Jika seseorang anggota Majlis di bawah perenggan 10(1)(c), 
(d), (e), (f), (g) atau subseksyen 10(4) tidak dapat menghadiri 
mana-mana mesyuarat Majlis, anggota itu boleh diwakili oleh 
seorang pegawai beragama Islam daripada Jabatan yang sama 
dengannya dalam mesyuarat itu.
 (2) Pengerusi boleh mengundang mana-mana orang yang bukan 
anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis 
jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran 
orang itu diperlukan.
 (3) Seorang wakil anggota yang disebut di bawah subseksyen (1) 
dan seseorang yang diundang di bawah subseksyen (2) berhak 
mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis tetapi tidak 
berhak mengundi.
Mempengerusikan mesyuarat
17. (1) Pengerusi, atau semasa ketidakhadirannya, Timbalan 
Pengerusi, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat 
Majlis.
 (2) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam 
sesuatu mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang 
daripada kalangan anggota-anggota itu untuk mempengerusikan 
mesyuarat itu.
Kuorum
18. Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan 
dalam sesuatu mesyuarat, dan tiada ketetapan atau tindakan Majlis 
yang dibuat atau dilaksanakan dalam sesuatu mesyuarat adalah 
sah, melainkan jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 
anggotanya, termasuklah orang yang mempengerusikan mesyuarat, 
hadir dalam mesyuarat itu.20 Rang Undang-Undang
Penjalanan urusan
19. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata 
selainnya oleh Akta ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan 
dalam mesyuarat Majlis yang diadakan secara berkala dan hendaklah 
dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan 
berhak mengundi.
 (2) Ketetapan secara bertulis yang ditandatangani oleh semua 
anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal 
atau golongan hal khas diarahkan selainnya oleh Yang di-Pertuan 
Agong, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang 
diluluskan dengan sewajarnya di bawah subseksyen (1).
Memanggil mesyuarat
20. (1) Mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan tetap 
sehingga tidak lebih daripada tiga bulan kalendar boleh berlalu 
antara satu mesyuarat dengan mesyuarat yang berikutnya.
 (2) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh 
Setiausaha. 
 (3) Pengerusi boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan Setiausaha 
memanggil mesyuarat.
 (4) Mana-mana empat orang anggota Majlis boleh pada bila-bila 
masa secara bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat 
Majlis dengan syarat mereka memaklumkan Setiausaha maksud 
yang baginya mereka menghendaki mesyuarat itu dipanggil.
 (5) Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam 
tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan arahan di bawah 
subseksyen (3) atau kehendak di bawah subseksyen (4).
 (6) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis secara bertulis hendaklah 
diberikan bagi mana-mana mesyuarat, tetapi Pengerusi boleh, jika 
dia berpendapat bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil 
suatu mesyuarat dengan notis yang lebih singkat, mengarahkan 
supaya kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.
 (7) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos, faksimile atau 
e-mel.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
21
 (8) Notis yang dihantar kepada seseorang anggota Majlis 
melalui pos hendaklah dialamatkan ke tempat tinggalnya yang 
terakhir diketahui dan hendaklah disifatkan telah disampaikan 
mengikut penjalanan biasa pos.
 (9) Notis yang dihantar kepada seseorang anggota Majlis 
melalui faksimile hendaklah dihantar kepada nombor faksimile 
yang diberikan oleh anggota itu secara bertulis kepada Setiausaha 
dan notis itu hendaklah disifatkan telah diterima oleh anggota itu 
apabila kod panggilan balik diterima oleh Setiausaha.
 (10) Notis yang dihantar kepada seseorang anggota Majlis 
melalui e-mel hendaklah dihantar ke alamat e-mel yang diberikan 
oleh anggota itu kepada Setiausaha secara bertulis dan notis itu 
hendaklah disifatkan telah diterima oleh anggota itu—
 (a) jika pentadbir e-mel yang berkenaan memaklumkan bahawa 
e-mel itu sudah berjaya dihantar; atau 
 (b) jika tidak ada makluman daripada pentadbir e-mel bahawa 
e-mel itu telah tidak berjaya dihantar.
 (11) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal anggota Majlis 
yang sedang berada di luar Malaysia.
Minit mesyuarat
21. (1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat 
Majlis.
 (2) Tertakluk kepada subseksyen (4), minit mesyuarat yang 
terdahulu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apaapa pindaan yang diperlukan, pada tiap-tiap mesyuarat.
 (3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis 
dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi 
tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.
 (4) Sebelum sesuatu minit mesyuarat yang terdahulu boleh dibaca 
dan disahkan pada tiap-tiap mesyuarat di bawah subseksyen (2), 
suatu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang 
di-Pertuan Agong untuk perkenannya dengan secepat yang dapat 
dilaksanakan selepas setiap mesyuarat Majlis yang berhubungan 22 Rang Undang-Undang
dengan draf minit itu; dan jika minit itu dipinda semasa minit itu 
disahkan oleh mesyuarat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengan 
serta-merta dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat itu.
 (5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat 
Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu 
disahkan atau, jika tindakan dikehendaki diambil sebelum minit itu 
disahkan, Yang di-Pertuan Agong telah menandakan perkenannya 
secara bertulis bagi tindakan itu diambil.
Aturan urusan mesyuarat
22. (1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan 
mesyuarat.
 (2) Pengerusi boleh menentukan aturan anggota Majlis boleh 
berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki 
mana-mana anggota berhenti berucap dalam mesyuarat.
 (3) Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus jika terdapat 
persamaan undi bagi apa-apa ketetapan.
Salinan terperaku bagi ketetapan
23. Suatu salinan apa-apa ketetapan Majlis yang diperakui oleh 
Setiausaha sebagai salinan benar ketetapan itu hendaklah menjadi 
keterangan yang mencukupi mengenainya, dan semua mahkamah 
hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada ketetapan 
itu tanpa bukti tandatangan Setiausaha.
Permohonan cuti oleh Pengerusi dan anggota lain
24. (1) Jika Pengerusi menjangkakan bahawa dia tidak akan 
berada di Malaysia selama tempoh lebih daripada tiga puluh hari, 
dia hendaklah memohon cuti daripada Yang di-Pertuan Agong 
dan Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan 
sebagaimana yang difikirkannya patut.
 (2) Jika mana-mana anggota Majlis menjangkakan bahawa dia 
tidak akan berada di Malaysia selama tempoh lebih daripada tiga 
puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Pengerusi.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
23
Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan
25. (1) Dalam apa-apa hal yang perlu disegerakan, Pengerusi 
boleh melakukan atau mengarahkan supaya dilakukan bagi pihak 
Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan 
sah melalui ketetapan Majlis.
 (2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut 
subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan 
dalam masa tujuh hari selepas itu bagi maksud mengesahkan 
tindakan atau perkara yang dilakukan itu; dan jika Majlis enggan 
mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Yang 
di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan 
dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jawatankuasa
26. Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa untuk 
membantunya dalam menunaikan kewajipannya atau menjalankan 
kuasanya.
Pewakilan kewajipan atau kuasa Majlis
27. (1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada 
syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan 
penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan manamana kuasanya kepada Pengerusi, Setiausaha atau mana-mana 
jawatankuasa Majlis.
 (2) Penunaian kewajipan dan penjalanan kuasa menurut 
pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada 
kawalan dan arahan Majlis.
 (3) Pengerusi, Setiausaha atau jawatankuasa yang kepadanya 
pewakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memaklumkan 
Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya 
menurut pewakilan itu.24 Rang Undang-Undang
Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif
28. (1) Majlis hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai 
Eksekutif Majlis daripada kalangan pegawai perkhidmatan awam 
am Persekutuan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan 
sesuai oleh Majlis.
 (2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah—
(a) bertanggungjawab dalam membantu Setiausaha dalam 
melaksanakan dasar dan ketetapan Majlis;
 (b) mempunyai kawalan am terhadap pegawai dan pekhidmat 
Majlis; dan
 (c) bertanggungjawab terhadap apa-apa arahan Majlis dari 
semasa ke semasa.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Majlis
29. (1) Majlis boleh melantik atau mengambil kerja apa-apa 
bilangan pegawai dan pekhidmat yang perlu untuk membantunya 
menjalankan fungsi-fungsinya.
 (2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, 
membuat peraturan-peraturan mengenai syarat perkhidmatan 
pegawai dan pekhidmatnya.
Kerahsiaan
30. Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada anggota 
Majlis, termasuklah wakilnya yang disebut dalam seksyen 16, 
pegawai dan pekhidmat Majlis, dan orang yang diundang ke 
sesuatu mesyuarat Majlis, boleh mendedahkan apa-apa perkara 
yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat Majlis kepada 
mana-mana orang selain Yang di-Pertuan Agong atau Menteri 
atau mana-mana anggota Majlis melainkan jika dia dibenarkan 
secara nyata oleh Majlis.
Pekhidmat awam
31. Tiap-tiap anggota, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah 
disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun 
Keseksaan [Akta 574].Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
25
Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri
32. Tertakluk kepada peruntukan lain Akta ini, Majlis boleh 
menentukan tatacara dan amalannya sendiri.
BAHAGIAN III
MUFTI, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA BERHUBUNG 
DENGAN PERKARA YANG MENYENTUH KEPENTINGAN NEGARA
Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti
33. (1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, selepas 
berunding dengan Majlis, boleh melantik mana-mana orang yang 
layak dan sesuai untuk menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi 
Wilayah-Wilayah Persekutuan.
(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan 
dalam Warta.
 (3) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 
ini, merupakan Mufti dan Timbalan Mufti bagi Wilayah-Wilayah 
Persekutuan di bawah Akta terdahulu hendaklah, pada permulaan 
kuat kuasa seksyen ini, disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya 
di bawah seksyen ini dan hendaklah terus memegang jawatan 
itu. 
Fungsi Mufti
34. Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan 
Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam 
semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa 
utama di Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan 
Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.
Jawatankuasa Fatwa
35. (1) Suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa 
Fatwa ditubuhkan.26 Rang Undang-Undang
 (2) Jawatankuasa Fatwa hendaklah terdiri daripada—
 (a) Mufti, sebagai Pengerusi;
 (b) Timbalan Mufti;
 (c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;
 (d) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada 
tujuh orang yang layak dan sesuai yang dilantik oleh 
Majlis; dan
 (e) seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilantik 
oleh Majlis, sebagai Setiausaha.
 (3) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 
ini, telah dilantik atau dinamakan sebagai anggota Jawatankuasa 
Perundingan Hukum Syarak yang ditubuhkan di bawah Akta 
terdahulu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa seksyen ini 
dan tertakluk kepada Akta ini, disifatkan telah dilantik atau 
dinamakan di bawah seksyen ini dan hendaklah terus menjadi 
anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga habis tempoh pelantikannya 
di bawah Akta terdahulu.
 (4) Tertakluk kepada Akta ini, Jawatankuasa Fatwa boleh 
menentukan tatacara dan amalannya sendiri.
Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk membuat fatwa
36. Tertakluk kepada seksyen 40, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, 
atas arahan Yang di-Pertuan Agong, dan boleh atas inisiatifnya 
sendiri atau atas permintaan mana-mana orang yang dibuat melalui 
surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat suatu fatwa atas 
apa-apa persoalan yang belum selesai atau yang menimbulkan 
pertikaian berhubung dengan Hukum Syarak. 
Tatacara membuat fatwa
37. (1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuatsuatu fatwa, Mufti 
boleh menyebabkan suatu kajian atau penyelidikan dijalankan 
sebagaimana yang diarahkan olehnya dan suatu kertas kerja 
disediakan.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
27
 (2) Bila mana Jawatankuasa Fatwa bercadang hendak membuat 
suatu fatwa, Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat 
Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang 
dicadangkan itu.
 (3) Selepas suatu fatwa dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa, 
Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, 
membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan 
perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.
 (4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan 
Agong, Mufti hendaklah memaklumkan Majlis tentang fatwa itu 
dan selepas itu hendaklah menyebabkan supaya fatwa itu disiarkan 
dalam Warta.
 (5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah 
disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah 
seksyen ini.
 (6) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan 
dalam tulisan Rumi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan Jawi boleh 
juga disiarkan.
 (7) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa 
tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu 
disiarkan dalam Warta mengikut subseksyen (4).
Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat
38. (1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah 
mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Wilayah-Wilayah 
Persekutuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi 
kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan 
fatwa itu melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk 
tidak mengikut fatwa itu dalam perkara amalan, kepercayaan atau 
pendapat peribadi.
 (2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah 
di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan tentang semua perkara 
yang dinyatakan dalamnya.28 Rang Undang-Undang
Pindaan, ubah suaian atau pembatalan fatwa
39. (1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubah suai 
atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam 
Warta di bawah Akta ini atau di bawah Akta terdahulu.
 (2) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu 
fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan seksyen 37, 
kecuali subseksyen 37(5), hendaklah terpakai baginya.
 (3) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu 
fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan 
pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).
Fatwa berhubung dengan perkara yang menyentuh kepentingan 
negara
40. (1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah 
seksyen 36, bila mana Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa 
sesuatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berhubung dengan 
perkara yang menyentuh kepentingan negara, Jawatankuasa 
Fatwa hendaklah menangguhkan fatwa yang dicadangkan itu dan 
membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan 
perkenannya supaya fatwa yang dicadangkan itu dirujukkan kepada 
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja.
 (2) Sesuatu fatwa adalah dianggap berhubungan dengan perkara 
yang menyentuh kepentingan negara jika persoalan itu ada hubungan 
dengan apa-apa perkara, dasar, program atau aktiviti yang secara 
langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan 
Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan atau agensinya.
 (3) Jika Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya 
di bawah subseksyen (1), Jawatankuasa Fatwa hendaklah merujukkan 
fatwa itu kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan melalui Majlis 
Raja-Raja. 
 (4) Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan atau 
mengesyorkan supaya—
 (a) fatwa yang dicadangkan itu dibuat, dengan atau tanpa 
apa-apa ubah suaian; atau
 (b) suatu fatwa lain tentang perkara itu dibuat,Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
29
dan Majlis Raja-Raja bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa 
Fatwa Kebangsaan itu, Jawatankuasa Fatwa bolehlah menyebabkan 
supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam 
Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubah suaian dan peruntukan 
seksyen 37, kecuali subseksyen 37(5), hendaklah terpakai 
baginya.
 (5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah 
disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah 
seksyen ini.
Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa 
Kebangsaan
41. (1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa 
nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh 
apa-apa perbuatan atau amalan yang dipersetujui oleh Majlis 
Raja-Raja sebagai merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi 
seluruh Persekutuan menurut perenggan (b) Fasal (2) Perkara 38 
Perlembagaan Persekutuan.
 (2) Nasihat atau syor yang diterima pakai di bawah 
subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan 
seksyen 37, kecuali subseksyen 37(5), hendaklah terpakai baginya.
 (3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah 
disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah 
seksyen ini.
Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa
42. Mufti tidak boleh dipanggil untuk memberikan pendapat 
atau keterangan berhubung dengan Hukum Syarak di mana-mana 
Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana 
mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan tentang 
Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta 
pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti 
boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada 
mahkamah yang membuat permintaan itu.30 Rang Undang-Undang
Qaul muktamad yang hendaklah diikuti
43. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 37, 
atau memberikan apa-apa pendapat di bawah seksyen 42, 
Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul 
muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Shafie.
 (2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan 
mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie itu akan membawa 
kepada suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, 
Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab 
Hanafi, Maliki atau Hanbali.
 (3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu 
pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa 
membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan 
awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut 
ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana 
Mazhab yang empat itu.
BAHAGIAN IV
MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
Penubuhan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rayuan 
Syariah
44. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, melalui 
pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah Rendah 
Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di tempat-tempat 
yang difikirkannya patut.
 (2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, melalui 
pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah Tinggi 
Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di tempat-tempat yang 
difikirkannya patut.
 (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, melalui 
pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah Rayuan 
Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
31
Pelantikan Ketua Hakim Syarie
45. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, 
melantik seorang Ketua Hakim Syarie.
 (2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia 
seorang warganegara dan selama tidak kurang daripada—
 (a) sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang 
jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim 
Mahkamah Rendah Syariah, Kadhi, Pendaftar atau 
Pendakwa Syarie atau pada suatu masa memegang 
mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang 
lain memegang mana-mana jawatan yang lain pula;
(b) lima belas tahun sebelum pelantikannya, memegang 
apa-apa jawatan selain daripada yang dinyatakan dalam 
perenggan (a), di bawah Skim Pegawai Syariah dalam 
perkhidmatan awam am Persekutuan; atau
(c) lima belas tahun sebelum pelantikannya, telah menjadi 
Peguam Syarie dan arif dalam Hukum Syarak.
 (3) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 
ini, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Akta 
terdahulu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa seksyen ini, 
terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia 
telah dilantik di bawah subseksyen (1).
 (4) Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan 
dalam Warta.
 (5) Bagi maksud seksyen ini, "Pendaftar" ertinya Pendaftar 
Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 50 
dan termasuklah Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.
 (6) Bagi maksud seksyen ini, "Pendakwa Syarie" termasuk 
Ketua Pendakwa Syarie.
Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
46. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, 
melantik sembilan orang Islam untuk membentuk suatu panel 
tetap hakim Mahkamah Rayuan Syariah. 32 Rang Undang-Undang
 (2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Majlis, melantik 
seorang Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah daripada kalangan 
hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
 (3) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1), jika dia 
bukan daripada kalangan Pegawai Syariah dalam perkhidmatan 
awam am Persekutuan, hendaklah memegang jawatan selama 
tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
 (4) Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memilih 
dua atau empat daripada kalangan panel tetap hakim untuk 
membentuk suatu kuorum hakim di Mahkamah Rayuan Syariah 
berkenaan dengan tiap-tiap pendengaran.
 (5) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 
ini, memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan 
Syariah di bawah Akta terdahulu hendaklah, pada permulaan 
kuat kuasa seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim 
Mahkamah Rayuan Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah 
subseksyen (1).
 (6) Semua pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah 
disiarkan dalam Warta.
Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah 
47. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, 
melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
 (2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia 
seorang warganegara dan selama tidak kurang daripada—
 (a) sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang 
jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Kadhi, 
Pendaftar atau Pendakwa Syarie atau pada suatu masa 
memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan 
pada masa yang lain memegang mana-mana jawatan 
yang lain pula;
 (b) sepuluh tahun sebelum pelantikannya, memegang apa-apa 
jawatan selain yang dinyatakan dalam perenggan (a), 
di bawah Skim Pegawai Syariah dalam perkhidmatan 
awam am Persekutuan; atau
 (c) lima belas tahun sebelum pelantikannya, telah menjadi 
Peguam Syarie dan arif dalam Hukum Syarak.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
33
 (3) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa 
seksyen ini, memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi 
Syariah di bawah Akta terdahulu hendaklah, pada permulaan 
kuat kuasa seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim 
Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah 
subseksyen (1).
 (4) Semua pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah 
disiarkan dalam Warta.
 (5) Bagi maksud seksyen ini, "Pendaftar" ertinya Pendaftar 
Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 50 
dan termasuk Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.
 (6) Bagi maksud seksyen ini, "Pendakwa Syarie" termasuk 
Ketua Pendakwa Syarie.
Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
48. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Ketua Hakim 
Syarie, melantik daripada kalangan Pegawai Syariah dalam 
perkhidmatan awam am Persekutuan, Hakim-Hakim Mahkamah 
Rendah Syariah.
 (2) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 
ini, memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah 
Syariah di bawah Akta terdahulu hendaklah, pada permulaan 
kuat kuasa seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim 
Mahkamah Rendah Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah 
subseksyen (1).
 (3) Semua pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah 
disiarkan dalam Warta.
Kod etika Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan 
Syariah
49. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Pengerusi Mahkamah 
Rayuan Syariah, menetapkan secara bertulis suatu kod etika 
yang hendaklah dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim 
Mahkamah Rayuan Syariah.34 Rang Undang-Undang
Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong 
Pendaftar
50. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, 
melantik seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, 
Pendaftar-Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Timbalan-Timbalan 
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong 
Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah daripada kalangan Pegawai 
Syariah dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.
Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
51. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang 
kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah 
diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
 (2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh 
bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai 
Mahkamah itu.
 (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah—
 (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa 
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan 
boleh dihukum di bawah Akta ini, Akta Undang-Undang 
Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 
[Akta 303], Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah 
Persekutuan) 1997 [Akta 559] atau di bawah mana-mana 
undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa 
yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap perintahperintah agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa 
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
 (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan 
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam 
tindakan atau prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan 
atau prosiding itu adalah berhubungan dengan—
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, 
pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau 
pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara 
lain berhubung dengan perhubungan antara suami 
isteri;Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
35
 (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan, harta yang 
berbangkit daripada mana-mana perkara yang 
dinyatakan dalam subperenggan (i);
 (iii) nafkah orang tanggungan, kesahtarafan, atau 
penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;
 (iv) pembahagian, atau tuntutan, harta sepencarian;
 (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut; 
 (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat 
tanpa balasan yang memadai dengan wang atau 
nilaian wang, oleh seorang Islam;
 (vii) wakaf atau nazar;
 (viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau 
tidak berwasiat;
 (ix) penentuan orang yang berhak kepada bahagian 
harta pusaka si mati yang beragama Islam atau 
bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing 
orang itu berhak; 
 (x) perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi 
orang Islam;
 (xi) perisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu 
ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa 
kematiannya; dan
 (xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya 
bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undangundang bertulis.
Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah
52. (1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai 
bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah 
diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
 (2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah—
 (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa 
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam 
di bawah Akta ini, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 36 Rang Undang-Undang
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Akta Kesalahan 
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau 
mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan 
kesalahan-kesalahan terhadap perintah-perintah agama 
Islam yang hukuman bagi kesalahan itu yang diperuntukkan 
oleh Akta atau mana-mana undang-undang bertulis lain 
itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan 
selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh 
mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan 
bagi kesalahan itu; dan
 (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan 
semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi 
Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, 
jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu 
tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau tidak dapat 
dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan 
hadhanah atau harta sepencarian).
 (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa, 
melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluaskan 
bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.
Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah
53. (1) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi 
Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah 
Syariah—
 (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pendakwa atau oleh 
orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama 
ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau 
mana-mana daripadanya; dan
 (b) dalam bidang kuasa malnya—
(i) oleh mana-mana orang yang terkilan dengan 
keputusan itu, jika amaun yang dituntut itu tidak 
kurang daripada satu ribu ringgit;
 (ii) dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan 
mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang 
terkilan dengan keputusan itu; danPentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
37
 (iii) dalam semua kes berhubung dengan nafkah orang 
tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan 
dengan keputusan itu,
 tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang 
telah dibuat dengan persetujuan; dan
 (c) dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah 
memberikan kebenaran untuk merayu.
 (2) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah 
boleh—
 (a) dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan 
dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan 
supaya Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan 
atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda 
jenis hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau 
meminda atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah 
perbicaraan; dan
 (b) dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau 
mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan 
mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah 
perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya 
dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau memerintahkan 
perbicaraan semula.
Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu
54. (1) Suatu rayuan atau permohonan bagi mendapatkan kebenaran 
untuk merayu di bawah perenggan 53(1)(c) hendaklah dibuat kepada 
Mahkamah Tinggi Syariah mengikut cara yang ditetapkan, tetapi 
dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari 
dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan 
dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila 
pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan 
menjalankan usaha yang munasabah dapat mengetahuinya, dalam 
tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau 
keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.38 Rang Undang-Undang
 (2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana 
permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu, boleh atas 
alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya 
telah tamat.
Perakuan pewarisan
55. Jika dalam penjalanan mana-mana prosiding berhubung 
dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka si mati yang 
beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, 
selain Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, 
mempunyai kewajipan untuk menentukan—
 (a) orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka 
itu; atau
 (b) bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang 
itu berhak,
Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang 
menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakil benefisiari, 
dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memperakukan faktafakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat 
Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak mendapat 
bahagian dalam harta pusaka itu dan tentang bahagian-bahagian 
yang kepadanya masing-masing orang itu berhak.
Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi 
Syariah
56. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang 
kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah 
Rendah Syariah dan boleh, jika didapati perlu oleh Mahkamah 
Tinggi Syariah itu demi kepentingan keadilan, sama ada atas 
kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau 
orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam 
apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, 
dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan 
memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu 
dan boleh memberikan apa-apa arahan, perintah atau keputusan 
yang dikehendaki demi keadilan.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
39
 (2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod sesuatu 
perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding 
dalam Mahkamah Rendah Syariah tentang perkara atau prosiding 
itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya 
daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
57. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang 
kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap 
apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah 
dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.
 (2) Apabila suatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah 
Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, 
Mahkamah Rayuan Syariah boleh, atas permohonan mana-mana 
pihak, memberikan kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri 
apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah 
timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh 
Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan 
itu.
 (3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan 
Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mendengar 
dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi 
keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat 
oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan yang difikirkannya adil bagi 
penyelesaian rayuan itu.
Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah 
Rayuan Syariah 
58. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang 
kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi 
Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya demi kepentingan 
keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak 
mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada manamana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada 
mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil 
dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding 
itu dan boleh memberikan apa-apa arahan, perintah atau keputusan 
yang dikehendaki demi keadilan.40 Rang Undang-Undang
 (2) Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod tentang 
apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua 
prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah tentang perkara atau 
prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah 
selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.
Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
59. (1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah 
hendaklah didengar dan diputuskan oleh seorang pengerusi dan 
dua orang atau empat orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah 
sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi Mahkamah Rayuan 
Syariah.
 (2) Walau apa pun seksyen 46, Pengerusi Mahkamah Rayuan 
Syariah boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi 
Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah 
bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Pengerusi Mahkamah 
Rayuan Syariah berpendapat wajar berbuat demikian.
 (3) Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menjadi 
pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah melainkan 
jika—
 (a) rayuan atau semakan dalam Mahkamah Rayuan Syariah itu 
adalah terhadap keputusan Pengerusi Mahkamah Rayuan 
Syariah yang telah bersidang sebagai Hakim Mahkamah 
Tinggi Syariah; atau
 (b) Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah tidak dapat menjadi 
pengerusi kerana apa-apa sebab lain.
 (4) Jika Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah tidak boleh 
menjadi pengerusi atas apa-apa sebab yang dinyatakan dalam 
subseksyen (3), Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah 
melantik hakim yang paling kanan antara Hakim Mahkamah 
Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi.
Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah ikut 
majoriti
60. Rayuan hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti 
anggota Mahkamah Rayuan Syariah.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
41
Penerusan prosiding di Mahkamah Rayuan Syariah walaupun 
Hakim tiada
61. (1) Jika dalam penjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu 
rayuan pada bila-bila masa sebelum diumumkan keputusan, 
mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar 
prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, 
hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan 
fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak 
bersetuju, pendengaran itu hendaklah diteruskan dan keputusan 
atau keputusan yang ditangguhkan, mengikut mana-mana yang 
berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua atau empat orang Hakim 
Mahkamah yang ada itu, dan bagi maksud rayuan itu, Mahkamah 
hendaklah disifatkan telah dianggotai dengan sempurnanya.
 (2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam 
subseksyen (1), jika tiada keputusan sebulat suara oleh HakimHakim yang ada itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.
 (3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak 
memberikan persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang 
Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, hadir 
dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan 
fungsi mereka sebagai Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah 
didengar semula.
Mahkamah terbuka
62. (1) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis 
lain dan subseksyen (2), semua perbicaraan dalam Mahkamah 
Syariah hendaklah terbuka kepada orang ramai.
 (2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah Syariah boleh 
memerintahkan bahawa keseluruhan atau mana-mana bahagian 
mana-mana prosiding di hadapannya diadakan secara tertutup jika 
Mahkamah Syariah itu berpuas hati bahawa perintah itu adalah 
perlu demi kepentingan keadilan atau kesusilaan.
Bahasa
63. Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa bagi semua 
prosiding di Mahkamah Syariah dan semua dokumen serta nota 
prosiding boleh menggunakan tulisan Rumi atau Jawi.42 Rang Undang-Undang
Tindakan bersaling
64. (1) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri 
di Malaysia mengeluarkan waran atau saman, mengikut manamana yang berkenaan, di bawah peruntukan undang-undang yang 
berkuat kuasa dalam Negeri itu untuk dilaksanakan ke atas atau 
disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai 
berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, mana-mana 
Hakim Syarie, boleh mengesahkan waran atau saman itu dengan 
menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan 
ke atas atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau 
saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di dalam 
Wilayah-Wilayah Persekutuan menurut peruntukan Akta ini.
 (2) Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah 
Persekutuan mengeluarkan waran yang memberikan kuasa untuk 
menangkap mana-mana orang, atau saman yang memanggil manamana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah, dan orang itu 
berada atau dipercayai berada dalam Negeri lain di Malaysia dan 
waran atau saman itu telah dilaksanakan ke atas atau disampaikan 
kepada orang itu menurut mana-mana undang-undang yang berkuat 
kuasa dalam Negeri itu, waran atau saman itu hendaklah, bagi 
maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan 
dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu 
telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah 
Persekutuan.
 (3) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri di Malaysia 
membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah peruntukan 
undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu terhadap 
seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam 
Wilayah-Wilayah Persekutuan, Hakim Syarie, jika dia berpuas 
hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan 
dengan sempurna oleh suatu Mahkamah Syariah yang berwibawa 
di dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendors 
perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman 
itu bolehlah dilaksanakan atau disampaikan, mengikut manamana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu 
telah dikeluarkan dengan sah oleh Mahkamah Syariah di dalam 
Wilayah-Wilayah Persekutuan menurut peruntukan Akta ini.
 (4) Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah 
Persekutuan membuat perintah atau penghakiman terhadap manamana orang, atau perintah yang memanggil mana-mana orang 
supaya hadir di Mahkamah Syariah dan orang itu berada atau Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
43
dipercayai berada dalam Negeri lain di Malaysia dan perintah 
atau penghakiman itu telah dilaksanakan ke atas atau disampaikan 
kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang yang 
berkuat kuasa dalam Negeri itu, perintah atau penghakiman itu 
hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan telah dilaksanakan 
atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan 
atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di 
dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Perlindungan Hakim, pegawai Mahkamah, dsb.
65. (1) Tiada Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie 
boleh didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah atau mahkamah 
sivil bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan 
olehnya supaya dilakukan dalam menjalankan tugas kehakimannya, 
sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak, dan tiada apaapa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat 
bahawa dia pada masa itu dengan suci hati percaya bahawa dia 
mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan 
perbuatan yang diadukan itu.
 (2) Tiada pegawai mana-mana Mahkamah atau mana-mana 
orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah 
yang sah di sisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Hakim 
Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh didakwa 
dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil kerana 
melaksanakan waran atau perintah itu.
Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah
66. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang 
dikenali sebagai Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah bagi 
membuat kaedah-kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan 
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah 
serta perkara-perkara yang berhubungan dengannnya.
 (2) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri 
daripada—
 (a) Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah, sebagai 
Pengerusi;
 (b) Peguam Negara atau wakilnya;44 Rang Undang-Undang
 (c) Ketua Pendakwa Syarie;
 (d) Penasihat Undang-Undang Jabatan Kehakiman Syariah 
Malaysia; 
(e) seorang wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang 
menjalankan amalannya di Wilayah Persekutuan;
(f) seorang Pegawai Syariah yang berkhidmat dengan Jabatan 
Bantuan Guaman yang ditubuhkan di bawah Akta Biro 
Bantuan Guaman 1971 [Akta 26]; dan
(g) orang yang berikut yang dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa 
Kaedah Mahkamah Syariah:
(i) tidak kurang daripada dua orang Hakim Mahkamah 
Rayuan Syariah;
 (ii) seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah; dan
 (iii) seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
 (3) Pengerusi Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh 
melantik seorang setiausaha yang hendaklah bertanggungjawab 
bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
 (4) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan 
tatacaranya sendiri.
 (5) Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah 
Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.
Arahan Amalan 
67. Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah boleh, dari semasa 
ke semasa, memberikan apa-apa Arahan Amalan jika difikirkan 
perlu.
BAHAGIAN V
PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN
Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie
68. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, 
melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi 
Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
45
 (2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa 
yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, 
menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu 
kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.
 (3) Majlis boleh melantik orang yang layak dan sesuai 
daripada kalangan Pegawai Syariah dalam perkhidmatan awam 
am Persekutuan untuk menjadi Pendakwa Syarie.
 (4) Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan 
am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan 
semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada 
atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali 
hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua 
Pendakwa Syarie sendiri.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat 
Kuasa Agama
69. (1) Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota 
perkhidmatan bersama atau perkhidmatan awam am Persekutuan 
seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan PegawaiPegawai Penguat Kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan 
kesalahan-kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana 
undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap 
perintah-perintah agama Islam.
 (2) Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah bertindak 
di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pegawai Penguat Kuasa 
Agama dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan 
kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh 
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, kecuali hak dan kuasa 
yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguat 
Kuasa Agama sendiri.
Peguam Syarie
70. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Majlis boleh 
menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan 
yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie 
bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan 
Mahkamah Syariah.46 Rang Undang-Undang
 (2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, 
membuat peraturan-peraturan—
 (a) untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan 
dan fi bagi penerimaan masuk Peguam Syarie; dan
 (b) untukmengawal selia, mengawal dan mengawasi kelakuan 
Peguam Syarie.
 (3) Walau apa pun subseksyen (1)—
 (a) mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan 
Perundangan; 
 (b) mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta 
Bantuan Guaman 1971;
 (c) mana-mana Pegawai Syariah dalam perkhidmatan awam 
am Persekutuan; atau 
 (d) mana-mana pegawai undang-undang Majlis, 
boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana 
pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah.
 (4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang 
yang telah diterima masuk menjadi seorang Peguam Syarie 
di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa 
di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diterima sebagai 
Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan apabila permohonan 
dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan 
yang menunjukkan bahawa dia telah diterima masuk sebagai 
Peguam Syarie di Negeri lain itu.
 (5) Seseorang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat 
kuasa, telah diterima masuk menjadi seorang Peguam Syarie 
di bawah Akta terdahulu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa 
seksyen ini dan tertakluk kepada Akta ini, disifatkan telah diterima 
masuk menjadi seorang Peguam Syarie dan hendaklah berhak hadir 
di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak 
kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah itu.
 (6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam manamana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun, selain 
Peguam Syarie dan orang yang disebut dalam subseksyen (3), 
berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak 
mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
47
BAHAGIAN VI
PERUNTUKAN KEWANGAN
Baitulmal dan tatacara kewangan Majlis
Penubuhan Baitulmal
71. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Baitulmal 
ditubuhkan.
 (2) Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, 
alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah 
Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat 
di bawah Akta ini, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana 
orang, kepada Baitulmal.
 (3) Semua wang dan harta dalam Baitulmal hendaklah terletak 
hak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua wang dan 
harta itu mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 
ini.
 (4) Walau apa pun peraturan-peraturan yang disebut dalam 
subseksyen (3), mana-mana pelaburan, aset atau kumpulan 
wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan dan 
dilupuskan, dan hasil-hasil daripadanya boleh dilaburkan dari 
semasa ke semasa dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh 
mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa 
bagi pelaburan wang amanah dan Hukum Syarak.
 (5) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Majlis boleh, dengan 
kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan 
tentang pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta 
Baitulmal.
 (6) Pada permulaan kuat kuasa seksyen ini, Baitulmal yang 
ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini di bawah 
Akta terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Baitulmal yang 
ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dan semua wang dan harta 
dalam atau yang kena dibayar kepada atau kepunyaan Baitulmal 
yang ditubuhkan di bawah Akta terdahulu hendaklah dipindah milik 
kepada dan terletak hak pada Baitulmal yang ditubuhkan di bawah 
subseksyen (1). 48 Rang Undang-Undang
Anggaran pendapatan dan perbelanjaan
72. (1) Majlis hendaklah menyediakan dan menyembahkan 
kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak lewat daripada 31 Oktober 
pada setiap tahun, anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan 
Majlis, termasuklah anggaran segala harta dan segala barang boleh 
lupus, berkenaan dengan tahun yang berikutnya.
 (2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, 
meluluskan anggaran itu atau mengarahkan supaya anggaran itu 
dipinda.
 (3) Anggaran yang diluluskan, dengan atau tanpa pindaan 
di bawah subseksyen (2), hendaklah disiarkan dalam Warta.
 (4) Majlis boleh, pada bila-bila masa menyembahkan kepada 
Yang di-Pertuan Agong anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan 
dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 Mac 
dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang sebelumnya, 
dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah 
disiarkan mengikut subseksyen (3).
 (5) Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam 
bentuk barang, kecuali mengikut anggaran yang diperuntukkan dalam 
seksyen ini dan dengan berdasarkan baucar yang ditandatangani 
oleh Pengerusi atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana 
pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi.
Perbelanjaan Majlis
73. Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan 
aset yang terletak hak pada Majlis, termasuklah kos penyenggaraan 
dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun yang 
kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis, 
dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai, 
pekhidmat atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya 
sebagai pegawai, pekhidmat atau anggota Majlis, hendaklah dibayar 
daripada harta dan aset Baitulmal.
Akaun bank
74. (1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaunakaun yang difikirkannya patut dengan mana-mana bank yang 
sesuai.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
49
 (2) Pembayaran oleh Majlis bagi apa-apa amaun hendaklah 
dibuat dengan apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis.
 (3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah 
dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang 
diperuntukkan dalam tatacara kewangan Majlis.
 (4) Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank 
Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana 
anggota atau pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang 
diberi kuasa oleh Pengerusi. 
Akaun dan laporan tahunan
75. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Majlis. 
Zakat dan fitrah
Kuasa Majlis untuk memungut dan mengagihkan zakat dan 
fitrah
76. Majlis diberi kuasa untuk memungut zakat dan fitrah yang 
kena dibayar daripada tiap-tiap orang Islam di dalam WilayahWilayah Persekutuan dan mengagihkan zakat dan fitrah itu
mengikut Hukum Syarak bagi pihak Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
77. Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, 
membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi 
atau berhubung dengan—
 (a) pengawasan semua perkara mengenai pungutan, pentadbiran 
dan pembahagian zakat dan fitrah;
 (b) kadar zakat dan fitrah yang kena dibayar oleh tiap-tiap 
orang Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan;
 (c) tatacara pemungutan zakat dan fitrah; 
 (d) pelantikan amil untuk memungut zakat dan fitrah; dan50 Rang Undang-Undang
 (e) penalti dan hukuman bagi perkara yang berhubungan 
dengan pemungutan atau penyerahan semua hasil pungutan 
zakat dan fitrah.
Rayuan
78. (1) Mana-mana orang boleh membuat rayuan kepada 
Majlis terhadap mana-mana tuntutan bayaran zakat yang dibuat 
ke atasnya. 
 (2) Majlis hendaklah menimbangkan rayuan itu dan boleh 
memerintahkan supaya orang itu membayar amaun zakat yang 
dituntut ke atasnya, atau apa-apa amaun yang kurang sebagaimana 
difikirkan patut oleh Majlis, atau boleh memerintahkan bahawa 
orang itu tidak dikehendaki membayar zakat, atau mana-mana 
satu daripadanya dalam sesuatu tahun atau tahun-tahun.
 (3) Keputusan Majlis terhadap rayuan itu adalah muktamad 
dan tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana Mahkamah 
Syariah.
Wakaf, nazar dan amanah
Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazar dan 
amanah
79. Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang 
terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang 
mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis 
hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi—
 (a) semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;
 (b) semua nazar am; dan
 (c) segala amanah daripada apa jua perihalan yang mewujudkan 
apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan 
agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut 
Hukum Syarak,
bagi harta yang tersentuh oleh wakaf, nazar am atau amanah itu 
dan terletak di dalam Wilayah Persekutuan. Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
51
Peletakhakan harta wakaf, nazar dan amanah pada Majlis
80. Semua harta, yang tertakluk kepada seksyen 81, hendaklah 
tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindah hakmilik, dan, 
dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah 
undang-undang bertulis berhubung dengan tanah, terletak hak 
pada Majlis bagi maksud wakaf, nazar am atau amanah yang 
menyentuh harta itu.
Sekatan bagi pewujudan amanah khairat
81. (1) Tiada wakaf atau nazar, sama ada atau tidak dibuat secara 
wasiat atau alang semasa marad-al-maut, yang dibuat selepas 
seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada 
satu pertiga daripada harta orang yang membuat wakaf atau nazar 
itu, boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi 
satu pertiga itu.
 (2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazar yang dibuat selepas seksyen 
ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tidak sah melainkan 
jika—
 (a) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, dengan nyata 
memperkenankan dan mengesahkan wakaf khas atau 
nazar itu; atau
 (b) wakaf khas atau nazar itu telah dibuat semasa pembuatnya 
sakit tenat dan kemudiannya meninggal dunia akibat 
sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui surat 
cara yang disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh 
dua orang Islam dewasa yang tinggal di kariah masjid 
yang sama dengan pembuat itu.
 (3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah 
apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut, wakaf atau nazar 
yang tidak sah di bawah peruntukan Hukum Syarak.
 (4) Apa-apa wakaf atau nazar yang sah mengikut Akta terdahulu 
hendaklah terus sah bagi maksud Akta ini.52 Rang Undang-Undang
Pendapatan daripada wakaf dan nazar
82. (1) Pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu 
wakaf khas hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan 
yang sah bagi wakaf khas itu.
 (2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf selain wakaf khas 
dan tiap-tiap nazar am hendaklah dibayar kepada dan menjadi 
sebahagian daripada Baitulmal.
Modal wakaf dan nazar
83. (1) Tertakluk kepada subsekyen (2) dan (3), harta modal 
dan aset yang tersentuh oleh mana-mana wakaf atau nazar am 
yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Baitulmal, 
tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazar am itu dan 
dipegang sebagai dana yang berasingan.
 (2) Jika, oleh sebab masa telah luput atau hal keadaan sudah 
berubah, peruntukan-peruntukan tepat mana-mana wakaf atau nazar 
am tidak mungkin lagi dapat dijalankan dengan berfaedah, Majlis 
hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan 
aset yang tersentuh oleh wakaf atau nazar am itu mengikut cara 
yang sehampir mungkin sama dengan cara yang dikehendaki oleh 
terma-terma wakaf atau nazar am itu dan hendaklah menggunakan 
harta dan aset itu dengan sewajarnya.
 (3) Walau apa pun subseksyen (2), Majlis boleh, dengan 
kelulusan bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong, mengarahkan 
supaya harta dan aset yang disebut dalam subseksyen (2) 
itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada 
Baitulmal.
 (4) Walau apa pun subseksyen (1), jika terma-terma manamana wakaf atau nazar am tidak menyatakan cara penggunaan 
harta modal atau aset yang tersentuh olehnya, atau tidak pasti 
daripada terma-terma itu bagaimana harta modal atau aset itu 
patut digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya harta modal 
dan aset itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada 
Baitulmal.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
53
 (5) Segala surat cara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, 
atau yang menyentuh, mana-mana wakaf atau nazar am, berserta 
dengan mana-mana dokumen hakmilik atau cagaran lain yang 
berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh 
Majlis.
Pengertian surat cara tentang wakaf atau nazar
84. Jika, pada pendapat Majlis, makna atau natijah mana-mana 
surat cara atau akuan yang mewujudkan atau menyentuh manamana wakaf atau nazar adalah kabur atau tidak pasti, Majlis 
bolehlah merujukkan perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa bagi 
mendapatkan pendapatnya tentang makna atau natijah surat cara 
atau akuan itu, dan Majlis hendaklah bertindak menurut apa-apa 
pendapat yang diberikan sedemikian oleh Jawatankuasa Fatwa 
itu.
Penyiaran senarai harta wakaf, nazar dan amanah
85. Dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas 31 Disember 
setiap tahun, Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan 
menyiarkan dalam Warta suatu senarai semua harta, pelaburan dan 
aset yang terletak hak pada Majlis, tertakluk kepada mana-mana 
wakaf, nazar atau amanah, dan yang tidak menjadi sebahagian 
daripada Baitulmal.
Pungutan khairat
Pungutan khairat
86. (1) Majlis boleh—
 (a) memungut; atau
 (b) membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, 
dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, 
atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis, 
memungut,54 Rang Undang-Undang
wang atau sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi 
menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang 
Islam mengikut Hukum Syarak.
 (2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma bagi 
tiap-tiap kebenaran yang diberikan di bawah perenggan (1)(b)
bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang 
dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan 
lain hendaklah—
 (a) mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang 
yang dipungut sedemikian suatu resit mengikut nombor 
siri dalam bentuk yang ditetapkan;
 (b) menyimpan akaun-akaun yang benar dan lengkap bagi 
semua jumlah wang yang dipungut sedemikian dan tentang 
pelupusannya, dengan semua baucar yang sepatutnya;
 (c) apabila dituntut, mengemukakan potongan resit dan semua 
akaun dan baucar itu bagi pemeriksaan dan pengauditan 
oleh Majlis; 
 (d) menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang atau 
sumbangan lain yang dipungut sedemikian mengikut 
terma-terma surat kebenaran itu atau, jika tiada cara untuk 
melupuskan wang atau sumbangan lain itu dibenarkan 
dengan nyata oleh surat kebenaran itu, membayar dan 
mengakaunkan jumlah itu kepada Baitulmal.
 (3) Wang atau sumbangan lain yang dipungut menurut seksyen 
ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh 
Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah 
menjadi sebahagian daripada Baitulmal.
 (4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian 
dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang 
disebut dalam subseksyen (1) kecuali dengan kebenaran nyata 
daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah 
subseksyen (1).
 (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan 
suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak 
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak 
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
55
BAHAGIAN VII
MASJID
Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan 
tanah yang berkaitan
87. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan 
dalam mana-mana surat cara bertulis, Majlis hendaklah menjadi 
pemegang amanah tunggal bagi semua masjid di dalam WilayahWilayah Persekutuan.
 (2) Tiap-tiap masjid, berserta dengan tapak masjid itu dan 
mana-mana tanah yang berkaitan dengannya dan digunakan bagi 
maksud-maksud masjid itu, dan selain tanah Kerajaan atau tanah 
yang dirizabkan bagi maksud awam, hendaklah, apabila didaftarkan 
di bawah undang-undang bertulis yang berkenaan dengan tanah, dan 
tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahan 
hakmilik, terletak hak pada Majlis bagi maksud Akta ini.
Sekatan tentang penubuhan masjid dan penalti
88. (1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis 
daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan, 
atau menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan manamana bangunan, bagi maksud yang hanya boleh dilakukan, di 
atau oleh masjid.
 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan 
suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak 
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak 
melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 
Penubuhan masjid
89. (1) Majlis boleh pada bila-bila masa—
 (a) membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk digunakan 
sebagai masjid;
 (b) membenarkan penggunaan mana-mana bangunan sebagai 
masjid; dan
 (c) menetapkan mana-mana surau, madrasah atau bangunan 
lain menjadi masjid.56 Rang Undang-Undang
 (2) Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat 
penetapan di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan 
yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf 
yang berkekalan.
 (3) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menentukan 
atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.
Penyenggaraan masjid dan kawasannya
90. (1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid di 
dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan baik 
yang sepatutnya dan bahawa kawasan-kawasannya disenggarakan 
dalam keadaan bersih yang sepatutnya.
 (2) Majlis boleh memperdapat dan menggunakan, atau 
membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi 
maksud pembaikan dan penyenggaraan masjid, atau boleh membayar 
kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Baitulmal.
 (3) Jawatankuasa Kariah hendaklah dengan segera memberitahu 
Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam 
masjidnya dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana 
pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.
 (4) Tiada perubahan material kepada struktur masjid boleh 
dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.
 (5) Majlis boleh mengarahkan supaya sesuatu Jawatankuasa Kariah 
menyenggarakan masjid yang berada di bawah tanggungjawabnya 
dalam keadaan baik yang sepatutnya.
Pelantikan Pegawai Masjid
91. (1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, 
Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Pegawai 
Masjid.
 (2) Jawatan Pegawai Masjid, kecuali Imam Ratib dan Pembantu 
Bilal, hendaklah menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am 
Persekutuan.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
57
 (3) Imam dan Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis daripada 
kalangan orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan Pentadbiran 
Agama.
 (4) Imam Ratib dan Pembantu Bilal hendaklah dilantik oleh 
Majlis, atas nasihat Jawatankuasa Fatwa, daripada kalangan anak 
kariah.
 (5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat 
kuasa seksyen ini, telah menjadi Imam, Imam Ratib, Bilal atau 
Pembantu Bilal masjid yang dilantik di bawah Akta terdahulu 
hendaklah, pada permulaan kuat kuasa seksyen ini, disifatkan 
telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Imam, Imam Ratib, Bilal 
atau Pembantu Bilal masjid itu masing-masing dan hendaklah, 
tertakluk kepada seksyen 93, terus memegang jawatan sebagai 
Imam, Imam Ratib, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu.
 (6) Bagi maksud Bahagian ini, "Imam" ertinya Ketua Imam 
dan termasuklah Timbalan Ketua Imam.
Tauliah Pegawai Masjid
92. (1) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah seksyen 91 
menjadi Pegawai Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan 
telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 91(5), hendaklah 
diberi tauliah oleh Majlis.
 (2) Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa 
dan tugas yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat 
di bawah Akta ini dan dalam tauliahnya.
Tempoh jawatan Pegawai Masjid
93. (1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid, selain Imam 
dan Bilal masjid yang dilantik di bawah subseksyen 91(3) atau 
yang disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 91(5), boleh 
ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.
 (2) Tiada Pegawai Masjid yang dilantik atau disifatkan dilantik 
di bawah subseksyen 91(5) boleh terus memegang jawatan itu 
selepas mencapai umur enam puluh tahun.58 Rang Undang-Undang
 (3) Walau apa pun subseksyen (2), Majlis boleh, jika difikirkannya 
sesuai, melantik mana-mana orang menjadi Pegawai Masjid 
walaupun orang itu telah mencapai umur enam puluh tahun atau 
melanjutkan tempoh perkhidmatan Pegawai Masjid yang telah 
mencapai umur enam puluh tahun.
 (4) Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis 
mengenai apa-apa kelakuan yang mengaibkan, mana-mana Pegawai 
Masjid, sama ada yang berhubungan dengan tugasnya sebagai 
Pegawai Masjid atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang 
munasabah.
Kawalan dan arahan ke atas Pegawai Masjid
94. Dalam pelaksanaan tugas mereka, Imam, Imam Ratib, Bilal 
dan Pembantu Bilal hendaklah tertakluk kepada kawalan dan 
arahan Majlis.
Jawatankuasa Kariah
95. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, 
membuat peraturan-peraturan bagi—
 (a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah 
masjid;
 (b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah 
itu hendak dilantik; dan
 (c) menetapkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah itu.
 (2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah masjid, bersama-sama 
dengan Pegawai Masjid, hendaklah—
 (a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan 
baik masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam 
kariah masjid itu;
 (b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah masjid 
itu dalam perkara-perkara berhubung dengan agama 
Islam; dan
 (c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis 
tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah 
masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
59
Pengecualian masjid
96. Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong melalui 
pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana masjid 
daripada semua atau mana-mana peruntukan Bahagian ini.
BAHAGIAN VIII
PEMELUKAN AGAMA ISLAM
Kehendak-kehendak bagi pemelukan agama Islam
97. (1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi 
bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang:
 (a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah 
dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;
 (b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang 
itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna "Aku 
menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan 
aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. ialah 
Pesuruh Allah"; dan
 (c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang 
itu sendiri.
 (2) Seseorang yang tidak dapat bercakap boleh, bagi maksud 
memenuhi kehendak perenggan (1)(a), mengucapkan dua kalimah 
Syahadah dengan menggunakan isyarat yang menunjukkan makna 
yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).
Saat memeluk agama Islam
98. Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang 
Islam sebaik sahaja dia habis mengucapkan dua kalimah Syahadah 
dengan syarat bahawa kehendak seksyen 97 telah dipenuhi; dan 
orang itu selepas itu disebut seorang mualaf.
Tugas dan kewajipan mualaf
99. Dari saat pemelukannya, seseorang mualaf menjadi tertakluk 
kepada tugas dan kewajipan yang sama seperti mana-mana orang 
Islam.60 Rang Undang-Undang
Pelantikan Ketua Pendaftar Mualaf dan Pendaftar Mualaf
100. (1) Majlis hendaklah melantik seorang Ketua Pendaftar 
Mualaf untuk menyenggarakan suatu Daftar Mualaf dalam bentuk 
yang ditetapkan bagi pendaftaran mualaf.
 (2) Majlis boleh melantik sebilangan Pendaftar Mualaf bagi 
membantu Ketua Pendaftar Mualaf dalam melaksanakan tugasnya 
di bawah Akta ini.
Pendaftaran mualaf
101. (1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam boleh 
memohon kepada Ketua Pendaftar Mualaf atau Pendaftar 
Mualaf dalam borang yang ditetapkan untuk pendaftaran sebagai 
mualaf.
 (2) Jika Ketua Pendaftar Mualaf atau Pendaftar Mualaf berpuas 
hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 97 telah dipenuhi 
berkenaan dengan pemohon itu, Ketua Pendaftar Mualaf atau 
Pendaftar Mualaf boleh mendaftarkan pemelukan agama Islam 
oleh pemohon itu dengan mencatatkan dalam Daftar Mualaf nama 
pemohon itu dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki 
dalam Daftar Mualaf.
 (3) Ketua Pendaftar Mualaf atau Pendaftar Mualaf 
hendaklah juga menentukan tarikh pemelukan agama Islam 
oleh pemohon itu dan mencatatkan tarikh itu ke dalam Daftar 
Mualaf.
 (4) Untuk memuaskan hatinya tentang fakta dan tarikh pemelukan 
agama Islam oleh pemohon dan butir-butir lain yang hendak 
dicatatkan dalam Daftar Mualaf, Ketua Pendaftar Mualaf atau 
Pendaftar Mualaf boleh membuat apa-apa siasatan dan memanggil 
apa-apa keterangan sebagaimana yang difikirkannya perlu; tetapi 
subseksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang Ketua 
Pendaftar Mualaf atau Pendaftar Mualaf daripada hanya bergantung 
pada kata-kata pemohon setakat yang berkenaan dengan fakta dan 
tarikh pemelukan agama Islam itu.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
61
 (5) Jika Ketua Pendaftar Mualaf atau Pendaftar Mualaf 
tidak berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 97 telah 
dipenuhi berkenaan dengan pemohon itu, dia boleh membenarkan 
pemohon itu mengucap, di hadapannya atau di hadapan mana-mana 
pegawainya, dua kalimah Syahadah mengikut kehendak seksyen 
itu.
Perakuan Memeluk Agama Islam
102. (1) Ketua Pendaftar Mualaf atau Pendaftar Mualaf hendaklah 
memberikan kepada tiap-tiap orang yang kemasukan Islamnya 
telah didaftarkan suatu Perakuan Memeluk Agama Islam dalam 
borang yang ditetapkan. 
 (2) Perakuan Memeluk Agama Islam hendaklah menjadi bukti 
muktamad tentang fakta-fakta yang dinyatakan dalam Perakuan 
itu.
Pengiktirafan mualaf sebagai orang Islam
103. (1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan 
pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Mualaf 
hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan 
atau Negeri, dan selama-lamanya, diperlakukan sebagai orang 
Islam.
 (2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah 
didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri hendaklah, 
bagi semua maksud di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan bagi 
maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang 
di Wilayah-Wilayah Persekutuan, diperlakukan sebagai orang 
Islam.
Penentuan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah 
seorang mualaf
104. Jika apa-apa persoalan timbul tentang sama ada seseorang 
itu ialah seorang mualaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam 
Daftar Mualaf atau di bawah mana-mana undang-undang Negeri 
sebagai seorang mualaf, persoalan itu hendaklah diputuskan 
berdasarkan merit kes itu dengan merujuk kepada kehendak 
di bawah seksyen 97.62 Rang Undang-Undang
Kesalahan memberikan maklumat palsu
105. Mana-mana orang yang, dalam sesuatu permohonan untuk 
pendaftaran di bawah seksyen 101, atau sebagai jawapan kepada 
apa-apa permintaan untuk mendapatkan maklumat atau keterangan 
yang dibuat oleh Ketua Pendaftar Mualaf atau Pendaftar Mualaf 
di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi Ketua Pendaftar 
Mualaf atau Pendaftar Mualaf apa-apa maklumat atau keterangan 
yang palsu atau yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan 
dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu 
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam 
bulan atau kedua-duanya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
106. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, 
membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukanperuntukan Bahagian ini.
 (2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan 
di bawah subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk 
mengadakan peruntukan bagi—
 (a) penjagaan dan pengajaran mualaf, serta cara pendaftaran 
mualaf; dan
(b) tempat perlindungan mualaf.
Keupayaan untuk memeluk agama Islam 
107. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama 
Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal 
dan—
 (a) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau
 (b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau 
bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama 
Islam olehnya.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
63
BAHAGIAN IX
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam
108. (1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang 
dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama 
Islam, yang hendaklah terdiri daripada—
 (a) Mufti, sebagai Pengerusi; 
 (b) tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada 
tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan 
dan kepakaran yang sesuai; dan
 (c) seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilantik 
oleh Majlis, sebagai Setiausaha.
 (2) Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab bagi 
melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
 (3) Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam 
hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi 
maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang 
agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.
 (4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan 
peruntukan bagi—
 (a) tatacara, kehendak dan perkara lain berhubung dengan 
pemberian tauliah di bawah seksyen ini, termasuklah fi 
yang boleh dikenakan;
 (b) tatacara Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama 
Islam; dan
 (c) elaun yang patut dibayar kepada anggota Jawatankuasa 
itu.
Kesalahan mengajar agama Islam atau apa-apa perkara 
tentang agama Islam tanpa tauliah
109. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau apa-apa 
perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah 
seksyen 108 melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, 64 Rang Undang-Undang
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan 
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
 (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
 (a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan 
oleh Majlis di bawah seksyen 111; dan
 (b) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau apaapa perkara tentang agama Islam di dalam kediamannya 
sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.
Sekolah agama Islam
110. Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftarkan 
sekolah-sekolah agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Pengecualian
111. Majlis boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan 
orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini.
BAHAGIAN X
AM
Kuasa am untuk membuat peraturan-peraturan
112. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, 
membuat peraturan-peraturan, yang hendaklah disiarkan dalam 
Warta, bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
 (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan bagi—
 (a) tatacara Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan surat 
cara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai dan pekhidmat 
Majlis;
 (b) fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan 
atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Akta 
ini, dan cara memungut dan melupuskan fi itu;
 (c) pelantikan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis dan kuasa, 
kewajipan dan tatacaranya;Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
65
 (d) borang, daftar, buku akaun, laporan, akaun, anggaran 
dan dokumen lain yang hendaklah digunakan berkenaan 
dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan 
di bawah atau menurut Akta ini;
 (e) pengelolaan apa-apa pungutan khairat dan pelupusan 
hasilnya;
 (f) pengelolaan masjid atau surau atau tanah perkuburan dan 
semua perkara yang berhubungan dengannya;
 (g) kuasa dan kewajipan mana-mana Pegawai Masjid;
 (h) penentuan dan pindaan sempadan kariah masjid;
 (i) pentadbiran sekolah-sekolah Islam dan aktiviti berhubung 
dengan pengajaran agama Islam; 
 (j) perkara-perkara berkenaan harta wakaf, nazar atau 
amanah;
 (k) pentadbiran rumah kebajikan, tempat perlindungan dan 
pusat pemulihan; dan
 (l) perkara-perkara lain yang difikirkan perlu bagi maksud 
melaksanakan peruntukan Akta ini.
Hukum Syarak
113. (1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan 
di bawah Akta ini yang tidak selaras dengan Hukum Syarak 
adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
 (2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak 
diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah 
memakai Hukum Syarak.
BAHAGIAN XI
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
Pemansuhan
114. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah 
Persekutuan) 1993 [Akta 505] dimansuhkan.66 Rang Undang-Undang
Kecualian dan peralihan
115. (1) Segala hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang, 
sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini, terletak hak 
pada Majlis terdahulu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta 
ini, terletak hak pada Majlis. 
 (2) Segala harta, sama ada alih atau tak alih yang, sebaik sebelum 
permulaan kuat kuasa Akta ini, terletak hak pada Majlis terdahulu 
hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, terletak hak 
pada Majlis tanpa apa-apa pemindahakkan, penyerahhakan atau 
pemindahan hakmilik.
 (3) Semua peraturan, kaedah, perisytiharan, perintah, 
pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang 
dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa Akta yang 
dimansuhkan di bawah seksyen 114 hendaklah terus berkuat kuasa, 
setakat yang ia selaras dengan Akta ini, sehingga dibatalkan atau 
digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, 
perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran atau 
pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini. 
 (4) Segala sebutan mengenai Majlis terdahulu atau Akta 
terdahulu yang terkandung dalam mana-mana undang-undang 
bertulis hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai sebutan 
mengenai Majlis atau Akta ini.
 (5) Pada permulaan kuat kuasa Akta ini, semua kuasa Mahkamah 
dan Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah Akta 
terdahulu hendaklah diambil alih atau dijalankan oleh Mahkamah 
atau Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah Akta 
ini dan mana-mana sebutan dalam mana-mana undang-undang 
bertulis lain atau selainnya tentang Mahkamah dan Mahkamah 
Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah Akta terdahulu hendaklah 
disifatkan sebagai sebutan tentang Mahkamah dan Mahkamah 
Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
116. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, pemansuhan 
di bawah seksyen 114 tidaklah menjejaskan liabiliti mana-mana 
orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan 
di bawah Akta terdahulu atau apa-apa prosiding yang dibawa 
atau hukuman yang dikenakan sebelum mula berkuat kuasanya 
Akta ini.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
67
 (2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding 
sama ada prosiding sivil atau jenayah atau kausa tindakan yang 
belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum Akta ini mula 
berkuat kuasa oleh atau terhadap Majlis terdahulu bolehlah 
diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis seolah-olah 
Akta ini tidak diperbuat.
 (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran 
untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas Akta ini mula 
berkuat kuasa terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam 
mana-mana prosiding undang-undang sebaik sebelum permulaan 
kuat kuasa Akta ini bolehlah dibawa oleh atau terhadap Majlis 
seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. 
JADUAL
[Subseksyen 2(3)]
BENTUK SKRIP BAHASA ARAB BAGI PERKATAAN
DAN UNGKAPAN TERTENTU68 Rang Undang-Undang
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mewujudkan suatu undang-undang 
baru dan lebih baik bagi pentadbiran agama Islam, penubuhan dan bidang 
kuasa Mahkamah Syariah serta penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam 
Wilayah Persekutuan di Wilayah-Wilayah Persekutuan, dan bagi perkaraperkara yang berhubungan dengannya. Rang Undang-Undang ini memansuhkan 
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 
[Akta 505].
BAHAGIAN I
2. Bahagian I Rang Undang-Undang ini mengandungi perkara permulaan.
3. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas, pemakaian dan peruntukan tentang 
permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan sementara fasal 2 mengandungi 
takrif beberapa perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Rang UndangUndang. Fasal 3 mengingatkan bahawa hak dan kuasa Yang di-Pertuan 
Agong sebagai Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah 
terpelihara. 
BAHAGIAN II
4. Bahagian II mengandungi peruntukan tentang Majlis Agama Islam Wilayah 
Persekutuan ("Majlis").
5. Fasal 4 menubuhkan Majlis sementara fasal 5 memperbadankannya. 
6. Fasal 6 memperuntukkan tanggungjawab Majlis untuk membantu dan 
menasihati Yang di-Pertuan Agong. 
7. Fasal 7 menghendaki Majlis untuk terlibat dalam kemajuan ekonomi 
dan sosial serta kesejahteraan masyarakat Islam. Bagi maksud itu, fasal 8
memberikan kuasa kepada Majlis untuk menubuhkan syarikat dan mengesahkan 
syarikat yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965. Fasal 9
memperkatakan tentang kuasa Majlis untuk meminjam bagi maksud menunaikan 
fungsinya.
8. Fasal 10 hingga 13 mengandungi peruntukan berhubung dengan keanggotaan 
Majlis, penamatan pelantikan, pembatalan pelantikan dan penyiaran pelantikan 
dan penamatan dan pembatalan pelantikan dalam Warta.
9. Fasal 14 dan 15 masing-masing menyatakan mengenai tanggungjawab 
Pengerusi dan Setiausaha Majlis.
10. Fasal 16 hingga 23 memperkatakan tentang perkara berhubung dengan 
mesyuarat, minit mesyuarat dan ketetapan Majlis.
11. Fasal 24 memperkatakan cuti Pengerusi dan anggota Majlis.
12. Fasal 25 membenarkan Pengerusi untuk bertindak dalam hal yang perlu 
disegerakan.Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
69
13. Fasal 26 membenarkan Majlis untuk menubuhkan jawatankuasa. Fasal 27
memberikan kuasa kepada Majlis untuk mewakilkan kuasa dan tanggungjawabnya 
kepada Pengerusi, Setiausaha dan jawatankuasanya.
14. Fasal 28 mengadakan peruntukan bagi pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif 
atas apa-apa syarat dan terma yang difikirkan sesuai oleh Majlis.
15. Fasal 29 mengadakan peruntukan bagi pelantikan pegawai dan pekhidmat 
Majlis serta syarat-syarat perkhidmatan.
16. Fasal 30, 31 dan 32 masing-masing menghendaki prosiding Majlis 
dirahsiakan, menyifatkan anggota dan pegawai Majlis sebagai pekhidmat awam 
mengikut pengertian Kanun Keseksaan dan membenarkan Majlis menentukan 
tatacaranya sendiri.
BAHAGIAN III
17. Bahagian III mengandungi peruntukan tentang pelantikan Mufti, Timbalan 
Mufti, Jawatankuasa Fatwa dan fatwa berhubung dengan perkara yang menyentuh 
kepentingan negara.
18. Fasal 33 mengadakan peruntukan bagi pelantikan Mufti dan Timbalan 
Mufti manakala fasal 34 menyatakan fungsi-fungsi Mufti.
19. Fasal 35 memperkatakan penubuhan Jawatankuasa Fatwa. Fasal 36 hingga 
41 mengandungi peruntukan berhubung dengan membuat fatwa termasuk fatwa 
yang menyentuh kepentingan negara. Fasal 42 berkait dengan permintaan 
pendapat Jawatankuasa Fatwa oleh mahkamah selain Mahkamah Syariah 
manakala fasal 43 menetapkan autoriti yang perlu diikuti dalam membuat 
fatwa.
BAHAGIAN IV
20. Bahagian IV mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara berhubung 
dengan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
21. Fasal 44 mengandungi peruntukan mengenai penubuhan Mahkamah 
Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. 
Fasal 45 hingga 50 memperuntukkan pelantikan Ketua Hakim Syarie, HakimHakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah 
dan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Pendaftar, Pendaftar, 
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar. Fasal 51 hingga 58 menyatakan 
takat bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rendah Syariah 
dan Mahkamah Rayuan Syariah.
22. Fasal 59 hingga 61 menetapkan tatacara rayuan kepada Mahkamah 
Rayuan Syariah.70 Rang Undang-Undang
23. Fasal 62 memperuntukkan bahawa perbicaraan hendaklah diadakan dalam 
mahkamah terbuka manakala fasal 63 menghendaki prosiding Mahkamah 
Syariah dijalankan dalam bahasa kebangsaan. 
24. Fasal 64 mengandungi peruntukan berhubung dengan pelaksanaan waran 
dan penyampaian saman bersaling di antara Wilayah-Wilayah Persekutuan dan 
Negeri-Negeri. 
25. Fasal 65 mengadakan peruntukan bagi perlindungan Hakim dan pegawai 
Mahkamah.
26. Fasal 66 mengandungi peruntukan mengenai penubuhan Jawatankuasa 
Kaedah Mahkamah Syariah.
27. Fasal 67 memberikan kuasa kepada Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah 
untuk memberikan apa-apa Arahan Amalan dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN V
28. Bahagian V mengandungi peruntukan berhubung dengan pendakwaan 
dan perwakilan.
29. Fasal 68 dan 69 mengandungi peruntukan mengenai pelantikan Ketua 
Pendakwa Syarie, Pendakwa Syarie, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama 
dan Pegawai Penguat Kuasa Agama. 
30. Fasal 70 mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara berhubung dengan 
Peguam Syarie.
BAHAGIAN VI
31. Bahagian VI mengandungi peruntukan kewangan.
32. Fasal 71 memperkatakan penubuhan dan perkara-perkara berhubung 
dengan pentadbiran Baitulmal. Fasal 72 mengadakan peruntukan bagi perkaraperkara berhubung dengan penyediaan anggaran pendapatan dan perbelanjaan 
Majlis. Fasal 73 memperkatakan perbelanjaan Majlis manakala fasal 74
membenarkan Majlis mengendalikan akaun bank. Fasal 75 memperuntukkan 
bahawa Akta Badan Berkanun (Akuan dan Laporan Tahunan) 1980 terpakai 
kepada Majlis.
33. Fasal 76 hingga 78 memberikan kuasa kepada Majlis untuk memungut dan 
mengagihkan zakat dan fitrah, membuat peraturan-peraturan dan menimbangkan 
rayuan daripada mana-mana orang terhadap tuntutan bagi bayaran zakat dan 
fitrah ke atasnya.
34. Fasal 79 memperuntukkan bahawa Majlis hendaklah menjadi pemegang 
amanah tunggal bagi semua wakaf, nazar dan amanah manakala fasal 80 hingga 
85 mengandungi peruntukan berhubung dengan pentadbiran amanah khairat, 
wakaf dan nazar. Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
71
35. Fasal 86 mengandungi peruntukan berhubung dengan pungutan 
khairat.
BAHAGIAN VII
36. Bahagian VII mengandungi peruntukan berhubung dengan masjid.
37. Fasal 87 memperuntukkan bahawa Majlis hendaklah menjadi pemegang 
amanah tunggal bagi semua masjid.
38. Fasal 88 memperkatakan sekatan mengenai penubuhan masjid.
39. Fasal 89 dan 90 memperuntukkan syarat-syarat penubuhan masjid, 
menentukan sempadan kariah masjid dan penyenggaraan masjid oleh Majlis.
40. Fasal 91 hingga 94 mengandungi peruntukan berhubung dengan pelantikan, 
tauliah dan tempoh jawatan Pegawai Masjid.
41. Fasal 95 memberi kuasa kepada Majlis untuk membuat peraturan-peraturan 
berkenaan Jawatankuasa Kariah. 
42. Fasal 96 membenarkan Majlis untuk mengecualikan mana-mana masjid 
daripada peruntukan Bahagian VII.
BAHAGIAN VIII
43. Bahagian VIII mengandungi peruntukan mengenai pemelukan agama 
Islam.
44. Fasal 97 dan 98 menetapkan kehendak-kehendak bagi pemelukan agama 
Islam dan saat pemelukan agama Islam manakala fasal 99 memperkatakan 
tugas dan kewajipan mualaf.
45. Fasal 100 hingga 104 memperuntukkan pelantikan Ketua Pendaftar 
Mualaf dan Pendaftar Mualaf, pendaftaran mualaf, Perakuan Memeluk agama 
Islam, pengiktirafan mualaf dan kaedah menentukan sama ada orang yang 
tidak didaftarkan ialah seorang mualaf.
46. Fasal 105 menjadikan perbuatan memberikan maklumat atau keterangan 
palsu semasa proses pendaftaran mualaf suatu kesalahan.
47. Fasal 106 memberikan kuasa kepada Majlis untuk membuat peraturanperaturan.
48. Fasal 107 berkaitan dengan keupayaan untuk memeluk agama Islam.72 Rang Undang-Undang
BAHAGIAN IX
49. Bahagian IX mengandungi peruntukan mengenai pendidikan agama Islam 
dan kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah.
50. Fasal 108 memperkatakan penubuhan Jawatankuasa Pengajaran Agama 
Islam, keanggotaan dan fungsinya. Fasal 109 menjadikan kesalahan mengajar 
agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.
51. Fasal 110 memberikan kuasa kepada Majlis untuk mendaftarkan sekolahsekolah agama Islam.
52. Fasal 111 membolehkan Majlis memberikan pengecualian kepada manamana orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini. 
BAHAGIAN X
53. Bahagian X mengandungi peruntukan am.
54. Fasal 112 memperkatakan kuasa Majlis untuk membuat peraturanperaturan.
55. Fasal 113 dengan jelas menyatakan bahawa apa-apa peruntukan Akta 
yang dicadangkan yang tidak selaras dengan Hukum Syarak adalah tidak sah 
setakat ketidakselarasan itu.
BAHAGIAN XI
56. Bahagian XI mengandungi peruntukan berhubung dengan pemansuhan, 
kecualian dan peralihan dan keberterusan dalam prosiding sivil dan jenayah 
dalam fasal 114 hingga 116.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang 
tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.
[PN(U2
)2382]

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...